Doa Agar Dicabut Rasa Gelisah, Hutang & Tekanan Diajar Rasulullah SAW. Amalkan Setiap Pagi & Petang

Doa Hilangkan Gelisah, Hutang & Tekanan Diajar Rasulullah SAW. Amalkan Setiap Pagi & Petang

Kehidupan ketika ini tidak dapat lari dari masalah dan tekanan hidup. Ada yang zahirnya nampak senyum tenang tapi menanggung beban dugaan hutang, masalah keluarga, rumah tangga, kerja dan sebagainya.

Semua ini boleh menyebabkan jiwa rasa lemah, emosi tak stabil, malah solat pun terasa kosong kerana terlalu terbeban dengan masalah yang tak sudah. Kadang rasa seperti tiada jalan keluar.

Namun Rasulullah SAW telah ajarkan satu doa yang menjadi penawar hati. Doa ini dikongsi oleh Ustazah Asma’ Harun dalam perkongsian di laman social.

Katanya doa pendek  ini bukan hanya mampu meredakan gelisah, tetapi juga menjadi asbab lunasnya hutang, hilangnya tekanan dan pulihnya kekuatan diri. Ia doa ringkas, tapi kuasanya besar amalkan setiap pagi dan petang, insya-Allah, kita akan rasai kelegaan yang hanya Allah mampu beri.

 Doa dicabut rasa gelisah, sedih, hutang, tekanan

Setiap daripada kita mesti pernah terduduk akibat dibelenggu masalah sama ada bersifat dalaman atau luaran. Kadang rasa tak produktif, kadang masalah lain seperti hutang atau sikap manusia buatkan kita rasa lemah dan kecewa.

Maka, Rasulullah SAW ada mengajarkan satu doa agar dicabut rasa gelisah, sedih, lemah, malas, takut, bakhil, dll daripada hati kita.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri, beliau berkata:

Ads

دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ الْمَسْجِدَ فَإِذَا هُوَ بِرَجُلٍ مِنْ الْأَنْصَارِ يُقَالُ لَهُ أَبُو أُمَامَةَ فَقَالَ يَا أَبَا أُمَامَةَ مَا لِي أَرَاكَ جَالِسًا فِي الْمَسْجِدِ فِي غَيْرِ وَقْتِ الصَّلَاةِ قَالَ هُمُومٌ لَزِمَتْنِي وَدُيُونٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَفَلَا أُعَلِّمُكَ كَلَامًا إِذَا أَنْتَ قُلْتَهُ أَذْهَبَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ هَمَّكَ وَقَضَى عَنْكَ دَيْنَكَ قَالَ قُلْتُ بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW memasuki masjid dan mendapati seorang sahabat daripada Ansar yang dipanggil Abu Umamah, lalu Baginda berkata: “Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan pada waktu solat?” Dia menjawab: “Kegelisahan dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!”

Baginda berkata: “Mahukah aku ajarkan doa yang apabila kau ucapkan maka Allah SWT akan menghilangkan kegelisahanmu dan melunaskan hutangmu?” Dia berkata: “Ya, wahai Rasulullah.”

قَالَ قُلْ إِذَا أَصْبَحْتَ وَإِذَا أَمْسَيْتَ

Ads

(اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ)

قَالَ فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَأَذْهَبَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ هَمِّي وَقَضَى عَنِّي دَيْنِي

Maksudnya: “Baginda bersabda: “Apabila kamu berada pada waktu pagi dan petang, maka ucapkanlah,

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa gelisah dan sedih, dan aku berlindung kepada-Mu daripada rasa lemah dan malas, dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan tekanan daripada orang lain.”

Ads

Dia berkata: “Maka aku pun melaksanakannya dan ternyata Allah SWT menghilangkan kegelisahanku dan melunaskan hutangku.” (HR Abu Daud, hadis hasan)

SubhanAllah, amalkan doa yang diajarkan Rasulullah SAW ini dengan penuh yakin kepada Allah bahawa masalah kita akan diangkat.

Dilindungi daripada 8 perkara

Doa Agar Dicabut Rasa Gelisah, Hutang & Tekanan Diajar Rasulullah SAW. Amalkan Setiap Pagi & Petang

Allah SWT akan melindungi kita daripada 8 perkara yang disebutkan iaitu:

  1. Kegelisahan
  2. Kesedihan
  3. Kelemahan
  4. Kemalasan
  5. Sifat penakut
  6. Sifat bakhil
  7. Bebanan hutang
  8. Tekanan daripada orang lain

Begitu besarnya fadilat (kelebihan) yang kita peroleh apabila menjadikan doa ini sebagai salah satu amalan yang dibaca pada setiap pagi dan petang. MasyaAllah.

Sumber: Ustazah Asma’ Harun

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads