Ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Allah SWT. Semuanya sudah tertulis di luh mahfuz.
Setiap manusia di muka bumi ini sudah dituliskan siapa pasangannya. Ini sesuai dengan surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud :-
“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.” (QS. Ar-Rum: 21).
Bahkan bagi yang sudah bersedia mendirikan rumahtangga, dalam surah An-Nur ayat 33 menyebut :-
Dan nikahkanlah orang-orang yang sedirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (kawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya.” (QS. an-Nur: 33).
Ads
Benarlah jodoh itu rahsia sebagaimana huruf pertama surah Al-Baqarah Alif Lam Mim yang tidak mempunyai makna dan Allah sahaja yang tahu akan maksudnya. Dan kerana Allah saja Maha Mengetahuinya, sudah tertulis jodoh pasangan ini.
Uniknya, ia bermula dari satu hubungan abang dan adik angkat sahaja.
Dari video dikongsikan di Tik Tok @Ceqq manehh_ atau dipanggil Jiha, dirinya memaklumkan, kisah dirinya yang mempunyai abang angkat namun akhirnya bertukar status kepada bapa tiri selepas abang angkatnya itu bertemu jodoh dengan ibunya sendiri.
Ads
Di perkongsiannya, dirinya memaparkan ada keluar dengan abang angkatnya namun kemudian ia bertukar status kepada bapa tiri. Dan ia mendapat tontotan yang agak tinggi iaitu 1.4 juta.
Mengakui sebenarnya agak kurang bersedia untuk mempunyai ayah tiri namun dirinya mengakui redha dengan jodoh yang sudah tertulis buat emaknya. Malah berdoa agar pilihan emaknya ini kekal selamanya.
Ads
“Emak berusia 50 tahun sementara ayah tiri 30 tahun. Berbeza usia 20 tahun katanya memaklumkan beza usia antara ibunya dan ayah tiri.
Dari komen pengguna yang mengusik sambil mengucapkan tahniah dia atas perkahwinan ini kata mereka zaman dahulu sebelum kenal anak perlu membeli “jiwa emak” dahulu agar mak merestui hubungan cinta tapi zaman ini perlu “kenal” anak dulu sebelum boleh pikat emak.
Benar, semuanya sudah tertulis di luh mahfuz lagi dan semoga mempelai berjodoh hingga ke akhir hayat.
‘Bercerai sejak awal tahun, rahsiakan atas permintaan suami.’ Demi elak fitnah, Anim Ezati terpaksa buka cerita yang sebenarnya dia dan bekas suami telah lama bercerai.
Ternyata menempuh fasa baru bergelar ibu tunggal bukanlah mudah. Apatah lagi dalam usia yang masih muda dan memiliki anak yang masih kecil sudah tentu segalanya menuntut semangat yang kuat bagi Anim Ezati.
Pengacara, Anim Ezati Rizki, 30, mengesahkan dia sudah bercerai sejak awal tahun lalu, namun merahsiakan perkara itu atas permintaan bekas suaminya, Mohd Fadli Sahudin.
Jelas Anim, 30, dia dan bekas suami masih berkawan baik demi membesarkan puteri tunggal mereka, Yara Alanna Khalsom yang kini berusia dua tahun.
“Jodoh kami sampai di sini saja. Demi mengelakkan sebarang fitnah, saya terpaksa buka cerita perpisahan ini. Kalau boleh, saya tak nak langsung kongsi perkara begini namun saya terpaksa juga.
“Alhamdulillah untuk dua tahun yang Allah izinkan untuk bersama dalam perkahwinan dan hadiah yang paling berharga, anak perempuan kami. Kini, saya dan bekas suami tidak lagi bersama.
“Kami sudah berpisah pada awal tahun ini. Saya terpaksa rahsiakan dulu kerana ingin menghormati banyak pihak termasuk bekas suami sampai semua reda.
“Hak penjagaan anak sepenuhnya kepada saya. Hubungan saya dengan bekas suami dalam keadaan baik. Kami bersama-sama dalam membesarkan Khalsom,” katanya.
Sementara itu, Anim mengakui tidak mudah untuk menempuh fasa sebagai ibu tunggal.
“Saya tabik hormat kepada semua ibu tunggal di luar sana. Menggalas gelaran sebagai ibu tunggal bukanlah satu perkara yang mudah.
“Saya merasai segala pahit manis, cabaran untuk membesarkan anak tetapi saya bersyukur kerana Allah permudahkan dengan pelbagai cara. Terima kasih di atas sokongan kalian dan doa yang dititipkan selama ini.
Anim dan Fadli mendirikan rumah tangga pada 28 Disember 2019.
Kashoorga: Jodoh tak panjang, namun penceraian bukanlah pengakhiran hidup. Semoga Anim Ezati terus tabah meneruskan kehidupannya.
Tular kisah seorang rider oku muda penghantar barang dan makanan di Melaka yang menarik simpati ramai netizen setelah dimuat naik di akaun facebook; Sepet Vtec. Bukan apa barang yang dibawa, tetapi kaki yang menekan pedal mencuri perhatian
Entri tersebut memberi inspirasi dan semangat kepada kita semua yang dalam situasi tidak bersemangat dan letih mengharungi kehidupan penuh dugaan hari ini.
Apalah sangat dengan dugaan kita yang normal ini berbanding rider OKU yang ligat menunggang motosikal menghantar barang dan makanan kepada pelanggan.
Rider yang dimaksudkan ialah Danial Asyraf Roslan 22, yang memiliki kaki besi di kaki kanannya setelah ditimpa kemalangan jalan raya dua tahun lalu.
Akibat daripada peristiwa itu, kaki kanannya terpaksa dipotong hingga paras lutut menyebabkan pergerakkanya terbatas dan lebih memilukan diberhentikan kerja berikutan keadaan fizikalnya itu.
Namun, bagi Danial Asyraf, pemuda kelahiran Alor Gajah, Melaka ini, keadaannnya yang serba kekurangan, sedikit pun tidak mematahkan semangatnya meneruskan kehidupan.
“Sudah dua bulan saya bekerja sebagai rider. Pada awalnya memang sukar untuk teruskan kehidupan, namun saya mesti kuat. Saya kerja di siang hari sahaja tetapi kerana nak cari duit lebih, sekarang malam pun saya akan bekerja juga,” ujarnya yang telah diberhentikan kerja hujung tahun lalu.
Kegigihan dan semangat anak muda ini harus dicontohi apatah lagi pendapatannya tidak menentu, yang mana minimum RM25 mampu diperoleh dan RM100 paling maksimum.
Sama nasib seperti rider yang lain, rezeki bergantung kepada Allah, jika ada pelanggan Alhamdulillah jika tiada, jangan berputus asa, usaha lebih lagi.
Sebagai anak lelaki tunggal daripada empat adik beradik, Danial Asyraf tetap menggalas tangungjawabnya dengan menyara kedua orang tuanya yang sudah tua.
Walaupun penat lakukan empat kerja dalam satu masa iaitu sebagai penghantar barang sebuah syarikat di Melaka, penghanntar makanan sambilan sebuah restoran, sebagai runner kepada pelanggan yang perlukan khidmatnya dan kerja separuh masa menghantar produk susu perniagaan kakaknya, dia puas kerana mampu berdikari.
“Jika bukan saya siapa lagi? Saya tidak mahu hanya duduk mengenang nasib, menunggu bantuan dan ihsan orang lain. Saya mahu berdikari walaupun keadaan fizikal tidak sesempurna dahulu,”
Menceritakan kembali bagaimana kemalangan terjadi, Danial menjelaskan bahawa tragedi tiga tahun lalu itu masih segar dalam ingatannya. Kemalangan berlaku seminggu sebelum umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri 2017. Pada waktu itu, dia baru sahaja habis bekerja dan dalam perjalanan ke rumah di Masjid Tanah, Melaka setelah menemui rakan-rakannya.
“Dalam perjalanan itu, motosikal yang saya tunggangi terbabit kemalangan dengan sebuah lagi motosikal dan sebuah kereta. Saya dikejarkan ke hospital dan dirawat selama sebulan sebelum dimaklum dan dinasihatkan oleh doktor agar memotong kaki kanan hingga paras lutut,” katanya.
“Keputusan terpaksa dibuat kerana berlaku jangkitan kuman pada kaki kanan yang teruk tercedera. Selepas itu, saya perlu membiasakan diri memakai kaki palsu besi hingga hari ini. Walaupun agak janggal pada awalnya, namun kaki ini lah yang membantu dan memudahkan pergerakannya sehari-hari,” ujarnya lagi
Sesungguhnya kecekalan dan ketabahan Danial Asyraf telah menjentik hati ramai netizen sehinggakan kisah yang dikongsikan telah menerima lebih 8,000 tanda suka dan dikongsi lebih 1,000 pengikut.
Bukan insan biasa boleh pantas bangun daripada dugaan besar seperti ini. Namun sesungguhnya Allah tidak akan membebani hambaNya dengan bebanan yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya itu.
Setiap musibah itu juga hadir dengan kemudahan sebagaimana firman Allah;
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya, tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”(Surah al-Insyirah: Ayat 5-6)
Sesiapa yang ditimpa musibah, perlulah bersangka baik (husnuzon) dengan apa yang terjadi. Saat-saat getir dilalui dengan memperbanyakkan doa, berikhtiar, tawakal dan bersabar atas ujianNya.
Allah mengajar kita menangani musibah agar ingat akan firmanNya: (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan (musibah), mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali.” (Surah al-Baqarah: Ayat 156)
Kashoorga: Jika kita berkeluh kesah dan banyak menyalahkan takdir Allah, beristighfar dan mengucaplah. Lihat sekeliling kita. Lihat insan yang lebih besar dugaannya daripada kita. Hidup perlu diteruskan dengan semangat juang positif. Rider OKU ini wajar dijadikan inspirasi buat kita.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Siapa tidak mengenali penyanyi berbakat luar biasa Alyah Abu Hasan. Dikurniakan suara yang sangat memukau dengan bakat nyanyian tersendiri menjadikan Alyah antara anak seni yang berjaya.
Namun setelah 20 tahun bergelar anak seni, dia menyedari betapa jauhnya diri dengan Allah.
Menurutnya dalam posting di laman Instagramnya selama itu dia menyanyikan lagu sedih, kecewa, curang dan semua berunsur cinta kepada manusia. Lagu yang membuatkan kita alpa kepada Maha Pencipta.
“20 tahun saya berjalan sebagai seorng penyanyi,Saya menyanyi lagu cinta,lagu sengsara,lagu sedih,lagu curang,lagu kecewa kebanyakan lagu lagu saya semua berunsur cinta kepada manusia….
“Dibulan ramadhan yg mulia ini saya ingin memohon kemaafan atas pengaruh yg saya bawa selama ini.Nyanyian saya menitiskan airmata kamu dan menitis kerana kasih pada manusia Bukan kerana kasih kerana Allah swt Bukan kerana para Rasul Bukan kerana para ilmuan agama Bersalahnya saya pada kamu dan berdosanya saya pada kamu.Saya mohon ampun atas kekilafan saya selama ini dlm mengejar popularity…
“Saya la yg berdosa saya juga amat naif dan saya lah yg bersalah.. Mulai saat ini saya tidak akan merakamkan lagi apa apa lagu cinta terhadap manusia lagu buat kekasih.yg akan membuatkan kamu terbuai dan lupa pada maha pencipta…
“Mohon maaf atas keputusan ini… Selamat berpuasa semua…
“Lagu terbaik yg pernah saya tulis bersama @omarkrk & @ikhwanfatanna juga hasil usaha kakak saya @ayuputeh lagu yg saya lakarkan dari hati ketika saya masih mencari jawapan dlm kehidupan saya…perjalanan saya masih jauh semoga Allah swt sentiasa bersama kita semua dan memberi redhonya…
“Sejauh mana kita mencari jawpan demi mencari bahagia sebenarnya ia ada pada diri kita sendiri hanya 1 kepercayaan Allah swt itu ada dan dia maha baik dan penyayang pada setiap hambanya….Hakikat jiwaku
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.