Siapa tidak mengenali pendakwah selebriti PU Azman. Sering ditanya pelbagai soalan oleh followernya dan beliau akan menjawab setiap persoalan yang diajukan.
Dalam posting di laman Instagramnya, PU Azman menjawab hukum suami isteri mandi bersama.
PU Azman turut menjawab tiada salahnya soalan ini ditanya oleh pelajar perempuan berkenaan kerana penting untuknya tahu terutama di zaman serba mencabar ini.
Ads
“Yang komen triggered budak perempuan tu tanya soalan, macamlah korang boleh nilai dia tu jahat ke tidak. dah kenapa korang nak bandingkan zaman korang jadi budak sekolah dulu yang kononnya baik dgn budak zaman sekarang? dia hidup di zaman yang mencabar, macam macam pengaruh masuk.
“mungkin tu yang membentuk cara dan keterbukaan dia. kalau tak betul, sepatutnya korang doakan yang terbaik, bukan anggap diri tu suci. Korang terjun dulu dunia remaja sekarang dan hayati masalah mereka.
“bagi dia, mungkin soalan tu penting untuk dia tahu. jangan nilai orang lain terlalu awal. dosa besar tu bukan saja zina dan minum arak. Bajet diri lebih suci dari org lain juga dosa besar.
Diam tak diam hanya tinggal tak sampai 100 hari lagi kita akan bertemu semula Ramadan.
Bagi kaum wanita, pasti ada yang masih belum menggantikan puasa yang telah ditinggalkan sebelum ini. Dan kita memang wajib untuk qada’ puasa berkenaan sebelum bermulanya Ramadan akan datang.
Sekiranya hal ini terjadi, anda perlulah membayar fidyah. Apa itu fidyah? Fidyah merupakan denda ke atas individu Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti bulan Ramadan.
Hukum membayar fidyah adalah wajib dan ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Sekiranya ia tidak dibayar, ia ibarat satu hutang kepada Allah Taala.
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab berikut:
Antaranya mereka yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, termasuklah golongan tua yang tidak mampu berpuasa.
Jika risaukan kesihatan sendiri (kerana terlalu letih dan berpenyakit) dan anak, maka hanya perlu ganti puasa tanpa fidyah.
Tetapi, jika wanita itu sendiri terlalu letih dan tidak mampu meneruskan puasa, tidak perlu membayar fidyah.
Waris-waris perlu bayar fidyah bagi mereka yang telah meninggal dunia mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
Mereka yang melambatkan ganti puasa hingga tiba Ramadhan berikutnya perlu bayar fidyah dan mengganti puasa. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Fidyah boleh dibayar secara terus kepada fakir miskin atau menerusi Pejabat Zakat atau Pejabat Agama Islam Negeri masing-masing. Untuk memudahkan anda, bayaran fidyah juga boleh dibayar secara online melalui e-zakat atau mengikut bank tertentu.
Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Kadar bayaran fidyah berbeza mengikut harga yang telah ditetapkan oleh sesebuah negeri. Rujuk laman web Pejabat Agama Negeri untuk mendapatkan nilai secupak beras. Kebiasaannya, kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan adalah secupak beras dan nilai secupak beras itu akan ditukar dalam bentuk Ringgit Malaysia.
Contohnya seperti Lembaga Zakat Selangor, satu hari puasa yang ditinggalkan bersamaan dengan RM1.80. Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun. Jadi, sekiranya seseorang itu meninggalkan puasa selama 3 hari, maka kadar fidyahnya adalah:
RM1.80 (1 cupak) x 3 hari = RM5.40
Bayar fidyah secara tunai – Boleh dilakukan di pejabat agama atau pejabat zakat negeri atau melalui wang pos.
Bayar fidyah secara online – Melalui e-zakat negeri masing-masing seperti e-zakat Selangor, e-zakat Penang, laman web Pejabat Agama dan Majlis Negeri, Maybank2U.
Klik ‘Bill Payment’ dan klik pada ‘Make A One-Off Payment’
2. Klik ‘Zakat & Charity’3. Pilih Pusat Pungutan Zakat/Fidyah Negeri masing-masing4. Pilih ‘Fidyah’
5. Masukkan jumlah bayaran yang perlu dibayar. Selesai!
Tetapi, ia bergantung juga kepada jenis bank atau negeri. Kemungkinan sesetengah negeri tidak mengaktifkan akaun mereka untuk membayar fidyah online.
Dah, jangan tangguhkan lagi bayaran fidyah. Sila bayar sekarang sebelum anda terlupa. Ingat, jika anda tidak membayar fidyah, ibarat anda berhutang dengan Allah!
Sumber: Laman Web Lembaga Zakat Selangor
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Ramai terkorban dalam gempa bumi Turkiye.’ Orang meninggal dalam bencana, adakah dikira mati syahid?
Siapa yang berjuang membela harta miliknya, jiwanya, keluarganya, agamanya, dan meninggal dalam perjuangannya itu, maka ia meninggal fisabilillah atau mati syahid.
Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Bagaimana pula mereka yang terkorban dalam bencana alam seperti gempa bumi yang berlaku di Turkiye sebelum ini.
Ikuti penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini.
Soalan:
Berkenaan isu gempa bumi yang melanda Negara Turki dan Syria baru-baru ini, jumlah kematian yang melibatkan orang Islam sangat ramai.
Jadi, apakah status orang islam yang mati akibat gempa bumi dan adakah mereka dikira mati syahid? Mohon pencerahan SS Datuk Mufti.
Jawapan
Golongan yang meninggal dunia akibat runtuhan bangunan atau gempa bumi merupakan mereka yang tergolong dalam kategori orang yang mati syahid akhirat dan jenazahnya perlu diuruskan seperti jenazah-jenazah yang lain mengikut syariat islam.
Orang yang mati syahid mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang “Siddiqin” dan orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya. Dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli Neraka.”
Surah al-Hadid (19)
Imam Ibn Kathir menjelaskan dalam tafsirnya berkenaan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah SWT akan memperoleh pahala yang besar di sisi-Nya dan cahaya yang terang benderang di hadapan mereka.
Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang mati di jalan Allah SWT dalam apa jua jenis keadaan, maka dia dikira sebagai syahid. Ulama berpandangan mati syahid merupakan rahmat Allah SWT kepada mereka sebagai satu kelebihan atas kesakitan dan keperitan yang dialami saat kematiannya.
Terdapat beberapa hadis yang menceritakan berkenaan hal ini. Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA dalam Sahih Muslim dan Sahih Bukhari, sabda Nabi SAW:
Maksudnya:
Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas,orang yang ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Secara ringkasnya, Imam Syihabuddin al-Ramli berpandangan bahawa orang yang mati dalam keadaan syahid boleh dikategorikan kepada tiga golongan iaitu:
Syahid di dunia dan akhirat iaitu orang yang gugur terbunuh dalam medan peperangan di jalan Allah SWT kerana menentang golongan kafir dan berniat ikhlas untuk meninggikan kalimah Allah SWT. Golongan ini baginya pahala di dunia dan akhirat.
Syahid di akhirat sahaja iaitu orang yang terbunuh dalam keadaan dizalimi tetapi bukan gugur terbunuh di medan peperangan. Mereka ini tergolong dalam hadis yang disebutkan di atas seperti orang yang mati kerana lemas, orang mati dalam runtuhan, orang yang mati kerana penyakit perut dan orang yang mati dalam kebakaran.
Syahid di dunia sahaja iaitu orang yang berperang di jalan Allah SWT tetapi berniat semata-semata untuk mendapatkan harta rampasan perang, terbunuh ketika sedang cuba melarikan diri daripada medan peperangan, berperang hanya kerana riya dan lain-lain lagi.
Terdapat perbezaan berkenaan kaedah pengurusan jenazah bagi ketiga-tiga golongan ini. Golongan syahid dunia dan akhirat tidak perlu dimandikan jenazahnya, tidak perlu dikafankan bahkan hanya memadai memakai pakaiannya ketika mati dan tidak perlu disolatkan.
Jenazah mereka boleh terus ditanam dan dikebumikan. Adapun golongan syahid akhirat maka akan mendapat pahala syahid di akhirat dan wajib ke atas jenazahnya untuk diuruskan seperti dimandikan, dikafankan dan disolatkan seperti biasa.
Manakala bagi golongan syahid dunia, maka jenazahnya tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disolatkan. Golongan ini tidak mendapat pahala syahid yang sempurna di akhirat kerana secara zahirnya mereka itu mati berperang di jalan Allah SWT namun persoalan pahala dan dosa itu terserah kepada Allah SWT.
Berdasarkan kepada persoalan di atas, orang islam yang mati akibat berlakunya gempa bumi termasuk dalam kategori kumpulan kedua iaitu golongan yang syahid akhirat sahaja.
Ini kerana, mereka juga mengalami situasi yang sama iaitu mati dalam keadaan ditimpa runtuhan bangunan sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi:
وَصَاحِبُ الْهَدْمِ من يموت تحته
Maksudnya:
“Orang yang ditimpa runtuhan adalah mereka yang mati di bawah runtuhan tersebut.”
Tuntasnya, mereka yang mati akibat berlakunya gempa bumi dan ditimpa runtuhan bangunan termasuk dalam golongan mereka yang mati syahid akhirat sahaja seperti mana jelas dinyatakan dalam hadis tersebut.
Mereka tetap mendapat pahala akhirat seperti mana janji Allah SWT ke atas mereka dan jenazah tersebut juga perlu dikendalikan seperti jenazah-jenazah yang lain mengikut syariat islam.
Kashoorga: Semoga kita semua meninggal dalam keadaan husnul khotimah. Amin.
Hari ini berita mengenai Ustaz Ebit Lew tular di media sosial. Jika sebelum ini banyak berita kebaikannya disebarkan kerana amal kebaikan dan kasih sayang disebarkannya kerana banyak membantu golongan susah namun hari ini dirinya menjadi tumpuan kerana dipanggil ke balai polis untuk merakam keterangan berkaitan video dakwaan gangguan seksual.
Dalam satu temubual bersama media selepas selepas memberikan keterangan tersebut, Ustaz Ebit Lew memaklumkan ia satu fitnah yang amat dahsyat namun masa yang sama memaafkan sesiapa yang melakukannya.
Menurut Harian Metro sebentar tadi, dapat dilihat Ustaz Ebit tenang dalam menghadapi ujian amat perit ini.
“Saya maafkan sesiapa saja dengan apa yang terjadi (fitnah gangguan seksual). Orang di luar sana mungkin boleh nilai sendiri,” kata pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.
Hari ini, Ebit, 36, dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual yang dikaitkan dengan dirinya seperti tular di media sosial baru-baru ini.
Menurutnya, kejadian terbabit tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat sehingga akhir hayatnya.
“Alhamdulillah syukur, Allah SWT menentukan segala-galanya. Saya percaya hidup ini hanya satu tujuan untuk Allah sayang.
“Saya dipanggil bagi membantu siasatan atas tuduhan gosip di luar sana. Saya serahkan kepada polis sepenuhnya,” katanya ketika ditemui media di luar pekarangan Bukit Aman di sini, sebaik Ebit selesai memberi keterangan pada 2 petang.
Sementara itu, peguam Ebit, Datuk Hasnal Rezua Merican berkata, beliau dan anak guamnya memberikan kerjasama sepanjang proses rakaman keterangan yang berjalan selama lebih satu jam.
Beliau berkata, pihaknya sudah menjawab segala persoalan bagi membantu siasatan berkenaan.
“Polis ada menyatakan beberapa seksyen untuk siasatan kes berkenaan namun pihak polis belum memberikan seksyen sewajarnya untuk siasatan kes ini.
“Setakat ini, polis memaklumkan tiada keperluan untuk memanggil semula anak guam saya,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai video lucah yang menunjukkan lelaki mirip pendakwah itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan polis sudah merakam keterangan Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual.
Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Siasatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut.
“Polis memohon kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes ini dapat disiasat dengan telus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga menasihati orang ramai untuk tidak membuat penyebaran apa juga bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis. Sumber / gambar : Harian Metro
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam keheningan Ramadan yang sarat dengan rahmat dan keberkatan, inisiatif “Pot of Hope” oleh Nu Ideaktiv bersama Rasa tampil sebagai satu gerakan yang bukan...