Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: “…Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 37).
Tapi dalam kehidupan manusia, ada kalanya kita mengeluh tentang rezeki yang “agak berat” tidak seperti mana orang lain yang mungkin hidup mewah. Satu yang harus kita yakin dan beriman kepada Allah ialah, setiap rezeki itu datang dari-Nya.
Dalam pada makna rezeki itu juga luas, bukan hanya pada wang dan harta yang dimiliki. Disebut dalam al-Quran sebenarnya ada lapan jenis rezeki yang perlu kita tahu yang mana semuanya sudah tertulis buat kita di dunia ini.
“Barang siapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”
(Surah At-Thalaq : 2-3).
“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).
“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya.”
(Surah An-Nur : 32).
Rezeki Kerana Anak
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa’ : 31).
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).
Semoga Allah sentiasa melimpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju akhirat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Nabi SAW pernah melalui dua kubur lalu bersabda maksudnya: “Ingatlah sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa. Seorang daripadanya diseksa kerana dahulu dia suka membuat fitnah dan seorang lagi diseksa kerana tidak menghindari diri daripada percikan air kencing.”
Kemudian Baginda SAW mengambil pelepah kurma yang masih basah lalu dibelahnya menjadi dua. Setelah itu, Baginda menanam salah satunya pada kubur pertama dan yang satu lagi pada kubur kedua sambil bersabda: “Semoga pelepah ini boleh meringankan seksanya selagi ia belum kering.” (Riwayat Bukhari: no.1378 dan Muslim: no.292)
Adakah ia memberi syafaat?
Peristiwa ini telah mengundang beberapa persoalan tentang manfaat meletakkan pelepah kurma ataupun tumbuhan lain di atas kuburan. Namun apa yang jelas hadis ini merupakan dalil pelepah kurma segar boleh meringankan azab kepada mayat.
Persoalannya adakah munasabah kedua-dua pelepah ini dapat meringankan seksa mayat tersebut? Ulama mempunyai dua pandangan utama mengenai masalah ini.
a) Sebahagian ulama berpendapat ia dapat meringankan azab kerana kedua-dua pelepah itu sentiasa bertasbih sehingga ia kering. Tasbih boleh meringankan azab ke atas orang yang sudah mati. Berdasarkan illat (sebab) ini, mereka menyatakan sunat datang ke kubur dan membaca tasbih dengan harapan mayat itu diringankan seksanya.
b) Manakala sebahagian lain mengatakan bahawa illat ini lemah kerana kedua-dua pelepah kurma tersebut tetap bertasbih, sama ada dalam keadaan segar mahupun kering. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucapkan tasbih bagi Allah dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya. Tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka…” (Surah al-Isra’:44)
Dalam peristiwa ini terjadinya keringanan azab kerana Rasulullah SAW berdoa kepada Allah SWT agar azab kedua-dua mayat itu diringankan selagi pelepah kurma tersebut masih segar. Ini bermakna keringanan azab tidak berlaku selama-lamanya.
Perbuatan Nabi SAW itu hanya bertujuan memberikan amaran kepada umatnya tidak melakukan perbuatan yang dilakukan oleh mayat-mayat tersebut iaitu membuat fitnah dan tidak membersihkan kencingnya.
Inilah maksud yang lebih tepat dengan hadis. Ianya merupakan syafaat yang bersifat sementara dan memberi amaran bukannya kerana Rasulullah SAW tidak mahu memberikan syafaat abadi kepada mereka.
Bolehkah tumbuhan diletakkan?
Berkenaan hukum terhadap perkara ini sebahagian ulama berpendapat, sunat meletakkan pelepah kurma segar, pokok dan lain-lain di atas kubur untuk meringankan azab mayat di dalamnya. Tetapi menjadi satu kesalahan untuk mengaitkan hukum perbuatan ini dengan apa yang dilakukan Nabi SAW atas beberapa alasan:
i. Kita tidak tahu sama ada mayat sedang diseksa atau tidak. Sedangkan Rasulullah SAW diperlihatkan oleh Allah SWT akan keadaan mayat tersebut melalui wahyu.
ii. Jika kita meletakkan tumbuhan di atas kubur atas tujuan itu, ia seakan-akan kita bersangka buruk pada mayat bahawa dia sedang diseksa. Sedangkan kita tidak tahu nasib yang dialami oleh mayat tersebut.
iii. Istinbat hukum perbuatan ini bercanggah dengan amalan ulama salaf. Sedangkan merekalah orang yang paling faham terhadap syariat Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW
iv. Allah SWT telah mengajar kita amalan yang lebih baik dalam memberikan keringanan kepada mayat iaitu mendoakan kebaikan untuk si mati.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Lelaki berpakaian wanita, jika dulu sesatu yang asing namun hari ini seakan menjadi perkara biasa. Malah mereka berani tampil di khalayak tanpa rasa bersalah.
Lihat saja dalam satu majlis anjuran sebuah stesen televisyen kelmarin lelaki berpakaian wanita hadir dan tak segan silu memperagakan penampilan wanita. Lebih malang ada juga yang memuji penampilan ini walaupun hakikatnya ia adalah perbuatan terlarang dan Allah SWT melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita dan juga sebaliknya.
“Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. (HR al-Bukhari).
Usah iktiraf kemungkaran
Situasi yang berlaku ini mendapat turut ditegur oleh beberapa ahli agama antaranya Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi.
“Andai berpakaian dengan pakaian dengan jantina yang bertentangan dengan jantina asal pun telah dilarang, apatah lagi cubaan menormalisasi dan mengiktiraf ‘elgeebitee’ yang jelas bertentangan dengan syarak.
“Adalah menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk mencegah tindakan mengiktiraf kemungkaran. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah:
ما من قومٍ يُعْمَل فيهم المعاصي، ثم يقدرون على أن يغيِّروا ثم لايغيروا؛ إلا ويوشك الله أن يعمَّهم بعقابٍ
“Tiada satu kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada dikalangan mereka yang mampu mencegahnya, melainkan akan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa azab ke atas kesemuanya” (HR Abu Daud).
Lelaki berpakaian wanita bimbang dinormalisasi
Dalam pada itu Ustazah Asmak Husin juga dalam nada yang sama turut bimbang dengan trend lelaki berpakaian wanita yang dinormalisasi oleh masyarakat.
” Dulu, orang kita malu dan segan, tapi sekarang ia dilihat seperti fesyen dan trend. Ada juga yang saya tengok asalnya tidaklah nampak perempuan sangat pakaiannya tetapi semalam ada yang melebih-lebih dengan cara jalannya dan lain-lain.
“Inilah yang dinamakan normalisasi. Lebih parah apabila masyarakat mula rasa biasa dan industri mengiktirafnya.
Jangan sesat dalam cahaya rasa seronok dan bahagia sebegini. Ia hanya sementara lama kelamaan hati jadi kosong dan semakin kusut. Kami tegur bukan sebab angkuh tetapi sayang. Saya tengok ramai anak muda kita berpotensi tetapi sebagai orang tua kami patut tegur sebelum terlambat,”ujarnya.
Nabi Muhammad SAW suka mencium isterinya, memanggil dengan nama yang indah serta memanjakan isteri. Baginda adalah sosok manusia yang sempurna. Di medan perang beliau adalah seorang jeneral profesional yang menguasai taktik dan strategi bertempur. Di tengah masyarakat, beliau adalah teman, sahabat, guru, dan sosok pemimpin yang menyenangkan. Di rumah, beliau adalah seorang ketua rumah tangga yang membangkitkan rasa aman, kasih sayang, sekaligus kebahagiaan.
Sepanjang saya baca dan dengar kuliah tentang layanan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri, anak dan cucu. Perkara yang selalu Rasulullah Lakukan adalah selalu mecium dan memeluk mereka. Hatta Setiap kali mahu keluar ke masjid Rasulullah s.a.w akan cium isteri baginda dan berlalu ke masjid.
Rupanya, apabila kita praktis perkara ini, ia buatkan kerinduan kita terhadap isteri dan anak semakin kuat. Hubungan kita makin akrab. Susah sangat nak ‘bertikam lidah’. Jika berselisih faham pun mudah untuk dileraikan.
Jika saya dirumah setiap kali mahu ke masjid saya akan cuba amal perkara ini. Ternyata jiwa kita akan rasa tenang dan sangat merindui isteri dan anak. Rasa cepat-cepat nak balik rumah.
MEMULIAKAN ISTERI
Paling saya menarik tentang layanan Rasulullah SAW ini yang tak pernah saya terfikir nak buat. Baca hadis Sohih ini;
Aisyah berkata : “Pernah aku minum, sedangkan aku pada saat itu sedang haid. Kemudian aku memberikan minuman tersebut kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dari gelas yang sama, di mana beliau mengenakan mulutnya ditempat bekas aku minum, lalu Baginda minum…” (H.R. Muslim)
Subhanallah. Tengok, sampai tahap begitu sekali akhlak Rasulullah s.a.w terhadap isteri baginda. Sehinggakan bekas mulut isteri pun Baginda hargai.
Itu bab minum. Mandi pun Rasulullah s.a.w mandi bersama isteri. Kita hari ini boleh kira berapa kali dalam setahun mandi bersama pasangan,itu pun siap kunci lagi bilik mandi. Itu belum bab makan. Rasulullah s.a.w akan makan satu pinggan atau bekas bersama isteri baginda. Akan makan apa yang isteri makan. Tidak pernah komplen makanan.
TIDAK PERNAH PUKUL DAN CAKAP KASAR DENGAN ISTERI
Dan buatkan saya paling RESPECT habis kat Rasulullah S.A.W. Baginda TIDAK PERNAH PUKUL atau mengeluarkan perkataan kasar terhadap isteri-isteri baginda. Kita hari ini? Isteri lambat masak pun kita dah mengeluh. Allahu. Lemahnya kita.
Bahkan Rasulullah S.A.W akan memanggil dengan panggilan yang paling manja terhadap isteri dan anak.
Itulah sebab kenapa kita perlu belajar banyak tentang akhlak Rasulullah s.a.w. Dan wajibkan pada diri kita untuk sentiasa berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kekasih Allah S.W.T
Jom sahabat kita selawat dan Ikut jejak langkah Rasulullah S.A.W.
Islam memberikan kelonggaran kepada umat-Nya dalam beberapa keadaan tertentu melalui rukhsah (keringanan). Salah satunya adalah mengqasarkan solat ketika dalam perjalanan jauh.Namun, apa hukum jika...