Khuzatul Atiqah Abu Seman, 31, memilih untuk melamar Nur Fathonah Abdul Rahim, 30, sebagai isteri kedua suaminya, Samuel Dzul, 29, sebelum pasangan terbabit selamat diijab kabul, baru-baru ini. Perkenalan dua wanita bermula melalui laman sosial namun dengan izin Allah SWT membuatkan hati seorang isteri terbuka untuk melamar kenalan terbabit yang juga ibu tunggal menjadi madunya.
Ia bukan sesuatu yang mudah namun bagi Khuzatul Atiqah yang sarat mengandung anak sulungnya kerana dia mahukan kehidupan suami tidak terabai serta mendapat layanan adil.
Lebih menggembirakan apabila mereka memilih untuk tinggal sebumbung di Shah Alam, Selangor yang bukan sahaja membolehkan mereka beribadah bersama-sama malah berkongsi kasih.
“Selepas disahkan mengandung, saya tidak sihat. Suami terpaksa dukung setiap hari untuk naik ke pejabat di tingkat tiga. Apabila melihat wajah suami, hati saya terdetik untuk membantunya dan saya berusaha mencari seorang lagi isteri untuknya.
“Saya terfikir jika keadaan ini berterusan siapa hendak jaga suami. Lantaran, saya mengambil keputusan untuk mencari jodoh untuknya.
“Ramai wanita yang saya temui, ada antara mereka masih anak dara tetapi apabila memberitahu niat saya, mereka memberi pelbagai alasan. Hinggalah saya bertemu Nur Fathonah dan saya melamarnya untuk suami,” katanya.
PEGANG TANGAN DAN BERI TAHU NIAT
Katanya, pertemuan berlaku tahun lalu dan pada ketika itu, Khuzatul Atiqah tidak berbincang mengenai niatnya sehingga pertemuan kedua beberapa bulan kemudian.
Ads
“Ketika itu, saya memegang tangannya dan memberitahu niat saya. Saya tahu dia ibu tunggal dua anak dan melihat kepada keperibadiannya selain solat istikharah memohon petunjuk daripada-Nya.
“Dia (Nur Fathonah) tidak terkata apa-apa dan hanya memandang mata saya. Saya jelaskan kepadanya kebaikan serta pendapat mengenai berpoligami. Alhamdulillah, dia terima lamaran hingga disatukan,” katanya.
Sebelum ini, Khuzatul Atiqah memuat naik status kisah dia membantu mencarikan calon untuk suaminya.
Coretan itu mendapat pujian ribuan netizen malah ada yang memuji kemuliaan hatinya demi memastikan kehidupan suaminya terjaga sepanjang masa.
“Sesungguhnya… cantik aturan Tuhan. Saya pernah menolak poligami, tapi Allah takdirkan saya berkahwin dengan keluarga suami yang mengamalkan poligami. Dari pengamatan saya, sangat banyak kelebihan dan manfaat poligami yang saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Ayah mentua ada 3 orang isteri, di mana arwah ibu adalah isteri pertama.
Dipendekkan cerita, sepanjang 10 tahun berkahwin dan 5 tahun pertama duduk bersama keluarga mentua, secara tak langsung saya menyimpan cita-cita untuk mempunyai keluarga poligami yang harmoni.”
Ads
Tidak kurang juga coretan madunya, Nur Fathonah: “Ya Allah terima kasih Ya Allah. Untuk segala nikmat yang diberikan. Tak pernah saya sangka untuk hidup dalam keluarga yang berpoligami. Sesungguhnya tidak pernah terlintas pun dalam diri saya untuk berpoligami. Setelah saya berpisah dengan bekas suami, saya telah bertekad untuk tidak berkahwin lagi apatah lagi akan menerima suami orang. Sejak dari itu, kehidupan saya hanyalah untuk saya dan anak-anak saya sahaja.
INSPIRASI DARIPADA KELUARGA MENTUA
“Saya bertungkus lumus siang dan malam demi untuk mencukupkan keperluan kehidupan. Walaupun begitu, di mata masyarakat, saya masih isteri orang dan saya sedaya upaya cuba menutup status sebenar saya sebagai ibu tunggal. Ini kerana, bagi saya, saya tidak mahu orang mengambil kesempatan dan saya dipandang rendah dan hina.”
Khuzatul Atiqah dia tidak menjangka status dimuat naik itu dikongsi warga maya hingga tular di media sosial.
“Kehidupan bermadu saya banyak pelajari daripada keluarga mentua. Bapa mentua saya berkahwin tiga dan saya masih mempunyai tiga ibu mentua,” katanya.
Ads
Ditanya apa reaksi suaminya apabila dia mahu mencari isteri kedua, Khuzatul Atiqah berkata, suaminya tidak banyak tanya dan sekadar melemparkan senyuman.
“Semua sudah selesai, saya bukan sahaja menghadiahkan sesuatu untuk suami malah turut membantu Nur Fathonah yang sebelum ini bergelar ibu tunggal,” katanya.
Ketiga-tiga pasangan terbabit menetap bersama di rumah di Shah Alam dengan membuka sebuah studio rakaman di Seksyen 15, Shah Alam.
“Status yang dimuat naik itu kerana mahu menceritakan perkara sebenar. Ini kerana, ada yang salah faham dan melemparkan fitnah kepada madu saya,” katanya.
SUMBER KREDIT: Harian Metro, Khuzatul Atiqah Abu Seman dan Nur Fathonah Abdul Rahim
VIDEO KASHOORGA:
https://www.youtube.com/watch?v=Mf5Tko1E_4Q
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bertuah sungguh Norman Hakim kerana memiliki anak seorang yang berjaya menghafaz Al-Quran. Satu perkara yang turut dipuji mengenai keluarga ini ialah meskipun Norman Hakim dan Abby Abadi telah pun berpisah namun hubungan mereka tetap baik demi anak-anak mereka.
Memang sejuk perut ibu yang mengandungkan Mohamed Danish Hakim. Menerusi gambar yang dikongsi melalui Instagram Abby dan juga Norman, mereka ternyata begitu gembira meraikan kejayaan Mohamed Danish Hakim yang berjaya menghafaz Al-Quran.
Pagi di Majlis Konvokesyen Huffaz ke 2 Peringkat Negeri Selangor (28/10/18) 19 safar 1440h ❤️
Mohamed Danish Hakim Al Hafiz & Sahabat2nya yg telah berjaya menghafal ALQURAN diraikan lagi hari ni. Peringkat Negeri Selangor pula. Alhamdullillah. Murah rezeki anak2 ni. 3kali dah diraikan termasuk kali ni. Syukur. Terima Kasih ALLAH utk segala nikmat & rezeki yg telah dikurnia.
Mama & Papa je wakil utk hari ni. Abah hantar je tadi, pastu gi betulkan kereta. Mummy tak dpt bersama juga sbb adik3 takde siapa yg jaga.
TERIMA KASIH ALLAH S.W.T..terima kasih Kerajaan Negeri Selangor melalui platform Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor #PITAS & Bank Muamalat diatas insentif kpd para Huffaz Negeri Selangor secara amnya dan kepada anak kami Al-Hafiz Mohamed @danishhakim_243 @danishhakimmmmm_ khususnya untuk pengiktirafan ini.
Semoga anak kami bersama dengan 950 sahabat Huffaz dari seluruh Negeri Selangor yg turut bersama dalam Majlis Konvokesyen Huffaz 2018 kali ke-2 ini akan terus meningkatkan perjuangan & integriti didalam membawa Al-Quran sebagai cara hidup untuk diri sendiri bersama keluarga & masyarakat tercinta.
Bersama kita membina syurga dirumah utk sama2 kembali membina rumah disyurga utk kehidupan yang kekal abadi selepas ini In shaa Allah Aamiin Ya Rabb❤️
Hebatnya cara dididikan ibu ini. Enam orang anaknya berjaya bergelar hafiz 30 juzuk al-Quran. Nor Latifah Abdul Rahman, 50 dari Telok Kalong, Kemaman berkata selain menjadikan al-Quran amalan harian, pemakanan anak-anaknya juga sentiasa dijaga rapi.
JAGA PEMAKANAN ANAK-ANAK
“Saya akan pastikan anak-anak saya minum susu kambing dan makan kurma. Badam juga baik untuk daya ingatan anak-anak. Saya juga akan pastikan mereka makan makanan yang saya dimasak. Kalau pergi mana-mana memang saya bawa bekal dari rumah.
Selain menjaga pemakanan anak-anaknya, Nor Latifah juga memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran kepada anak-anaknya sejak dari dalam kandungan. Wanita ini cukup bertuah kerana enam daripada lapan orang anaknya bergelar hafiz 30 juzuk al-Quran.
Pada majlis bersempena Haflah Takrimi Akademi Al-Quran Amalillah kali pertama di Taman Tamadun Islam (TTI), anaknya Engku Sofiah Engku Saharuumnizam, 14 telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang. Engku Sofiah telah berjaya menguasai 30 juzuk al-Quran dalam tempoh lima bulan 10 hari di Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) yang beroperasi di Bukit Payong, Marang.
TAK KISAH BERBELANJA BESAR UNTUK PENDIDIKAN ANAK-ANAK
Selain Engku Sofiah, lima lagi anaknya yang telah berjaya menyempurnakan hafalan 30 juzuk al-Quran ialah Solehah Radhiah 25, Engku Mahmud Nasri 23, Engku Muhammad Luthfi 20, Engku Ahmad Syafiq 17, dan Engku Daud Shauqi 12.
“Disebabkan memilih hantar anak-anak ke pusat pengajian swasta, secara kasar belanja sekolah ke lima-lima mereka dalam RM3,000 setiap sebulan.
“Suami saya tidak kisah anak-anak nak ambil jurusan apa sekalipun, asalkan ayat-ayat al-Quran tersemat di dada.”
Menurut Latifah dia dan suami yang merupakan seorang pesara, Engku Saharuumnizam Engku Abdul Aziz 57, tidak kisah berbelanja besar demi untuk pendidikan anak-anak.
KASHOORGA: Moga tip yang dikongsikan bermanfaat kepada ibu bapa bagi melahirkan generasi yang cemerlang.
Sumber kredit: Sinar Harian VIDEO:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Air dicincang tak akan putus. Kasih seorang kakak mana mungkin dapat dinafikan. Bagi Roziatul Syatilla yang merupakan seorang pekerja kontrak di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah menzahirkan rasa pilu di atas ujian yang telah menimpanya.
Baru-baru ini doktor telah mengesahkan adiknya iaitu Mohd Munir Ikmal Rosle, seorang mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menghidapi penyakit kronik yang memerlukan bantuan segera dengan kos rawatan berjumlah RM800 bagi menjalani MRI dan RM50 RIBU bagi kos pembelian alat ICD untuk dipasangkan ke dalam badan Mohd Siraj.
Nama penyakit: HYPERTROPHIC CARDIOMYOPATHY (HOCM)
Alatan yang perlu dibeli: ICD=implanted converter defribillator
Fungsi: Pace maker berfungsi untuk degupkan jantung adik rozi apabila jantungnya tiba-tiba stop berdegup.
Difahamkan bahawa kes seperti ini jarang-jarang berlaku tetapi menurut pakar terdapat rawatan dengan memasukkan ICD itu ke dalam badan pesakit untuk connect dengan jantung.
Menurut Roziatul lagi, adik beliau memerlukan rawatan segera ini kerana jantung adik Roziatul boleh berhenti berdegup secara tiba-tiba walaupun sedang berehat atau tidur yang boleh membawa kepada kematian. Perkara ini amat memberi kesan di dalam diri Roziatul kerana itulah satu-satunya adik yang dia ada.
Apa yang lebih membimbangkan lagi, ibunya juga memerlukan rawatan dek kesihatan yang kurang memuaskan (urat mata saraf tertanggal) dan baru-baru ini doktor mengesahkan yang ibunya menghidapi penyakit buah pinggang.
Gaji bulanan yang diperolehi oleh Roziatul tidak cukup untuk menampung kos-kos rawatan adik dan ibunya. Ini juga melibatkan kos berulang alik dari Kuala Ketil ke Kuala Lumpur (HUKM) hampir setiap minggu untuk memantau keadaan adiknya di sana. Roziatul memohon bantuan bagi meringankan bebannya demi ibu dan adiknya.
Bantulah saudara kita. Sesungguhnya sedekah menambahkan harta dan kesejahteraan. Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah… bertambah… dan bertambah (HR.At-tirmidzi)
Dan Allah senantiasa memberi pertolongan kepada hambanya selama ia menolong saudaranya(HR.Muslim)
Moga Roziatul terus diberi kekuatan untuk mengharungi liku-liku kehidupan.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:
MAYBANK : 152189228312
(ROZIATUL SYATILLA ROSLE)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor tertera:
0135802894 – Roziatul
0134147367 – Roziatul
0174612931 – Farid
Marilah kita membantu seorang sedikit. Moga ianya dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga ini.
Sumber kredit: FB: Faid Aidh
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Salah satu anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW ialah walaupun mereka tidak memahami setiap apa yang dibaca daripada al-Quran...