Ramai suami sedar bahawa mereka merupakan ketua keluarga dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memenuhi keperluan dan kehendak isteri dan anak-anak. Namun, masih ada juga yang tertanya-tanya bolehkah dan apakah hukum jika suami mengambil duit isteri tanpa pengetahuan?
Harta isteri adalah milik penuh isteri. Walaupun dalam bab memberi sedekah, isteri tidak perlu meminta izin suami untuk melakukannya menurut jumhur ulama’. Isteri boleh membelanjakan hartanya mengikut kehendaknya asalkan perbelanjaan itu tidak membawa kepada dosa-dosa seperti pembaziran, maksiat dan sebagainya.
Namun jika perbelanjaan isteri boleh membawa kepada kemurkaan Allah, maka suami boleh menghalangnya. Ini atas dasar kewajipan seorang suami untuk mencegah isteri dan keluarga daripada dimasukkan ke dalam neraka, bukan atas dasar harta itu miliknya.
Ads
Firman ALLAH SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka pula tetap melakukan segala apa yang diperintah.” (Surah at-tahrim:6)
Ads
Suami boleh mengambil harta isterinya hanya dengan keizinan dan kerelaan si isteri. Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak halal harta seorang Muslim yang lain melainkan dengan kerelaan hatinya.” (Riwayat Imam ad-Daruqutni)
Ads
Dalam kitab Maratib al-Ijma’ ada mengatakan bahawa, “Para ulama’ telah sepakat menegaskan bahawa tidak halal suami bersedekah dari harta milik isterinya melainkan dengan izin isterinya.” (Maratib al-Ijma’, Imam Ibnu Hazm, 1/92).
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bagi jemaah umrah/haji yang pertama kali menaiki kapal terbang tentunya agak kekok ketika pertama kali menggunakan tandas. Keadaan menjadi sedikit tidak selesa apabila ingin mengambil wuduk sehingga lantai tandas ‘lecak’ dengan air.
Sebenarnya ada cara yang praktikal dan mudah untuk mengambil wuduk tanpa membuatkan lantai tandas habis lencun dengan air.
Aku sendiri pernah tengok pramugari sebuah penerbangan antarabangsa mengeluh sebab tandas kapal terbang bersepah dengan air. Lantainya pun lencun.
Memang ya, sebab ada penumpang yang berwuduk dalam sana.
Sebenarnya kawan, tak salah pun berwuduk dalam kapal terbang. Cuma seeloknya jagalah hak tandas dan penumpang yang lain juga. Janganlah terlalu melampau sampaikan basah habis cermin, lantai dan mangkuk tandas. Orang selepas kita nak guna pun tak selera.
Selalunya mereka yang pernah datang melaksanakan umrah akan diperkenalkan dengan botol spray untuk berwuduk. Cara ini senang saja, hanya semburkan di anggota wuduk lalu sapu dan ratakan guna tangan. Boleh buat di kerusi masing-masing tanpa perlu ke tandas.
AMBIL TAHU KEADAAN TANDAS DALAM KAPAL TERBANG
Namun, ada juga yang berasa tak yakin dengan spray begitu. Nak juga berwuduk di tandas kapal terbang. Nak juga angkat kaki ke singki ketika nak basuhnya. Haih.
Okey beginilah, kita kena tahu yang tandas kapal terbang ini sempit saja ruangnya. Agak sukar jugalah bagi mereka yang bertubuh gempal untuk pusing ke sana, ke mari nak angkat kaki apa semua.
Saya cadangkan agar kalian meminimumkan penggunaan air untuk berwuduk. Alah, nak wuduk ini tak perlukan air yang banyak pun. Bukannya macam kita buka paip masa mandi, air keluar mencurah-curah lajunya.
Hanya tadahkan air ke tangan dan sapukan ke anggota wuduk. Pastikan ianya rata ke segenap penjuru. Air tak banyak tak apa, asalkan rata semuanya. Sapukan sekali pun dah cukup jika dah kena.
Paling penting, tak usah pedulikan rasa was-was yang syaitan duk bisikkan dekat telinga. Itu semua gangguan yang akan buatkan kita rasa tak kena itu ini. Lepas itu mulalah duk ulang basuh tempat sama sampai lencun habis. Ha, itu bahaya.
Untuk basuh kaki pula, elakkan daripada angkat masuk ke singki. Itu bahaya terutama buat warga emas. Yang muda remaja pun samalah juga. Jadi saya sarankan untuk gunakan gelas plastik yang disediakan dalam sana. Memang ada selalunya. Kalau tak ada, boleh minta dari pramugari cantik yang bertugas okeh.
Isikan dalam gelas plastik tadi. Kemudian letak kaki di mangkuk tandas, dan basuhlah di situ. Selamat dan selesalah sikit berbanding duk sangkut kaki dalam singki sana. Sudahlah tinggi, bahaya woih.
JAGA KEBERSIHAN
Bila dah siap berwuduk, ini yang terakhir. Kena buat. Ambil tisu dan lap tempat-tempat yang terpercik air tadi. Di cermin, dinding, mangkuk tandas dan pintu jamban. Lap kasi kering. Jangan tinggalkan kesan. Kita jaga kebersihan tandas awam. Orang lain pun nak guna.
“Alah, bukannya kotor pun. Kita guna buat berwuduk kot.”
Iya memang tak kotor bagi kita. Namun sesetengah orang berasa jijik dan mereka pun tak tahu itu air wuduk ataupun air jamban. Bila dah lencun begitu, orang pun tak selesa.
Kita nak buat ibadat ini, jangan sampai orang di sekeliling rasa serabut dan menyampah. Jangan sampai orang kaitkan agama dengan benda yang bukan-bukan hasil perbuatan kita. Kalau kita masuk jamban dalam keadaan kering, pastikan kita tinggalkannya pun dalam keadaan kering juga. Kesianlah dekat pramugari dan penumpang yang lain.
Apabila kita faham konsep wuduk, pasti mudah. Ianya tak memerlukan air sebaldi pun untuk sempurnakan satu wuduk. Nabi SAW dulu berwuduk guna air sebekas kecil saja. Tetap sempurna hasilnya. Dan kita pun boleh cuba tiru dan amalkan.
Ketua Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Ustaz Safri Muhammad, 48, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.50 malam tadi.
Menurut isterinya, Rusamiah Ismail, 51, Allahyarham Safri dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit gigi yang teruk dan pitam.
“Keadaan kesihatannya mula merosot dan mengalami batuk menyebabkan doktor mengambil keputusan untuk menidurkannya jam 5 petang tadi,” katanya memetik laporan dari Sinar Harian.
Ujarnya, doktor mengesahkan jantung arwah terhenti dan pihak hospital terpaksa melakukan bantuan pernafasan (CPR) sebanyak lima kali sebelum dia disahkan meninggal dunia.
Difahamkan, Allahyarham yang berasal dari Medan, Indonesia turut meninggalkan tiga orang anak berusia 15 hingga 20 tahun.
Beliau sebelum ini bertanggungjawab ke atas kajian My #QuranTime 1.0 dan 2.0 yang disiarkan di tiga stesen TV sejak tahun 2020 dan mengajar kelas bahasa Arab dan al-Quran di Kumpulan Karangkraf sejak tahun 2014.
Pada Sabtu lalu, Allahyarham terlibat dalam program Wellness #QuranHour di Masjid Darul Ehsan, SS 15 Subang Jaya.
Sementara itu, Pengurus Kanan Tugas Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang berkata, Allahyarham mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Sains al-Quran dari Universiti Madinah turut terlibat dengan World #QuranHour dan Malaysia #QuranHour sejak ianya mula diperkenalkan.
Umpama mimpi menjadi kenyataan, seorang ibu berjaya membawa ke semua lapan anaknya menunaikan haji secara serentak pada musim haji kali ini. Nor Hilali Hussin, 58, mula memasang impian dan berdoa untuk membawa ke semua lapan anaknya ke Tanah Suci Mekah ketika kali pertama menunaikan haji bersama suami pada tahun 2000.
Lapan anak Nor Hilali iaitu Wan Abdullah Shahid, 33, Wan Abdullah Shakir, 30, Wan Abdullah Shahir, 28, Wan Abdullah Shamil, 21, Wan Abdullah Shamim, 19, Wan Abdullah Shabil, 17, Wan Abdullah Sharaf, 16. dan satu-satunya anak perempuan, Wan Iman Nawwarah, 23.
Nor Hilali mengakui ‘kejayaan’ dia membawa ke semua anaknya menunaikan haji secara serentak adalah atas usaha dan iltizam yang tinggi. Tidak dapat dinafikan ia memerlukan perancangan jangka panjang. Jelas Nor Hilali, pada 2006, dia mula daftarkan semua anaknya untuk pergi menunaikan haji selepas wang dalam akaun simpanan Tabung Haji masing-masing cukup syarat iaitu minimum RM1,300.
Semua duit raya anak-anak dan bonus yang diperolehinya setiap tahun dimasukkan ke dalam akaun simpanan anak-anaknya. Malah anak pertama Nor Hilali, Wan Abdullah Shahid dan yang kedua Wan Abdullah Shakir yang sudah bekerja, turut membantu menambah simpanan adik-adik mereka.
Tentunya peluang untuk ke Tanah Suci bersama anak-anak menjadi idaman ramai kaum ibu.
Berikut tip yang dikongsikan oleh Noor Hilali Hussain:
*Kalau nak pergi satu keluarga, daftar serentak *Yang penting, cukupkan RM1,300 dahulu *Kumpul sikit-sikit, duit raya, duit bonus
*Jangan putus-putus berdoa, nak datang sekali lagi, bawa anak-anak
*Daftar 2006, tawaran dapat 2018
Sumber: Berita Harian
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam keheningan Ramadan yang sarat dengan rahmat dan keberkatan, inisiatif “Pot of Hope” oleh Nu Ideaktiv bersama Rasa tampil sebagai satu gerakan yang bukan...