Hidup ini bukanlah selalu indah. Adakalanya tidak selalu memihak kepada kita. Ada ketika ianya amat perit untuk kita lalui khususnya diuji dengan kehilangan ramai ahli keluarga. Memang agak berat tapi hidup perlu diteruskan selagi ada nyawa. Ia juga tanda Allah masih sayangkan kita.
Di saat pembukaan semakin banyak tempat pelancongan khususnya di Langkawi dan kunjungan orang ramai di pantai dan air terjun di Selangor selepas negeri itu memasuki fasa 2, dapat dilihat orang ramai berduyun-duyun tanpa memikirkan penjarakan fizikal lagi.
Benar, hidup ini pilihan dan ketika ini, ini rakyat Malaysia sedang menempuh tempoh persediaan untuk peralihan daripada pandemik kepada fasa endemic di mana kita “hidup” dengan wabak ini.
Namun dalam “kesukaan” itu, sebenarnya masih ramai diuji dengan kematian akibat wabak ini. Malah semalam diberitakan 463 orang meninggal akibat wabak ini.
Dari satu perkongsian Tik Tok atas nama @riciboy505, lelaki ini berkongsi kisah sedih hidupnya apabila dalam tempoh seminggu, dirinya kehilangan lima ahli keluarga akibat Covid-19.
Ads
Bermula pada tarikh 6 September 2021, berita menyedihkan bermula apabila adik perempuannya disahkan meninggal pada jam 4.00 pagi di hospital. Di saat baru menerima berita menyedihkan itu, jam 9.00 pagi pula, ibu kesayangan pula menurut. Ketika itu ayah dan dua adik lelakinya berada di Unit Rawatan Rapi. Mengakui redha dengan ujian diterima, dia memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan ayah dan dua adik lelakinya.
Namun di saat terus berdoa agar ahli keluarganya pulih dan kembali seperti biasa, Allah menetapkan takdirnya apabila keesokkannya tepat jam 11.30, ayah kesayangannya disahkan meninggal dunia diikuti adik lelakinya hari yang sama pada jam 5.30 petang.
Tiga hari kemudian, adik bongsunya pula disahkan meninggal pada jam 9.00 pagi sekaligus dalam tempoh seminggu, dia dan ahli keluarganya dengan lima kehilangan dalam tempoh seminggu.
Malah di perkongsian di tik toknya, @riciboy505 hanya mampu memandang dari jauh pengurusan jenazah ahli keluarganya, sesuatu yang amat menyedihkan bagi yang melaluinya.
Ads
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh. Moga dirinya juga bertahan dan redha dengan ujian dilaluinya. Ironinya, Covid is real dan kadar kematian juga masih tinggi di negara kita.
Sukar dipercayai namun ianya berlaku. Dalam sidang media melibatkan Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin, semalam, beliau menjelaskan 14 peratus daripada 122 kes Omicron membabitkan jemaah umrah setakat Selasa belum menerima suntikan vaksin.
Ia secara jelas melanggar ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) apabila yang hanya membenarkan mereka yang telah lengkap dua dos vaksin boleh keluar negara dan satu dos booster sebagai tambahan mengikut syarat dari Kerajaan Arab Saudi.
Memetik sumber Astro Awani, Menterinya, Khairy Jamaluddin memberitahu, pihaknya sedang meneliti alasan 17 jemaah terbabit mengenai perkara itu.
“Di sini, wujud isu ketidakpatuhan prosedur operasi standard kerana hanya mereka yang divaksin saja sepatutnya dibenarkan melakukan perjalanan. Kita akan bincang dengan kementerian terlibat supaya agensi pelancongan dapat patuh dengan syarat kita letakkan.
“Kita juga sedang siasat sama ada mereka ini yang tidak menerima vaksinasi disebabkan faktor kesihatan atau memang enggan divaksinasi,” katanya pada sidang media di Parlimen di sini, pada Khamis.
Berdasarkan data yang dikongsikan daripada 122 dijangkiti Omicron itu 26 menerima vaksin AstraZeneca, Moderna (satu), Pfizer (57), Sinovac (enam), selain penerima dos penggalak Pfizer (enam) dan Sinovac (lapan), manakala 17 tidak divaksinasi.
Dalam pada itu, Khairy menjelaskan, kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi dan konsulat di negara tersebut untuk memperketatkan SOP sedia ada.
“KKM bersama agensi berkaitan akan kemas kini SOP umrah termasuk pengambilan dos penggalak sebagai syarat mengerjakan umrah, pengurusan kes dan kontak rapat di Arab Saudi.
“Pemantuan status kesihatan, memperkukuhkan tanggungjawab kepada agensi pelancongan dan memastikan pematuhan SOP umrah oleh jemaah dan petugas umrah serta melaporkan kes positif dan kontek rapat kepada KKM,” katanya.
Dalam pada itu, Khairy memberitahu, KKM telah berbincang dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Pengangkutan berhubung penangguhan umrah.
"MOTAC akan bincang dengan agen-agen pelancongan untuk cari kaedah bagaimana dapat menjadualkan semula umrah. “Kementerian Pengangkutan pula akan bincang penjadualan semula penerbangan yang tertangguh disebabkan keputusan penangguhan ini,” katanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Saya nak tahu apa hukum dan fadilat puasa sunat 27 Rejab sempena Isra’ Mi’raj?
Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya.
Sebarang bentuk, puasa sunat tidak dianggap sunat melainkan terdapatnya nas sama ada daripada al-Quran atau hadis yang menggalakkan puasa sunat tersebut. Kami kemukakan di sini dari kitab al-Fiqh al-Manhaji (2/114-117) berkenaan dengan puasa sunat yang terdapat dalam Islam.
Antara jenis puasa sunat ialah:
Puasa pada Hari Arafah
Sunat berpuasa pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan ibadat haji.
Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Qatadah RA katanya: “Rasulullah SAW ditanya tentang puasa pada hari Arafah. Baginda bersabda:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Maksudnya: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”
Riwayat Muslim (1162)
Hari Arafah adalah hari yang afdhal antara hari yang lainnya. Ini berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiada hari lain yang lebih banyak Allah membebaskan hamba-hamba-Nya daripada api neraka selain hari Arafah.”
Riwayat Muslim (1338)
Adapun orang yang sedang mengerjakan ibadat haji, tidak sunat berpuasa pada hari tersebut, bahkan dia sunat berbuka mengikut perbuatan Nabi SAW, di samping menguatkan tenaga untuk berdoa pada hari tersebut.
Puasa pada Hari Asyura’ dan Tasu’aa’
Asyura’ adalah hari yang kesepuluh bulan Muharam, manakala Tasu’aa’ pula adalah hari yang kesembilan pada bulan tersebut. Ini berdasarkan hadith, daripada Ibn Abbas RA, katanya:
Maksudnya: “Jika aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari yang kesembilan Muharram.”
Riwayat Muslim (1134)
Namun, Rasulullah SAW telah wafat sebelum tiba masa tersebut.
Hikmah berpuasa hari Tasu’aa’ dan hari Asyura’ adalah untuk berhati-hati daripada kemungkinan berlaku kesilapan awal bulan. Begitu juga halnya supaya tidak menyamai perbuatan orang Yahudi. Mereka juga berpuasa pada hari kesepuluh bulan Muharam. Justeru, sesiapa yang tidak berpuasa pada hari Tasu’aa’ dan hari Asyura’, dia sunat berpuasa pada hari yang kesebelas bulan tersebut.
Gambar sekadar hiasan.
Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
Dalil sunat berpuasa pada kedua-dua hari tersebut ialah hadith, daripada Aisyah R.Anha, katanya:
Maksudnya: “Semua amalan dipersembahkan pada hari Isnin dan Khamis. Justeru, aku ingin amalanku dipersembahkan ketika aku sedang berpuasa.”
Riwayat al-Tirmizi (747)
Puasa Selama Tiga Hari pada Setiap Bulan
Hari yang afdhal untuk melakukan puasa tersebut ialah pada malam bulan mengambang, iaitu pada hari yang ke-13, 14 dan 15 setiap bulan Islam yang dikenali juga sebagai hari-hari putih (الأيام البيض). Ini kerana malam hari tersebut terang benderang kerana cahaya bulan. Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA, katanya:
Maksudnya: “Rasulullah SAW meminta aku melakukan tiga perkara, iaitu puasa selama tiga hari pada setiap bulan, solat Dhuha dua rakaat dan solat Witir sebelum tidur.”
Riwayat al-Bukhari (1124) dan Muslim (721)
Hadith seterusnya, daripada Abu Qatadah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Rasulullah SAW menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 haribulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun.”
Riwayat Abu Daud (2449)
Walau bagaimanapun, puasa pada 13 Zulhijjah dikecualikan kerana haram berpuasa pada hari tersebut.
Puasa Selama Enam Hari pada Bulan Syawal
Cara yang afdhal adalah puasa berturut-turut sebaik sahaja selepas Hari Raya Aidilfitri. Namun, cara demikian tidaklah menjadi syarat. Malah, sunatnya tetap didapati, sekalipun dilakukan secara berselang-selang hari. Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Ayub RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.”
Riwayat Muslim (1164)
Berdasarkan kitab ini, dan juga dalil-dalil yang dikemukakan jelas menunjukkan kepada kita bahawa puasa 27 Rejab tidak dianggap termasuk dalam puasa-puasa sunat yang dituntut kecuali ia berlaku pada hari Isnin atau hari Khamis. begitu juga sebagaimana yang kami bahaskan bahawa penentuan Isra’ Mi’raj pada 27 Rejab juga menjadi khilaf di kalangan ulama’ tarikh.
Marilah sama-sama kita beramal dengan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan inilah yang diajar oleh Islam kepada kita. Semoga kita sentiasa mendapat taufiq dan hidayah daripada-Nya.
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.” (HR At-Thabrani).
Ramadhan adalah bulan cukup istimewa. Rugi jika beranggapan Ramadhan sama seperti bulan-bulan lain. Mengejar pahala di bulan Ramadhan kita digalakkan berzikir dari berbual kosong. Ketahui empat zikir ini yang boleh kita amalkan dan perbanyakkan baca sepanjang Ramadhan. Ia juga boleh dibaca oleh golongan wanita yang datang haid kerana kerana mereka boleh membacanya bersungguh-sungguh.
Dalam sebuah hadis driwayatkan bahawa pada awal Ramadhan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadhan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadhan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka.
Ini adalah empat zikir yang perlu diamalkan di sepanjang bulan Ramadhan
Empat zikir tersebut adalah yang dimaksudkan dengan bahawa dua perkara untuk mendatangkan kegembiraan dan keredhaan Tuhanmu; dua perkara lagi kamu sangat berhajatkannya dan tidak boleh dilakukan tanpa izin dari Allah سبحانه وتعالى:
Memohon kepada Allah سبحانه وتعالى untuk memasuki syurga.
Berlindung dengan-Nya daripada terjerumus ke dalam neraka.
Dalam sebuah lagi riwayat; Sebaik tiba bulan Ramadhan, Rasulullah bersabda: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadhan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi). . Ibadat puasa Ramadhan dianggap sebagai bulan latihan dan ujian daripada Allah SWT. Ia melatih kita dalam persoalan ketaatan, kesabaran dan kesungguhan kita mengisi dan memenuhi segenap waktu dengan berzikir dan beramal ibadah kepada Allah SWT. . Akhir sekali dalam ayat 35, surah Al-Ahzaab, Allah SWT berfirman;-
“Dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”
Sumber : Shafiqolbu
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Selepas Syawal ramai yang berkira-kira untuk melakukan ibadah korban Setiap kali tibanya musim ibadah korban untuk Aidiladha nanti.Boleh jadi terdetik juga keinginan untuk melakukan...