Allah maha baik dan mendengar doa setiap hambanya. Cepat atau lambat, manusia itu disarankan terus berdoa kepada Allah memohon perlindungan dari Yang Maha Esa.
Ternyata perancangan Allah adalah sebaik-baiknya. Selepas 11 tahun bertarung dengan kanser limfoma, penyanyi Elyana berkongsi berita gembira dengan pengikutnya di Instagram bahawa kanser limfoma dideritainya sudah hilang.
Popular dengan lagu, Tak Tercapai Akalku, Elyana atau nama sebenarnya Elyana Emrizal berkata, semalam dirinya berkongsi rasa syukur ini dengan semua yang mengikuti perkembangan dirinya.
Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram.
Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua..
Ads
Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil!!!!! Kanser saya hilang!!!!!
Alhamdulillah Ya Allah…. Terima kasih Ya Allah,kau telah mendengar doa kami..
Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya.
Ads
Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat.. Aku pernah putus asa untuk berjuang.Aku selalu cemburu dengan kesihatan orang..
Tapi aku sangat percaya dengan keajaiban dari sang pencipta ku. Allah Maha Baik!!!
I love u Ya Allah, tulisnya.
Ads
Dan pagi ini di instagramnya, Elyana membuat kimoterapinya yang kelima dengan wajah ceria berbanding kesakitan dialaminya dahulu.
Benarlah Allah sentiasa bersama hambanya yang tidak pernah putus asa. Ku fa ya kun (jadi, maka jadilah ia).
Semoga dirinya terus kekal sihat dan pastinya ia membawa semangat kepada pesakit kanser lain untuk terus berjuang melawan penyakit mereka.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Demi Cik Ani, Chef Wan berusaha beri penjagaan terbaik. “Duit boleh cari, ibu adalah segalanya.’ Begitulah kasih sayang Chef Wan yang tidak berbelah bahagi buat ibunya.
Pengorbanan Chef Wan yang bukan sedikit memberi inspirasi untuk orang lain menjadi sepertinya. Ternyata menguruskan ibu yang semakin hari dimamah usia dan diuji dengan keadaan kesihatan yang kurang baik sememangnya menguji kesabaran anak.
Tidak semua anak mampu melayani karenah mak, ayah. Namun, demi kasih sayang kepada ibu tercinta, cef selebriti Datuk (Dr) Chef Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan memaklumkan sanggup mengupah jururawat khas.
Ibu Chef wan, Noraini Abdullah,90 atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Ani kini menghidapi kanser payudara dan demensia tinggal bersama beliau memerlukan penjagaan rapi.
Sudah tentu, menjaga warga emas yang sakit bukanlah tugas yang mudah. Chef Wan acap kali menjadi perhatian netizen apabila sanggup berkorban apa sahaja demi bondanya.
Dalam satu hantaran di Instagram, cef berusia 64 tahun itu berkongsi info berkaitan ibunya.
Katanya jururawat khas itu bekerja bermula dari jam 9 pagi sehingga 6 petang dengan bayaran RM180 sehari. Secara total, Chef Wan memperuntukkan RM5,800 untuk upah bulanan jururawat tersebut.
“Apabila tiba masanya dia (jururawat) boleh menanganinya dengan baik. Pada masa ini hanya waktu siang sahaja, kerana pada waktu petang saya ada pembantu rumah untuk mengendalikannya.
“Saya berasa lega apabila ibu mendapat bantuan daripada jururawat profesional untuk mandi, menukar lampin, sarapan, memberikan ubat-ubatan dan melakukan sedikit senaman serta memastikan dia juga tidur siang dan petang.
‘Banyak bezanya bagi pembantu rumah dan jururawat profesional yang tahu mengendalikan pesakit demensiadan kanser. Tidak mengapalah duit boleh cari ibu adalah segala-galanya.
‘Anda mesti sentiasa berusaha untuk memberinya penjagaan yang terbaik supaya dia gembira dan selesa. Tidak payahlah beli kasut Gucci atau beg Prada lagi. Sedekahkan kepada kesejahteraan ibu kita sendiri,” titip bapa kepada dua cahaya mata itu.
Malah, dalam masa yang sama Chef Wan berbesar hati sekiranya ada dalam kalangan warga maya yang menjadikan apa yang dilakukan beliau sebagai inspirasi.
“Saya baca di sini (Instagram) ada yang kata perbuatan saya menjadi satu inspirasi kepada mereka. Masing-masing mengikuti perjalanan saya ini, saya senyum dan rasa sangat bersyukur .
“Tak banyak, di dalam satu juta ada satu atau orang pun boleh ikut macam saya, I am very happy. Anda tidak akan pernah salah dengan bersikap baik dan murah hati kepada ibu bapa anda sendiri,” katanya lagi.
Kashoorga : Semoga kisah Chef Wan memberi inspirasi kepada orang lain untuk berbuat baik kepada ibu, bapa.
‘Doa dijodohkan dengan ahli kumpulan BTS Depan Kaabah.’ Jangan bagi alasan minat, jaga adab di Tanah Suci.
Beberapa hari lalu tular di TikTok dengan sebuah video seorang jemaah umrah yang dikatakan berdoa di Tanah Suci Mekah agar dijodohkan dengan penyanyi K-pop.
Perkongsian ini sekaligus menjadi perdebatan hangat di kalangan yang menyelar tindakan gadis tersebut yang dianggap melampau.
Bukan sekadar berdoa, malahan gadis tersebut turut mengedit fotonya bersama penyanyi K-pop kesayangannya itu sambil berdoa di depan Kaabah.
Tidak dinafikan setiap mempunyai minat dan idol tersendiri, namun jangan dibiarkan perkara ini mempengaruhi hingga terbawa-bawa ke Tanah Suci.
Minat sekalipun pada artis tersebut, simpan sekejap. Fokus pada ibadat dan banyakkan amalan-amalan sunat yang lain ketika tunaikan umrah.
Ikuti perkongsian Iddin Ramli dan hadam baik-baik nasihatnya:
Cuba kita bayangkan ada someone dari agama lain dan dia obses serta minat sangat dekat kita. Dia kumpul semua gambar kita then dia print dan dia buat dekat rumah ibadat dia. Dia record depan patung sembahan dia.
Then dia viralkan dekat TikTok. Agaknya apa yang kita rasa? Psycho kan? Tolong eh jangan cakap, “Eh, ini cuma minat, ini hobi kami.’ Jangan tolonglah.
Ini bukan minat. Perkara ini sudah tahap obses sudah ni. Ini berlebih-lebihan namanya. Ada perkara yang lebih layak untuk kita rindukan dan agungkan di Tanah Suci.
Jangan cemari keberadaan kita dekat Tanah suci dengan melakukan perkara-perkara yang merosakkan, kemaksiatan dan sebagainya.
Ingat, kita dekat Tanah Suci tempat yang mulia. Jagalah adab dan hargailah waktu kita berada di sana dengan perbanyakkan ketaatan kepada Allah dan mengingati Nabi Muhammad s..a.w.
Menerima berita kematian Baby Nishka lewat petang tadi menyuntik rasa sedih di hati. Mana tidaknya baru membaca kisah penderitaan Baby Nishka baru berusia 4 bulan yang terpaksa bertarung nyawa untuk meneruskan kehidupan dek kerana penyakit kanser otak tahap 4 dan kanser buah pinggang yang dihidapi.
Perkhabaran sedih ini disampaikan melaui Instagram Mawar yang sebelum ini diketahui mengambil berat perihal adik Nishka. Malah usahawan ini pernah ke Kelantan untuk melihat keadaan terkini bayi berkenaan.
Melalui perkongsian di laman Instagramnya, Mawar memaklumkan adik Nishka atau nama sebenarnya Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham telah menemui PenciptaNya. Berita ini disahpan sendiri oleh bunya, Khairiah Kamaruddin yang turut menghubungi Mawar memberitahu.
Al- Fatihah…Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un… Baby Nishka berehat la di Syurga menanti awak di sana . Setelah berjuang bertarung nyawa. Allah lebih sayang kan baby Nishka. Ibubapa baby Nishka akan tunggu di syurga ya anak… –
Kami sayang baby Nishka . Mari kita sedekah Al Fatihah n doa kan baby Nishka @kheriykhairiah_nishkaofficial –
–
(Menerima panggilan dari ibu baby Nishka mengatakan baby Nishka dah pergi tinggal dunia ) – (Sejujur nya memang tidak mampu utk sy melihat anak syurga ni tabah bertarung nyawa )
Sebelum ini penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga turut menzahirkan simpatinya pada Baby Nishka di laman Instagram dengan meminta orang ramai sama-sama mendoakan kesembuhan si kecil ini.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.