Di Sebalik Hujan Membasahi Bumi, Warga Tanjung Karang Dilimpahi Rezeki. Puluhan Ribu Kupang Nak Ke Darat

Share

Ar-Rahman, Ar-Rahim dan Ar-Razzaq adalah nama-nama Allah yang bermaksud pemberi segala rezeki di dunia ini. Rezeki itu luas, ia tidak terbatas pada wang ringgit atau harta benda saja.

Sebaliknya rezeki itu datang dari pelbagai sudut seperti rezeki telah dijamin, rezeki kerana usaha dan kerja, rezeki kerana bersyukur, rezeki yang tak disangka-sangka, rezeki kerana istgfar, rezeki kerana bernikah, rezeki kerana anak, rezeki kerana sedekah bahkan rezeki kerana menyambung silaturahim.

Dalam keadaan negara diuji dengan banjir di pelbagai tempat, nampaknya rezeki tak disangka berlaku di Pantai Sg Kajang, Tanjong Karang, Selangor kerana puluhan ribu kupang naik ke darat tanpa disangka-sangka.

Bahkan gambar-gambar menunjukkan terlalu banyaknya kupang ini dikongsikan di fb warga sekinchan.

Menurut gambar dikongsi oleh Alia Humaira, rumah emaknya berdekatan pantai sahaja dan ramai yang pergi mengutip rezeki tidak terduga di pantai ini. Kelihatan berbaldi-baldi diangkut. Di saat ramai yang bertanya lokasi pantai ini, jalan masuk ke pantai ini mesti melalui dari Agrobank Tanjong Karang, jalan terus sampai jumpa pantai.

Walau ramai menyifatkan fenomena alam ini agak luar biasa dan dikaitkan ingin berlaku tsunami apabila hidupan laut “mendarat” di pantai, ia menurut fahaman masing-masing.


Memang benar tsunami terjadi selepas banyak kejadian hidupan laut datang ke pantai (seperti terjadi di Indonesia) namun kehadiran puluhan ribu kupang ini juga adalah rezeki tidak terduga buat warga Tanjung Karang pagi tadi.

IKLAN