Keindahan suasana bulan Ramadan semakin terasa di hati. Hanya beberapa hari sahaja kita bakal menyambutnya. Pelbagai cara yang dapat anda amalkan apabila tibanya bulan yang mulia ini seperti beriktikaf di masjid, berkongsi makanan berbuka dengan orang yang memerlukan, solat terawih serta tadarus al-quran.
Selain itu, bulan Ramadan juga ,merupakan peluang untuk kita mengambil peluang untuk menurunkan berat badan.
Berikut 10 TIP TURUN BERAT yang dikongsikan oleh Khairul_irfan.ft
Jika tip pertama korang tak boleh buat baik lupakan je nak kurus sebab tip pertama adalah benda paling utama dalam nak kurus. Dah buat tip pertama baru korang buat tip ke-2 sampai ke-10.
Ramai di antara kita yang berpuasa pada bulan Ramadan mengambil tembikai ketika berbuka puasa (Iftar) sama ada buah yang dipotong atau diambil sebagai jus tembikai. Tetapi tidak ramai yang tahu manfaat buah tembikai ini.
Ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah memakan buah tembikai. Ini menunjukkan buah tembikai adalah buah yang bernutrisi, selamat dan baik untuk dimakan.
Ada ulama (tidak diketahui sumber) memberitahu wanita yang hamil digalakkan untuk memakan tembikai kerana anak yang bakal dilahirkan akan baik akhlaknya dan sempurna sifatnya.
Mengikut kajian sains pula, buah tembikai ini sangat sesuai dijadikan hidangan pertama ketika berbuka puasa bersama dengan kurma. Satu atau dua ulas tembikai bersama beberapa biji kurma dan segelas air kosong cukup untuk memberikan tenaga segera bagi mereka yang berpuasa.
Tembikai mempunyai Glycemic Index yang tinggi, bermakna penyerapan gula ke dalam darah berlaku dengan pantas. Oleh kerana kita hanya mengambil beberapa ulas saja, ia tidak memudaratkan.
Nasi putih GI: 72 (tinggi) 150 kalori/100g
Tembikai GI :72 (tinggi) 30 kalori/100g
Kurma GI: 42 (rendah) 282 kalori/100g
Semasa menjalankan ibadah puasa, beberapa perubahan fisiologi dalam tubuh akan berlaku. Antaranya enzim yang berada dalam tubuh dikeluarkan secara perlahan-lahan disebabkan kita tidak makan sepanjang hari. Lapisan lendiran yang menyelaputi dinding dalam saluran penghadaman (perut dan usus) menipis. Oleh itu apabila kita berbuka puasa, mulakanlah dengan makanan yang bersifat mudah (simple real food). Antaranya buah-buahan seperti tembikai, anggur, pisang dan betik.
Tembikai mengandungi Vitamin A, C, thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B6 dan folate. Vitamin-vitamin ini membantu menstabilkan mood dan menguatkan ingatan. Berbuka puasa dengan tembikai dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Ia mengandungi 92% air dan nutrisi yang tinggi, sesuai untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa dan menggalakkan perpeluhan ketika musim panas.
Tembikai juga mengandungi sebatian lycopene iaitu sebatian antioksida yang boleh didapati dari buah-buahan berwrna merah seperti tomato. Satu gelas tebikai mengandungi 10mg lycopene, sementara satu gelas tomato mengandungi 5-6 mg lycopene. Lycopenen sangat baik untuk merendahkan risiko mendapat penyakit jantung dan osteoporosis, juga membantu mengelakkan penyakit kanser pada payudara dan prostat.
Lycopene juga merupakan antioksida yang bagus diamalkan bagi pesakit diabetes, katarak, kulit dan juga membantu dalam masalah kesuburan.
Tembikai juga mengandungi sebatian citrulline, yang merangsangkan pengeluaran bahan nitric oxide, yang berfungsi sebagai merehatkan, melembutkan dan mengembangkan saluran darah yang sangat sesuai diamalkan oleh pesakit yang mengalami mati pucuk (erectile dysfunction) dan tekanan darah tinggi. Bila salur darah mengembang ia mengekalkan perjalanan darah dalam saluran koronari pada jantung.
Sumber: DrZubaidi Hj Ahmad
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bagi sesiapa yang sering mengikuti ustaz Ebit Lew di laman sosial pasti tahu ustaz Ebit seorang yang sangat romantik bersama isteri. Sering merindui isteri dan keluarganya, perasaan rindu yang lahir dari dalam dirinya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Seringkali perasaan itu diungkapkan di laman sosial miliknya.
Hidup berumah tangga perlu sikap saling bantu-membantu, toleransi dan bekerjasama. Apabila setiap pengorbanan yang dilakukan isteri dihargai oleh suami, pastinya hubungan itu akan menjadi lebih membahagiakan.
Berikut catatan Ustaz Ebit Lew di laman instagramnya.
Baru ni masa bawa keluarga bercuti saya tengok seorang suami dekat hotel hempas barang dan marah isterinya dan 3 anaknya. Rupanya isterinya tertinggal barang dekat bilik. Suaminya terus pergi. Menjerit-jerit. Barang bertabur. Anak yang besar dalam umur 10 tahun agaknya menangis peluk maknya. Semua menangis-nangis. Saya pergi dekat situ tolong kutip barang yang bertabur-tabur tu. Eh takper. Takper.kata wanita itu. Ish tak per sikit jer kak.
Tak lama suami dia datang nampak saya. Eh ebit lew kan.yer saya abang.
Kenapa abang akak ok. Ok ustaz. Isterinya jawab suami saya kuat marah ustaz dan tak mahu tolong saya. Dia asyik main hp. Lepas tu bila barang tinggal marah-marah. Dia suka marah-marah.
Abang penat kerja yer. Nak berehat-rehatkan. Akak pun sama.Saya nampak muka abang dengan akak sama dan saya tahu saling mencintai dan menyayangi. Pasangan bahagia..Beginilah, kita hidup untuk Allah sayang. Anak saya pun ada yang kecil lagi. Memang penat. Tapi mereka rindukan kasih sayang kita mak ayah. Jangan bergaduh depan mereka.
Jadikan barang tertinggal, sesat jalan, sebagai gelak tawa dalam rumahtangga. Abang jangan marah-marah. Lemah lembut dalam keluarga ialah tanda keluarga dalam rahmat Allah. Orang yang terbaik ialah yang paling baik kepada ahli keluarganya. Itulah akhlak Nabi saw.
Suaminya kata saya ada tengok ustaz berdakwah di jalanan. Boleh saya peluk ustaz. Boleh abang. Saya peluk agak lama dan doakannya. Saya bisik padanya. Abang peluk isteri dan anak-anak abang. Mereka sedih tu. Dia terus peluk isteri dan anaknya. Dia menangis dan minta maaf pada isterinya.
Ya Allah sebak sebab anak-anak saya pun kecil lagi. Saya kadang-kadang ada ceramah di luar. 4 orang anak kecil-kecil bidadari saya uruskan..hanya Alllah yang membalasnya segala kebaikan dan pengorbanannya.
Hargailah ibu. Hargailah isteri.
Sebab tu saya benar-benar selalu doakannya dan selalu telefonnya dengar luahan bidadari saya mengenai anak-anak. Sebab penat urus rumahtangga ini. Perlu pasangan mendengar luahan rasa dan juga perlu belajar luah dengan doa-ebitlew
Kesimpulannya hargailah isteri dan anak-anak selagi masih ada. Jangan sampai apabila sudah kehilangannya baru hendak menyesal, semuanya sudah terlambat.
Sumber kredit: Instagram Ebit Lew
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini kita sudah berpuasa untuk hari pertama Ramadan. Jam ditangan baharu sahaja menunjukkan ke angka 12.30 tengahari tapi badan sudah terasa lesu dan tidak bermaya. Mengapa agaknya jadi begitu ya? Sedangkan awal pagi sudah bangun untuk bersahur.
Tahukah anda bahawa amalan terbaik ketika bersahur dan berbuka amat penting bagi memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang menjalani ibadah puasa. Berikut dikongsikan amalan diet sihat ketika bersahur dan juga berbuka puasa.
KETIKA BERSAHUR
*Ketika bersahur, amalkan untuk bersahur 30 minit sebelum masuknya waktu imsak.
*Elakkan sama sekali minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sebagainya. Amalkan minum air kosong. Susu juga baik untuk diambil ketika bersahur.
*Ketika bersahur, tidak semestinya makan nasi. Kita boleh makan roti, bubur dan oat untuk memberikan kesan kenyang yang lebih lama.
*Bagi mereka yang menghidap penyakit darah tinggi, diabetes dan gastrik, anda boleh amalkan makan banyak sayur-sayura, buah-buahan, susu dan makanan tinggi serat.
KETIKA BERBUKA
*Ketika berbuka puasa pula, apa yang penting, pastikan hidangan yang diambil suku-suku separuh.
*Elakkan makanan yang manis-manis, berlemak, bergoreng, pedas dan makanan tinggi garam.
*Ketika makan, kunyahlah secara perlahan-lahan agar makanan cepat hadam.
Ketahuilah dengan cara pemakanan yang betul tubuh kita akan kekal sihat dan bertenaga sepanjang menjalani ibadah puasa.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?