Berteduh Dari Sinar Matahari Jangan Sampai Ikut Cara Syaitan.
Berada di luar rumah, biasanya kita akan mencari lokasi redup untuk berlindung dari sinar matahari. Tak kiralah bawah bumbung, pokok dan sebagainya.
Tapi mungkin ramai yang tak tahu, berlindung di bawah sinar matahari ini juga ada adabnya dalam Islam.
Jangan Duduk Di Tempat Separuh Teduh, Separuh Panas
Jangan duduk di tempat separuh teduh, separuh lagi dalam panas kerana itu merupakan tempat duduk syaitan. Larangan ini datang terus daripada Rasulullah SAW.
Sabda Baginda SAW:
Ads
“Apabila salah seorang daripada kamu berada di tempat yang matahari menyinarinya, lalu bayangannya menghilang daripadanya sehingga sebahagian dirinya berada di tempat teduh dan sebahagian lagi di bawah matahari, maka hendaklah dia bangun dari tempat itu.” (HR Abu Daud, no. 4821; dinilai sahih oleh al-Albani)
Dalam riwayat lain, Nabi SAW turut menyebut:
“Itulah tempat duduk syaitan.” (HR Ibn Majah, no. 3722)
Ads
Para ulama seperti Imam al-Manawi dan Ibnu Qayyim menjelaskan bahawa larangan ini bukan sahaja bersifat rohani, tetapi juga mempunyai hikmah dari sudut kesihatan.
Ini kerana tubuh manusia yang mengalami dua keadaan suhu secara serentak (sebahagian terkena panas dan sebahagian terkena dingin) boleh menjejaskan sistem saraf.
Namun lebih daripada itu larangan ini adalah adalah untuk melatih umat Islam untuk menjauhi segala yang menyerupai amalan syaitan.
Ads
Apa Perlu Kita Buat?
Pindah segera jika anda sedang duduk antara sinar matahari dan tempat teduh, sekurang-kurangnya pindah ke kedudukan sepenuhnya teduh.
Umat Islam yang ingin mengucapkan “Merry Christmas” kepada mereka yang beragama Kristian seringkali menimbulkan polemik dan salah faham baik dalam kalangan bukan Muslim, malah umat Islam sendiri.
Berikut pencerahan daripada pihak Mufti Wilayah Persekutuan.
Melihat kepada situasi semasa di Malaysia, kami berpendapat ucapan Merry Christmas kepada penganut Kristian dan seumpamanya adalah diharuskan. Ini kerana,
Maksudnya: Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah al-Maidah: 8)
Hak minoriti bukan Muslim. Ini kerana hak-hak golongan minoriti yang bukan Muslim juga perlu diraikan lebih-lebih lagi apabila mereka mengambil hak kewarganegaraan (muwatanah). Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Fi Fiqh al-Awlawiyyat ada menekankan tentang keperluan meneliti masalah-masalah yang dihadapi oleh minoriti bukan Muslim.
Perlu membezakan antara penyerupaan (tasyabbuh) dan persamaan (musyabahah). Syeikh Abdullah bin Mahfudh Ibn Bayyah menyatakan bahawa perlu ada perbezaan antara memahami istilah penyerupaan (tasyabbuh) dan persamaan (musyabahah). Menurut beliau, bukan semua perkara yang kita lakukan dan dalam masa yang sama ia juga dilakukan oleh ahli agama lain maka ia menjadi haram. Ia menjadi haram jika menyamai mereka dengan niat (tashabbuh) bukannya semata-mata dengan wujudnya persamaan (musyabahah
“Umat Islam boleh mengucapkan kepada orang Kristian (Merry Christmas), dengan syarat mereka tidak memuliakan agamanya. Adalah penting untuk mewujudkan kesedaran mengenai perkara ini supaya tidak timbul kekeliruan. Hiduplah dengan harmoni bersama orang-orang beragama lain,” katanya Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau memetik Majlis Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Muzakarah dalam mesyuarat ke-78 dalam Hal Ehwal Islam pada 2007 yang menyimpulkan bahawa mengirim salam melalui kad, e-mel atau mesej teks kepada orang bukan Islam semasa musim perayaan mereka adalah dibenarkan, selagi ucapan itu tidak memuliakan agama lain atau menggunakan simbol agama.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Setiap kali awal tahun, masing-masing menanam azam sempena tahun baru. Antara azam yang popular ialah untuk menurunkan berat badan, menabung, cari pasangan hidup dan sebagainya. Namun ramai yang ‘terlupa’ untuk menanam azam agar lebih ‘rapat’ dengan Allah.
Melalui perkongsian Zuan Azmi melalui Facebooknnya, dia berkongsi azam yang juga peringatan sempena kedatangan 2019.
Peringatan 2019 buat diriku dan kawan-kawan:
1) Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45 pagi kerana Nabi SAW ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.
2) Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jangan ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana inilah zikir khas buat menantu Nabi SAW sebagai zikir istiqamah penguat semangat.
3) Berusahalah sedaya upaya untuk solat subuh berjemaah di rumah-rumah Allah, @ paling kurang berjemaah dengan anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.
4) Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana di antara waktu-waktu mustajabnya doa.
5) Pelajari serta hayati setiap bait-bait bacaan dalam setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah-olah kita berbisik-bisik mengadu hal dengan Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dengan yang demikian hati kita sentiasa berada dalam solat, mudah-mudahan dengan asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun di antara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yang sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.
6) Jangan dilepaskan al-Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga Surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari iaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi: Bacalah Al Quran. Sesungguhnya al-Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat-sahabatnya.
7) Jangan ditinggalkan solat-solat sunat qobliyyah ba’diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redanya Allah pada kita.
8 ) Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Golongan wanita, bersedia, ternanti-nanti masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah-rumah Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita SAW yang utama.
9) Lazimi menjaga wuduk setiap masa kerana orang yang punyai wuduk akan didampingi para malaikat-malaikat Allah.
10) Amalkan sentiasa bawa ke mana-mana kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang-orang yang sentiasa bersugi; antaranya, Zikir & bacaan ayat-ayat Al Quran orang yang bersugi lebih 70 kali disukai Allah berbanding bacaan orang-orang yang tak bersugi.
Dua rakaat solat orang yang bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yangg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan-golongan mereka yang istiqamah bersugi.
Riwayat Aisyah.. Bahawa aku tidak bisa mengira berapa kalikah dalam sehari Rasulullah SAW bersugi. Dikatakan juga perkara terakhir yang Rasulullah SAW lakukan sebelum ajalnya sampai adalah baginda SAW sempat bersugi. Saya pernah terbaca dalam artikel tulisan ulama tersohor bahawa nyawa orang yang sentiasa bersugi mudah keluar ketika di datangi sakaratulmaut.
12) Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah-kalimah taubat @ kalimah-kalimah tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.
13) Lazimi berpagi-pagi dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bagi menjana hormon-hormon perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yang positif setiap hari.
KESIMPULAN:
Berusahalah menyantuni akan setiap perkara-perkara sunnah serta perkara-perkara ma’ruf setiap masa kerana itu semua akan mengundang reda Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya reda Allah pada kita maka janji Allah.
“Wahai jiwa-jiwa yang sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan engkau reda dan aku reda. Dan berkumpullah kalian dalam kalangan orang-orang yang berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga.”
Ini adalah ayat sakaratul maut.. Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawaduk dalam berusaha untuk mengejarnya.
Sumber kredit: Via FB Zuan Azmi
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kebelakangan ini satu persatu kes kehilangan dan berakhir dengan tragedi kematian menjadi tajuk utama berita sekaligus menimbulkan kerisauan di hati.
Apa yang berlaku kepada Nidza Afham Mokhtar, Cikgu Istiqomah, dan terbaru adik Nuraina Humaira yang baru berusia 10 tahun ini boleh juga terjadi kepada ahli keluarga kita malah diri kita sendiri.
Bimbang dengan kejadian seperti ini, pendakwah Ustaz Jafri Abu Bakar Al Mahmoodi berkongsi sepotong doa yang diajarkan Rasulullah SAW untuk kita amalkan setiap kali keluar daripada rumah.
Menurut Ustaz Jafri , doa yang diajar Baginda SAW adalah seperti berikut:
“Dengan nama ALLAH, aku bertawakal kepada ALLAH, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-NYA.”
Doa tersebut diambil daripada sepotong hadis Rasulullah SAW:
“Jika seseorang keluar rumah, lalu dia mengucapkan ‘Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa hawla walaa quwwata illa billah’, maka dikatakan ketika itu, ‘Kamu akan diberi petunjuk, dicukupkan dan dilindungi’. Malah syaitan juga akan menjauh daripada kamu. Syaitan yang lain akan berkata: ‘Bagaimana kamu ingin mengganggu seseorang yang telah mendapatkan petunjuk, dicukupkan dan diberikan perlindungan ALLAH SWT?” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Dalam satu hantaran video di akaun TikTok milik beliau, Ustaz Jafri mengajak semua untuk mengajar diri dan seluruh ahli keluarga agar beramal dengan doa ini supaya berada dalam penjagaan ALLAH SWT apabila keluar dari rumah dan dijauhkan daripada perkara-perkara tidak diingini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?