Setiap insan di dunia ini dilahirkan dalam keadaan fizikal yang berbeza-beza. Ada yang sempurna dan ada juga yang kurang sempurna seperti cacat penglihatan, bisu atau tiada kedua belah kaki dan tangan.
Walaupun dilahirkan kurang sempurna, namun tidak membataskan seseorang itu untuk beribadah kepada Allah. Malah ada yang menunaikan urusan ibadah ini lebih sempurna berbanding manusia normal.
Seperti perkongsian seorang lelaki kurang upaya, Muhammad Asyid Abu Bakar, 27 tahun yang cacat penglihata sejak lahir lahi tetapi berjaya mengecapi kejayaan paling manis apabila menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
Bapa kepada seorang anak ini dikatakan sudah membaca Al-Quran sejak dari bangku sekolah lagi.
Dia yang dahulunya sudah membaca Al-Quran sejak dari bangku sekolah dan diajar membaca kitab suci ini oleh seorang guru yang celik penglihatan dengan menggunakan Al-Quran Braille.
Malah, dia juga merupakan bekas pelajar Madrasah An-Noor For The Blind, yang terletak di Afrika Selatan.
Ads
Muhammad Asyid Abu Bakar menyambung pengajian ke tempat itu selepas tamat pengajian di madrasah tempatan.
Manakala perbelanjaan sepanjang pengajiannya di Afrika Selatan itu, telah di tanggung sepenuhnya oleh madrasah tempatan berkenaan.
Ads
Setalah 5 tahun pengajian, akhirnya Muhammad Asyid Abu Bakar berjaya menghafal kesemua surah yang ada dalam kitab suci Al-Quran ini.
Dia juga sering diundang untuk menjadi imam terutamanya pada bulan Ramadan, dan pada masa yang sama menjadi pengajar untuk anak-anak tahfiz.
Ads
Muhammad Asyid Abu Bakar juga menyatakan hasratnya untuk membuka sebuah Mahaad Tahfiz di Ipoh khas untuk pelajar buta yang berminat.
Diharapkan hasratnya ini akan tercapai suatu hari nanti dengan bantuan dan juga sokongan orang ramai.
Islam itu agama yang cukup indah. Betapa beruntungnya bagi mereka yang diberikan hidayah oleh Allah kerana hanya insan terpilih berpeluang melalui pengalaman cukup terindah ini.
Seperti perkongsian di laman sosial Facebook Firdaus Wong yang memberitahu bagaimana kisah seorang tauke Cina berusia 50 an yang akhirnya memilih Islam sebagai agama barunya.
Menurutnya mualaf dikenali dengan nama Mr. Choo ini dilahirkan dalam keluarga Buddha dan sepanjang hidupnya jarang bergaul dengan orang Melayu dan juga Muslim.
Dia yang sebelum ini hanya mendengar cerita tidak baik tentang Islam akhirnya memilih memeluk agama suci ini.
Ayuh ikuti perkongsiannya yang menjadi inspirasi buat kita.
[Dari Anti Islam Kepada Memeluk Islam]
Ini adalah kisah bagaimana seorang tauke Cina berusia 50an kembali kepada Islam di Multiracial Reverted Muslims – MRM.
Mr. Choo dilahirkan dalam keluarga beragama Buddha. Sepanjang hidupnya, beliau jarang bergaul dengan orang Melayu dan juga Muslim. Kenalannya di kalangan orang Melayu dan Muslim adalah amat terhad dan kurang rapat. Beliau juga mengakui bahawa beliau kurang berkenan dengan orang Melayu & Muslim.
Walaupun begitu, Allah Subhana Wa Ta’ala tahu siapa yang ada secebis kebaikan dan keikhlasan dalam diri mereka dan kebiasaanya mereka ini yang akan menerima hidayah dariNya.
Eksekutif Dakwah MRM, Bro Robert Ta telah berjumpa dengan beliau pada bulan lepas dan mengadakan perbincangan selama hampir 4 jam dari 11pm sehingga 3pagi! Beliau menelefon kami untuk berjumpa selepas membuat carian di internet NGO Islam dan menurutnya, beliau menghubungi kami kerana waktu yang fleksibel untuk berjumpa dan bukan sekadar waktu pejabat.
Sepanjang 4 jam perbincangan dengan Eksekutif Dakwah MRM, Bro Robert Ta, beliau banyak bertanyakan soalan sensitif yang beliau risau untuk bertanya kepada kenalannya kerana takut mereka akan marah kepadanya. Antara persoalannya ialah bagaimana Islam boleh mengatakan hanya agama Islam sahaja yang betul dan semua agama tidak betul, apakah persamaan ajaran Islam dan nilai budaya masyarakat Cina, isu-isu semasa dan juga hubungan seorang Muslim dengan bukan Muslim serta banyak lagi.
Persoalan yang dilontarkan oleh beliau adalah dari apa yang beliau dengar dari sahabat Belum Muslim di sekelilingnya, di media massa berbahasa Cina dan persepsinya berdasarkan pengamatannya sendiri. Beliau dengan jujur juga mengtakan beliau terdetik dan berhubung dengan kami untuk mendapatkan jawapan kepada persoalannya setelah melihat akhlak dan sikap baik yang ditunjukkan beberapa kenalan dan pekerja Muslimnya.
Alhamdulilah, Bro Robert Ta memberikan penerangan kepada setiap persoalannya sehingga beliau sendiri berpuas hati.
Selepas sebulan perbincangan itu, beliau menghubungi kami sekali lagi dan kali ini beliau menyatakan hasrat untuk memeluk Islam dan sekali lagi beliau hanya lapang pada sebelah malam dan Alhamdulilah, beliau telahpun mengucapkan dua kali syahadah pada hari Isnin, 6 Januari 2020 jam 9.30pm di pejabat operasi Multiracial Reverted Muslims (MRM). Alhamdulilah Allahuakbar.
Semakin kerap media memburukkan Islam & Muslim, tidak dinafikan akan ada ramai yang semakin menjauhkan diri serta membenci Islam. Namun mereka yang berfikiran logikal, terbuka dan ikhlas mencari kebenaran pasti akan mencari jalan untuk mengetahui apakah benar apa yang dilaporkan oleh media tentang Islam dan Muslim ini. InshaAllah mereka yang benar-benar ikhlas dan logikal pasti akan menemui jalan dan akan dipimpin oleh Allah Subhana Wa Ta’ala kembali kepada agama fitrah.
Tahun 2019, kami difitnah dan dikritik pelbagai pihak kononnya kami sangat ekstrim dan agresif dan akan menakutkan Belum Muslim dari memeluk Islam. Namun statistik yang kami perolehi adalah hampir 150 individu memeluk Islam bersama dengan MRM pada tahun 2019, meningkat sekali ganda dibandingkan dengan 2018 yang berjumlah 80 orang! Alhamdulilah. Hadha Min Fadzli Rabbi.
Rata-rata yang hadir berjumpa kami untuk berbincang dan memeluk Islam mengatakan mereka suka dengan pendekatan kami yang berpegang teguh dengan prinsip serta tegas dalam bicara tanpa bahasa kasar dan kesat. Semoga Allah Subhana Wa Ta’ala jadikan kita semua asbab manusia dikurniakan hidayah dan mendapat kebaikan. Allahuma Ameen.
Ayuh sahabat semua, teruskan dakwah kita menyampaikan kebenaran. We do our best let Allah do the rest. We convey not convert.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Beruntungnya bagi pasangan yang berkahwin kerana berpeluang untuk saling kasih-mengasihani dan mencintai satu sama lain.
Dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan sedia ada, setiap pasangan itu perlu berkomunikasi satu sama lain bagi memastikan tiada insan ketiga akan muncul dalam hidup.
Seperti perkongsian berguna dari isteri Adam Corie Lee yang mengingatkan wanita lain agar tidak mudah jatuh hati apabila diusik lelaki lain.
Apatah lagi jika mengetahui si lelaki sudah berpunya. Dan kepada lelaki itu pula janganlah sesuka hati untuk sengaja ‘test market’ mendekati wanita itu dengan ayat manis kerana hati wanita itu memang sangat mudah untuk tersentuh dengan pujian.
Pagi tadi Bidadari saya @puan_fazi_fuad tulis di ig dia. Dia kata ; “Percaya atau tidak ,
Wanita akan cepat perasan apabila ada seorang lelaki suka mengusiknya.
Wanita akan menyangka lelaki itu suka padanya..
Padahal lelaki tersebut hanya mengusik sahaja. Itu mmg fitrah lelaki suka melihat wanita. Sbb itu kat akhirat , lelaki yg baik akan dpt bidadari. Manakala wanita akan dpt emas iaitu perkara bersifat kebendàan.
Jadi kita sebagai wanita jgn cepat perasan, apabila ada org lelaki senyum, cakap manja-manja dgn kita…. jgn cepat jatuh hati… tambah-tambah kalau lelaki tersebut sudah dimiliki.
Dan kpd lelaki, jgn main-mainkan wanita jika tiada niat yg betul. Jangan cuba suka suka nak test market.
Hati perempuan ni lembut dan cepat rapuh jika tersalah sentuh dan rempuh.
Dan hati wanita ini jika sudah terjatuh cinta, dia nekad untuk memiliki hati lelaki tersebut walaupun sudah berpunya.
pesanan utk semua tak kisah lah lelaki atau perempuan. Terutama khas adik-adik, anak-anak perempuan ku , anak lelaki ku @adamfatehlee juga. dan juga suami ku .
#adamcorrie
P/s: pernah terjadi pada saya, saya senyum pada rakan saya di belakang seorang wanita .. tiba-tiba wanita itu kata saya artis gatal. Dan ada juga saya tak perasan pon ada seorang gadis senyum pada saya, lalu jerit kata saya sombong. redha je la
Dalam kehidupan berumah tangga menjaga hubungan dengan mentua menjadi antara tanggungjawab besar kepada seseorang yang sudah bergelar suami atau isteri.
Islam sendiri turut menyarankan kita agar menghormati dan menyayangi mentua seperti ibu bapa kandung.
Bagi sesetengah orang, ibu mentua sering kali dianggap menjadi penyebab timbulnya konflik dalam rumah tangga. Kata orang tidak kenal maka tak cinta. Jadi, ayuh selami hati budi ibu mentuamu.
Berusahalah untuk membentuk hubungan yang harmoni antara dua belah pihak. Kenali dahulu peribadi ibu mentua anda. Ketahui minatnya, sikapnya, harapannya mengenai perkahwinan anda. Dapatkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai iaitu suami anda sendiri. Mintalah suami untuk bercerita tentang ibunya dengan jujur dan berbekalkan info tersebut lebih mudah untuk anda membina hubungan yang baik.
Sebagai menantu yang baik, anda perlu tahu bagaimana ingin mengambil hatinya. Ada baiknya sekali sekala dihadiahkan sesuatu yang digemari atau pun kirimkan buah tangan dan sebagainya untuk mengambil hatinya.
Sebagai seorang yang berusia, biasanya ibu mentua sering berasa kesepian dan inginkan perhatian. Oleh itu digalakkan anda dan suami untuk meluangkan masa bersamanya. Lakukan kegiatan bersama-sama untuk mengisi kekosongan hati yang dirasainya. Sesekali ajak ibu mentua makan di restoran, jalan-jalan di taman dan sebagainya.
Walau terjadi konflik anda dan ibu mentua, jangan sesekali memburukkan mentua kepada keluarga anda. Cukup sekadar anda kongsikan masalah tersebut dengan suami anda sahaja. Jangan luahkan keluhan tersebut berkali-kali di hadapan suami. Seboleh mungkin cari dan lihat sisi positif yang ada pada ibu mertua anda.
Sebagai menantu, pasti anda pernah menerima kritikan daripada ibu mentua. Daripada anda memendam rasa sakit hati berpanjangan, lebih baik anda bersikap terbuka. Apatah lagi jika apa yang dikritik oleh ibu mertua anda itu ada kebaikannya.
Kasihi keluarga mentua seperti anda menyayangi keluarga anda sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...