Isu berbasikal di lebuh raya sudah lama diperkatakan. Malah di pihak kerajaan sendiri sudah mengeluarkan larangan berbasikal di lebuh raya dan denda RM1000 bagi penunggang yang ingkar.
Di saat ramai sukakan aktiviti sihat ini, pagi ini dikejutkan dengan berita seorang gadis menemui ajal selepas basikalnya bergesel dengan sebuah lori di Putrajaya. Difahamkan gadis ini berbasikal seorang diri dari Subang Jaya menuju ke Putrajaya dan kemudian basikalnnya bergesel dengan lori satu tan ini lalu menemui ajal di lokasi.
Dalam satu perkongsian pengguna fb atas nama Shukri Hassan yang melakukan aktiviti jogging di lokasi sama merupakan saksi kejadian menyedihkan ini.
Ads
Ini adalah perkongsian dibuatnya:
Innalillahiwainnailaihirojiun. Berhati-hatilah kawan-kawan yang kayuh basikal di luar sana. Hari ini dalam perjalanan pulang balik dari joging, saya adalah saksi utama kemalangan maut yang membabitkan rider basikal apabila mangsa bergesel dengan lori.
Ads
Berlaku di depan mata saya apabila mangsa bergesel dan dilenyek oleh lori tersebut. Kejadian berlaku di persimpangan Puspanitpuri Presint 10. Saya terus berhenti di tepi jalan dan pergi ke arah mangsa.
Ads
Saya check nadi mangsa dan rasa nadi beliau amat lemah. Saya terus menghubungi talian kecemasan dan 10 minit kemudian ambulance dan anggota polis sampai di tempat kejadian.
Selepas melakukan pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan yang mangsa telah meninggal dunia. Mangsa perempuan melayu dari Subang Jaya datang ke Putrajaya seorang diri untuk aktivitiberbasikal. Semoga keluarga mangsa bersabar dengan ujian ini.
1. Elakkan kayuh seorang diri. Kalau boleh kayuh dalam kumpulan. 2. Kayuh d lorong sebelah kiri. Mangsa kayuh dilaluan sebelah kanan dan bergesel dengan lori. Sumber / Gambar : Shukri Hassan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tular ketika ini mengenai cara Pendakwah Bebas, Ustaz Ebit Lew yang disalah erti dalam memberi sumbangan kepadaa golongan memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Ada antara netizen yang mempertikai caranya bersedekah menunjuk-nunjuk dengan memuat naik video untuk dipertontonkan kepada orang ramai di media sosial.
Namun begitu PU Azman dalam satu postingnya meminta agar netizen sentiasa bersangka baik di atas perkongsian sumbangan yang dilakukan Ebit Lew berkenaan.
Menurut Pu Azman, apabila seseorang itu memperlihatkan sedekah, perkara utama yang harus dilakukan adalah dengan bersangka baik dan jangan buruk sangka.
Tambahnya lagi, perbuatan berkongsi amalan bak ini adalah bertujuan mendildik masyarakat agar termotivasi untuk turut sama bersedekah dan membantu.
Maksud :”Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan bersangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari bersangka itu dosa”. (Surah Al Hujurot ayat 12).
Allah mengendalikan hati seseorang. Pasti ada sebab kukuh dia memperlihatkan sedekahnya.
Antaranya ialah untuk mendidik masyarakat agar termotivasi untuk turut sama bersedekah dan membantu.
Sebab kedua ialah sebagai melaksanakan amanah dalam menyalurkan dengan jujur setiap derma yang diterimanya dari orang ramai.
Maka dalam hal ini, Ustaz Ebit Liew, Dato Alif Syukri dan sesiapa saja yang rajin kita tengok memberi infaq, insyaAllah adalah wakil ummah untuk mengembangkan sebuah empayar infaq.
Cik Man-
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Waktu nak gunalah, barang hilang.’ Amalkan doa ini, jangan biarkan waktu solat teringat-ingat di mana kita letak barang yang hilang tersebut. Sebelum solat, puas mencari tak jumpa, time solatlah nak ingat segalanya.
Hilang barang sememangnya buat hari gundah dan tak tenteram, apatah lagi barang yang mempunyai ‘sentimental value’ atau dihadiahkan insan istimewa.
Di sini Ustazah Asma’ Harun kongsikan doa yang boleh kita amalkan apabila menemui jalan buntu bila barang yang dicari tak jumpa.
Kita mesti gelisah ketika ada barang hilang, lagi-lagi barang yang disayangi seperti haiwan peliharaan, barang berharga, barang keperluan, dan lain-lain.
Kerap kali barang itu hilang saat kita benar-benar perlukan, kemudian waktu sedang solatlah asyik teringat mungkin ia di sekian-sekian tempat.
Sebenarnya dalam Islam alim ulama ada mengajarkan satu doa khusus jika ada kehilangan barang.
Antara doa yang boleh dipanjatkan agar Allah menemukan kita dengan barang yang hilang adalah seperti yang disebutkan dalam kitab Maslakul Akhyar fil Ad‘iyah wal Azkar, menurut Sayyid Utsman bin Abdullah:
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang mengumpulkan sekalian orang di hari yang tiada syaknya lagi padanya. Kumpulkanlah antara aku dan barangku yang hilang, kumpulkan dengan kebajikan dan ‘afiyah.”
Selain itu boleh berdoa banyakkan menyebut nama Allah ya Wajid yang Maha Menemukan agar Allah memberi kemudahan untuk menemukan barang yang hilang.
Semoga kita dapat beramal dengan doa ini dan menjadi insan yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah SWT.
Rasa terhina dengan iklan raih simpati mohon sumbangan tahfiz, maahad mahupun masjid. ‘Macam Islam ini miskin sangat, tukarlah cara lain.’
Sebenarnya untuk memohon derma dan sumbangan tidak perlu meraih simpati atau merayu melalui cerita-cerita sedih atau kesusahan yang dilalui.
Sebaliknya ceritakan sesuatu yang lebih positif kerana pembinaan maahad, tahfiz dan masjid bukanlah sesuatu yang memalukan tetapi perkara yang cukup membanggakan sehingga sepatutnya orang lain berlumba-lumba untuk mengejar pahala.
Ikuti perkongsian Ustaz Nur Firdaus yang tidak selesa dengan cara mohon sumbangan sebegini kerana Islam bukan begini.
Maaf cakaplah. Saya secara peribadi tidak boleh terima cara mohon sumbangan maahad, pembinaan masjid dan tahfiz yang menggunakan NADA SEDIH serta RAIH SIMPATI dalam iklan mereka.
Tolonglah bangkit. Ingat kata-kata Abdullah bin Rawahah r.a ketika memberikan semangat kepada tentera Mu’tah,
“Kita berperang kerana Islam yang dengannya kita dimuliakan!”
Tolonglah bangkit. Bila kita bina sekolah, bermaksud kita sedang membina sebuah “pusat kecemerlangan dan pembentukan bakal-bakal penggerak dunia”.
Yang buka tahfiz, kamu sedang bina “pusat pembentukan pembawa kalam Allah, para penjaga Al-Quran”.
Malah, yang buka maahad, kamu sedang bina “pusat pembentukan ulama muda dan pakar syariah”.
Yang bina masjid, kamu sedang bina “pusat nukleus masyarakat untuk ibadah, pendidikan dan kebajikan.”
Mengapa guna nada sedih?
Mengapa ditonjolkan video keuzuran, runtuh, berlumut, anak-anak tidur atas lantai? Inikah rupa yang layak untuk pusat-pusat tersebut?
Gunakanlah nada semangat. Penerangan kena konstruktif, biar orang nampak jelas bahawa yang akan dibina ini bukan calang-calang tempat, tetapi tempat lahirnya bakal penjaga al-Quran, bakal ulama, bakal pakar-pakar bidang dan seumpamanya.
Terangkan visi dan misi betul-betul. Bagi orang faham bahawa sumbangan ini adalah untuk membangunkan agama dan anak-anak kita.
Jika guna nada sedih, maka ia lahirkan penderma yang selfish. Derma supaya lepas azab neraka. Derma supaya terbina mahligai di syurga. Itu yang jadi derma sekali sahaja. “Oklah tu, ustaz kata RM2.00 dapat satu bata di syurga.”
Bila kita terangkan matlamat dan nada motivasi, maka orang akan bersemangat untuk terus menderma sepanjang hayat, sebab dia tahu dari duit dialah akan lahirnya tokoh-tokoh di masa hadapan.
Kadang-kadang rasa terhina dengan sebahagian iklan yang terlalu mendayu raih simpati. Macam Islam ini miskin sangat.
Fikirlah betul-betul, orang lain akan anggap orang Islam tiada semangat membangunkan manusia, tapi sekadar untuk melepaskan akhirat masing-masing.
Pahala itu belum tentu kita dapat. Banyak juga ujian untuk kekalkannya.
Tapi kalau berniat untuk bangunkan agama dan bangsa, insyaallah lebih mudah menjaga keikhlasan dan di situlah sebenarnya jaminan pahalanya.
Harvard dan hampir semua university Ivy League terbina atas sistem waqaf (endowment). Berbilion dollar mereka ada, macam-macam mereka boleh buat. Sebab ada ramai yang menyumbang?
Sebabnya satu, kerana institusi ini sentiasa bentangkan visi mereka, apa yang mereka hendak capai dan lahirkan. Orang confident, orang terus fund.
Kita Islam. Lagilah ada satu kelebihan. Setiap yang kita fund itu ada nilaian akhirat, malah diganda-gandakan oleh Allah.