Pergerakan dalam solat juga penentu kepada sah atau tidak solat kita. Salah satu rukun solat yang ramai lakukan kesilapan ialah ketika sujud. Al-Quran dan hadis begitu tegas dalam menentukan hukum hakam agama.
Perkara yang wajib, haram, sunat, harus dan makruh perlu jelas kerana ia penentu dosa dan pahala kita. Tiada istilah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Dalam soal mendirikan solat, kita diajar untuk patuh kepada rukun solat bagi memastikan solat kita itu sah dan seterusnya diterima Allah. Solat sebagai tiang agama, adalah antara perkara utama yang akan ditanyakan Allah di akhirat kelak.
Bukan sahaja bacaan kena betul, pergerakan tubuh menjadi kayu pengukur kepada solat yang sah. Salah satu pergerakan yang kita perlu jaga ialah ketika sujud.
Sejauh mana kita yakin bahawasanya pergerakan kita itu tepat? Mungkin kedudukan dahi sudah betul, tetapi tangan pula tidak menepati cara. Pernah dengar istilah sujud anjing? Kalau nak tahu ulasan lanjut bagaimana kah ia dan hukumnya, kita selami penjelasan ustaz Azhar Idrus ini.
“Hendaklah kamu sekalian sujud dengan betul dan jangan kamu hamparkan dua lengannya seperti kedudukan tangan anjing.” (Hadis Syeikhain)
Maksudnya dimakruhkan meletak kedua siku ketika bersujud di atas lantai tetapi hendaklah diangkat kedua siku.
Ads
Dari Barra’ bin ‘Azib r.a. Nabi saw bersabda :
إذاسجَدْتَفضَعْكفَّيْكَوارفَعْمِرْفَقَيْكَ Ertinya : “Apabila kamu sujud maka letakkan dua tapak tanganmu dan angkatlah dua sikumu.” (Hadith Imam Muslim)
Kesimpulannya dimakruhkan merapatkan kedua siku pada lantai ketika sedang bersujud tetapi tidaklah ia membatalkan sembahyang bahkan sunat diangkat kedua sikunya.
Kashoorga: Apabila dah tahu hal ini, jangan lah kita amalkannya kerana jelas ia tidak ikut cara yang betul. Bukan sujud anjing sahaja, ada banyak lagi yang boleh menyebabkan tak sah solat kita hasil pergerakan yang tak betul.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tidak susah bagi kita kaum wanita untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin. Malah sebelum tidur juga kita digalakkan untuk melakukan beberapa adab seperti yang dipesan Rasulullah SAW kepada isterinya Aisyah Ummul Mukminin (ra).
Jika kita melakukan amalan-amalan ini akan mengaut ganjaran pahala serta kelebihan yang sangat besar jika melakukannya.
Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah Ummul Mukminin (ra), isteri tercintanya:
“Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan EMPAT perkara ini, iaitu: 1. Sebelum mengkhatamkan Al-Qur’an.
2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di Hari Akhirat.
3. Sebelum para Muslim meredhaimu.
4. Sebelum kau laksanakan Ibadah Haji dan Umrah.
Aisyah pun, bertanya kepada Rasullah SAW: “Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara ini, seketika?”
Rasullah SAW tersenyum dan bersabda: “Sebelum engkau tidur (lakukan ini): 1. “Jika engkau akan tidur , membacalah Surah al –Ikhlas tiga kali. Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.
2. “Bacalah selawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai kamu.
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
“Subhanallaahi Walhamdulillaahi Walaailaaha Illallaahu Allaahu Akbar ( 3x ).
Semoga kita bersama-sama dapat mengamalkan 4 perkara ini dan memperolehi ganjaran pahala yang dijanjikan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Anak derhaka, tak cium bau syurga.’ Berang tak diberi wang, remaja ini sanggup bakar rumah ibu bapa. Allahuakbar melampau sungguh perbuatan anak ini. Langsung tiada simpati buat ibu dan bapanya.
Sesungguhnya, anak derhaka akan dimurkai ALLAH SWT dan tidak mencium bau syurga. Itu adalah jaminan ALLAH SWT dan memang selayaknya.
Malah anak derhaka itu ialah anak yang tidak mengenang jasa. Mereka tidak berbakti kepada orang tua, walhal ia adalah jalan mudah menuju ke syurga.
Hari ini kita melihat anak derhaka boleh digelar sebagai ‘si tanggang moden‘. Bermacam cerita atau berita yang dipaparkan di dada akhbar dan televisyen.
Ada yang sanggup memukul dan mencerca ibu bapa gara-gara impian mereka tidak dipenuhi dan kali ini ini anak ini sanggup membakar rumah keluarganya.
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia,“.
Lalu baginda ditanya: “Siapa Ya Rasulullah?
Jawab baginda: “Sesiapa yang mendapati kedua-dua orang tuanya (dalam usia lanjut) atau salah seorang daripada kedua-duanya, tetapi tidak berusaha masuk syurga (dengan memelihara orang tuanya sebaik-baiknya).“ (Hadis Riwayat Muslim)
Seorang remaja berusia 17 tahun bertindak nekad membakar rumah ibu bapanya kerana berang tidak diberikan wang untuk belanja kahwin, lapor laman berita Pikiran Rakyat semalam.
Suspek yang hanya dikenali sebagai RA berasal dari Tebo, wilayah JambI, Jakarta.
Menurut polis, suspek telah diberkas selepas didakwa membakar rumah ibu bapanya akibat marah tidak diberi wang untuk berkahwin.
Ketua Polis Tebo Tengah, Asisten Komisioner Polis Dedi Tanto Manurung mengesahkan penangkapan itu dengan suspek kini berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.
“Ya, terdapat aduan daripada mangsa bernama Amri yang mengatakan anaknya telah membakar rumahnya,” kata Dedi, kelmarin.
Dalam kejadian pada Sabtu lalu, rumah milik pengadu di Jalan Kelompok Tani, kabupaten Tebo, wilayah Jambi hangus akibat dibakar. – Agensi
Statistik Perkahwinan dan Perceraian Malaysia 2020 menunjukkan jumlah perceraian dalam kalangan rakyat negara ini meningkat 12 peratus kepada 56,975 pada 2019, berbanding 50,862 pada tahun sebelumnya. Nyata kes-kes perceraian sudah semakin meningkat dan masa yang sama, jumlah mereka yang mendirikan rumahtangga pula menurun sebanyak 1.2 peratus tahun lalu.
Intipati sebuah perkahwinan adalah sebahagian sunnah Rasulullah. Di dalamnya manusia membina keturunan, berkasih sayang, berkongsi emosi dan banyak lagi. Tetapi ada juga perkahwinan yang dibina berakhir dengan perceraian.
Didedahkan oleh Peguam Syarie, Nur Fatihah Azzahra dari Tetuan Wali Azri & Associates, dirinya berkongsi kisah benar “penyakit” cerai di mana isteri bernafsu songsang.
Berikut perkongsiannya.
Biasanya kita didedahkan dengan cerita perceraian atas alasan suami seorang homosexual / gay. Jarang kita dengar orang buka cerita berlakunya perceraian kerana isteri bernafsu songsang. Lesbianlah mudah bahasa.
Jadi tidak berlakukah kes melibatkan isteri lesbian di Mahkamah Syariah?
BERLAKU.
BANYAK.
Cuma tak dihebahkan sebagaimana yang menimpa kaum Hawa apabila ‘kantoi’ pasangan mereka seorang gay bernafsu gila.
Benda berlaku sendiri kepada seorang kenalan pengajian saya di Timur Tengah. Sebelum tu saya maklum dahulu, cerita ini telahpun mendapat izin untuk dikongsikan sebagai pengajaran kepada masyarakat.
Selepas dua tahun menamatkan pengajian, kenalan saya sambung pula pengajian di peringkat Master sambil kerja part-time sebagai Imam di salah sebuah masjid kariah di Kuala Lumpur. Dipendekkan cerita, berkenanlah seorang Pakcik ini untuk bermenantukan beliau, lalu dikahwinkan dengan anak perempuannya yang juga lepasan bidang agama di salah sebuah universiti tempatan. (Highlight : kisah sebenar).
Isteri letakkan syarat pertama, lepas kahwin mesti tinggal di rumah keluarganya, mudah nanti segala kelengkapan sudah ada. Rakan saya sekadar bersetuju kerana mentua sendiri galakkan begitu.
Syarat kedua, tidak boleh lakukan hubungan kelamin sehingga isteri tamat Master, nanti pelajaran terganggu. Bila kira semula tempoh hanya berbaki beberapa bulan sahaja lagi, rakan saya setuju sahaja tidak mahu bergaduh asalkan tidur sebilik.
Masalah mula tercetus apabila sudah tamat Master sekalipun isteri masih lagi tidak membenarkan suami untuk bermesra dengannya apatah lagi melakukan hubungan kelamin. Apabila suami minta alasan dia hanya kata masih muda ataupun terus gunakan tiket, “jangan sampai saya mengadu dekat mak ayah saya.”
Puas rakan saya berdoa, minta petunjuk daripada ALLAH apa yang tidak kena dengan rumahtangga mereka. Nak mengadu kepada orang luar pun segan hal dalam kelambu,kan?
Suatu hari, laptop suami rosak jadi dia fikir takpalah kot guna sebentar laptop isteri, sekadar hendak download beberapa documents sahaja di email. Dia pun bukalah laptop tu, ok tiada password. Lega.
Selesai kerja yang patut, dia nak delete semula documents di folder ‘download’ tadi, lalu terpandanglah beberapa folder gambar yang lain dalam laptop tu menyebabkan dia sedikit curious. Dia pun terfikir, tak salah kot buka gambar-gambar isteri sendiri.
Berderau darah dia apabila dalam salah satu folders yang ada, penuh gambar dan video mesra isterinya sendiri dengan seorang wanita dalam keadaan separuh bogel bahkan tidak berpakaian langsung. Ada juga beberapa screenshot mesej luahan perasaan kasih sayang antara kedua-dua pasangan tersebut pada tahun 2019.
Memang jadi gaduhlah suami isteri apabila gambar-gambar begitu dibangkitkan sebagai punca tiada hubungan kelamin sepanjang tempoh perkahwinan yang singkat ini. Kenapa tidak jujur dari awal?
Apabila diadukan kepada ibu bapa mentua, rupanya mereka sendiri sudah tahu tapi masih lagi letakkan kesalahan di atas bahu suami atas alasan, “kalau kamu ustaz tak boleh bimbing isteri ke jalan yang betul, malu lah.” Habis satu keluarga mentua ugut beliau akan hilang kerjaya kalau isu rumahtangga ini sampai ke pengetahuan pihak luar kerana mentuanya orang pangkat besar.
Akhirnya, isteri dia failkan cerai di Mahkamah Syariah tapi atas alasan :-
– Suami panas baran – Suami tidak sediakan tempat tinggal – rumahtangga tidak harmoni
Kita yang baca saman daripada isteri dia pun sama naik geram tengok level playing victim dia tu. Belum ditambah drama keluarga mentua daripada status orang kenamaan yang burukkan nama menantu ustaz, hanya untuk tutup aib anak kandung sendiri. Shameful. _______________________________ Cut story, kadang-kadang family pasangan kita sudah sedar ataupun nampak kecenderungan anak-anak mereka kepada LGBT ni sama ada daripada cara pergaulan ataupun terkantoi sendiri anak ada masalah nafsu songsang.
Malang apabila keluarga rahsiakan perkara sebenar daripada pengetahuan bakal menantu dan anggap perkahwinan boleh selamatkan anak mereka daripada terus sesat.
Kalau kita sebagai darah daging pun tak mampu bendung anak-anak kita daripada terjebak dengan LGBT, kenapa harapkan orang luar perbetulkan kemudian letakkan kesalahan. Jangan zalimi cinta suci orang lain yang betul-betul mengharapkan keberkatan dalam rumahtangga.
Plus penyakit nafsu songsang ni tidak akan sembuh secara tiba-tiba melainkan mereka sendiri pilih untuk bertaubat, berubah dan tinggalkan circle songsang mereka yang memang akan kerap kali pujuk untuk stay dalam kelompok tu.
Tak mudah, sebab penangan janji manis golongan homosexual dan lesbian ni gajah pun boleh terbang, kita rasa aman tenteram dan selamat dengan janji-janji manis (baca neraka) daripada mereka.
Kasihan pasangan, ada yang beberapa bulan kahwin baru tahu pasangan bernafsu gila begini baik lelaki ataupun perempuan. Jika tiada anak lagi takpa, mudahlah hendak berpisah sekalipun. Ini kes di Mahkamah, anak 5-6 orang tiba-tiba plot twist mak ayah hendak bercerai sebab bernafsu songsang.
Bermaksud : Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan. _ Surah an-Najm ayat 45.
Anyway,
I tak paham hak apa yang geng-geng LGBT ni nak daripada agama, kerajaan dan negara bangsa? Mereka bukan tidak tahu perkara tu salah tapi tetap menegakkan benang yang basah. Tah pape. Jelas kot, kesan penyakit LGBT ni lagi bahaya daripada H1N1 dan coronavirus. Effect dia habis rosak nama keturunan dan Maqosid Syariah. Kembalilah ke pangkal jalan.
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...