Lumrah hidup berumahtangga menghadapi ujian dan dugaan. Dalam hidup berumah tangga, salah satu kuncinya adalah saling memenuhi hak dan menunaikan kewajiban masing-masing. Ketentuan itu berlaku untuk kedua pasangan, bukan hanya suami kepada isteri, tetapi juga sebaliknya, isteri kepada suami.
Bagaimana nak hidup menjadi suami isteri di akhir zaman?
1. Belajar agama. Maksudnya belajar agama itu belajar mengenal, cinta dan takutkan Tuhan. Mulakan dengan belajar kembali dan betulkan sembahyang kita.
Ads
2. Bertaubat atas dosa-dosa lalu. Yang menjarakkan hubungan kita sebagai suami isteri itu, bukan sebab tak faham pasangan kita. Tapi semuanya kerana dosa. Lebih banyak dosa, lebih dan lebih teruk hubungan suami isteri itu sebenarnya.
3. Banyakkan buat baik. Tak perlu tunggu pasangan buat baik. Tak perlu tanya pasangan saya dah beri, apa awak bagi? Tugas kita sebagai hamba yang memberi. Bukan asyik meminta.
Semoga Tuhan menjaga kita dari segala keburukan akhir zaman.
Ads
Sungguh, Takut dan ngerinya menjadi suami isteri hari ini.
Moga Tuhan terus memegang hati dan menguatkan jiwa untuk hidup dalam rumahtangga.
Tidak dinafikan sebagai pasangan yang baru berkahwin, soal kewangan menjadi tunggak utama dalam merencakan perjalanan hidup sebagai suami isteri.
Jangan disebabkan sudah berbelanja berlebihan di majlis perkahwinan atau pergi berbulan madu selepas itu menyebabkan pasangan menghadapi masalah kewangan di awal perkahwinan.
Perkongsian lelaki ini yang memberi nasihat kewangan kepada pengantin baru. Boleh dijadikan panduan kepada yang bercadang untuk berkahwin dalam masa terdekat atau merancang pada masa telah ditetapkan.
7 Nasihat Kewangan Untuk Pengantin Baru
====
Bagi pasangan muda, pernikahan merupakan detik terindah dan sebuah harapan baru yang diimpikan.
Sebaik saja selesai majlis, ada yang tanpa berfikir panjang terus bercuti ke luar negara, tidak kurang terus swipe kad kredit untuk beli macam-macam keperluan berkeluarga. Tanpa disedari, mereka mungkin akan terjerumus ke dalam perangkap kewangan.
Baru selangkah memulakan perjalanan kehidupan baru, tetapi sudah membawa beban hutang untuk mengharungi bahtera perkahwinan. Jadi, apabila baru berkeluarga, kami cadangkan ikut tips ini;
1. Merangka Bajet Keluarga
Dulu makan seorang, malam makan megi pun tak apa. Dulu sabun mandi jadikan sabun basuh pinggan pun tak apa. Bila dah berumahtangga, kena mula ada bajet kewangan supaya tahu berapa kos barang keperluan setiap bulan.
Nanti apabila dah ada anak nanti mudah, sebab dah terbiasa buat bajet.
2. Merekod Perbelanjaan
Penting untuk merekod segala perbelanjaan keluarga. Paling tidak pun, catat segala belanja luar jangka. Ada banyak apps yang bantu korang ‘track’ belanja misalnya:
– Spendee
– Wally
– Seedly
– Pocket Expense
3. Membuat Tabung / Pecahan Keperluan
Bila dah kahwin, eloklah merancang semua kos keperluan dan perlu dibincang bersama-sama. Boleh ikut idea ini (susunan tidak mengikut keutamaan):
Belanja barang dapur
Belanja makan
Belanja utiliti (bil air & elektrik)
Hiburan
Ansuran rumah
Ansuran kereta
Perlindungan takaful
Tabung simpanan
Tabung pelaburan
Tabung pendidikan anak-anak
Tabung kecemasan
Tabungan bercuti
Tabung pencen
4. Menabung & Melabur
Menyimpan dalam bank itu baik tetapi tidak bijak. Simpan duit di bank hanya untuk tujuan kecemasan. Mulakan dengan melabur di instrumen pelaburan yang sah dan selamat.
Antaranya ialah pelaburan saham Bursa Malaysia, unit trust, simpanan emas, ASB Financing dan sebagainya.
5. Perlindungan Takaful
Lindungi keluarga dengan takaful. Banyak produk takaful yang bagus. Jangan ambil remeh hal ini. Ini langganan Astro mampu bayar bulan-bulan, takaful tak nak ambil.
Bila dah dalam hospital dan kena bayar kos perubatan yang tinggi, jangan mula menyesal tak sudah.
6. Jauhkan Hutang
Amalkan doa ini, baca tiap kali lepas solat:
“Ya Allah, lindungilah diriku dari kesusahan dan dukacita, Engkau lindungilah aku dari sifat lemah dan malas, peliharalah diriku dari sifat bakhil dan pengecut dan Engkau peliharalah diriku dari hutang-piutang dan kekuasaan orang lain ke atas diriku.”
Apabila memulakan kehidupan baru, memang banyak nak pakai duit. Nak beli katil, tilam, almari, sofa, dapur semua. Ingat, jangan sampai korang berhutang. Skim ansuran mudah dekat kedai tu memang mengiurkan, tetapi lebih baik kumpul duit, beli secara tunai lagi bagus daripada bayar ansuran.
7. Kad Kredit Cukup Satu
Jika anda dan pasangan masing-masing ada kad kredit, bila dah kahwin biar tinggal satu saja. Pergi beli barang dapur bersama, isi minyak kereta pun guna satu kad kredit. Senang nak uruskan dan jaga kewangan.
Kena ingat tindakan sekarang akan memberi kesan yang besar kepada cash flow 5-10 tahun akan datang.
Kepada yang baru berkahwin, Selamat Pengantin Baru saya ucapkan. Kalau bergaduh, kena sabar, jangan dua-dua meletup. Tak perlu juga perang sampai update dekat Facebook dan Instagram. Tak selesai masalah. Bila seorang jadi api, seorang kena jadi air atau salji.
Gaduh kejap je, lepas tu baik balik ye. Kata cinta dan sayang, laut mana tidak ditimpa badai. Sedangkan lidah lagi tergigit.
Sering terjadi pertengkaran antara suami isteri. Sedangkan lidah lagi terigigit inikan pula suami isteri. Hakikatnya pertelingkahan antara suami isteri perlu ada kerana ia merupakan rencah penyedap dalam sesebuah rumahtangga.
Walau bagaimanapun, pertelingkahan itu perlu berlangsung dengan cara berhemah dan terkawal bukan hanya berpaksikan amarah semata-mata. Jika hanya mengikut nafsu amarah maka ia hanya akan memburukkan situasi. Berikut dikongsikan tip ketika anda dan pasangan berada dalam situasi pertelingkahan.
Prepare ( Mempersiapkan)
Belajar untuk mempersiapkan apa yang akan disampaikan pada suami. Kenali hal-hal yang disukai dan tidak disukainya ketika berbicara. Jangan sampai saat berbicara suami merasa tersinggung disebabkan oleh isteri yang sengaja mengucapkan hal yang tidak disukainya. Jangan terlalu asyik untuk berbicara sendiri dan menjadikan suami hanya pendengar sahaja. Berilah suami waktu untuk mengemukakan pendapatnya dan hargai atau berikan respon positif terhadap hal-hal menarik yang diungkapkan oleh suami.
Pause (Berhenti)
Wanita memang lebih cenderung mengungkapkan perasaannya, lebih bersemangat dalam menumpahkan kata-katanya. Namun perlu diperhatikan juga ada saat-saatnya wanita perlu berhenti sejenak, menahan diri untuk tidak berkata-kata. Belajar memahami dan mengerti keadaan suami serta belajar memilih waktu yang tepat untuk berbicara.
Postpone (Tundalah)
Suamimu adalah manusia biasa, bukan malaikat. Sebagai manusia tentu memiliki berbagai kekurangan. Ketika isteri memiliki keinginan untuk meluahkan sesuatu perkara kepada suami, lihatlah keadaan suami. Jika anda merasakan suami anda belum bersedia untuk mendengar apa yang ingin anda ungkapkan maka tundalah hasrat anda itu.
Persist (Tekun)
Tumpukan sepenuh perhatian ketika pasangan masing-masing mengutarakan sesuatu perkara. Setiap pasangan tentu berharap terjalin komunikasi yang baik dan menyenangkan dengan pasangannya. Ini kerana komunikasi yang baik dan menyenangkan dalam rumah tangga akan menjadi perkara penting wujudnya impian rumah tangga yang sakinah, mawadah dan warahmah.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Setiap dari kita pastinya mahu rumahtangga dibina akan kekal hingga ke akhir hayat. Lebih-lebih lagi jika ia adalah cinta pertama. Namun kita hanya merancang tapi Tuhan jua yang menentukan.
Setelah bertahun menyulam cinta dan dikurniakan seorang anak, siapa sangka rumahtangga dibina mengalami berantakan.
Begitulah yang terjadi pasangan pelakon Sharnaaz Ahmad, 34 tahun dan isterinya Noor Nabila Mohd Noor, 34 tahun, mengalami masalah rumahtangga hingga memaksa Noor Nabila menuntut untuk dilepaskan secara baik.
Noor Nabila dalam tuntutannya juga memberitahu, langkah sudah diambil untuk mencapai perdamaian termasuk sudah berbincang namun tidak menemui jalan penyelesaian dan defendan berterusan dengan sikapnya.
Namun bagi Sharnaz dia belum bersedia untuk menceraikan isteri dan ibu kepada anak tunggal mereka, Jebat Jaydan Ahmad yang kini berusia setahun.
Terdahulu dalam prosiding itu, Sharnaaz yang diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader ketika ditanya hakim adakah sudah melihat tuntutan yang diterimanya daripada Noor Nabila pada 29 Ogos lalu, menjawab ” Ya” namun tidak bersetuju dengan tuntutan cerai berkenaan.
Namun begitu, dalam kes ini bagaimana penyelesaian kepada masalah ini. Jika isteri mahu bercerai tetapi tidak dipersetujui oleh lelaki.
Apakah jalan terbaik untuk menyelamatkan rumahtangga dibina daripada terus runtuh.
Menurut Pendakwah Bebas Ustaz Riza Kamaruddin, bagi kes seperti ini jalan terbaik kedua-dua pihak adalah dengan mengadakanMajlis Thuluh atau Majlis Tahkim.
“Kedua-dua pihak perlu lantik wakil untuk berbincang bagi pihak mereka dalam mencari jalan untuk perdamaian.
“Biasanya hal ini akan dijalankan oleh pihak pejabat agama atau pihak-pihak lain, pihak pejabat agama atau mahkamah boleh mengaturkan Majlis Thuluh ini,” ujarnya ketika ditanya mengenai persoalan itu.
Tambahnya lagi tiada jalan lain boleh dibuat jika salah seorang sudah mengambil keputusan untuk berpisah.
“Tidak ada caranya (untuk berdamai) melainkan kedua-dua pihak ikhlas mencari jalan penyelesaiannya. Kalau masih boleh berbaik-baik berbincanglah demi masa depan anak yang masih kecik,” tambahnya lagi ketika dihubungi.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NOOR NABILA & SHARNAAZ
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?