Kata pepatah, yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Begitu juga dengan jodoh. Perlulah ada usaha ke arah mencari jodoh yang sesuai.
Walau bagaimanapun mencari jodoh atau dengan kata lain mencari pasangan hidup, usahlah terburu-buru dan sekadar menjadi ikut-ikutan semata-mata kerana rakan-rakan lain sudah berjumpa pasangan hidup masing-masing.
Gambar sekadar hiasan.
Jangan kerana rasa tertekan, anda memilih calon pasangan hidup tanpa usul periksa. Natijahnya anda juga akan menanggungnya di kemudian hari.
Perlu diketahui bahawa ada beberapa perkara perlu diberi perhatian ketika memilih calon pasangan hidup.
Ads
TAAT PADA PERINTAH AGAMA
Sesungguhnya solat itu tiang agama. Jika runtuhnya tiang maka, runtuhlah agamanya. Dengan cara bersujud seseorang itu akan berasa dirinya ‘hamba’ di sisi Allah. Calon pasangan yang menjaga solatnya adalah insan yang menjaga imannya dan juga menjaga hubungannya dengan Allah. Buat para wanita, jika berjumpa dengan lelaki yang menjaga solatnya, maka dialah pilihan yang tepat untuk anda jadikan suami.
Ads
BOLEH MENJADI IMAM KETIKA SOLAT
Apabila solat berjemaah kita sebenarnya dapat memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Sebagai contoh apabila seorang suami mengimamkan isterinya ketika solat maka dia sedang memimpin ahli keluarganya menuju kebaikan dan juga kejayaan.
Keluarga yang menjaga solatnya Allah akan berikan rahmat dalam kehidupan mereka. Suami yang sentiasa mengajak dan memimpin isterinya ke arah mendekati Allah akan sentiasa dilimpahi dengan rezeki dan keberkatan.
Pesanan buat wanita, jika anda melihat calon suami yang akan segera ke masjid untuk solat apabila azan berkumandang maka dialah calon yang terbaik buat anda. Mudah-mudahan si dia mampu menjadi pemimpin terbaik buat anda.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam proses kejadian manusia, Allah sudah menetapkan empat perkara dalam kehidupan kita.
Nabi SAW bersabda :
ثم يبعث الله ملَكًا فيؤمر بأربع كلماتٍ، ويقال له: اكتُبْ عمله ورزقه وأجله، وشقي أو سعيد، ثم ينفخ فيه الروح
Maksudnya : “…Kemudian Allah mengutuskan malaikat, lalu diperintahkan agar ditulis empat kalimah. Dikatakan kepada Malaikat : Tulislah amalannya, rezekinya, ajalnya dan (pengakhirannya) sama ada duka atau gembira. Kemudian ditiupkan roh ke dalamnya…”.
Rezeki ini pelbagai. Ada dikurniakan rezeki sikit tapi berkat. Ada melimpah ruah tapi hasil curi dan rumahtangga sentiasa tidak tenang. Ada diberikan rezeki anak tapi anak-anak sukar dibentuk dan ada pula diuji dengan sukarnya mendapat cahaya mata namun masih redha. Pendek kata, apa saja ujian, jika yang tidak baik kita diminta menjauhinya tapi kalau yang baik dan halal kita diminta mensyukurinya.
Dalam satu perkongsian di fb, atas nama Raihanah Abdullah, wanita ini berkongsi suka dan dukanya dalam perkahwinan. Sudah mendirikan rumahtangga 8 tahun namun hingga ke hari ini dirinya dan suami masih berdua menyambut ulangtahun perkahwinan mereka.
Semoga Allah mengurniakan mereka rezeki anak yang menjadi penyeri rumahtangga.
Baca perkongsiannya. Agak sebak dan memahami apa dirasainya.
8 tahun bergambar berdua je…tak bosan ke tak sedih ke ? tidak sama sekali alhamdulillah, makin mengenal Allah swt, bersyukur dan ikhlas dengan apa yang ditakdirkan. Memahami bahawa tak semua keinginan kita akan dapat, mungkin masanya belum tiba.
Bukan tak berikhtiar, ikhtiar sudah sesungguh nya ikhtiar. IUI, IVF semua dah cuba. Badan penat, pantang makan makanan favourite, tahan sakit. Tengok embrio pun dah gembira. Nangis sama-sama bila period datang. Dulu lah, sekarang sama-sama redha.
Kenapa hanya kerana satu keinginan yang belum termakbul, kita nak lupakan jutaan nikmat lain yang Allah berikan?
Bukan nangis sebab xde anak, tapi nangis kenapa Allah baik sangat pada kita? dalam kebanyakan dari sekelian orang yg baik2, tapi kita yg pendosa ni yg dipilih Allah swt untuk ujian besar ini. Allahuakbar…sudah pasti ujian ini untuk buat kan kita lebih dekat denganNya. Supaya kita tak henti2 terus berdoa padaNya.
Kerana terkadang dengan tidak memiliki itu lah sebesar2 nikmat yang kita dapat.
Selamat ulangtahun ke-8, sayang.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kecoh isu unboxing isteri di mana trend ini dilihat mula mendapat sambutan dari pengantin baru. Mereka seolah berasa gembira dengan perbuatan tersebut tanpa menyedari menjatuhkan maruah sendiri.
Lebih menyedihkan mereka tidak menyedari perbuatan itu boleh menjurus kepada dosa selamanya selagi ditonton oleh masyarakat.
Ikuti penjelasan dari Ustazah Asma’ Harun mengenai trend unboxing isteri yang pasti membuatkan ramai suami dan ayah kepada anak-anak perempuan terperanjat.
Ini perkongsiannya:-
Menurut Imam al-Munawi, sifat dayus (الديوث) merujuk kepada orang yang membiarkan kejahatan / maksiat dalam keluarganya, iaitu isteri dan kerabat terdekatnya. Dalam erti kata lain, dayus juga mudah difahami sebagai seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap isteri dan anak-anaknya.
Mengapa penting untuk seorang suami dan ayah memiliki perasaan ‘CEMBURU’ ini?
Cemburu seorang suami dan ayah adalah WAJIB bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya. Tanpa perasaan ini, seorang bapa atau suami tidak ada rasa sensitif dan ambil peduli terhadap apa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya.
Dengan siapa mereka bergaul, dengan siapa mereka keluar, adakah aurat mereka telah ditutup sempurna dan adakah mereka ada sifat malu dalam diri? Semuanya tak diendahkan.
Di saat seorang suami atau bapa menyedari dan mengetahui kemungkaran yang dilakukan oleh si isteri dan anak-anak, namun masih tidak menegur dan mengubahnya. Maka inilah yang dinamakan DAYUS yang sebenar.
Daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:-
Maksudnya: Tiga golongan yang telah diharamkan oleh Allah daripada memasuki syurga: Iaitu penagih arak, orang menderhakai ibu bapanya dan orang yang dayus iaitu orang yang membiarkan kejahatan dalam keluarganya. (HR Ahmad, hadis sahih)
Allahu Akbar, terkejut dan sedih rasa apabila melihat trend “Unboxing by Husband” yang dimuat naik beberapa pasangan muda yang baru sahaja bernikah dan masih memakai busana pengantin, sehingga ada yang sanggup membuka tudung.
Walaupun bukan sehingga tahap membuka pakaian seperti barat, namun saya tertanya adakah tidak ada sekelumit pun perasaan malu dalam diri ketika memuat naik video ini? Ke manakah peranan seorang suami yang seharusnya menjaga maruah dan kehormatan rumah tangga yang baru sahaja dibina?
MEMULAKAN KEHIDUPAN BARU DENGAN PERBUATAN MAKSIAT
Kadang disebabkan rasa teruja yang amat dalam melalui peristiwa yang sangat dinanti-nantikan, menyebabkan kita hilang pertimbangan. Mungkin ada yang terlalu gembira sehingga merasakan detik itu perlu dirakam dan dikongsikan kepada orang ramai, sedangkan ia sepatutnya disimpan kemas sebagai detik istimewa suami isteri.
Budaya berkongsi sesuatu yang peribadi bagi suami isteri ini bukan budaya dan tuntutan Islam. Bayangkan, apabila video sebegini mula tular dan semakin ramai pula pasangan pengantin baru yang ikut melakukan perkara ini, bagaimana agaknya? Ingatlah pesan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis:
Maksudnya: “Kalian benar-benar akan mengikut jalan orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggalah jika mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kalian akan memasukinya. Kami (iaitu kalangan sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda SAW menjawab: “Siapa lagi (kalau bukan mereka)?” (HR Muslim, hadis sahih).
Sahabat, jauhilah segala bentuk trend yang menjatuhkan maruah diri sendiri, malahan membentuk budaya yang rosak. Kita amat risau jika sudah terlalu ramai mula ikut trend yang sama, lalu akhirnya kemungkaran pun jadi suatu yang dianggap biasa. Nauzubillah.
Maksudnya: “Barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran seperti ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikitpun tidak akan mengurangi ganjaran yang mereka peroleh. Sebaliknya, barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa seperti dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun.” (Riwayat Muslim, hadis sahih).
MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA
Tuan Puan,
Islam sangat menitikberatkan tentang sifat malu pada diri seseorang, begitu juga buat suami isteri. Antara adab yang penting namun sering dilupakan termasuklah tidak mendedahkan kemesraan suami isteri secara terbuka di depan khalayak umum.
Hikmahnya supaya tidak timbul fitnah (syahwat) kepada orang lain, rasa tidak senang orang sekeliling yang melihat atau mempengaruhi orang yang belum ada hubungan sah untuk turut melakukan perbuatan yang dihalalkan kepada suami isteri.
Larangan ini bukan sahaja dalam bab berpelukan, mencium pasangan, suap menyuap, dan sebagainya, tetapi termasuk juga posting di media sosial sama ada gambar atau video suami isteri bermesraan secara intim.
TITIPAN BUAT PENGANTIN, SEMOGA PERKAHWINAN BEROLEH REDA ALLAH
Buat adinda sekalian yang saya kasihi kerana Allah,
Yakin dan percayalah bahawa mempamerkan momen romantis bersama pasangan untuk tontonan umum bukanlah kayu ukur sebenar kebahagiaan. Lumrah lelaki suka melihat, wanita suka dilihat.
Namun, pesanan penting buat para suami, peliharalah aurat dan maruah isteri, serta didik dirinya dengan taqwa dan sifat malu. Jangan sampai menjadi seorang suami yang DAYUS. Dan buat kaum wanita, jangan pula biarkan diri kita terpedaya dengan kehendak nafsu sendiri, bimbang kelak bila sudah terlambat terpaksa menanggung penyesalan yang tiada kesudahan.
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka, dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah Tahrim 66: 6)
INGATAN BERSAMA DAN DOA BUAT SEMUA PASANGAN
Pasangan bukanlah objek yang layak diperlakukan sebegitu tanpa rasa segan atau mengaibkan. Sebagai ketua keluarga, suami perlu sedar dan tahu membezakan perkara yang baik di sisi agama ataupun sebaliknya. Bersederhanalah dalam ekspresikan kebahagiaan.
Peranan suami dan isteri supaya saling menegur dan perbaiki akhlak sesama pasangan, bukan menjadi pendorong terhadap perkara yang mengundang murka Allah SWT.
Saya doakan agar semua yang sudah atau bakal bergelar suami isteri diberikan hidayah dan bimbingan dalam menjalani kehidupan berumah tangga. Agar suami, isteri, ibu ayah dan anak-anak semuanya menjadi penyejuk mata kita.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
Semoga dengan kita memohon bersungguh-sungguh supaya diberi hidayah, Allah SWT menyelamatkan kita daripada terjatuh ke lembah dosa maksiat yang hitam dan melemaskan Semoga bermanfaat buat semua.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN MANFAAT. Rujukan: 1. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-371: Nusyuz Bagi Seorang Suami 2. Zaharuddin.net: Siapa Lelaki Dayus? Oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman ASMA’ BINTI HARUN & TIM PENYELIDIKAN #UAHSahabatDuniaAkhirat
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sebelum ini, bangunan berkenaan membenarkan semua penganut agama untuk bermeditasi dan menikmati keindahan seni bina bangunan yang dibina sejak kurun keenam itu.
Bangunan itu ditukar kepada masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul.
Dan pada 10 Julai lalu Mahkamah Tinggi Turki membuat keputusan membatalkan status muzium Hagia Sophia.
Ia selepas membenarkan permohonan petisyen oleh sebuah kumpulan agama yang mahu membatalkan keputusan Kabinet pada 1934 yang mengubah bangunan itu kepada muzium.
Presiden Turki, Recep Tayyop Erdogan yang mahu tapak warisan dunia itu kepada sebuah masjid walaupun mendapat kecaman hebat dari Amerika Syarikat (AS) dan pemimpin Kristian Ortodoks.
Dan Jumaat lalu juga turut menyaksikan Erdogan telah membacakan dua surah, iaitu Al-Fatihah dan Al-Baqarah (ayat 1-5) sebagai tanda pembukaan semula masjid Haga Sofia.
Ini dilakukan Erdoga saat Shalat Jumat pertama di Hagia Sophia dalam 86 tahun. Mengenakan suit hitam serta berkopiah putih, Erdogan terdengar fasih melantunkan ayat suci Al Quran dengan suaranya yang merdu.
Malah solat Jumaat berkenaan turut disertai oleh penduduk sekitar yang turut menunaikannya di luar masjid.
FOTO KREDIT: SUMBER GOOGLE
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.