Tiada apa yang lebih membahagiakan sang ibu apabila menerima kejutan dari anak. Hadiahnya pula bukan biasa-biasa sebaliknya sesuatu yang mungkin tidak terfikir oleh si ibu. Harganya juga boleh tahan mahal. Demi membahagiakan hati ibu, seorang usahawan wanita, Juzailah Shariff yang juga pengeluar produk Seri Lady telah menghadiahkan ibunya sebuah rumah banglo hasil wang perniagaan diusahakannya.

Di sebalik mahu memberi kejutan buat ibunya yang sudah berpuluh tahun tinggal di rumah flat di Sentul berkeluasan 400 kaki persegi, Juzailah tidak menyangka, ibunya yang mempunyai masalah jantung dan memakai bateri tiba-tiba hampir pitam, mungkin kerana terperanjat dengan hadiah diterimanya hingga anak-anak turut panik. Namun bagaimana pun syukur kerana kesihatan ibunya sudah stabil.

Baca perkongsian Juzailah Shariff yang dikongsikan di ignya.

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah penat lelah selama hampir 4 tahun membina empayar Seri Lady terbalas, apabila dapat belikan rumah yang lebih selesa buat ummi dari rumah skrg.. Minggu lepas saya dan adik, Jeaa (juga rakan kongsi Seri Lady) sempat membuat kejutan secara sederhana untuk ummi. Nak bawa ummi duduk rumah baru sebelum Ramadhan, InsyaAllah.

IKLAN

Kami ambil ummi di rumahnya di Flat Bandaraya Sri Perak Sentul, dimana rumah berkeluasan 400 kaki itulah tempat kami empat beradik dibesarkan oleh seorang itu tunggal yg sgt cekal.

Berkat ketabahan, kesabaran redha dan doa Ummi lah pendorong kejayaan kami hari ini. Terima kasih ummi. Cuma apa yang buatkan saya sebak sampai sekarang tiap kali teringat kejutan tempoh hari, kejutan yang sepatutnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan bertukar menjadi panik!

IKLAN

Mula-mula Ummi happy, tiba-tiba masuk rumah dia nak rebah lemah.. Ummi pula ada sakit jantung, jantung pakai bateri dan darah tinggi Ya Allah bayangkan mcm mana berderau ada saya! Tak tentu arah Jea lari amik air. Tak pernah tengok Jeaa sepanik tu!

Bila ummi dah stabil sikit petang tu, saya tanya kenapa ummi sampai nak rebah lemah tadi? Ummi jawab “bersyukur sgt pada Allah macam tak percaya Allah SWT bagi rezeki dkt anak-anak ummi, dpt menumpang hidup duduk rumah selesa”

IKLAN

Ummi cakap lagi, kalau tak belikan rumah baru ni untuk dia pun tak apa dia bahagia duduk dkt flat sbb ramai kwn2, senang nak gi terawih dan mengaji. Yelah saya faham, rumah ummi memang dekat dengan semua benda. Surau dekat pasar dekat! Lagipun rumah tu terlalu banyak memori dan kenangan.

Cuma skrg ummi dah berusia dan kesihatan x seberapa.. jadi saya dan adik beradik nak ummi ada depan mata kami dekat dgn kami dan kami boleh menjalani kehidupan bersama2 selepas ini. Moga Allah bagi kesempatan untuk kami jaga ummi pula.. Walaupun apa yang kami buat ini sbnrnya belum cukup untuk balas jasa dan pengorbanan ummi. Ju harap ummi bangga dgn pencapaian anak2 ummi skrg dan in shaa Allah kami akan terus berusaha lagi.. Kita dulu org susah. Susah sangat! Ju masih ingat semua tu…

Terima kasih ummi selalu mendoakan kami dan tak pernah kenal erti penat cari rezeki untuk kami.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI