Melangkahkan kaki ke alam perkahwinan bermaksud anda bakal berdepan dengan satu dunia yang berbeza dengan kehidupan sekarang. Jika dulu anda sendiri, kini anda berdua. Jika dulu keputusan boleh anda buat tanpa berbincang dengan sesiapa, kini anda perlu berbincang dengan pasangan.
Anda perlu letakkan fokus utama terhadap tanggungjawab. Itu ialah perkara paling utama. Hati perlu penuh perasaan cinta dan kasih sayang kepada pasangan. Jangan hanya seketika sebaliknya semua perlu dicambahkan terutama perasaan cinta terhadap pasangan.
Bagi anda yang bakal bergelar pengantin baru, sila baca tip di bawah supaya jangan selepas bertahun berumah tangga, yang dulu cinta kini benci. Kalau dulu sayang, kini tidak lagi. Kalau dulu riang, kini duka.
1) JANGAN MUDAH TERGODA DENGAN PUJUK RAYU ORANG LAIN TERUTAMA BEKAS KEKASIH
Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat mengelak perasaan-perasaan negatif daripada timbul dalam diri. Justeru ada kemungkinan kita rasa bosan dengan keadaan rumahtangga yang hambar.
Apabila timbul perasaan jemu itu, mulalah terjadi perkara buruk dalam hubungan suami isteri. Mulalah teringat akan kekasih lama. Tatkala usia perkahwinan semakin meningkat, kita mengharapkan hubungan yang berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Tidak elok memutuskan hubungan suami isteri kerana perceraian adalah perkara yang tidak disukai oleh Allah walaupun dibenarkan dalam Islam.
2) KOMUNIKASI DUA HALA SECARA SIHAT
Komunikasi adalah perkara yang perlu dititikberatkan dalam hubungan suami isteri. Jaga tutur kata, jaga nada suara. Jangan bercakap asyik nak menengking sahaja. Jangan bercakap kasar dengan pasangan. Walau marah macam mana pun, silalah gunakan bahasa terbaik. Paling utama ialah jangan hilang rasa hormat terhadap pasangan. Jadikan waktu malam sebelum tidur sebagai sesi terapi. Apa yang kurang puas hati, bincanglah dengan baik. Kegagalan anda untuk berkomunikasi dengan baik boleh mengancam hubungan yang kurang memberangsangkan.
3) MASA BERKUALITI UNTUK ANDA BERDUA
Masa seorang surirumah selalunya banyak dihabiskan dengan melayan anak, cucu dan teman. Masa untuk pasangan juga menjadi terhad. Jika anda belum pencen, masa anda yang 24 jam sehari itu perlu diperuntukkan untuk kerja pula. Masa untuk pasangan menjadi lebih terhad.
Ads
Justeru, anda perlu bijak mencuri masa untuk diluangkan bersama. Misalnya sama-sama bersarapan di luar sebelum masuk pejabat, makan tengah hari atau makan malam di luar. Pastikan hal itu hanya anda dan pasangan sahaja.
Anda tidak perlu berbulan madu kali kedua untuk santai berdua-duaan. Cukup sekadar masa berkualiti walaupun hanya satu jam. Jika anda sudah pencen atau suri rumah, lebih mudah untuk dating berdua. Carilah restoran yang anda suka dan makan bersama.
Sesekali boleh juga masak hidangan istimewa dan makan berdua di rumah kala anak-anak, menantu dan cucu tiada di rumah. Dalam erti kata mudah, masa berdua-duaan inilah waktu terbaik untuk membelai cinta yang sekian lama dinikmati. Hal ini boleh membuang jemu dalam jiwa anda.
4) JANGAN MINTA LEBIH DARIPADA KEMAMPUAN PASANGAN
Ads
Ada pasangan yang mengatakan dia jemu dengan pasangannya kerana pasangan tidak menjadi orang yang diharapkan. Misalnya, dia mahu pasangan menjadi insan romantik tetapi hakikatnya pasangan tidak begitu.
Akhirnya dia letih menunggu pasangan menjadi sedemikian lalu akhirnya pasrah bahawa pasangannya tidak akan berubah sampai bila-bila. Hubungan pun menjadi semakin teruk dan dia tidak lagi berperasaan sayang terhadap pasangan.
Anda seharusnya menerima pasangan seadanya. Jangan harap dia berubah menjadi sebagai mana yang anda mahukan. Pun begitu, anda boleh mengubah pasangan secara halus misalnya anda jadilah insan yang romantik supaya pasangan juga tahu bahawa anda berjiwa romantik dan sekali gus dia akan cuba menjadi romantik juga.
Syaratnya, jangan terlalu berharap melebihi apa yang pasangan anda boleh lakukan. Anda akan kecewa apabila melihat perubahan yang terlalu kecil. Anda perlu sedar bahawa pasangan anda ada kekurangan. Begitu juga anda. Anda juga ada kekurangan. Justeru jadilah pelengkap kepada pasangan masing-masing.
Ads
5) BERKASIH SAYANG SECARA KREATIF
Bukan sahaja membuat seni tangan sahaja anda perlu kreatif tetapi dalam hal-ehwal rumahtangga juga kita perlu kreatif. Apabila anda kreatif maka hubungan anda menjadi lebih romantik dan menggembirakan.
Apa yang boleh anda lakukan untuk kreatif mencipta kasih sayang? Misalnya, anda dan pasangan sedang duduk menonton televisyen. Walaupun perut sudah kenyang, namun apalah salahnya jika anda sekadar menggoreng keropok dan membancuh secawan teh untuk pasangan. Aktiviti menonton televisyen akan menjadi lebih menyeronokkan.
Jika tidak mahu makan keropok, anda boleh sekadar duduk bersebelahan dan mengurut kaki atau tangan pasangan. Pasangan anda adalah manusia biasa yang memang suka dibelai. Sentuhan, urut-mengurut akan menjadi hubungan lebih hangat.
6) JANGAN BANDINGKAN DIA DENGAN ORANG LAIN
Hal ini amat penting kerana membandingkan pasangan dengan pasangan orang lain boleh menyebabkan anda tidak bersyukur dengan kurniaan Allah. Jangan perkecil kemampuan suami terutama dari segi kewangan, kemampuan ekonomi dan kemahiran yang dia miliki.
Ini secara langsung merendah-rendahkan suami anda padahal seorang isteri sepatutnya menjaga maruah suaminya. Memandang rendah suami boleh mencetuskan emosi yang tidak terluah lalu anda mungkin tidak akan hormat lagi dengannya.
Jangan rosakkan hubungan rumahtangga anda. Anda perlu bijak mengawal emosi, perasaan dan tingkah laku supaya hubungan anda diselubungi cinta bak pengantin baru.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.
Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, di mana suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Begitulah betapa ‘beratnya’ tanggungjawab seorang lelaki bergelar suami.
Balik kerja.. naik motor dekat sejam.. Lalu hiway Duta..Duke.. Sampai rumah.. Bukak helmet.. Peluk anak-anak bini.. Minum teh o suam seteguk dua.. Terus capai parcel.. Gi Poslaju.. Ambik anak-anak sekolah.. Cod barang di area berhampiran.. Singgah kedai beli barang keperluan… Wajib gembirakan anak-anak even dengan sebatang aiskrim..
Balik rumah.. Tak pernah tengok dia relax main fon lepak macam Firaun atas sofa sambil makan nenas. Suruh itu suruh ni .. tak pernah.
Kalau Mami tak masak.. Dia yang masak.
Kalau Mami tak lipat baju.. Dia yang lipat baju..
Rumah bersepah..dia cepat-cepat ambik penyapu dan sapu.
Basuh baju dan iron baju memang tugas dia. Sampai Mami pernah cakap.. Tak payahlah basuh..biar Mami yang buat.
Dia jawab.. “kalau semua Mami buat…Apa je pahala sunnah yang Papa dapat..dah semua Mami buat Rasulullah yang kompom masuk syurga pun tolong isteri.. Papa yang ntah siapa-siapa ni…tak tolong..malunya…”
Dia cuba mudahkan urusan. Tau Mami tak suka dan tak sempat sidai baju.. dibelikan dryer..
Mami tak sihat.. Dia take over semua tugas Mami.
Tak pernah dengar lagi dia mengeluh penat & Persoal kenapa Mami tak buat itu ini.
Tinggi suara?
Hampir 11 tahun jadi isteri tak pernah dengar lagi dia tinggi suara dalam rumah.
Saat Mami sedih..sakit…jatuh.. Dia sentiasa bagi semangat.
Ingat saat Mami mula-mula diberitahu doktor ada breast cancer.. Apa ikhtiar dia tak buat. Habis di google semua tempat yang boleh merawat. Apa makanan untuk rawat sakit tu..semua dicari. Apa ubat untuk sakit tu semua dibeli. Dia yang sujud lama.. Dia yang nangis dalam doa.. Dia yang bangun malam.. Bukan Mami. Mami masa tu masih belum waras. Masih tak dapat terima qadar Tuhan.
Alhamdulillah.. Allah angkat kanser.. Allah bagi chronic breast tumour.
Allah jentik kami.. Kami jadi makin rapat.. Makin dekat.. Makin kuat..
Even Mami berniaga .. Tak pernah lagi ambik kesempatan & culas bagi nafkah malah dibaginya lebih. Katanya sejak Mami duduk rumah jaga anak-anak… Rezekinya makin bertambah-tambah. Tak pernah berkira sepanjang hampir 19 tahun kami kenal..
Dialah yang lunaskan semua hutang piutang Mami sebelum ni..hanya dengan gaji bekerja kilang?
Dari dulu mula kahwin hingga sekarang..apa dia nak beli..semua akan tanya pendapat Mami.. Bila Mami cakap “belilah..tu kan duit Papa..” Dia cakap..”duit Papa..duit kita.. Duit Mami..duit Mami”
Dari pekerja kilang biasa.. Kini Papa jadi supervisor. Dari bekerja shift.. Kini dah office hour.
Terngiang-ngiang lagi kata-kata seseorang. Kau nak kawin dengan dia ke dik? Kerja kilang Nak bagi kau makan apa?
Aku yakin.. Lelaki yang aku kenal 8 tahun tanpa pernah jumpa.. Dia memang jodoh aku.
Dan..aku yakin..tanpa usaha dan doa…. Siapa pun takkan berjaya.
Solat dia tak pernah tinggal. Malah di awal waktu. Di mana-mana. Solat diutama. Malu Mami..
Dengan ibu bapa sangat taat. Bagaimana dia layan ibu bapanya.. Macam tu lah dia layan kami..isteri dan anak-anak.
Bukan nak puji suami.. Bukan nak iklankan suami.
Tapi 1 yang Mami nampak.. Keberkatan hidup apabila kita tahu tanggungjawab terhadap Allah …ibu bapa..isteri, anak-anak, tugas & amanah.
Lumrah hidup berumahtangga menghadapi ujian dan dugaan. Dalam hidup berumah tangga, salah satu kuncinya adalah saling memenuhi hak dan menunaikan kewajiban masing-masing. Ketentuan itu berlaku untuk kedua pasangan, bukan hanya suami kepada isteri, tetapi juga sebaliknya, isteri kepada suami.
Bagaimana nak hidup menjadi suami isteri di akhir zaman?
1. Belajar agama. Maksudnya belajar agama itu belajar mengenal, cinta dan takutkan Tuhan. Mulakan dengan belajar kembali dan betulkan sembahyang kita.
2. Bertaubat atas dosa-dosa lalu. Yang menjarakkan hubungan kita sebagai suami isteri itu, bukan sebab tak faham pasangan kita. Tapi semuanya kerana dosa. Lebih banyak dosa, lebih dan lebih teruk hubungan suami isteri itu sebenarnya.
3. Banyakkan buat baik. Tak perlu tunggu pasangan buat baik. Tak perlu tanya pasangan saya dah beri, apa awak bagi? Tugas kita sebagai hamba yang memberi. Bukan asyik meminta.
Semoga Tuhan menjaga kita dari segala keburukan akhir zaman.
Sungguh, Takut dan ngerinya menjadi suami isteri hari ini.
Moga Tuhan terus memegang hati dan menguatkan jiwa untuk hidup dalam rumahtangga.
Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan, kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Melalui perkongsian Da’i Wan di laman Facebooknya, Da’i Wan berkongsi ciri-ciri peribadi Nabi Muhammad SAW yang harus diteladani sebagai seorang suami.
Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namundi sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalinan kasih yang akrab dengan isterinya.
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, Nabi terkadang akan bawa isteri baginda bersiar-siar. Tanpa kita ketahui, ia merupakan suatu sunnah sebenarnya. Mungkin ada antara kalian yang telah mengetahuinya dan mungkin juga yang baru kali pertama ketahuinya hari ini. Ya, tidak apa-apa. Saya kongsikan knowledge ini khas utk penambahan ilmu buat kalian.
Rasulullah berjalan bersama Aisyah waktu malam
Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa “Rasulullah SAW, apabila datang waktu malam, Baginda berjalan bersama Aisyah radha dan selalu berbincang-bincang dengannya”. Malah apabila Baginda ingin keluar, Baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama.
Rasulullah SAW juga senang untuk membawa Aisyah Radha untuk keluar dan makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah Radha tidak turut diundang.
Laksanakanlah sunnah ini bila lapang
Tak ramai yang tahu pasal bahagian dari Sunnah ini. Kepada pasangan yang telah halal di luar sana, pergilah kalian melaksanakan sunnah ini jika kelapangan. Moga ia menguatkan tali jalinan kasih sayang antara suami dan isteri itu. Ingat, hidup berdua adalah lebih baik kerana ia suatu ibadah yang berpahala berpanjangan.
Kesimpulannya suami perlu luangkan sedikit masa untuk bersama isteri. Dalam kesibukan dengan tugas seharian, sisihkan waktu khusus agar momen itu dapat digunakan untuk mengeratkan kasih sayang antara satu sama lain.
Untuk bawa isteri bersiar-siar tak perlu tempat mahal pun. Boleh saja bawa ke pantai, kawasan rekreasi yang percuma dan cantik dan sebagainya. Asal bersama suami, isteri dah pun gembira.
Sumber kredit: Facebook Da’i Wan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bagi yang melakukan ibadah korban perlu mengetahui bahawa mereka tidak dianjurkan untuk memotong rambut pada kepala, badan dan juga kuku bermula 1 Zulhijjah sehingga...