Cemburu Lelaki Boleh Bawa Pertumpahan Darah, Jadikan Kisah Saiditina Asma’ Sebagai Panduan
Sifat cemburu seorang lelaki adalah fitrah yang Allah SWT tanamkan dalam hati mereka sama seperti wanita. Ia bukan sekadar perasaan, tetapi kadangkala menjadi ujian besar dalam rumah tangga.
Jika diurus dengan hikmah, cemburu boleh jadi tanda sayang, tetapi jika berlebihan, ia mampu merosakkan hubungan dan membawa kepada perkara yang dilarang Allah.
Lihat sendiri hari ini banyak tragedi berlaku akibat cemburu lelaki.
Menurut Dr Ahmad Sanusi Azmi dalam sejarah Islam sendiri, kita boleh melihat kisah sifat cemburu lelaki sebagaimana dilalui oleh Saidatina Asma’ binti Abu Bakar.
Kisah Saiditina Asma
Al-Zubair, suami Asma dikatakan seorang yang kuat mempunyai sifat cemburu. Asma sering keluar masuk rumah untuk menguruskan keperluan rumah tangga mereka.
Satu hari ketika membawa bijian di atas kepada beliau, beliau terserempak dengan Rasulullah dan beberapa sahabat Nabi.
Ads
Rasulullah menawarkan kepada Asma untuk menaiki tunggangan Baginda. Asma menolak kerana teringatkan sifat cemburu suaminya. Apabila tiba di rumah, Asma menceritakan tawaran Rasulullah tadi. Lalu kata al-Zubair:
“Demi Allah, engkau pikul bijian atas kepala engkau adalah lebih aku sukai dari engkau menunggang bersama mereka.” (HR Muslim)
Jelasnya Dr Ahmad Sanusi yang juga yang juga Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari sini dapat dilihat bagaimana Asma bijak mengendalikan urusan rumahtangganya.
Beliau berusaha mengelak daripada perkara yang boleh menimbulkan cemburu dan amarah suami beliau. Begitulah juga sepatutnya sikap kita pada hari ini.
Ads
Cemburu lelaki boleh bawa kepada pertumpahan darah
Cemburunya seorang lelaki boleh membawa kepada pertumpahan darah. Ini pernah diluahkan oleh Saidina Sa’d ibn Ubadah sendiri. Kata beliau:
“Kalau aku nampak lelaki lain bersama isteriku, aku akan penggal kepala lelaki tersebut.”
Lihat betapa besar kesan cemburu kepada kemungkaran ini sehingga boleh menyebabkan pertumpahan darah berlaku. Atas dasar itu barangkali Rasulullah mengingatkan supaya menjaga batasan pergaulan sekalipun dengan ipar duai kita.
“Janganlah kamu (lelaki) semudah-mudahnya masuk (bercampur/bergaul) dengan perempuan. Lalu seorang lelaki Ansar bertanya, bagaimana dengan ipar kami? Rasulullah lalu menjawab: Ipar itu maut (memudahkan pergaulan dengan abang/adik ipar boleh memberi kesan maut).
Lelaki dan perempuan sama. Mereka mempunyai sifat cemburu. Kendalikan sifat cemburu ini kepada tindakan yang membantu kita mendekatkan diri kepada Allah.
Janganlah kita mengundang cemburu seseorang yang membawa kepada tindakan yang dicegah oleh Allah.
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini marilah kita sama-sama merebut peluang beramal dan bersedekah kepada golongan yang memerlukan. Penulis e-book Zureiny Zulkafli telah mengambil inisiatif mengumpul dana untuk majlis berbuka puasa. Marilah kita sama-sama membantu usaha murni penulis ini.
Saya terkesan dengan satu perkongsian seorang sahabat tentang 30 menu lazat sepanjang Ramadan ini.
Saya jangkakan senarai menu berbuka atau bersahur tetapi senarai menu yang berlainan. Ia tentang makanan jiwa dan rohani.
Salah satu menu tersebut menyebut ‘Berilah makan orang berbuka puasa walaupun sekadar sebiji tamar setiap hari.’
Malahan orang yang memberi makan ini diberi pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi walau sedikit pun.
Itulah sebabnya saya berhajat menaja majlis berbuka puasa anak-anak yatim dan pelajar tahfiz ini. Cuma saya tidak mahu melakukannya sendirian. Saya mahu lebih ramai berkongsi dengan saya dan kita sama-sama sebarkan kebaikan itu.
Sertai program Beli & Infaq Ramadhan. Tuan/Puan yang membeli ebook ‘Setelah Hujan Teduh’ tulisan saya sendiri secara automatik akan terlibat dengan program ini.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruang komen atau terus ke ‘Message’ di wall saya.
Saya akan uruskan dengan hati yang lapang. In shaa Allah.
Ramadan telah pun berlalu. Selepas puas berhari raya ramai yang mengambil peluang menambah pahala dengan melakukan puasa enam. Tak kurang juga yang mula menqadhakan puasa (ganti) disebabkan uzur syarie. Persoalannya bolehkan niat puasa qadha dilakukan ecara serentak dengan puasa serentak.
SOALAN:
Bolehkah saya berniat puasa qada (ganti) dan puasa enam dibulan Syawal secara serentak (dua dalam satu (puasa ganti dan puasa enam).
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Surah al-Baqarah:183)
BERBUKA PUASA DI BULAN RAMADAN TANPA ADA SEBARANG KEUZURAN
Sesiapa yang berbuka puasa pada bulan Ramadan tanpa sebarang keuzuran wajib ke atasnya menqadhakannya serta merta selepas tamatnya Ramadan dan selepas selesai hari raya yang pertama. Seseorang itu tidak boleh mendahulukan puasa sunat enam pada bulan Syawal kemudian diekori dengan puasa qadha.
Adapun sekiranya dia tidak berpuasa pada bulan Ramadan kerana ada keuzuran (yang dibenarkan syarak) maka harus baginya mendahulukan puasa enam pada bulan Syawal daripada puasa qadha kerana qada waktu puasa qadha adalah muwassa` (luas).
Imam as-Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Rahimahullahu Taala menyebut: “ (Dan demikian lagi) orang yang tiada puasa dengan uzur sunat dia berpuasa enam hari sunat Syawal melainkan orang yang berbuka puasa Ramadan dengan tiada uzur maka wajib ke atasnya menyegerakan menqada Ramadan kerana makruh mengerjakan sunat orang yang ada padanya qada Ramadan dengan tiada uzur maka wajib menyegerakan qada dahulu.” (Rujuk Kitab Bughyah at- Tullab, hlm. 128)
ISU MENGGABUNGKAN DUA IBADAT DENGAN SATU NIAT
Masalah ini dikenali di sisi para ulama sebagai masalah tasyrik (mengabungkan dua ibadat dengan menggunakan satu niat) hukumnya :
Sekiranya ia adalah termasuk dalam wasilah atau perkara yang bercampur maka hukumnya sah. Terhasil apa yang dihajatinya daripada kedua ibadat tersebut. Misalnya, jika seseorang itu mandi junub pada Hari Jumaat untuk melakukan Jumaat dan juga mengangkat junub, sesungguhnya junubnya terangkat dan pahala mandi Jumaat tersebut pun terhasil.
Walaupun salah satu daripada dua ibadat tersebut tidak diniatkan manakala yang lain pula diniatkan dengan zatnya maka sah himpunan atau gabungan tersebut dan tidak mencederakan ibadat tersebut misalnya solat tahiyyah masjid dilakukan berserta solat fardhu atau solat sunat yang lain.
Adapun menghimpunkan atau gabung di antara dua ibadat yang diniatkan dengan zatnya seperti puasa qadha atau kaffarah, atau nazar berserta puasa sunat seperti puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal maka tidak sah tasyrik tersebut mengikut pendapat yang muktamad kerana setiap ibadat itu berasingan daripada ibadat lain yang diniatkan dengan zatnya dan tidak pula berada di bawah ibadah yang lain.
Persoalannya, adakah berpuasa dengan niat qadha bulan Ramadan dan niat puasa 6 pada bulan Syawal yang digabungkan sah keduanya? Atau salah satu sahaja sah? Jika dibuat secara ithlaq (Umum) berhasil keduanya atau salah satu sahaja?
GABUNG NIAT PUASA QADHA RAMADAN DAN PUASA ENAM SYAWAL
Fuqaha dalam Mazhab Syafie berselisih pendapat tentang isu menggabungkan niat di antara puasa qadha Ramadan dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal.
Syaikul Islam Zakaria al-Ansari Rahimahullahu Taala: “Jika seseorang berpuasa pada Bulan Syawal untuk qadha bagi puasa Ramadan, atau selainnya sama ada puasa nazar atau puasa sunat lain maka terhasil pahala sunatnya. Kerana topik perbincangannya adalah tentang puasa pada 6 hari daripada bulan Syawal…tetapi dia tidak akan memperolehi pahala yang sempurna sebagaimana yang diinginkannya melainkan dengan hanya dia berniat puasa khusus untuk 6 hari pada bulan Syawal sahaja. Terutamanya orang yang telah luput daripadanya puasa Ramadan kerana tidak sesuai dia berpuasa Ramadan dan seterusnya berpuasa 6 hari di bulan syawal” (Rujuk Kitab Syarqawi ‘ala al-Tahrir)
Imam Ramli Rahimahullahu Taala menyebut bahawa dia pernah ditanya tentang puasa Ramadan dan qadha di bulan Syawal, adakah berhasil qadha puasa Ramadan dan pahala puasa 6 hari pada bulan Syawal, ada ke tidak dalam masalah ini sebarang nukilan?
Imam Ramli Rahimahullahu Taala menjawab: “Bahawa berhasil puasa qadha Ramadannya walaupun dia gabung niat puasa qadha Ramadannya dengan puasa yang lain. Dan berhasil pahala puasa 6 hari pada bulan Syawal. Masalah ini disebut oleh ramai ulama terkemudian (mutaakhirin).” (Rujuk Fatawa Imam Ramli, 2/339)
Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullahu Taala dalam mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib: “Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib), dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.” (Rujuk Kitab Al-Fatwa Al-Kubra, 2/75)
Sebahagian ulama menyebut sah seseorang itu melakukan qadha puasa bulan Ramadan bersama puasa sunat enam Syawal dan terhasil pahala puasa sunat yang dilakukan di dalam bulan Syawal tersebut. Hal ini kerana diqiyaskan dengan seseorang yang memasuki masjid kemudian solat 2 rakaat fardu atau solat sunat rawatib (mengiringi solat fardu) maka terhasil sekali baginya pahala solat sunat Tahiyyatul Masjid kerana ia melakukan solat berkenaan sebelum ia duduk.
Imam Sulaiman al-Bujairimi Rahimahullahu Taala berkata: “Terhasil pahala solat sunat Tahiyyatul Masjid dengan melakukan solat fardhu atau sunat yang lainnya, sama ada diniatkan atau tidak solat sunat Tahiyyatul Masjid tersebut. Hal ini berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim: “Apabila masuk salah seorang dari kamu ke dalam masjid hendaklah ia solat dua rakaat sebelum ia duduk” dan kerana itu juga maksud solat sebelum duduk yang disebutkan dalam hadis telah terhasil dengan melakukan solat Fardhu atau solat sunat yang lain. (Rujuk Kitab Hasyiah al-Bujairimi 1/280)
Begitu juga nas yang hampir serupa dikatakan Syeikh Islam Zakaria Al-Ansori Rahimahullahu Taala: Terhasilnya solat sunat dua rakaat atau lebih (yang dimaksudkan dengan adalah hasilnya pahala solat walaupun bersama dengannya solat fardhu atau solat sunat yang lain) sama ada diniatkan sekali ataupun tidak. Ia berdasarkan hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim Rahimahumahullahu Taala “ Apabila masuk seseorang daripada kamu ke dalam masjid maka janganlah ia duduk sehingga ia solat dua rakaat”. ” dan kerana itu juga maksud solat sebelum duduk yang disebutkan dalam hadis telah terhasil dengan melakukan solat Fardhu atau solat sunat yang lain (Rujuk Kitab Fathul Wahab Syarah Manhajul Tullab 1/67)
Imam ar-Ramli Rahimahullahu Taala telah berkata: “Dan sekiranya berpuasa pada bulan Syawal, puasa qadha, nazar atau selain daripada keduanya atau seumpama dengannya, seperti berpuasa pada hari Asyura maka telah dapat pahala puasa sunat itu baginya, seperti yang telah difatwakan oleh bapanya (bapa kepada Imam ar-Ramli), begitu juga oleh al-Barizi, al-Asfahuni, A-Nasyizi, al-Faqih Ali Soleh al-Hadrami dan selainnya tetapi ia tidaklah mendapat pahala yang sempurna ke atas yang dituntut.” Begitulah sama hukumnya puasa Ramadhan dengan puasa sunat enam Syawal. (Rujuk kitab Nihayah al-Muhtaaj, 3/208-209)
Imam as-Suyuti Rahimahullahu Taala berkata : “Sekiranya seseorang berpuasa sunat misalnya pada hari Arafah, qadha atau nazar atau kafarah, dan diniatkan puasa-puasa tersebut bersama dengan niat puasa sunat hari Arafah, maka al-Barizi telah memberi fatwa bahawa sah puasa dan terhasil pahala untuk kedua-duanya. Begitu juga halnya jika dia ithlaqkan (sahaja aku berpuasa) maka masalah tersebut mengikut masalah solat tahiyyah Masjid. ” (Rujuk kitab Ashbah Wan Nazoir, hlm. 61)
Dalam Syarah al-Tanbih karangan al-Hafiz al-Suyuti Rahimahullahu Taala, daripada fatawa al-Baarizi Rahimahullahu Taala, beliau mengatakan : Sekiranya seseorang berpuasa sunat misalnya pada hari Arafah, qadha atau nazar atau kafarah, dan diniatkan puasa-puasa tersebut bersama dengan niat puasa sunat hari Arafah terhasih keduanya (sah keduanya), begitu juga jika dia ithlaqkan (sahaja aku berpuasa). Tetapi al-Isnawi menyebut perkara ini tertolak dan qiyas yang dilakukan tidak sah dalam menggambarkan perkongsian satu daripada keduanya. Disisinya apa yang terhasil adalah yang fardhu sahaja dalam gambaran ithlaq”
Walaupun begitu, perlulah diambil perhatian, maksud terhasilnya pahala puasa sunat enam Syawal apabila dimasukkan sekali dengan puasa fardhu adalah pahala semata-mata pahala sunat bukannya pahala yang sempurna.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, mengikut pendapat yang muktamad, afdhal seseorang itu menjadikan puasa qadha berasingan dengan puasa 6 pada bulan syawal. Namun begitu, menyatukan puasa qadha dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif. Namun begitu, menyegerakan qadha puasa itu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak. Semoga kita termasuk bersama-sama dengan orang bertaqwa.
Qada solat atau solat sunat, mana satu yang lebih utama dilakukan? Ini mungkin persoalan buat mereka yang banyak meninggalkan solat satu ketika dahulu namun kini insaf dan berazam mengqadakan solat yang ditinggalkan. Pada masa yang sama mahu juga menambah amal ibadat dengan solat sunat.
Dalam hal ini memetik penjelasan dari Mufti Selangor, walaupun solat sunat itu mempunyai fadhilat yang besar dan menutup kekurangan yang berlaku dalam solat fardu namun begitu ia tetap tidak akan dapat menggantikan walaupun satu solat fardu sekalipun. Bahkan pahala solat fardu lebih besar daripada pahala solat sunat.
Oleh itu adalah lebih baik sekiranya seseorang itu menggunakan waktunya untuk bersegera mengqada’ solat fardu yang ditinggalkan sebelum melakukan ibadah-ibadah sunat lain.
Pandangan mazhab Al-Syafi’i menyatakan bahawa wajib bagi seseorang yang meninggalkan solat tanpa keuzuran syar’i untuk segera mengqada’ solatnya.
Merujuk kepada Al-Fatāwā Al-Kubrā karangan Imam Ibnu Hajar Al-Haytami, beliau menyatakan bahawa:
مَنْ عليه فَوَائِتُ فَإِنْ كانت فَائِتَةً بِعُذْرٍ جَازَ له قَضَاءُ النَّوَافِلِ مَعَهَا وَإِنْ كانت فَاتَتْ بِغَيْرِ عُذْرٍ لم يَجُزْ له فِعْلُ شَيْءٍ من النَّوَافِلِ قبل قَضَائِهَا لِأَنَّهُ وَاجِبٌ عليه فَوْرًا[6]
Maksudnya: Sesiapa yang mempunyai solat fardu yang tertinggal disebabkan keuzuran maka harus baginya menunaikan solat sunat dalam keadaan mempunyai solat fardu yang belum diqada’.
Adapun sekiranya tertinggal bukan disebabkan keuzuran maka tidak diharuskan baginya melakukan apa-apa daripada solat-solat sunat sebelum selesai mengqada’ solat fardu yang tertinggal tersebut kerana wajib ke atasnya menyegerakan qada’ solat yang tertinggal.
Beliau menyatakan lagi:
وما لم يُضْطَرَّ لِصَرْفِهِ في شَيْءٍ يَجِبُ عليه صَرْفُهُ في ذلك الْوَاجِبِ عليه الْفَوْرِيِّ وَإِلَّا كان عَاصِيًا آثِمًا بِالتَّأْخِيرِ[7]
Maksudnya: Sekiranya tidak ada perkara darurat yang menghalangnya daripada menyegerakan qada’ solat tersebut maka dia wajib menyegerakannya dan sekiranya tidak berbuat demikian maka dia dikira berdosa kerana melewatkan qada’ solat yang tertinggal.
Imam Al-Tarmasi menyatakan bahawa mengerjakan solat sunat dalam keadaan mempunyai hutang solat fardu yang belum diqada’ adalah sah namun pelaku tersebut dianggap berdosa kerana melambatkan qada’ solat fardu yang tertinggal seperti yang dinyatakan dalam kitab beliau :
)لَا يَجُوزْ لَهْ أَن يَتَنَفَّلَ حَتَّى تَفْرُغَ ذِمَّتُهُ مِنْ جَمِيعِ الفَوَائِتِ) أي: يأثم به مع الصحة وسواء في ذلك نفل الصلاة أو غيرها[8]
Maksudnya: Tidak diharuskan baginya melakukan perkara-perkara sunat sehingga hutangnya daripada semua perkara fardu yang tertinggal dilangsaikan yakni pelaku tersebut dihukum berdosa jika melakukannya namun perkara yang dilakukan adalah sah dan ini sama hukumnya dengan solat sunat atau selainnya.
Ini bermakna solat sunat yang dikerjakan dalam keadaan mempunyai hutang solat fardu yang ditinggalkan tanpa uzur syar’i adalah sah tetapi dikira berdosa kerana pelaku tersebut tidak bersegera mengqada’ solat fardu tersebut.
Namun jika solat fardu itu ditinggalkan kerana uzur syar’i maka tidak berdosa dan dibolehkan untuknya mengerjakan solat sunat walaupun masih mempunyai hutang qada’ solat fardu.
Nikah bulan Safar sering dikaitkan dengan kepercayaan membawa bala. Ketahui hukum sebenar menurut Islam, dalil hadis serta penjelasan ulama mengenai kepercayaan ini.