Sejuk mata memandang dengan imej berniqab Ainan Tasneem. Mula memakai niqab sejak Syawal yang lalu, Ainan kelihatan cukup selesa dengan penampilan tersebut. Meskipun berniqab ianya langsung tidak menghalang atau menyekat Ainan untuk bergaya.
Gaya fesyen yang ditampilkan oleh ibu kepada Ainan Salsabila ini sentiasa nampak menawan meskipun wajahnya dilindungi. Gandingan niqab dan busana yang sopan tetap menampakkan keayuan ibu muda ini. Jadi siapa kata apabila sudah berniqab tidak boleh bergaya.
Lihat sahaja fesyen gaya sopan yang ditampilkan oleh Ainan. Sejuk mata memandang….
Di samping itu melalui ‘Insta story’ nya, Ainan telah memberi peluang kepada peminatnya untuk bertanyakan soalan. Antara soalan yang diajukan ialah tentang berniqab.
Ads
Ini antara soalan-soalan yang diajukan kepada Ainan.
Ads
Ainan telah mengambil keputusan untuk bersara daripada bidang nyanyian selepas mendirikan rumah tangga pada tahun lalu. Ibu muda ini mahu menumpukan perhatian sebagai seorang isteri dan ibu sepenuh masa.
Moga Ainan terus istiqomah dengan perubahan baik yang telah dilakukannya serta menjadi contoh kepada muslimah di luar sana.
Sumber: Instagram Ainan Tasneem92
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Memiliki seorang isteri yang solehah tentunya menjadi idaman bagi setiap kaum lelaki. Isteri yang solehah umpama perhiasan dan kecantikan dunia yang mampu mengalahkan indahnya kilauan emas, intan atau bahkan permata sekalipun.
Bukan itu sahaja memiliki seorang isteri yang solehah juga mampu membawa kehidupan yang lebih baik, sama ada untuk suaminya atau bahkan untuk keluarga kecilnya. Doa seorang isteri kepada suami menjadi salah satu doa mustajab. Hikmah doa seorang isteri memberikan impak yang besar dalam kehidupan seorang suami.
MENDORONG KEJAYAAN SUAMI
Kekuatan doa seorang isteri dan keutamaan berdoa dalam Islam ternyata memiliki manfaat dan faedah yang begitu luar biasa di dalam kehidupan seorang suami.
MEMBUKA PINTU REZEKI
Tatkala seorang suami meminta izin kepada isterinya untuk mencari nafkah maka sebaiknya diiringi dengan doa terbaik seorang isteri.
MEMBERI SEMANGAT KEPADA KEHIDUPAN SUAMI
Doa seorang isteri memberi semangat kepada seorang suami itu untuk terus berusaha dengan lebih gigih lagi.
MEMUDAHKAN URUSAN SUAMI
Saat doa isteri mengiringi langkah seorang suami maka ia akan memudahkan segala pekerjaan yang dilakukan oleh suami.
MEMBUKA PINTU SYURGA
Bukan hanya untuk kejayaan di dunia semata-mata, doa daripada seorang isteri juga turut membuka pintu syurga baik untuk suami, isteri dan juga anak-anak.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Antara tanggungjawab seorang ketua keluarga ialah kepada wanita-wanita di bawah ‘jagaannya.’ Kisah seorang lelaki yang menjaga isteri, ibu dan ibu mertuanya membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnya berasa cukup kagum. Bertuah tiga wanita yang dijaga oleh lelaki ini.
Melalui catatan Zainur Rashid Zainuddin di laman Facebooknya, dia berkongsi cerita tentang sahabat lamanya itu.
Saya mulai mengenali saudara Khusran Othman di Seremban sejak lebih 20 tahun yang lalu.
Hubungan kami terputus kerana saya berpindah ke UK selama 2 tahun untuk meneruskan latihan kepakaran.
Beliau dikhabarkan pulang ke kampungnya di Perlis setelah diberhentikan kerja (kerap ambil cuti) untuk menjaga isterinya yang sakit.
Melalui khidmat seorang sahabat lama dan penduduk kampung, kami akhirnya berjaya menjejaki beliau.
JAGA ISTERI, IBU DAN IBU MERTUA
Sejak berbelas tahun yang lalu, beliau berkhidmat sepenuh masa untuk menjaga isterinya yang lumpuh, ibu mertuanya yang mengidap kanser rahim tahap 4 dan ibunya sendiri yang semakin uzur.
Beliau membahagikan siangnya kepada 2 iaitu berkhidmat kepada ibunya di sebuah kampung di Jejawi dan isteri dan ibu mertuanya pada separuh yang lain.
Di sebelah malamnya beliau akan menjaga isteri dan ibu mertuanya di awal malam dan akan Ke kampung bersebelahan setiap jam 3 pagi untuk memberikan khidmat bakti kepada ibunya pula.
URUS KEPERLUAN ISTERI, IBU DAN IBU MERTUA
Beliau akan memasak dan mengemas di dua-dua buah rumah ini yang jelas kelihatan kemas dan tersusun.
Ibu, isteri dan ibu mertuanya pun akan disiapkan apa yang perlu, sejak belasan tahun. Beliau kekal tekun dan tenang menunaikan tugasan ini buat sekian lamanya.
Hati saya sebak, tanpa disedari titisan air mata hangat mengalir melihatkan pengorbanan sahabat lama ini.
Apabila ditanya apakah rahsia untuk dia memiliki kekuatan ini, beliau menjawab bahawa dirinya telah dipilih Allah untuk memilih khidmat ini sebagai jalannya ke Syurga Allah SWT.
Allah Allah…
Saudara Khusran mungkin tidak dikenali oleh orang ramai tetapi saya meyakini bahawa beliau terkenal di kalangan penghuni langit.
Sungguh kagum dengan semangat lelaki ini dan boleh dikatakan agak sukar untuk ketemu dengan lelaki sebaik ini. Moga segala pengorbanan yang dilakukannya menjadi asbab dia menuju ke syurga. Aamiin.
Sumber kredit: FB: Zainur Rashid Zainuddin
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Esa. Dalam kehidupan ini, perlu ada impian dan perancangan. Jadi, tidak salah untuk mengatur perancangan yang memang diimpikan.
Memilih jodoh tidak perlu terburu-buru. Tidak mengapa jika perlu selektif memilih calon isteri atau suami asalkan rumah tangga yang dibina mampu kekal hingga ke jannah.
Sememangnya jodoh itu rahsia Allah namun itu bukan bermakna kita hanya berpeluk tubuh tanpa usaha ke arah mendapatkan jodoh. Seperti perkongsian Amir Syahir ini tentang soal jodoh.
Mungkin ada yang berazam untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini tetapi jodoh yang dinanti-nanti masih belum kunjung tiba? Kau boleh baca ni sebagai panduan dalam proses mencari pasangan.
Kita takkan tahu mana satu pilihan yang terbaik. Yang kita tahu ialah, kita yakin dengan pilihan kita. Allah lebih mengetahui. Allah akan bagi kau seseorang yang kau perlu dan bukannya yang kau mahu.
1. Proses Taaruf
Proses taaruf merupakan salah satu cara untuk kau tahu adakah dia pilihan yang terbaik.
Dalam proses berkenalan, kau akan mula nampak kelemahan dan kelebihan masing-masing. Antara calon yang terbaik ialah apabila dia sudi menerima kau seadanya. Kau pun mestilah membuat perkara yang sama kepada dia.
Kau janganlah nak taaruf dalam bilik berdua-duaan pula. Taaruf tengah malam dekat taman bunga. Tu lain jadinya.
2. Agama
Dalam Islam, proses pencarian dengan empat faktor iaitu agama, harta, paras rupa dan keturunan. Pilihlah yang beragama maka kau akan selamat dunia akhirat. Tak semestinya dia ustaz ataupun ustazah. Cukuplah dia tak tinggal solat, tak ambil kesempatan ke atas kau, tahu hukum agama dan tahu batas pergaulan.
3. Cari Keserasian
Kau cari lah keserasian dengan dia. Serasi boleh dikatakan kau senang dengan dia. Kau nak buat apa pun tak dikongkong oleh dia selagi tidak melanggar hukum agama.
Tak semestinya kau suka pergi hiking, tetapi dia tak suka, maksudnya tak serasi. Yang penting dia sentiasa sokong hobi kau. Persamaan itu saling mendekatkan dan perbezaan itu pula saling melengkapi.
4. Selidik Latar Belakang
Antaranya kau boleh tanya tentang latar belakang keluarganya, pendidikannya, ciri-ciri pasangan yang dicarinya. Kau tanya apa yang dia suka dan tak suka.
5. Perancangan Masa Depan
Kau boleh tanya apa matlamat masa depannya dalam keluarga nanti, juga perancangan kerjaya. Kau juga boleh tanya impian yang hendak dikecapi dalam hidup.
6. Bertimbang Rasa
Si dia ada sifat bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Bukannya asyik dia saja nak menang. Nak suruh kau dengar cakap dia saja.
7. Jadi Diri Sendiri
Kau jadi diri kau sendiri lah. Tak perlu kau pinjam baju berjenama kawan kau, pinjam kereta Audi kawan kau untuk pikat si dia. Elakkan berlakon, bersandiwara, sembunyikan perkara yang dia patut tahu, sebab nanti akan diketahui juga.
Apabila dah selesai melalui proses semua tu, jangan lupa beristikharah dan berdoa memohon petunjuk daripada Ilahi. Adakah dia jodoh yang terbaik.
***
Dalam rumah tangga nanti, mesti akan ada salah faham. Jadi, kau kena pandai atasi masalah tu. Bawa la berbincang. Bukannya berdiam tanpa mencari jalan penyelesaian.
Yang penting, jangan terlalu harapkan dia, jangan letak harapan yang tinggi masa proses berkenalan supaya tak timbul kekecewaan jika si dia bukan jodoh kau nanti. Niatkan hati, ini ialah proses mencari isteri/suami, bukannya mencari malaikat. Nak cari yang paling sempurna susah la. Jangan membawa harapan yang terlalu tinggi.
Kau kalau nak ajak si dia berkenalan kau kata je “Awak, nak ke kita berkawan dulu. Kenal hati budi masing-masing. Tapi, kalau masa tu awak dah ada orang lain, saya akan mengundurkan diri.” Simple.
Semoga Allah permudahkan urusan jodoh dan proses mencari pasangan korang nanti. Amin. Banyakkan berdoa dan solat hajat ye.
Sumber kredit: FB: Amir Syahir
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...