Bila rezeki sempit, duit sentiasa tak cukup. ‘ Kena tanya isteri mana tak kena. Selidik dulu dengan isteri di mana salahnya kewangan keluarga hingga saban bulan duit sentiasa tak cukup walaupun baru tengah bulan.
Jangan pula salahkan isteri itu dan ini, lagi-lagi menyalahkan isteri habiskan duit. Ingat ya wahai suami isteri itu punca rezeki suami. Baik layanan suami pada isteri maka murahlah rezeki suami.
Bila Rezeki Sempit
Sebenarnya tak dinafikan setiap rumah tangga struggle saban bulan untuk melunaskan segala hal. Namun percayalah dengan rezeki Allah.
Ikuti perkongsian Firdaus Syakirin dan hadam baik-baik apa yang cuba lelaki ini sampaikan:
Rezeki sempit, duit tak cukup, tanya isteri dekat mana yang tak kena…
Bukan salahkan isteri…
Ads
Isteri ini dia tak belajar tinggi pun dia tahu kawal perbelanjaan dia, jaga kewangan keluarga… Tak belajar akaun pun, dia tahu keluar masuk duit keluarga tu ke mana, untuk apa…
Kena Tanya Isteri
Maka, tanyalah dia…
Bila sudah tanya, kenalah terbuka untuk terima apa saja yang dia nak cakap, juga yang dia hendak tegur, yang dia hendak nasihat… mungkin antaranya adalah disebabkan gaya dan cara hidup kita…mungkin kita ini terlebih belanja pada perkara yang tak sepatutnya…
Mungkin kita ini tak solat, mungkin kita ni jarang sedekah, mungkin kita ini tak bayar zakat…
Ads
Mana Tak Kena
Mungkin juga kita terlepas pandang untuk menafkahi isteri sebab dia ada pendapatan sendiri setiap bulan…
Ada hak yang tak tertunai, ada amanah yang tak dijalankan, ada tanggungjawab yang diabaikan…sebab tu rezeki sempit, duit tak cukup… Walaupun sudah usaha, jangan lupa juga untuk bermuhasabah…
Semoga kita dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia akhirat…
Sebelum berkahwin dengan seseorang, kita berhak memilih calon terbaik. Seseorang yang boleh dijadikan Imam sebagai tempat untuk kita mencari syurga dan juga dijadikan tempat bergantung hidup.
Allah menciptakan sebuah perkahwinan untuk membolehkan suami isteri berkasih sayang dan mencari ketenangan. Tetapi ada yang salah menggunakan perkahwinan yang dibina seperti berlaku kasar terhadap isteri misalnya.
Kenapa ada suami yang sering naik tangan kepada isteri? Sebelum kahwin bukan main sweet. Bila dah kahwin, tak boleh silap sikit mula nak naik tangan.
Bila Bertengkar, Belajar Sabar
Bila bertengkar antara suami isteri, belajar sabar. Adakalanya diam itu lebih baik. Isteri pula jangan cabar suami. Jangan la dok cabar suami suruh pukul ke, ceraikan ke. Tengah marah, syaitan pun menghasut. Ditambah dengan ego lagi. Mula la nak sepak terajang isteri.
Lagi sedih bila suami yang sepak terajang isteri masa isteri tengah mengandung. Takde belas kasihan langsung. Ikut hati sangat. Kadang-kadang isteri tu dah tak larat. Tak sempat masak. Suami balik kerja penat, tengok makanan takde. Mula lah naik angin. Lepastu naik tangan. Kemon la. Benda simple macam tu bawak bawak la bersabar.
Lepas Kantoi Pukul
Ada kalanya suami pukul isteri bila isteri dapat tau rahsia dia. Contohnya macam bila isteri tahu dia curang tapi tak nak mengaku. Lepastu pukul isteri. Ego la tu. Dah buat salah mengaku je lah.
Masa muda kau jangan nak panas baran je. Lelaki yang sabar adalah lelaki yang kuat. Ini sikit-sikit nak panas baran. Masa bercinta kemain penyayang.
Mana ada rumah tangga yang takde masalah. Jadikan itu sebagai cabaran dan salah satu sebab nak kuatkan lagi kasih sayang antara suami dan isteri. Kalau ada masalah, bawa berbincang. Kalau tak boleh, lebih baik kau diam. Bila dah reda marah, baru berbincang. Kah!
Rebutlah peluang untuk mencari Lailatul Qadar dengan melipatgandakan lagi amalan pada 10 malam akhir Ramadan.
Mendapatkan malam Lailatul Qadar menjadi impian bagi setiap mukmin. Mana tidaknya, malam yang lebih mulia dari seribu bulan ini hanya ada sekali dalam setahun.
Rasulullah shallallalhu ‘alaihi wasallam menyebutkan, “Barang siapa yang terjaga untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar, kemudian benar-benar mendapatkannya, maka dia telah diampuni dosa sebelum dan sesudahnya,” (HR. Ahmad)
Maka sebab itulah kita perlu membuat persiapan bagi ‘menyambut’ kedatangan malam Lailatul Qadar.
Berikut perkongsian Ummu Naufal. Moga ia bermanfaat untuk kita semua.
Malam Laylatul Qadr bakal tiba. Hadiah hebat yang perlu dicari yang dianugerahkanNya.
Dikongsikan bersama sedikit bagaimana kita sekeluarga boleh atur dan persiapkan diri dan keluarga dalam mencari malam yang lebih mulia dari seribu bulan yang dijanjikanNya;
1. BEREHAT DI SIANG HARI
Usah lagi disibukkan diri dengan urusan dapur, kuih muih eid mahupun keluar membeli belah di tempoh ini (10 malam terakhir). Hentikan! Menu iftar dan sahur keluarga dipermudahkan. Aktiviti siang diringankan. Tidurlah seketika walau tidak biasa tidur di waktu siang. 10 hari terakhir ini sahaja.
2. BERJAGA WAKTU MALAM
Apabila siang sudah cukup rehat, di waktu malam akan terasa segar inshaAllah. Mandilah air suam jika ia boleh menyegarkan tubuh badan. Ringankan makanan berbuka agar badan tidak berasa lemah dan berat kemudian. Jika penggemar minuman panas, siapkanlah minuman panas di dalam termos agar sentiasa ada untuk diminum.
Pasangkanlah bauan bakhour atau diffuser minyak pati lemon, inshaAllah ia sangat membantu menaikkan mood, membantu menyegarkan diri dan menaikkan semangat kita.
3. SIAPKAN RUANG SOLAT
Solatlah di ruang khusus, atau di mussola kecil keluarga, jika ada. Biarlah ruang ini selesa, bersih, suhu yang sesuai dan baik pengudaraannya. Elakkan solat di bilik tidur kita, kecuali jika ada penghadang.
Solat, membaca Al Quran dan berzikir diselang-selikan sepanjang malam di ruang khas ini. Hiaslah jika mahu mencantikkan suasana. Ringkaskan ruang dengan apa yang perlu sahaja.
Jika ada bayi, bawa bersama di ruang ini bila si kecil terjaga. Biarkan dia tidur di ruang mussola yang sama sambil kita meneruskan ibadah malam kita. Subhanallah. Besar kesan dalam jiwanya inshaAllah.
4. TULISKAN DOA
“Umi, should they write it in points?” Nadiyah bertanya apabila dia ditugaskan membantu adik-adiknya mencatatkan doa yang mahu dipohon sepanjang 10 malam terakhir.
Nadiyah dan Naufal telah diajarkan yang sama ketika seusia adik-adik mereka. Bermula dengan poin sahaja, ditingkatkan kepasa adab menyusun kata dalam memohon doa padaNya.
Doa ditulis agar dirancang rapi apa yang mahu dipohon padaNya. Bila ditulis, menjadi lebih fokus bila berdoa padaNya.
Bersama anak-anak, hafalkanlah doa yang diajarkan Nabi s.a.w kepada Aisyah r.a apabila Baginda ditanya apakah doa terbaik untuk diucapkan pada malam Laylatul Qadr;
“ALLAHUMMA INNAKA ‘AFUWWUN TUHIBBUL ‘AFWA FA’FU ‘ANNII” (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku)
5. TINGKATKAN SEDEKAH
Tingkatkan sedekah kita setiap hari dalam 10 malam terakhir ini. Jika sebelum ini kita memberi makanan iftar kepada jiran tetangga, 10 malam terakhir ini kita memberi kepada yang tidak kita kenali pula. Pejalan kaki, penjaja di gerai, pencuci sampah…sesiapa sahaja yang dilewati kita.
Edarkan “Ramadan Iftar Bag”. Minta anak-anak isikan di dalamnya; kurma, air, roti, juga sedikit wang, misalnya. Edarkan setiap hari selama 10 hari terakhir ini. Rancanglah berapa beg yang boleh diberikan bersama seisi keluarga.
6. TUTUP TELEVISYEN DAN DISIMPAN SEMUA GAJET YANG ADA
Amankan suasana rumah tanpa hiburan di kaca tv dan radio. Off telefon bimbit dan disimpan jauh-jauh…..termasuk telefon ibubapa juga ya. Tiada ‘cheat hour’ mahupun ‘reward slot’. Ini dilakukan sepanjang 10 malam terakhir Ramadan tanpa salingan.
Usah risau, 10 hari tanpa bermesej dan media sosial tidak akan merbahayakan sesiapa, inshaAllah.
Subhanallah. Hebatnya malam Laylatul Qadr ini sepertimana Allah swt sebutkan di dalam Surah Al Qadr;
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya [Al Qur’an] pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.”
Lalu duhai diri dan sahabat yang dikasihi sekalian, bersungguh dan berikhtiarlah mencari malam kemuliaan ini bersama keluarga tersayang.
Ingatlah, Ramadan tahun hadapan belum tentu kita ada. Maka usahakanlah sekarang kerana tiada usaha bersungguh kita sia-sia di sisiNya.
Semoga kita semua dipertemukan dengan Malam Penuh Kemuliaan ini dalam keampunan dan redhaNya.
Beliau dilihat sebagai seorang insan atau suami yang sangat menghargai isterinya. Malah mulutnya tidak putus-putus mengucapkan terima kasih buat bidadari yang sentiasa memberi cahaya dalam hidupnya.
Bukan itu saja, seperti biasa, beliau tidak lupa menitipkan ucapan terima kasih kepada isteri yang sentiaaa ada ketika susah senang serta dan mendoakan untuk kejayaan serta menjaga anak-anak mereka.
“Rindu bidadari. Rindu sangat. Hadiahkan dan sarungkan cincin masa pembukaan @elewsmart sri gombak semalam. Terus hilang semua penat letih. Macam baru mula hari. Nikmatnya saat ada yang menemani hidup ini. Bidadari di dunia bidadari di syurga insyaAllah.
“Macam pengantin baru bila sarungkan cincin. I love you bidadari sayang. Terima kasih selalu ada dan mendoakan. Terima kasih tolong jaga anak-anak kita.
“Terima kasih prima sri gombak. Penuh semalam sampai dah nak tutup 10malam masih ramai orang. Doakan hari ini opening di kl traders square jalan gombak. Semoga menjadi asbab kebaikan-ebitlew
Cawangan Elewsmart yang dibuka di Gombak ini adalah antara sebahagian cawangan lain yang telah dibuka sebelum di Bangi, Shah Alam dan beberapa lagi tempat lain.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Batas aurat Muslimah di hadapan wanita bukan Islam sering menjadi persoalan. Ketahui pandangan jumhur ulama, penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan serta panduan menjaga aurat mengikut syariat Islam.