Surah At Taubah terdiri daripada 129 ayat termasuk golongan surah-surah Madaniyyah. Surah ini dinamakan At Taubah yang bermaksud pengampunan berhubung kata At Taubah berulang kali disebut dalam surah ini.
Melalui perkongsian Fedtri Yahya di akaun Instagramnya, dia berkongsi tentang kelebihan orang yang membaca At Taubah ayat 128-129.
Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah – jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat. – jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia. – jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan. – jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan. – jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar. – jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya. – jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.
Hari Arafah adalah antara hari yang sangat istimewa dalam kalender Islam. Di Malaysia ia disambut 9 Zulhijjah bersamaan hari Jumaat 6 Jun.
Pada hari ini, jutaan jemaah haji dari seluruh dunia berkumpul di Padang Arafah untuk menunaikan rukun utama haji — wukuf. Inilah kemuncak ibadah haji.
Bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji, Hari Arafah tetap membawa ganjaran besar. Menurut Ustazah Asma’ Harun terdapat beberapa amalan yang boleh kita lakukan pada hari ini untuk merebut ganjaran yang luar biasa.
Arafah dikenali sebagai tempat berdoa paling mustajab dan di situlah Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa. Daripada Abdullah bin ‘Amr, Nabi Muhammad SAW bersabda:
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (HR al-Tirmizi, hadis hasan)
Daripada Abi Qatadah r.a., Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang.” (HR Muslim, hadis sahih)
Bagi orang yang TIDAK menunaikan haji, disunatkan berpuasa pada hari Arafah. Bagi para jemaah Haji, tidak disunatkan untuk berpuasa pada hari Arafah.
Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah. Dan sebaik-baik perkataan yang aku ucapkan begitu juga para Nabi sebelumku adalah
‘Laa Ilaaha Illallaahu Wahdahu Laa Syariika Lahu, Lahul Mulku Wa Lahul Hamdu Yuhyii Wa Yumiitu Wa Huwa ‘Alaa Kulli Syai’in Qodiir’ (Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu).” (HR Imam Malik, hadis sahih)
Ambillah peluang untuk bertaubat dan memohon ampun sebanyak-banyaknya kerana Hari Arafah adalah hari pelepasan dari api neraka. Pada hari ini, keampunan dari Allah terbuka luas.
Mulai hari ini, sasaran utama muslimah ialah untuk menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. Hasrat ini juga harus disokong padu oleh suami yang sayangkan isterinya.
Di akhirat nanti, para penghuni syurga akan dikelilingi bidadari syurga. Semua sudah tentunya membayangkan bidadari syurga itu memiliki kecantikan yang tak terperi.
Namun tahukah anda, bahawa yang tercantik daripada bidadari syurga ini adalah wanita soleha yang taat kepada Allah; menjaga ibadah dan akhlaknya semasa di dunia dan taat kepada suaminya.
Bidadari syurga sebenarnya boleh dikalahkan oleh ibu, isteri, adik dan kakak perempuan, makcik dan nenek kita! Dan lebih menggembirakan, para isteri apabila, suami kita di dunia sekarang ini juga sebenarnya lebih menyukai kita; isteri solehah daripada bidadari syurga nanti.
فيالآخرة،وأطيبوأرغبلزوجها
“Wanita soleha di dunia iaitu para isteri lebih baik daripada bidadari di akhirat, lebih cantik dan lebih menarik bagi suaminya.” (Fatwa Nur ‘Alad Dard 2/4, syamilah)
“Keadaan wanita beriman di syurga lebih utama dari bidadari dan lebih tinggi darjat dan kecantikannya. Wanita soleha daripada penduduk dunia masuk syurga sebagai balasan atas amal saleh mereka.
“Hal ini adalah kemuliaan daripada Allah untuk mereka kerana bagusnya agama dan kebaikan mereka.
Adapun bidadari adalah bahagian daripada kenikmatan syurga, ia diciptakan di dalam syurga sebagai kenikmatan bagi makhluk selainnya, sebagai balasan bagi orang beriman atas amal salehnya.
“Jenis yang pertama, (iaitu wanita dunia) adalah sebagai ratu, tuan puteri, dan yang memerintah. Adapun jenis kedua, (bidadari syurga) dengan keagungan kedudukan dan kecantikannya; sebagaimana yang diketahui oleh manusia, maka kedudukan bidadari adalah di bawah ratu.
“Dia menjadi pelayan bagi tuannya yang beriman yang Allah ciptakan sebagai balasan bagi orang beriman.” (Tafsir Al-Qurthubi 16/154).
Perkara ini terjadi disebab kan wanita soleha tekun mendirikan solat,berpuasa selain turut melakukan ibadah lain termasuk berdakwah.
Syaikh Mahmud Al-Misri dalam kitabnya ‘Rihlah Ila Ad-Dar Al-Akhirah’ menjelaskan kecantikan muslimah yang taat ini akan 70 kali ganda jauh lebih cantik daripada bidadari di syurga nanti, dengan syarat dia banyak bersabar dan taat kepada Allah dan beriman kepadanya.
Oleh yang demikian, perempuan soleha yang istiqamah dan terus bersabar akan dianugerahkan telaga dan dapat melihat zat Allah SWT.
Al-Hafizh Ibnul Qayyim menyatakan dalam sebuah hadis shahih dalam Musnad Imam Ahmad, bahawa ketika seorang suami beristerikan Hur’ain (bidadari), kemudian pada saat itu akan datang seorang perempuan lain yang kecantikan dan keelokannya mampu membuat seorang Raja melupakan perempuan-perempuan lainnya.
Siapakah perempuan itu? Ternyata perempuan tersebut adalah isterinya dahulu kala di dunia. “Itulah keistimewaan para isteri di syurga, dia akan menjadi Ratu dari para Hur’ain (bidadari surga).
Lalu Ibnul Qayyim mengatakan, “Apakah seorang Raja pernah memikirkan para pelayannya di hadapan Ratunya?” Tentu tidak.
Di sini nanti Allah SWT memberikan kepada isteri kecantikan yang luar biasa, jauh melebihi para bidadari. Mengapa demikian?
Ibnul Qayyim menjelaskan, “Kerana Hur’ain (bidadari) tidak pernah menghadapi kesulitan yang dirasakan wanita dunia.
Mereka tidak pernah berjuang di jalan Allah, tidak pernah dicemuh orang kerana mengenakan hijab, tidak pernah merasakan sulitnya patuh pada suami dan lain-lain.”
Rasulullah SAW melalui hadisnya mengatakan “Sungguh tutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Bahkan dalam hadis yang lain disebutkan pula, bahawa wanita dunia yang soleha lebih teratas kedudukannya daripada bidadari syurga.
Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli (jernih)?”
Rasulullah menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang nampak daripada apa yang tidak nampak.”
Kemudian saya bertanya lagi, “Sebab apakah wanita dunia lebih utama dari bidadari surga?”
Lalu beliau menjawab “Sebab solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah.
Lalu Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sikatnya dibuat daripada emas.”
Kashoorga: Subhanallah, ini adalah kemuliaan dan kesempatan yang diberikan Allah kepada kaum wanita khususnya para isteri.
Jangan disia-siakan. Setelah meninggal tidak ada lagi kesempatan untuk kembali ke dunia. Tiada jalan U-turn.
Semua orang disarankan bersedekah tanpa mengira status. Kecil, besar, tua muda, bekerja makan gaji, berniaga atau mungkin juga tiada sumber pendapatan tetap seperti suri rumah.
Bagi para wanita yang tidak bekerja kita boleh juga lipat gandakan sedekah kita walaupun dari rumah. Jangan fikir, kalau tak ada gaji atau pendapatan tak seberapa banyak seperti orang lain, maka kita tak perlu bersedekah.
Nak bersedekah tak perlu tunggu kaya. Bagaimana caranya? Kita baca penjelasan daripada Ustaz Iqbal Zain tentang cara bersedekah terbaik yang boleh dilakukan oleh suri rumah.
Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?
Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata: “Bagaimana, sedang aku tak punya duit?” Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.
Rasulullah SAW bersabda: “Wahai setiap wanita, bersedekahlah dan perbanyaklah istighfar sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka.”
Dan sabda baginda itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan solusinya? Sebenarnya mudah. Sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta’ala begitu luas dan tiada henti. Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.
Tasbih: Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.
Takbir & tahlil: Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.
Mengajak kebaikan: Amar ma’ruf nahi munkar anda (mengajak yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.
Kiriman ucapan yang baik: Bukalah whatsapp, facebook, Instagram dan lain-lain anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.
Senyum: Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.
Solat Dhuha: Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.
Tolak maksiat: Tahanlah diri anda daripada keinginan untuk berbuat buruk. Itu pun sedekah.
Tidak mengganggu: Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang di jalan. Itu pun sedekah.
Ucapan salah: Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui. Itu pun sedekah.
Beri jiran makan: Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan. Itu pun sedekah.
Beri haiwan makan: Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia. Itu pun sedekah.
Muliakan tetamu: Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari. Itu pun sedekah.
Saling membantu: Berusahalah menolong dan membantu orang lain, sama ada orang Islam ataupun bukan Islam. Itu pun sedekah.
Tuntut ilmu dan sebarkannya: Tuntutlah ilmu agama, ajar dan sebarkan. Baik dengan cara mendengar, membaca atau menulis sesuai kemampuan anda. Itu pun sedekah.
Beri orang kehausan minuman: Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.
Kaedah penting:- Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapa pun. Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama. Yang paling dekat kemudian yang terdekat. Perlu diingatkan bahawa “Sedekah itu menghapus dosa sebagaimana air mematikan api.”
Aamiin Ya Robbal ‘Alamin (mengirimkan/menyebarkan artikel ini juga adalah sedekah). Wallahu’alam. – Ustaz Iqbal Zain –
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Solat Jamak Takdim: Ketahui hukum bercakap antara dua solat jamak takdim menurut Mazhab Syafie, syarat muwalah serta situasi yang boleh menyebabkan jamak tidak dapat diteruskan.