Menjadi kebiasaan kita lepas makan, kekenyang mulalah mengantuk dan tanpa segan silu menguap membuka mulut seluas-luasnya. Malah ada yang siap dengan bunyi lagi ‘huahhhhh!
Tapi sebenarnya dalam Islam, perbuatan menguap itu adalah daripada syaitan dan kita hendaklah menahannya semampu yang mungkin.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyukai perbuatan bersin dan benci perbuatan menguap. Apabila seseorang itu bersin lalu dia memuji Allah, maka menjadi hak bagi setiap muslim yang mendengarnya untuk mendoakannya. Adapun menguap, ia daripada syaitan. Hendaklah dia menolaknya semampu mungkin. Apabila dia mengatakan “haa!” (bunyi menguap), maka syaitan akan ketawa disebabkannya.”
Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu menguap maka hendaklah ia tutup akan mulutnya dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan akan masuk (ke dalam mulut orang yang menguap itu).”
Riwayat Muslim (2995)
Imam al-Nawawi berkata: “Para ulama’ berkata bahawa perintah menahan menguap dan menolaknya dan menutup mulut dengan tangan itu adalah agar syaitan tidak mencapai tujuannya untuk merosakkan wajah seseorang, masuk ke dalam mulutnya, atau bahkan tertawa daripadanya. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 18/123)
Badr al-Din al-’Aini berkata: “Sabda baginda (menguap daripada syaitan; perbuatan menguap dikaitkan dengan syaitan kerana syaitan yang menghiasi jiwa manusia dengan syahwat. Menguap terhasil daripada badan yang sendat dan banyak makan. Dikatakan bahawa nabi tidak pernah menguap. Ini bagi menutup ruang untuk syaitan menghasut.” (Lihat ‘Umdah al-Qari, 2/227)
Ads
Ibnu ‘Alan berkata: “(Seboleh yang mungkin) bermaksud sejauh yang dia mampu, dengan cara menekannya, jika ia tidak dapat menahan gegaran itu, maka dengan menutup mulut dengan tangan.” (Lihat Dalil al-Falihin, 6/175).
Jika rasa nak menguap tahanlah selagi mampu
Oleh itu, disyariatkan kepada orang yang merasa ingin menguap untuk menahan nguapannya jika dia mampu, dengan cara mengekalkan giginya dan mengunci bibir, jika tidak berjaya dengan itu, maka hendaklah menutup mulutnya dengan tangan.
Kebanyakan para ulama’ berpendapat supaya menggunakan tangan kiri ketika menutup mulut dengan tangannya kerana ini adalah untuk menghalang kerosakan. Prinsip syariah adalah memberi keutamaan kepada tangan kanan dalam segala perkara yang melibatkan kemuliaan, dan memberi keutamaan kepada tangan kiri dalam perkara yang merendahkan martabat.
Para ulama’ juga menyebut bahawa ini boleh dilakukan dengan menutup mulut dengan bahagian belakang tapak tangan kiri; ini adalah untuk menghalang syaitan, kerana ia akan dinaikkan dengan bahagian dalam tapak tangan tersebut.
Al-Munawi berkata: “(Hendaklah dia meletakkan tangannya) iaitu belakang tapak tangan kirinya, sebagaimana yang disebut dengan jamak, dan seolah-olah ia adalah untuk sepenuhnya dan asal sunnah itu diperoleh dengan meletakkan tangan kanan. Dikatakan: Tetapi dia meletakkan tapak tangan kanan bahagian dalam itu pada mulutnya, bertentangan dengan yang kiri.” (Lihat Faidh al-Qadir, 1/404)
Ads
Al-Safarini berkata: Guruku al-Taghlibi berkata kepadaku: Jika engkau menutup mulutmu ketika menguap dengan tangan kiri, maka dengan bahagian luarnya, dan jika dengan tangan kananmu, maka bahagian dalamnya. Hikmah di sebalik ini adalah bahawa tangan kiri adalah yang paling suci dan tidak ada yang lebih kotor daripada syaitan.
Dan jika dia menutup mulut dengan bahagian dalam tangan kanan, ini adalah yang terbaik dalam perlindungan, dan tangan kiri adalah untuk menolak syaitan. Jika dia menutup mulut dengan bahagian belakang tangan kiri, maka bahagian dalam tangan tersebut adalah untuk menolak. (Lihat Ghaza’ al-Albab, 1/348).
Syekh Muhammad bin Ibrahim berkata: “Jika seseorang merasa ingin menguap dan ingin menahan itu, maka dia sepatutnya menutup mulutnya dengan tangan kiri kerana ini adalah untuk mengelakkan perkara yang kotor, dan syaitan adalah perkara yang kotor. Orang yang mengikuti akan meletakkan bahagian belakang tapak tangan ke atas mulutnya, kerana ini adalah untuk mengelakkan dan menghalang, untuk mengelakkan syaitan dan mencegahnya daripada masuk.” (Lihat Fatawa wa Rasail Muhammad ibn Ibrahim, 2/182).
Syeikh Abdullah al-Bassam berkata: Faedah daripada hadith ini:
Menguap adalah gerakan mulut yang tidak disengajakan, dan ia berlaku disebabkan oleh keadaan malas atau mengantuk. Gerakan ini menyebabkan mulut terbuka.
Menguap adalah hasil daripada rasa malas dan lesu, maka ini adalah hasil tindakan syaitan yang menghalang seorang Muslim dari menjalankan kewajipan agamanya dan perkembangan akhlaknya.
Melihat mulut terbuka semasa menguap adalah pemandangan yang tidak menyenangkan. Oleh itu, disarankan kepada orang yang menguap untuk menahan dengan cara mengunci gigi dan bibir sejauh yang mampu. Jika tidak mampu, maka hendaklah menutup mulut dengan sesuatu yang dapat menutupnya daripada pandangan orang lain.
Menutup mulut semasa menguap adalah juga tindakan untuk mengelakkan gangguan syaitan yang cuba menghalang seorang Muslim dengan malas dan ketidakupayaan daripada menjalankan tugas agama dan aktiviti ibadah kepada Allah Yang Maha Esa. (Lihat Taudhih al-Ahkam, 2/105-106)
Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.
Rasulullah menjalani gaya hidup sihat sepanjang kehidupannya. Maka sebab itulah Baginda tidak pernah ditimpa penyakit teruk.
Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan malah diberi pahala.
Gambar sekadar hiasan.
Lalu bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan?
Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.
SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.
Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.
Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
RASULULLAH TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
JADILAH SEORANG PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
FAKTA: *Jangan makan buah selepas makan nasi. Jangan sesekali skip makan malam. Sesiapa yang meninggalkan makan malam, dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Manfaatkan masa bersama, selagi allah izinkan.’ Paling penting jaga mulut bila balik rumah mak, ayah kita. Jangan niat yang baik menziarahi mak, ayah dicemari dengan rasa terluka dan kecil hati.
Kadang-kadang tak sedar dalam tutur kata yang dianggap biasa di pendengaran kita melukakan hati mak, ayah yang semakin menua. Sedihnya bila perkara ini berlaku.
Balik ke rumah mak dan ayah, ada beberapa perkara yang perlu kita jaga. Terutama mulut kita. Antaranya:
1. Bila mak hidangkan air, kita minum dan terasa air agak manis atau tawar, diamkan sahaja elakkan dari berkata yang bukan-bukan kepada mak. Mak dah tua. Barangkali deria rasa mak pun berubah, atau mak terlupa.
Ayat-ayat seperti “Manisnya air mak buat ni! Tawarnya air mak ni!” cukuplah sekadar dalam hati kita sahaja.
Pergilah ke dapur ambillah air masak, campurkanlah dengan air kita tu tadi. Sehabis baik kita cakaplah bebaik kepada mak kenapa kita buat begitu. Buatlah lawak sikit-sikit. Bagi mak gembira.
Selesai. Mak tak kecil hati, tak terluka perasaannya.
Selagi Allah Izinkan
2. Bila mak masak, mak pelawa kita makan, pergilah makan. Bab diet tak ada masalah. Yang penting, kita tak bagitahu mak yang kita dah tak makan itu ini kononnya nak jaga badan.
Hati mak kena jaga. Dah tak makan nasi, pergilah makan lauk dan sayurnya. Mak gembira sangat tengok anak-anak mak makan.
Terkenang sungguh mak masa tengok kita makan, terbayang-bayang semasa kita kecil-kecil dahulu.
Biasanya mak makan lambat-lambat. Sebabnya bukan apa pun, sekadar ambil peluang curi-curi tengok kita makan masakannya. Indah sungguh bagi mak.
Oh mak, hati mak bila dah makin berusia, makin mudah tersentuh hati. Semasa ketawa pun boleh sebak. Kan?
Paling Penting Jaga Mulut
3. Bila kita sampai, tengok-tengok ayah tak ada. Ayah tidur. Atau pun sepanjang kita di rumahnya, kita perasan ayah kerap tidur.
Tak perlulah kita pergi ke bilik ayah, kejutkan ayah. Biarkanlah ayah. Biar ayah bangun sendiri.
Bila ayah keluar dari bilik, elakkan dari menyapa seperti “Hai abah, puas dah tidur? Hai ayah, asyik tidur je kerjanya.”
Ayah dah tua. Jalan tak segagah macam dahulu. Tenaga dah semakin berkurang. Beza semasa muda dahulu. Ingatlah.
4. Ayah suka ajak kita keluar. Kadang bukan ke mana pun, sekadar pusing keliling kampung, pusing bandar sekejap.
Elakkanlah dari berkata “Tak naklah pergi. Lain kalilah.”
Semasa kita kecil-kecil dahulu, inilah orang yang tak pernah jemu bawa kita pergi meronda ke mana sahaja. Baik naik kenderaan atau berjalan kaki, sama ada dikendong, didukung kita atau diletakkan kita di belakang tengkuknya.
Sungguh. Permintaan ayah itu, sebenarnya adalah bagi mengubat rindunya membawa kita bersiar-siar satu ketika dahulu.
Cuma bezanya, kita pula yang membawanya.
Ke Rumah Mak, Ayah
Kawan-kawan,
Sama ada kita atau mereka yang pergi dahulu, tetapkan dalam hati untuk memberi layanan sebaiknya kepada mereka.
Manfaatkanlah masa bersama selagi dikurnia izin daripada Allah. Sampai satu masa, inilah rindu yang tak akan boleh dibuang dari fikiran dan hati kita, juga mereka. Kekal selama-lama selagi hayat dikandung badan.
Manis.
WS Adli W Muhammad,
Bahagiakan mereka, syurga.
Kashoorga: Hargailah mak, ayah selagi mereka masih ada.
‘Insyallah ada rezekinya nanti, ikhtiar lagi.’ Permaisuri Agong usap perut dan doakan Siti Elizad dapat zuriat. Masyaallah sikap Raja Pemaisuri Agong ini amat menyentuh hati, apatah lagi pada Siti Elizad.
Hanya mereka yang melaluinya yang memahami betapa peritnya menanti kehadiran zuriat apalagi setelah pelbagai cara telah dilakukan, namun Allah masih makbulkan.
Insyallah Ada Rezekinya Nanti
Keprihatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengusap perut pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad di samping mendoakan kehamilan buatnya berjaya menyentuh hati ramai.
Memetik laporan Kosmo, gelagat spontan Baginda Tuanku dikongsikan Siti Elizad menerusi hantaran di Instagramnya semalam.
Menurut Siti Elizad, dia menzahirkan rasa terharu apabila Raja Permaisuri Agong sudi mendoakannya agar diberi rezeki menimang cahaya mata selepas hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga.
“Saya baru balik dari haji ni (sambil usap perut kita). Insya-Allah ada rezekinya nanti, ikhtiar lagi,” kata Elizad yang menulis semula kata-kata yang diungkap Baginda Tuanku.
Permaisuri Agong Usap Perut
Menerusi ruangan kapsyen hantaran yang dimuat naik Siti Elizad, dia berasa tersentuh dan berterima kasih di atas doa yang dititipkan Raja Permaisuri Agong buat rakyat biasa sepertinya.
“Saya, sangat terharu, gembira, teruja semua ada. Terima kasih Raja Permaisuri Agong atas keprihatinan dan doa indah daripada Tuanku yang tak henti-henti dari dulu lagi,” luahnya.
Doakan Siti Elizad Dapat Zuriat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat penyampai radio tersebut turut mendoakan kebahagian dan rezeki anak buat dirinya selain menitipkan kata-kata positif agar Siti Elizad kekal bersemangat.
namahambatempatbara
Semoga @elizadsharifuddin dan saya juga dikurniakan cahaya mata. Saya sudah 15 tahun menanti, semoga ada rezeki kita. Insyallah. Amiin Ya Mujib.
zubaidah_mat_amin
Insyallah amin.. Saya dulu setiba di KLIA balik dari haji, sahabat saya sambut saya. Saya buat macam ini sambil berdoa usap perut dia, minta Allah kurniakan dia rezeki zuriat. Masyallah doa dimakbulkan Allah, anak dia lagi ramai dari saya sekarang @lynda_ghani87
yusufmikael.amyrulasyhraf
Abang saya 8 tahun belum ada anak. Minggu ini dia beritahu wife dia sudah mengandung 6 bulan! Kami satu keluarga happy sangat!
chaqnora
Usaha, tawakal dan doa, insyallah ada… My friend 20 tahun married, tak penah pregnant apatah lagi gugur. Tahun lepas Allah kurniakan seorang anak buat dia dan suami. Semua itu rahsia Allah.
Kashoorga: Semoga Siti Elizad dan suaminya dikurniakan zuriat. Amin.
Salah cara membalas jasa ibu oleh anak adalah dengan cara memberi nafkah dalam bentuk wang kepada mereka terutama sewaktu keduanya sudah tua dan tidak...