Menguruskan jenazah bayi 8 bulan Allahu..Melihat wajah si bayi kecil ini mampu membuat sesiapa saja menitis air mata.. Lagi lagi mereka yang sedang menguruskan jenazah bayi syurga ini.. Dari apa yang dikongsikan oleh ibu si bayi.. Anaknya meninggal dunia kerana lemas di dalam baldi..

Kejadian berlaku ketika dirumah penjagaan kanak kanak dijalan kebun tidak jauh dari rumah si ibu.. Harapan si ibu untuk melihat bayi kesayangan membesar didepan mata musnah..

Saya katakan ini adalah disebabkan kecuaian.. Sepatutnya bayi sebesar ini perlu penjagaan rapi dari pihak pengasuh.. Si ibu adalah ibu tunggal.. Sangat tragis keadaan dan suasana tadi semasa dibilik mayat.. Tangisan tidak berhenti langsung!

Sedih saya dan rakan rakan melihat.. Itu belum lagi kejadian kakak kepada si ibu meraung seperti terkena histeria.. Menjerit jerit anak buahnya telah tiada.. Allahuakbar!!! Tersentak saya dan rakan rakan.. Tetapi itu lah.. Setiap yang berlaku allah swt telah tentukan.. Allah lebih menyangi Anak syurga ini.

https://www.instagram.com/p/B0VV9c3F9xR/?utm_source=ig_web_copy_link

Tidak dapat dinafikan memang sakit kehilangan anak bagi seorang ibu namun siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Ilahi. Tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana khabar bayi yang meninggal dunia? Benarkah dia mengingati ibu bapa dan saudaranya di dunia? Benarkah anak itu menghuni syurga dan diasuh Nabi Ibrahim?

IKLAN

Dalam satu peristiwa, Rasulullah SAW dibawa malaikat untuk melihat suasana di dalam syurga.

Antara yang Baginda lihat ialah seorang lelaki tinggi dikelilingi kanak-kanak.

Malaikat menerangkan kepada Nabi, maksudnya: Adapun lelaki yang tinggi itu di dalam Raudhah ialah Nabi Ibrahim dan disekeliling baginda itu ialah wildan (anak yang mati pada waktu kecil).

Maka, semua yang dilahirkan pada waktu kecil mati di atas fitrah iaitu Islam dan dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis riwayat al-Bukhari – 7047)

Hadis itu menunjukkan anak yang meninggal dunia pada waktu kecil adalah dalam penjagaan Nabi Ibrahim AS di dalam syurga.

IKLAN

Anak kecil itu mengingati ibu bapanya dan akan memberikan syafaat kepada ibu bapa mereka dengan izin Allah.

Daripada Abu Hassan RA, maksudnya: “Aku bertanya kepada Abu Hurairah keadaan dua anak kecilku yang sudah meninggal dunia: ‘Boleh tidak engkau menyampaikan kepadaku satu hadis daripada Rasulullah SAW yang boleh memujuk jiwa-jiwa kami kerana kematian ini?’’

Jawab Abu Hurairah: “Boleh, anak-anak mereka ialah Da’amis Syurga. Salah seorang daripada mereka menemui ayah mereka atau ibu bapa, lalu menarik bajunya atau menarik tangannya seperti aku menarik hujung jahitan bajumu ini. Anak itu tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkan ibu bapanya ke dalam syurga.’” (Hadis riwayat Imam Muslim – 2435)

IKLAN

Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah: “Da’amis itu bererti ahli syurga yang kecil, asalnya ialah du’mus yang bermaksud haiwan-haiwan kecil yang berada di dalam air. Mereka tidak berpisah dengannya. Maksudnya, anak-anak kecil di dalam syurga tidak berpisah darinya.” (Rujuk kitab Syarh Muslim – 16/182)

Berkata Ibn al-Athir Rahimahullah: “Mereka itu bebas bergerak di dalam syurga, masuk ke dalam rumah-rumahnya, tiada apa yang menghalang mereka daripada suatu tempat seperti perangai kanak-kanak ketika di dunia, tiada siapa yang boleh menghalang mereka memasuki haram (iaitu kawasan peribadi satu-satu keluarga), tiada siapa yang perlu berhijab apabila dengan mereka.” (Rujuk kitab al-Nihayah fi Gharib al-Hadis wa al-Athar – 2/289)

Sumber: FB Mr wan chai official Unit khas van jenazah dan Mufti Wilayah Persekutuan

VIDEO KASHOORGA:

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI