Cemburu Lelaki Boleh Bawa Pertumpahan Darah, Jadikan Kisah Saiditina Asma Sebagai Panduan

Share

Cemburu Lelaki Boleh Bawa Pertumpahan Darah, Jadikan Kisah Saiditina Asma’ Sebagai Panduan

Sifat cemburu seorang lelaki adalah fitrah yang Allah SWT tanamkan dalam hati mereka sama seperti wanita. Ia bukan sekadar perasaan, tetapi kadangkala menjadi ujian besar dalam rumah tangga.

Jika diurus dengan hikmah, cemburu boleh jadi tanda sayang, tetapi jika berlebihan, ia mampu merosakkan hubungan dan membawa kepada perkara yang dilarang Allah.

Lihat sendiri hari ini banyak tragedi berlaku akibat cemburu lelaki.

Menurut Dr Ahmad Sanusi Azmi dalam sejarah Islam sendiri, kita boleh melihat kisah sifat cemburu lelaki sebagaimana dilalui oleh Saidatina Asma’ binti Abu Bakar.

Kisah Saiditina Asma

Al-Zubair, suami Asma dikatakan seorang yang kuat mempunyai sifat cemburu. Asma sering keluar masuk rumah untuk menguruskan keperluan rumah tangga mereka.

Satu hari ketika membawa bijian di atas kepada beliau, beliau terserempak dengan Rasulullah dan beberapa sahabat Nabi.

Rasulullah menawarkan kepada Asma untuk menaiki tunggangan Baginda. Asma menolak kerana teringatkan sifat cemburu suaminya. Apabila tiba di rumah, Asma menceritakan tawaran Rasulullah tadi. Lalu kata al-Zubair:

وَاللهِ لَحَمْلُكِ النَّوَى عَلَى رَأْسِكِ أَشَدُّ مِنْ رُكُوبِكِ مَعَهُ

“Demi Allah, engkau pikul bijian atas kepala engkau adalah lebih aku sukai dari engkau menunggang bersama mereka.” (HR Muslim)

Jelasnya Dr Ahmad Sanusi yang juga yang juga Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari sini dapat dilihat bagaimana Asma bijak mengendalikan urusan rumahtangganya.

Beliau berusaha mengelak daripada perkara yang boleh menimbulkan cemburu dan amarah suami beliau. Begitulah juga sepatutnya sikap kita pada hari ini.

Cemburu lelaki boleh bawa kepada pertumpahan darah

Cemburunya seorang lelaki boleh membawa kepada pertumpahan darah. Ini pernah diluahkan oleh Saidina Sa’d ibn Ubadah sendiri. Kata beliau:

لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسَّيْفِ

“Kalau aku nampak lelaki lain bersama isteriku, aku akan penggal kepala lelaki tersebut.”

Lihat betapa besar kesan cemburu kepada kemungkaran ini sehingga boleh menyebabkan pertumpahan darah berlaku. Atas dasar itu barangkali Rasulullah mengingatkan supaya menjaga batasan pergaulan sekalipun dengan ipar duai kita.

Rasulullah bersabda:

إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَرَأَيْتَ الْحَمْوَ قَالَ “الْحَمْوُ الْمَوْتُ

“Janganlah kamu (lelaki) semudah-mudahnya masuk (bercampur/bergaul) dengan perempuan. Lalu seorang lelaki Ansar bertanya, bagaimana dengan ipar kami? Rasulullah lalu menjawab: Ipar itu maut (memudahkan pergaulan dengan abang/adik ipar boleh memberi kesan maut).

Lelaki dan perempuan sama. Mereka mempunyai sifat cemburu. Kendalikan sifat cemburu ini kepada tindakan yang membantu kita mendekatkan diri kepada Allah.

Janganlah kita mengundang cemburu seseorang yang membawa kepada tindakan yang dicegah oleh Allah.

Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Related Post
Published by
Team Kashoorga