Setiap yang bergelar pengantin baru pasti mahukan majlis perkahwinan diraikan dengan cara tersendiri. Ini adalah untuk dijadikan kenangan paling manis untuk dikenang hingga ke anak cucu.
Tidak dinafikan kebanyakan raja sehari hari ini cukup kreatif memilih tema untuk majlis perkahwinan mereka. Seperti perkongsian gambar perkahwinan pasangan dua sejoli ini.
Untuk majlis perkahwinan mereka, tema superhero telah menjadi pilihan dan abang-abang pengantin perempuan yang dilihat cukup sporting mengenakan kostum superhero bagi mengiringi pasangan pengantin ini untuk berarak dan mengambil gambar di pelamin.
Sebagai anak bongsu, keempat-empat abang pengantin perempuan Syahiera Sabri begitu bersahaja dan sporting mengenakan kostum tersebut sehingga jadi viral dan mengundang tawa netizen.
Foto yang viral ini telah dimuat naik di laman sosial Facebook milik jurugambar, Fadhil Aman Ahyat bagi majlis perkahwinan pasangan Izzul Azzuan dan Syahiera Sabri ini.
Ads
Mendapat lebih 7K butang share, rata-rata terhibur dengan teman serta kelainan dibawakan pasangan pengantin ini.
Bukan calang-calang superhero, tetapi ada Deadpol, Spiderman dan Mask Rider. Keempat-empat superhero ini bertindak sebagai bodyguard sebelum mengiringi adik bongsu mereka ke pelamin berada di samping suaminya.
Tidak salah melakukan gimik begini asalkan tidak menyalahi atau melanggar batas agama.
Namun apa yang penting sebenarnya adalah ijab dan kabul kerana itu yang lebih utama dari segala-galanya. Diucapkan semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Anak ada lima orang tapi semua perempuan, tiap kali ke rumah saudara mara mesti ada yang berkata, “semua perempuan ni, kena beranak lagi ni untuk dapat lelaki.”
Ini memang situasi biasa bagi pasangan suami isteri yang mempunyai ramai anak sama jantina. Nampak remeh tetapi apabila asyik di tanya soalan yang sama hati mana yang tidak terkilan dan sedih. Mana tidaknya anak itu rezeki Allah SWT, dan bukan kita yang mampu menentukan jantinanya.
Buat pasangan yang berada dalam situasi ini mungkin boleh berlapang dada mendengar nasihat dari Ustazah Asma’ Harun, yang juga pernah ditanya soalan demikian.
Kepada yang bertanya dan bersedih
Sering saya ditanya, “ustazah ada tak amalan, doa atau tips untuk dapat anak perempuan?, anak saya 4 orang semua lelaki, teringin sangat nak anak perempuan, saya stress dengan provokasi & pertanyaan orang “.
Ustazah, “salah ke jika semua anak saya perempuan, 6 orang, saya letih dan stress dengan ayat suruh beranak lagi, mana tahu dapat lelaki, supaya ada wakil jadi imam atau yang angkat jenazah kita esok..macam² ustazah orang cakap.”
Kepada yang suka tanya atau bagi cadangan tentang jantina anak orang, paling manis cukuplah mendoakan dalam waktu yang sama memberikan kata² yang positif.
Saya sendiri, bila tengok seseorang yang memiliki ramai anak tapi satu jantina, di antara yang selalu saya katakan..
“SubhanAllah, semua anak lelaki ya, tak apa. Nanti dapat semua anak perempuan ekspres, menantu esok esok , untung juga semua anak lelaki, cukup untuk angkat jenazah kita 4 penjuru. SubhanAllah..”
“Alhamdulillah, semua anak perempuan comel-comel, ramailah pembantu kat rumah ya, insyaAllah anak-anak ni esok melahirkan ramai pejuang agama Allah, darah daging puan juga..”
Dan lain-lain cara membahagiakan mereka.
Tuan Puan,
Ada yang dah nikah lama belum ada anak. Ada yang sampai tua tak ada anak. Ada yang nak sangat nikah belum bertemu jodohnya, apatah lagi ada anak. Ada yang ada anak semuanya sakit kronik. Ada yang ada satu sahaja anak dan anak itu meninggal dunia. Ada yang meninggal kerana melahirkan anak.
Dan pelbagai lagi kisah dengan “anak”.
Pertama, jika kita ditanya tentang anak semua sama jantina, jawablah ia adalah kurnian Allah swt, baca dan fahamilah firman Allah dibawah :
“Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki”,
“Atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa”.
Allahu Akbar, Allah maha mengetahui atas setiap pemberian dan ketetapanNya. Hikmah di sebalik ketetapan itu akan dirasai oleh orang mu’min, sungguh segala ketetapan Allah itu adalah yang terbaik dan sempurna.
Kepada yang teringin nak anak, sama ada dah nikah atau belum, atau dah sampai tua tetap tidak ada anak. Percayalah, semua yang kita inginkan namun tidak dapat di dunia ini, lalu kita sabar, redha dan bersangka baik, yakinlah akan diberikan di Syurga kelak .
Selalu saya jawab, maaf tak ada tip, mungkin saintis ada jawaban, wallahua’lam. Tapi tentang doa, silakan doa dengan ayat sendiri, ayat umum atau khusus. Allah Maha Mengetahui keinginan yang terkandung di dalam hati.
Soal boleh ke tidak minta doa jantina anak, iya boleh, silakan.. Sebagai hamba kita berhak meminta dengan cara kita, sebagai Tuhan, Allah berhak menunaikan permintaan kita dengan cara-Nya.
Cuma yang jauh lebih utama daripada isu jantina anak, banyakkanlah berdoa agar dapat anak yang soleh, Surah As-saffat 100 :
رَبِّ هَبۡ لِىۡ مِنَ الصّٰلِحِيۡنَ
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku zuriat yang termasuk orang yang shalih.”
Pelbagai paparan yang kita baca pada hari ini seperti sebagai satu tanda kedatangan hari kiamat dan salah satunya penyebaran wabak penyakit berjangkit.
Namun hanya Allah saja yang tahu bila hari pembalasan itu akan datang. Dan selagi matahari tidak terbit dari barat, selagi dajjal belum keluar dan Nabi Isa tidak turun, pintu taubat masih lagi dibuka seluasnya.
Namun bagaimana untuk kita melakukan solat taubat bagi membersihkan segala kekototan di hati ini.
Perkongsian di laman sosial Facebook oleh Nuremyliya Abdullah memberitahu solat taubat ini perlu dibuat selalu supaya hati rasa lebih tenang.
Dia juga turut mengingatkan lakukan solat taubat ini sebelum tidur atau sebelum Subuh. Setelah bersihkan diri dan mengambil wuduk segera lakukan solat taubat dan berdoa dengan seikhlas hati kepada Allah SWT sambil menyesali segala perbuatan sebelum itu.
SOLAT TAUBAT.
Solat taubat Kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok.Tanak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu inshaALLaH tanda taubat ALLaH dah terima.
Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.
Bersihkan diri. Amek wudhu. Pakai wangi-wangi (bagi lelaki). Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang.. Pastu baru niat..
أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ Ussoli sunnatan taubati rok ‘ataini liLLaHi Ta’ala [Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]
Baca do’a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa.
Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x (Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)
Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do’a Nabi Yunus a.s.
“La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin” Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.
Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama.. Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..
Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah… Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do’a.. Bila berdo’a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..
Sebagai permulaan, guna do’a sendiri dlm bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah.. Merayulah.. Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?
Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pon takpa.
Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.
Imam al-Ghazali ada cakap.. Tanda hati kita sudah mula hitam, [1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah. [2] hilang kemanisan beribadah [3] hati tak makan nasihat
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Drama Sweet Dreams arahan pengarah Michael Ang lakonan Mira Filzah dan Ben Amir cukup viral dan trending diperkatakan warga net. Ramai yang tidak sabar menunggu episod terakhir drama yang cukup meruntun jiwa anak muda ini.
Semua tertanya-tanya dan membuat andaian bagaimana kesudahan drama ini yang mengetengahkan jalan cerita di mana pasangan kekasih yang sanggup berkahwin dan mahu sehidup semati walaupun tahu salah seorang daripadanya akan meninggal dunia kerana sakit.
Itu adalah drama tetapi dalam dunia realitinya adakah ada pasangan yang sanggup bersusah payah dan bersedia untuk hidup bersama walaupun tahu hayatya tidak lama.
Apakah cinta sejati itu sudah cukup dan mengatasi segala-galanya tanpa memikirkan kehidupan selepas pasangannya kelak telah tiada.
Menjawab persoalan ini, menurut Pendakwah Bebas, Ustaz Riza Kamaruddin memberitahu berkahwin itu sunnah yang utama dilakukan. Dan sekiranya kedua-dua pasangan reda antara satu sama lain, Allah juga akan reda kepada mereka berdua.
“Kalau dua-duanya sudah reda, maka Allah juga akan reda dengan niat mereka. Malah itu juga merupakan amal soleh yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT.
“Apabila kedua-duanya ikhlas berkahwin kerana Allah, walaupun pasangannya itu sudah dalam keadaan uzur maka tiada balasan yang paling mahal di sisi Allah melainkan syurga,” ujar Ustaz Riza memberitahu.
Menurutnya lagi menziarahi orang sakit dan orang mati pun ada ganjaran pahala yang besar diberikan oleh Allah.
“Inikan pula yang berhajat mahu mendirikan rumahtangga bersama seseorang yang uzur dengan niat untuk menjaga, merawat dan menemaninya hingga akhir hayat.
“Sudah tentu ganjaran pahala yang juga besar menanti mereka. Berbahagialah mereka di akhirat kelak,” tambahnya sebelum mengakhiri perbualan.
Batas aurat Muslimah di hadapan wanita bukan Islam sering menjadi persoalan. Ketahui pandangan jumhur ulama, penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan serta panduan menjaga aurat mengikut syariat Islam.