Ramai ingin merasa bahagia. Ramai yang cuba mencari di mana letaknya rasa bahagia itu.

Adakah memiliki barang kemas banyak membuatkan kita bahagia? Adakah mempunyai kereta mewah dan rumah besar itu menafsir bahagia bagi kita. Atau ada suami yang tidak kacak tapi sentiasa menyenangkan kerana sanggup membuat semua kerja rumah untuk kita itu juga taksiran bahagia?

Apa juga tafsiran bahagia, ia tidak sama kerana manusia memiliki hati sendiri. Dan hanya kita yang mampu membentuk hati kita seperti mana kita inginkan. Jika kita ingin selalu dalam kesedihan, maka kesedihan akan selalu melingkari kehidupan kita.

Jika kita inginkan kebahagiaan maka ciptalah mengikut acuan kita sendiri. Tak perlu membuat perbandingan hidup dengan orang lain kerana kasut yang kita pakai di kaki juga tak sama saiz dan jenamanya. Mungkin orang lain sukakan kemewahan dan kita lebih bersederhana, maka ikutlah apa kata hati kita katakan, bukan meniru orang lain.
Sebab itulah BAHAGIA PERLU DICIPTA, BUKAN MENCARINYA kerana jika kita terus mencarinya, kita tak akan temui sampai bila-bila.

Bagaimana mahu mencipta bahagia?

Setiap orang melalui kehidupan berbeza-beza. Dari segi luaran semua nampak sempurna tetapi di hati hanya Allah saja mengetahuinya.

IKLAN

Ada berbagai cara untuk bahagia, ciptalah apa saja kerana momen dan kita yang akan merasainya. Jangan mudah putus asa jika belum menemuinya kerana bahagia itu sentiasa hadir jika kita mahu mencarinya.

Jika kita rasa terlalu kecewa atau pernah melalui kesulitan kehidupan, bacalah surah At Taubah ayat 128-129 ini.

IKLAN

Ciptalah Bahagia, Bukan Mencari Kerana Kita Pasti Tidak Akan Temui

Surah At Taubah ayat 128 -129 membawa maksud :-

IKLAN

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman”.

“Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar”.

Jika kita kerap mengamalkannya selepas solat, insya Allah jiwa kita akan bahagia. Ini antara kelebihan membaca surat At Taubah ayat 128-129.

1. Jika anda seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
2. Jika anda seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
3. Jika anda seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
4. Jika anda seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
5. Jika anda seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
6. Jika anda seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
7. Jika anda seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan. Sumber gambar : suratkabar.id

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI