Menjadi impian setiap dari kita untuk dipanggil sebagai jemaah menunaikan ibadah haji di tanah suci.
Namun jika belum ada rezeki, Tuhan masih belummemanggil kita untuk menjadi tetamuNya.
Sejak awal Februari lalu, pihak Tabung haji sudah menghantar surat rasmi kepada jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji tahun ini.
Dan pastinya Jjka dapat mengerjakan haji di usia masih muda, pastinya satu pengalaman yang sangat dinantikan oleh setiap orang.
Siapa sangka sudah menjadi rezeki wanita ini dipanggil menjadi tetamu Allah ketika usianya muda.
Wanita ini yang merupakan pengguna di laman sosial twitter, Siti Aisya Jabaruddin telah berkongsi satu berita memberitahu dia menerima surat tawaran daripada Tabung Haji untuk menunaikan ibadah haji musim kali ini.
Lebih menggembirakan bukan dirinya saja yang menerima tawaran berkenaan tetapi juga adik beradik lain turut dipelawa untuk menunaikan ibadah haji pada tahun yang sama.
Tambah Aisya lagi, peluang menjadi tetamu Allah ini adalah kerana kegigihan ibu dan ayahnya yang membuat pendaftaran haji ketika mereka sema masih dibangku sekolah lagi.
Ternyata berita gembira dia yang berpeluang tunai haji pada usia muda begitu dikagumi warganet.
Malah ramai yang turut berharap mereka turut sama diberi peluang untuk menunaikan ibadah haji dalam usia muda.
Untung tunai haji usia muda kerana masih banyak tenaga
Moga dipermudahkan urusan & mendapat haji mabrur
Jadi sangat digalakkan supaya ibu bapa untuk mendaftar anak-anak dengan Tabung Haji supaya mereka kelak berpeluang menunaikan Rukun Islam ke lima ini dalam usia muda.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Bila Mimpi Jadi Modal Beragama”, Amin Idris Kongsi Temuramah Live Mengenai Muhamad Qasim. Didakwa Imam Mahdi
Sejak awal tahun ini, nama Muhammad Qasim yang berasal dari Pakistan mulai popular di seluruh dunia berikutan dakwaan dirinya pernah 500 kali bertemu Nabi Muhammad SAW dan 300 kali berjumpa Allah.
Banyak jurnal mengenainya ditulis oleh media terutama melibatkan negara jiran, Indonesia.
Dalam satu perkongsian dari portal Viva.co.id menjelaskan tujuh fakta mengenai lelaki yang didakwa sebahagian pengikutnya sebagai imam Mahdi.
Antara dikongsikan, Muhamad Qasim bin Abdul Karim merupakan warga negara Pakistan. Tinggal di Lahore dan dilahirkan pada tahun 1977 (usianya kini 45 tahun) dan mendakwa telah melihat Allah dan Nabi Muhammad SAW dalam mimpinya.
Dikatakan, Muhamad Qasim telah bermimpi lebih dari 26 tahun lalu di mana Nabi Muhammad dan Allah telah berkomunikasi dengannya.
Dalam mimpinya, lebih 500 kali bertemu Rasulullah dan 300 kali bertemu Allah itu, bahawa semua mimpinya adalah benar di mana ia harus berkongsi mimpinya itu kepada dunia. Dalam banyak mimpi dia telah melihat masa depan umat Islam, masa depan Pakistan dan peristiwa-peristiwa yang akan terjadi sebelum hari Kiamat.
Dalam mimpinya, Allah dan Muhammad membimbing Muhammad Qasim ke jalan yang benar. Dari tahun 2007 Allah dan Muhammad mulai mengajarinya dalam mimpi tentang hal-hal yang harus dilakukan dan hal-hal yang harus dijauhi.
Kebanyakan Allah dan Muhammad menyuruhnya untuk menjauhi semua jenis kesyirikan dan bagaimana menjadi manusia yang baik. Rahmat Allah adalah untuk semua orang dan segalanya. Muhammad adalah Utusan Allah yang terakhir dan ia mempercayai bahawa Muhammad adalah Nabi Allah yang terakhir.
Muhammad Qasim adalah Ummati Muhammad dan ia bangga bahawa dirinya adalah Ummati Muhammad (SAW). Dalam banyak mimpi, Allah memberitahu dirinya, Qasim pergi dan menyebarkan cahaya di dunia seperti dalam kegelapan. Bahkan Muhamad Qasim tidak pernah mengakui dirinya Imam Mahdi kecuali dipercayai oleh pengikut-pengikutnya. Dirinya hanya ingin menjadi teman Allah dan tidak lebih dari itu dan hanya Allah adalah Wakeelnya.
Dalam malam tadi melalui temubual secara langsung bersama Ketua pemimpin Gerakan Akhir Zaman (GAZA), R Dicki Candra Punama (berada di Pakistan dan rapat dengan Muhamad Qasim) bersama Ust. Dr. Aizam dari JAKIM dalam tajuk MIMPI MUHAMMAD QASIM: MENEPATI NAS SYARA’?
Bahkan selepas siaran langsung itu, penceramah motivasi ini memaklumkan, hasil live dengan 2 orang kuat lelaki Pakistan bernama Muhammad Qasim yang pernah 500 kali mimpi jumpa nabi dan 300 kali jumpa Allah, ini kesimpulan awal Bro Amin:
1. Melihat kepada komen-komen, penyokong-penyokong sudah terlalu ramai di Indonesia dan sudah mula ada penyokongnya di Malaysia
2. Memang Muhammad Qasim tidak pernah claim mimpinya sebagai hujah tetapi hanya berita gembira (al-Mubasyirat), sebaliknya tindakan, ucapan dan tulisannya mengatasi lebih dari nas Quran dan Hadith
3. Berbanding panel-panel lain, Ust. Dr. Aizam dari JAKIM sarat berhujah dengan dalil dari Quran dan hadith menampakkan disiplin ilmu yang dipegangnya
4. Mereka penuh yakin Muhammad Qasim adalah Imam Mahdi malah lantikan Allah sebagaimana Allah melantik Rasulullah
5. Inilah bahana bila MIMPI DIJADIKAN MODAL dalam beragama. Moga Allah tetapkan pendirian kita atas jalan yang benar
Jika ingin tonton live semalam, boleh klik di link https://youtu.be/h5QUPUwmb4s
Apa yang pasti, dunia akhir zaman itu pasti, kemunculan Imam Mahdi juga pasti. Moga kita tidak terpedaya dengan sumber tidak sahih kerana di akhir zaman, kita pernah diingatkan oleh Rasulullah untuk berpegang pada Al-Quran dan Sunnahnya.
Rasulullah SAW berpesan kepada kita: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kalau kamu berpegang dengannya nescaya kamu tak akan sesat selamanya iaitu: Al-Quran dan sunnahku.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
8 Jenis Rezeki Dari Allah, Bukan Hasil Kita Pandai Berniaga Atau Bekerja Makan Gaji
Allah SWT memiliki nama yang mulia dan disebut dalam Asmaul Husna. Ia mengandungi 99 nama Allah dan salah satunya adalah Ar-Razzaq yang bermaksud Yang Maha Pemberi Rezeki.
Dalam setiap kejadian dan makhluk yang Allah ciptakan, sudah tertulis rezeki setiap di antaranya dan Allah SWT juga tidak akan sekali-kali membiarkan makhluk-Nya hidup tanpa kurniaan rezeki.
Hal itu dijelaskan Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: “…Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 37).
Kadang dalam kehidupan manusia, kita sering mengeluh tentang rezeki yang “agak berat” tidak seperti mana orang lain yang menayang rezeki mewah mereka di media sosial. Satu yang harus kita yakin dan beriman kepada Allah ialah, setiap rezeki itu datang dari-Nya dan diberi “kelebihan rezeki” juga satu ujian buat mereka yang memilikinya sama ada ia diperoleh secara berkat atau tidak dan di akhirat nanti mereka akan ditanya ke mana harta bendanya dibelanjakan. Jadi itu ujian buat mereka memiliki harta.
Sebenarnya ada lapan jenis rezeki yang perlu kita tahu. Semak lapan jenis rezeki yang sudah tertulis buat kita di dunia ini. Berikut lapan jenis rezeki dari Allah.
1.Rezeki Yang Telah Dijamin
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
“Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya.” (Surah Hud : 6).
- Rezeki Kerana Usaha
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.”
(Surah An-Najm : 39).
- Rezeki Kerana Bersyukur
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”
(Surah Ibrahim : 7).
- Rezeki Tak Terduga
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“Barang siapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”
(Surah At-Thalaq : 2-3).
- Rezeki Kerana Istighfar
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).
- Rezeki Kerana Menikah
وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya.”
(Surah An-Nur : 32).
- Rezeki Kerana Anak
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa’ : 31).
- Rezeki Kerana Sedekah
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).
Semoga Allah sentiasa melimpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju akhirat. Aamiinnn ya Allah…
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Terima Seadanya & Bersyukur. ‘Suami Yang Baik, Dia Tak Kisah Isterinya Tak Reti Jaga Badan.’
Terima seadanya dan bersyukur. ‘Suami yang baik, dia tak kisah isterinya tak reti jaga badan.’ Paling penting baginya isteri tetap setia dan berada di sisi sampai bila-bila.
Suami sebegini sentiasa bersyukur dengan apa yang berada di depan mata. Malahan suami sepsis begini tidak pernah meletakkan kekurangan isteri sebagai penghalang untuk dia merasa bahagia.
Ikuti perkongsian Tuan Azlan Noor tentang sepsis lelaki “rare” ini.
Artikel Berkaitan:
‘Terima Seadanya, Sentiasa Berada Disisi Ketika Sakit.’ Cinta Luar Biasa Juliana & Zamani
Terima Seadanya & Bersyukur
Terbaca posting dan komen netizen pasal pelakon Fizz Fairuz dan isteri dia, Almy Nadia tu. Si Fizz tu bagi saya lelaki yang bagus. Dia setia, layan isterinya dengan baik, tak kira apa pun perubahan kepada si Almy tu.
Ada yang risau asbab tak jaga badan, suaminya akan curang dengan perempuan lain. Ye la, dia tu pelakon, berduit dan masih muda.
Sebenarnya, dia macam ini.
Suami Yang Baik
Suami yang memang jenis baik, dia akan tetap kekal baik walaupun isterinya tak reti jaga badan, malas exercise, kuat makan dan gemuk.
Dia tak kisahkan semua tu sebab dia tahu dia baik bukan sebab isteri dia. Walau macam mana sekalipun keadaan isteri dia, dia terima dan dia syukur adanya isteri di sisi. Dia tak jadikan kekurangan itu sebagai alasan untuk berlaku curang.
Contoh lelaki baik pun ramai yang kita boleh tengok.
Dia Tak Kisah
Dan kalau memang jenis yang jahat,
Dia akan tetap buat perkara jahat depan atau belakang isteri walaupun isterinya tu cantik jelita, kulit putih gebu, jaga akhlak jaga aurat, lemah lembut bicara, paling taat pada suami, tak pernah tolak permintaan suami, ibu yang baik kepada anak-anak.
Tetap dia dengan sifat jahatnya sebab dia tak pernah puas dengan apa yang dia ada. Dia sudah jauh tenggelam dalam belitan nafsu serakah dia.
Segala yang baik isteri buat, tak pernah pun nak jentik hatinya untuk berubah dan hargai pengorbanan isteri yang terima sifat dan perangai buruknya itu.
Isterinya Tak Reti Jaga Badan
Contoh lelaki jahat pun ramai yang kita pernah lihat kan.
Suami yang baik ni, berbeza dengan suami yang jahat,
Dia tak perlukan sebab untuk mencintai.
Malah dia tak perlukan sebab untuk menyayangi
Dia tak perlukan sebab untuk jujur.
Dan dia tak perlukan sebab untuk setia.
Kerana ketahuilah,
Kasih sejati tak perlukan sebab.
Yang diperlukan hanya sekeping hati.
Hati yang menghargai.
Baca Di Sini:
Kashoorga: Semoga suami kita semua tak pernah berubah hati dan kekal setia.
Sumber : Azlan Noor
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI