Setakat hari ini, bilangan pesakit Covid-19 di Malaysia mencecah angka 1,862,187 orang dengan jumlah kematian 18,219 kes dilaporkan setakat semalam. Jelas ia satu angka yang cukup tinggi dan pastinya mendatangkan kesan emosi yang bukan sedikit kepada keluarga mangsa.

Ternyata, wabak Covid-19 ini sudah meragut banyak nyawa dan ia bukan satu pengalaman mudah bagi individu yang menguruskan jenazah mereka yang disahkan meninggal akibat wabak ini.

Namun pengalaman dikongsikan oleh Tokoh Mualaf Wilayah Persekutuan, Nurmaisarah Leong, 54, yang sudah menguruskan lebih 100 jenazah Covid-19 sudah cukup mengundang sebak.

Ikuti perkongsian Tokoh Mualaf ini seperti dikongsikan di Berita Harian.

“Saat diberitahu kami akan menguruskan jenazah dua bayi yang baru dilahirkan akibat dijangkiti COVID-19, rasa sayu menyelubungi hati.

“Meskipun jenazah bayi belum dibawa turun dan belum ada di depan mata kesedihan itu sudah mencengkam hati.

“Di saat menguruskan dua jenazah masing-masing bayi lelaki dan perempuan yang baru dilahirkan, berjujuran air mata, tetapi tugas perlu disempurnakan dengan cepat.

“Ternyata korban COVID-19 bukan main-main, sesiapa sahaja boleh dijangkiti. Ini membuatkan memori susah dilupuskan mengingati wajah comel bayi yang belum sempat mengenal dunia dan kedua-dua ibu bapanya,” katanya.

“Paling Sedih Mandikan Mayat Bayi Baru Lahir”, Tokoh Mualaf WP Kongsi Pengalaman Sebak Urus Jenazah Covid-19
Nurmaisarah Leong sudah menguruskan lebih 100 jenazah Covid-19

Itu antara pengalaman dan perasaan dirasai Tokoh Mualaf Wilayah Persekutuan, Nurmaisarah Leong, 54, yang sudah mengurus lebih 100 jenazah COVID-19 sekali gus menginsafkan dirinya betapa penularan virus penyakit amat berbahaya.

IKLAN

Sejak menyertai pasukan sukarelawan dakwah inisiatif Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi pengurusan jenazah COVID-19 sejak Mac 2020, ia benar-benar memberikan pengalaman yang memerlukan keampuhan kudrat mental dan fizikal.

Beliau berkata, selain menguruskan jenazah bayi yang meninggal dunia akibat COVID-19, beliau juga pernah berdepan dengan saat menyedihkan apabila ditugaskan mengendalikan jenazah seorang ibu hamil berumur 35 tahun dengan kandungan berusia lima bulan.

“Urusan memandikan jenazah itu dilakukan di di Hospital Putrajaya. Selepas selesai memakai peralatan perlindungan diri (PPE), saya diberitahu jenazah adalah ibu mengandung dengan kandungan usia lima bulan.

“Kali pertama menguruskan jenazah ibu mengandung, hati saya sebak. Kini semakin ramai ibu mengandung yang terkesan dan meninggal dunia akibat positif COVID-19.

“Sama seperti jenazah lain yang meninggalkan dunia akibat COVID-19, hanya perlu melakukan proses tayamun dan solat jenazah sebelum menuju ke ‘perjalanan terakhir’ mereka,” katanya.

IKLAN

Ditanya lanjut mengenai cabarannya, Nurmaisarah berkata, ada kalanya merasa sesak nafas kerana perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lebih lima jam, selain lelah namun dilakukan dengan tabah.

“Paling Sedih Mandikan Mayat Bayi Baru Lahir”, Tokoh Mualaf WP Kongsi Pengalaman Sebak Urus Jenazah Covid-19

Ada ketika, beliau perlu menguruskan lebih 10 jenazah dalam satu masa bersama beberapa sukarelawan lain, selalunya antara tiga hingga empat orang.

“Jika rasa sesak nafas, saya cepat berselawat dan mengingatkan diri untuk menyempurnakan ibadah.

“Kita lakukan tayamun dan solat jenazah sebelum mereka dikebumikan.

IKLAN

“Situasi di bilik pengurusan jenazah menyayat hati dan menginsafkan apatah lagi ahli keluarga tidak dapat memberikan penghormatan terakhir kepada si mati,” katanya.

Beliau pernah dilarang oleh rakan-rakan supaya tidak terbabit dengan pengurusan jenazah COVID-19, namun tidak pernah diendahkan kerana menganggap ia tugasan berbeza meskipun memahami pelbagai risiko dilalui termasuk kemungkinan dijangkiti virus itu.

Namun, dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang diperlu dipatuhi pasti ia mampu melindungi diri petugas barisan hadapan ini.

Beliau yakin dengan semangat untuk berbakti dan melakukan fardu kifayah terakhir untuk ‘saudara sesama Islam’ semua perasaan bimbang itu lenyap.

“Ada kawan melarang saya untuk menjadi sukarelawan pengurusan jenazah pelbagai lapisan usia dan latar belakang kerana takut dijangkiti wabak, tetapi saya faham mereka risau.

“Tetapi jujurnya saya sering mengingatkan diri saya kematian itu pasti. Semua orang akan melaluinya.

“Adakah amalan dan bekalan saya cukup untuk ke fasa seterusnya? Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai Muslimah untuk saudara Islam walaupun tidak kenal antara satu sama lain,” katanya. Sumber :Berita Harian

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI