“Ini last race aku”.

Itu ungkapan yang berulang kali disebut pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman, 22, kepada rakan-rakannya sebelum menyertai perlumbaan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Bandar Penawar di Johor hari ini.

Pada perlumbaan tersebut, Mohd. Hafiz yang merupakan pelumba Cub Prix daripada Petronas Sprinta-Yamaha CKJ Racing kategori CP150 maut selepas terbabit dengan kemalangan dalam perlumbaan pada 16 Disember.

https://www.instagram.com/p/BrctfiDlgZa/?utm_source=ig_web_copy_link

MEMANG YANG TERAKHIR

“SAYA tak sangka, perlumbaan hari ini betul-betul menjadi yang terakhir buat dia.”

Demikian kata Nurhan Md Nayan, 22, rakan karib kepada pelumba CP150, Mohd Hafiz Nor Azman yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Bandar Penawar, Johor.

Nurhan berkata, ketika menghadiri satu majlis kenduri, minggu lalu, Mohd Hafiz, 22, yang kini menduduki tangga ketiga keseluruhan CP150 sering menyebut bahawa perlumbaan disertai di Johor ini yang terakhir buatnya.

“Banyak kali dia sebut, ini ‘last race’ aku, setiap kali kami bersembang mengenai perlumbaan motosikal, dia akan tekankan ayat ‘last race’ itu.

IKLAN

“Mulanya saya dan rakan lain anggap perkara biasa, tapi hari ini(semalam), baru kami faham, ada maksud yang dia nak sampaikan,” katanya.

Hajat Pelumba Cub Prix Mohd Hafiz Bawa Ibu Bapa Tunai Umrah Tidak Kesampaian
Nor Shaziela sebak melihat koleksi sut perlumbaan milik Mohd Hafiz.
SUDAH BUAT YANG TERBAIK

Nurhan berkata, Mohd Hafiz juga ada mengatakan mahu melakukan yang terbaik pada kejuaraan ini bagi mengumpul mata mengekalkan kedudukan di tempat ketiga.

“Kami tahu dia sudah buat yang terbaik,” kata Nurhan.

Sementara itu, kakak Mohd Hafiz, Nor Shaziela, 30, terkilan, apabila hasrat anak ketiga daripada empat beradik itu untuk membawa ibu bapa mereka menunaikan umrah, Januari depan tidak kesampaian.

“Sebelum perlumbaan lagi arwah beberapa kali cakap mahu nak pergi umrah bersama dan sudah siap buat persiapan.

IKLAN

“Dia cakap lepas habis semua ni, perkara pertama dia nak buat nak pergi umrah, nak bawa mak dan ayah, itu memang hajat dia,” katanya.

Hajat Pelumba Cub Prix Mohd Hafiz Bawa Ibu Bapa Tunai Umrah Tidak Kesampaian
Gambar kenangan… Mohd Hafiz (tengah) bersama ahli keluarga pada Aidilfifri lalu.

Menurutnya, Mohd Hafiz yang baru tamat menjalani latihan amali sepatutnya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) di Politeknik Ungku Omar, Ipoh sesi depan.

https://www.facebook.com/bernamaofficial/videos/2210929382560808/

 

KELENGKAPAN UMRAH SUDAH SIAP

IKLAN

Sementara itu, kakak sulung Mohd. Hafiz, Nor Shaziela, 30, berkata, dia terkilan apabila hajat anak ketiga daripada empat beradik itu untuk membawa kedua ibu bapa mereka mengerjakan umrah tidak kesampaian.

Katanya, dia yang akan turut sama menyertai Mohd. Hafiz telah menyediakan kesemua kelengkapan dan mereka dijangka bertolak mengerjakan ibadah tersebut pada 27 Januari depan.

“Dia memang berhajat bawa mak dan abah ke umrah, dia memang beritahu awal-awal kepada kami. Semua persiapan telah siap dan tak sangka hajat dia tak sampai.

“Semasa kejadian, saya menonton perlumbaan tersebut dan fikir dia tidak apa-apa sebab nampak dia bangun selepas terjatuh. Emak pun beritahu Hafiz selamat,” katanya.

Menurut Nor Shaziela, dia bagaimanapun terkejut apabila ibunya menghubungi semula dan memberitahu adiknya itu telah tiada.

“Emak cakap, mereka pergi ke sana (Johor) bertiga (bersama ayah), tidak sangka balik semula ke sini (Ipoh) berdua,” katanya sedih.

Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai, Ipoh, Perak.

Sumber kredit: Kampus Uols, Sinar Harian dan Bernama

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI