Buat solat sunat hajat, keluarga harap pencarian 2 lagi mangsa tragedi kepala air berjalan lancar. Sehingga ke saat, dua lagi mangsa masih dalam tidak ditemui, semoga Allah permudahkan segala usaha pencarian.
Selain usaha pencarian, keluarga mangsa juga tidak berhenti berdoa kepada Allah agar segala urusan dipermudahkan dan segalanya selesai dengan cepat.
Memetik laporan Sinar Harian, keluarga mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman tidak putus-putus menunaikan solat hajat bagi mendoakan kesemua jasad mangsa ditemukan.
Menurut waris mangsa, Rosilawati Kassim, 49, mereka berharap usaha pencarian dua lagi mangsa yang masih hilang berjalan lancar dan mendapat petunjuk baharu.
Keluarga Harap Pencarian
“Kami sekeluarga tidak putus-putus berdoa dan mengadakan solat hajat supaya mereka segera ditemui.
Ads
“Keluarga dan kenalan di kampung juga turut serta mendoakan semoga urusan pencarian berjalan lancar dan menemukan jasad dua lagi yang masih hilang,” katanya.
Setakat ini lapan mangsa telah ditemukan iaitu pasangan suami isteri, Allahyarham Karim Abdullah, 39 dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta enam anak mereka iaitu Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim,16; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya,10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4.
2 Lagi Mangsa Tragedi Kepala Air Berjalan Lancar
Dua lagi mangsa iaitu Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, masih hilang dan dipercayai masih berada di sekitar sektor pencarian sepanjang 35 kilometer (km).
Sementara itu, operasi hari kelima mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan jam 9 pagi, pada Khamis.
Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, operasi itu melibatkan seramai 279 anggota dari pelbagai agensi termasuk JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) selain turut dibantu orang awam.
Ads
INFO:
CARA SOLAT SUNAT HAJAT
Lafaz niat solat hajat:
Setelah berwuduk, mulakan solat sunat hajat dengan lafaz niatnya
أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Usolli sunnatal hajati rak’ataini lillahi taala
Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala
RAKAAT PERTAMA
Selepas bacaan Al-Fatihah bacalah Surah Al-Kafirun
(Rukun-rukun solat ini adalah sama seperti rukun solat biasa)
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ . لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ . وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ . وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ . لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
Qul ya ayyuha alkafiruun . La a’budu ma ta’buduun
Wala antum Aabiduuna maaA’bud . Wala ana Aabidun ma abadtum
Wala antum Aabiduna maaAbudtum . Lakum diinukum waliya diin
RAKAAT KEDUA
Selepas bacaan Al-Fatihah bacalah Surah Al-Ikhlas
(Rukun-rukun solat ini adalah sama seperti rukun solat biasa)
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ . لاللَّهُ الصَّمَدُ . لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ . وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
Qul huwa Allahu ahad . Allahu assomad
Lam yalid walam yulad . Walam yakun lahu kufuwan ahad
BERDOA SELEPAS MEMBERI SALAM
– Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. dan bersalawat kepada nabi S.A.W.
– Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing
seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan,
perniagaan, dijauhkan dari maksiat dan lain-lain.
Hajat Juga boleh dipohon dalam sujud selepas memberi salam
(boleh melafazkannya kerana telah keluar dari solat)
Ads
BERDOA DIDALAM SUJUD TERAKHIR
Selepas memberi salam digalakkan membaca doa Nabi Yunus a.s
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk,
kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali
dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya
sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”
Hajat boleh di pohon di dalam solat iaitu ketika sujud terakhir tetapi berdoa di dalam hati sahaja.
Tidak boleh dilafazkan kerana masih lagi berada didalam solat. Batal solat jika melafazkannya.
Mengadakan majlis perkahwinan memanglah seronok kerana kita dapat berkumpul bersama adik-beradik lain serta sanak saudara.
Bukan sahaja pada sebelah kita, tetapi orang baru rasmi menjadi ahli keluarga kita. Namun begitu, ada batas pergaulan yang perlu kita ambil tahu agar tidak akan berlaku perkara tidak diingini.
Walau serapat mana hubungan itu, batas pergaulah perlu dijaga kerana orang baru itu bukan mahram kita.
Jaga batas pergaulan bila masuk dalam keluarga baru.
Ayuh ikuti perkongsian lelaki ini Akhtar Syamir bab mahram agar boleh dijadikan panduan terutama ketika sesi fotografi bersama seisi keluarga.
Anda dan ipar anda bukan Mahram. Bila bukan Mahram, sentuh tak boleh, aurat pun kena jaga. Dalam Islam, tak kira “tahap kemesraan” atau “tahap rapat” tu. Yang dikira ialah hubungan antara satu sama lain.
Antara perkara yang selalu terjadi, ipar tidak begitu mengambil berat akan auratnya. Memakai baju lengan pendek dan tidak bertudung. Alasannya, “bukan orang lain”. Bila berjumpa atau berpisah, tak perlulah salam atau laga-laga pipi.
Yang kedua sering terjadi ialah pasangan kepada mak atau bapa saudara. Contohnya anda seorang perempuan, suami kepada mak saudara anda tu bukan mahram. Jadi, tak boleh la buka tudung depan dia atau salam dengan dia. Sama juga dengan jika anda seorang lelaki, isteri kepada bapa saudara anda tu bukan mahram, tak boleh salam.
Sama juga kesnya dengan anak saudara suami atau isteri anda. Bukan mahram dan tidak boleh buka aurat depan mereka dan bersalaman.
Ketiga, dengan sepupu berlainan jantina. Selalunya alasan “membesar bersama” dan lain-lain akan membuatkan orang ambil mudah. Kalau berjumpa bukan main lagi salam, cium pipi dan peluk. Maklumlah, dulu duduk serumah. “Bukannya orang lain”.
Kemudian, yang selalu orang terlepas ialah apabila bersama dengan orang tua. Orang tua walau setua mana pun jika dia bukan mahram kita, tak boleh bersentuhan juga. Jangan gunakan alasan “hormat orang tua”. Tak kena alasan tu.
Dulu saya kurang ambil berat bab ni, main salam saja sana sini. Tapi bila kita dah tahu, kita mula cakna bab ini. Tak susah pun nak tahu yang mana boleh salam atau tidak. Fokus kepada yang rapat-rapat dulu.
Bila dah tahu, macam mana nak elak dengan sopan untuk tidak berada dalam situasi yang janggal apabila bukan mahram menghulur tangan untuk disalam?
1. Letak tangan atas dada dan senyumlah semanis yang boleh sambil mengangguk atau tunduk sedikit. Ini gaya tubuh yang paling menghormati orang lain tanpa bersentuhan.
2. Memberi alasan yang anda ada wuduk sambil meminta maaf dan senyum.
3. Jarakkan kedudukan anda supaya kurang kebarangkalian orang itu akan menghulurkan tangan untuk bersalaman.
4. Kalau keadaan memaksa dan anda tidak sempat untuk buat 3 perkara di atas, carilah apa-apa untuk lapik tangan tu. Ini cara terakhir, pasti orang itu tidak akan cuba salam dengan anda di waktu yang lain.
Semua ini kita buat bukan untuk tidak menghormati kebaikan orang lain. Kita buat dan ambil tahu supaya kita tidak membuat dosa yang sia-sia dan dalam tidak sedar, kita “menghalalkan yang haram”.
Semoga kita lebih ambil berat perkara sebegini. Jangan ikut artis, artis tu manusia juga. Ada kelakuan yang betul, ada kelakuan yang tidak betul. Ikutlah yang betul sahaja, yang lain kita jadikan sempadan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap dari kita baik perempuan atau lelaki tidak terlepas dari mengalami masalah kenaikan berat badan. Jika berat badan berlebihan akan menyukarkan kita untuk melakukan pelbagai aktiviti dan salah satunya adalah menunaikan solat.
Namun itu bukan penghalang untuk kita tidak melakukan suruhan Allah yang wajib ini. Banyak cara untuk kurus dan paling senang adalah dengan menjaga pemakanan.
Seperti satu perkongsian di laman sosial twitter menggunakan akaun @FoodViralMY, yang memberi idea makanan untuk wanita berpantang. Tetapi juga untuk mereka yang nak kurus atau dalam proses diet juga sangat digalakkan.
Ini kerana makanan yang disajikan tidak berminak dan menggunakan konsep bakar, rebus dan goreng tanpa minyak. Paling penting disekalikan dengan buah-buahan dan salah satu kurma.
Tapi semua menu ini juga sesuai untuk orang yang nak kuruskan badan
Makanan disajikan buat terliur dan sesuai untuk orang diet
Ini 19 menu yang dikongsi:
Menu lain
Mesti disertakan dengan sayur dan ikan bakar atau rebus
Buah-buahan juga tak tinggal, salah satu kurma
Ayam dan ikan bakar juga sesuai dijadikan menu untuk yang nak diet
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap orang pastinya mengimpikan kejayaan gemilang dalam hidup. Tidak kiralah dalam apa jua bidang yang diceburi asalkan dapat menggembirakan kedua ibu bapa dan yang penting kepuasan diri sendiri.
Walaupun diduga dengan ujian bertimpa, namun ia sebenarnya adalah itu sebahagian
dugaan Tuhan beri kepada insan yang disayangiNya.
Seperti kejayaan gadis ini yang menerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) walaupun sepanjang perjalanan sebelum mengecap kejayaan itu menghidap penyakit hyperthyroidism iaitu sejenis penyakit melibatkan kelenjar tiroid.
Usaha kerasnya sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains
Aktuari yang tidak mengenal erti lelah sepanjang pengajian telah membuahkan
hasil apabila kerap menerima anugerah-anugerah kecermalangan sehingga
melayakkannya memperoleh Anugerah Diraja yang disampaian sendiri oleh KDYMM Agong.
Kejayaan ini hadiahkan untuk keluarga, sahabat serta guru-guru
Alhamdulillah. Kejayaan saya pada hari ini saya hadiahkan buat ibu bapa saya, abang-abang dan adik-adik saya, ahli keluarga saya, sahabat-sahabat saya, guru-guru dari Tadika Bukit Rangin, Sekolah Kebangsaan Sungai Isap, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin, Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib dan pensyarah-pensyarah dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dan terutamanya dari Pusat Pengajian Sains Aktuari, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA. Jutaan terima kasih juga kepada Kementerian Pendidikan serta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang telah menaja pengajian saya dari peringkat Asasi sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana pada hari ini.
Tulang belakang hingga membolehkan menerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jasa Cemerlang)
Mereka adalah tulang belakang kejayaan saya dan merekalah yang membentuk saya untuk menjadi siapa saya pada hari ini. Saya mungkin tidak akan mampu untuk mencapai semua ini tanpa doa, sokongan, pertolongan, ilmu-ilmu yang dicurahkan serta semua dana kawangan yang diberikan. Terima kasih kepada UiTM kerana menerima saya 4 tahun lalu sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Aktuari dan percaya akan kelayakan saya dengan penganugerahan ini, hari ini. Terima kasih kepada Majlis Raja-Raja atas penganugerahan Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) ini. ⠀
Saat pertama kali jejak ke UiTM, matlmat untuk belajar bersungguh-sungguh demi capa cita-cita & banggakan ibu bapa
Hari pertama saya jejakkan kaki di UiTM, matlamat saya hanya satu iaitu untuk belajar bersungguh-sungguh, mengejar cita-cita saya dan membanggakan ibu bapa saya. Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk menerima penghormatan dengan menerima anugerah yang besar sebegini. Tetapi Allah Maha Pemurah dan saya sangat bersyukur atas setiap rezeki dan nikmat yang dikurniakan. Semoga dengan nikmat dan kebolehan yang ada, saya mampu menyumbang semula kepada masyarakat suatu hari nanti.
Antara anugerah yang diperoleh
Semoga kejayaan saya pada hari ini mampu memberi inspirasi dan suntikan semangat yang baru kepada diri saya sendiri, adik-adik saya dan junior-junior Sains Aktuari, FSKM, UiTM untuk lebih cemerlang dunia dan akhirat. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Terima kasih. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ •Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) 2019 •Anugerah Naib Canselor •Anugerah Graduan Terbaik Fakulti 2019 •Anugerah Graduan Terbaik Program 2019
@ Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam
Kashorga: Semoga kisah menjadi inspirasi buat kita supaya terus berusaha mencapai kejayaan walaupun pelbagai dugaan menimpa. Ingatlah setiap dugaan yang Allah beri kerana Dia sayang pada kita. Anggapan sebagai pembakar semangat untuk terus mengecapi kejayaan paling manis serta membanggakan kedua ibu bapa.
Islam memberikan kelonggaran kepada umat-Nya dalam beberapa keadaan tertentu melalui rukhsah (keringanan). Salah satunya adalah mengqasarkan solat ketika dalam perjalanan jauh.Namun, apa hukum jika...