‘Harapkan doa terbaik, saya bukan manusia sempurna.’ Syamsul Yusof mengaku sudah sah bernikah dengan Ira Kazar berwalikan bapanya di Thailand.
Akhirnya setelah melalui episod yang panjang, kemelut rumah tangga yang melanda pasangan ini menemui noktahnya.
Harapkan Doa Terbaik
Pengarah popular, Syamsul Yusof, 39, akhirnya mengesahkan dia sudah bernikah dengan wanita pilihannya, Ira Kazar, hari ini. Syamsul berkongsi berita itu menerusi video di Instagram, hari ini.
Dalam masa yang sama, menurut Syamsul, pernikahan itu berlangsung di Thailand dan berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.
“Saya sudah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand. Ada sebab ia dilangsungkan di sini bagi memudahkan beberapa perkara. Perkahwinan ini juga sudah didaftarkan,” katanya menerusi video itu.
Saya Bukan Manusia Sempurna
Difahamkan, Syamsul kini berada di Thailand. Syamsul turut menjelaskan Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah.
Ads
“Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak. Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.
“Apa saja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya.Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak. Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,” katanya.
Syamsul Yusof Mengaku Sudah Sah
Malah jelas Syamsul, dia juga tidak berniat membelakangkan keluarganya.
Ads
“Tak pernah terlintas membelakangkan keluarga. Saya harap doa yang baik-baik dari ibu bapa, adik-beradik dan keluarga.
Bernikah Dengan Ira Kazar
“Saya berdoa keputusan yang saya buat dirahmati, dilindungi Allah daripada segala fitnah, hasad dengki dan niat jahat.
“Paling penting, saya mengharapkan doa terbaik. Saya bukan manusia sempurna, ada masanya melakukan kesilapan,” katanya.
‘Terimalah hakikat isteri cerminan suami.’ Selepas nikah, selalunya hidup wanita berubah ikut acuan agama suami.
Maklumlah tinggal bersama, tidur sebantal, sedikit sebanyak sikap suami akan mempengaruhi isteri perlahan-lahan. Biarpun ada saja suami buruk sikap, isterinya solehah. Tapi kebanyakannya sikap buruk isteri adalah cerminan suami.
Ikuti perkongsian Husna Ghani ini dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan.
Kehidupan seorang wanita akan berubah selepas nikah mengikut acuan didikan suaminya.
Iya saya tak nafikan,
Ada sahaja wanita yang solehah
Tapi diuji dengan suami yang jahil
Seperti Siti Asiah yang diuji dengan suaminya Firaun. Namun wanita inilah dijanjikan syurga miliknya.
Tapi,
Bagaimana besarnya pengaruh seorang nakhoda kapal dalam menentukan arah perjalanan kapal, begitu jugalah peranan seorang lelaki dalam memimpin ahli keluarganya.
Kadang kita pelik, kenapa seorang isteri mudah meluah di media massa. Tapi mungkin, kalau suaminya punya masa bersama, dia dah tak perlu tempat lain untuk berkongsi rasa. Cukup pada teman sebelah katil, dia meluah segalanya.
Kadang kita pelik, kenapa seorang isteri makin hari tudung makin singkat. Tapi mungkin, suami sendiri tak nasihat, malah makin bangga tayang isteri dedah aurat.
Kadang kita pelik, kenapa seorang isteri selalu marah-marah tanpa sebab. Tapi mungkin, dia dah penat badan dan otak. Sama-sama kerja, tapi hal anak dan urusan rumah yang buat hanya isteri sahaja.
Tapi ini mungkin cuma sudut seorang isteri, penat lelah suami lain pula kan. Masing-masing punya peranan, itu tiada siapa boleh nafikan.
Sebab tu kena saling faham, saling meringankan beban, saling usaha suburkan sayang, makin hari makin mendekat kepada Tuhan. Biar makin lama pernikahan, makin cinta pada pasangan.
Ingat, pasangan yang jaga hubungannya dengan Tuhan, maka hubungan mereka akan dijaga dan dijamin kebahagiaan oleh Tuhan. Itulah jaminan rumah tangga berkekalan.
Berpantang style makkah, tak boleh 100% ikut cara orang lama. ‘Kalau takut mudaratkan diri, baca bismillahilazi 3 kali sebelum makan sesuatu.’
Maklumlah tinggal berjauhan dari keluarga dan berada di Tanah Suci Makkah membuatkan wanita ini tiada pilihan dan memilih cara berpantang yang tersendiri iaitu ‘Berpantang Style Makkah’.
Bab berpantang ini menjadi isu pendebatan sampai bila-bila. Ada wanita mengamalkan pantang 44 hari dan ada pula 100 hari. Begitu juga dengan makanan, jika sebelah utara, wanita yang baru melahirkan anak perlu berpantang “laksa” selama setahun.
Memang pelbagai jenis pantang selepas bersalin, tapi yang terbaik adalah mengikut keadaan dan badan masing-masing. Ikutlah amalan berpantang dengan keupayaan diri, tak perlu memaksa diri.
Ikuti perkongsian penulis Makkah Kenangan Terindah, Ustazah Salimah yang menjalani proses berpantang di bumi Makkah.
Assalamualaikum semua. Hari ini sudah hari ke-25 dalam pantang selepas melahirkan Marhamah pada 6 Januari 2023 yang lalu.
Alhamdulillah, Allah Maha Baik yang mempermudahkan semua urusan bersalin, ketika dalam pantang, segala urusan ummi dan bayi segalanya rapi dalam jagaan Allah.
Ramai yang prihatin dengan penjagaan saya dalam pantang di Makkah, dalam keadaan berjauhan dari keluarga.
Apa yang saya boleh katakan adalah saya berpantang mengikut kemampuan, keadaan dan kesesuaian diri sendiri. Sesungguhnya apa yang mampu saya buat dan boleh saya buat, saya buat. Apa yang tak mampu, saya tinggalkan.
Setiap kali berpantang, satu sahaja perkara yang saya sangat jaga iaitu sentiasa senyum dan ceria, dan elakkan perkara yang buat saya stres, atau senang cerita, jangan stres.
Kalau dapat tukang urut, kita urut.. alhamdulillah sudah mengurut lega badan dan peranakan.
Ada tungku, kita tungku. Saya pakai beg air panas itu saja, sebab tungku lama entah ke mana, tukang urut yang tungkukan semasa mengurut.
Sapu-sapu ubat, cream param, pakai stokin, bengkung, bab-bab kecantikan dan benda-benda macam ni memang saya rajin dan suka, seminggu ke dua minggu saja. Eh sudah slim balik lah perut, alhamdulillah.
Soal makanan, apa yang berkhasiat dan boleh makan saya makan, apa yang memudharatkan buat saya dan bayi yang menyusu badan, saya elak.
Makanan dalam pantang ni kadang kala ‘try and error’ juga. Kadang orang itu makan okay, kita makan angin pulak. So ikut badan masing-masing.
Soal berehat dan bergerak, saya ikut keadaan badan juga. Hendak baring melunjur kaki 24 jam pun tak mampu, badan jadi lesu, punggung jadi sakit.
Jadi saya akan bahagikan masa antara rehat, baring, berdiri, duduk, berjalan, bergerak, menyapu… Bila badan cergas, rasa lebih cepat sembuh luar dan dalam.
Tapi kita pun berjaga-jaga juga ‘cergas’ orang pantang ini macam mana, tak adalah sampai berlari. Membuat senaman lompat bintang ke atau panjat bukit, buat yang berat-berat.
Kalau Takut Mudarat
Semua masih dalam fasa penyembuhan, lebih-lebih lagi peranakan yang masih ‘fragile’, jadi kita buat semampunya kita, perlahan-lahan sahaja.
Dalam pantang pun sempat buat ‘live, bukan apa, saja menghiburkan diri sendiri dan dapat berinteraksi dengan followers juga.
Setakat satu jam sehari berikan masa, beri manfaat untuk orang lain, buat orang lain terhibur pun dapat rasa diri terhibur dan tak stres. Nanti kalau MKT (Makkah Kenangan Terindah) tak ada live, ramai yang mencari.
Pendek cerita, berpantang ‘style’ Makkah ini maknanya tak dapatlah hendak ikut 100% pantang ‘style’ orang-orang lama, berehat je selama 44 hari.
Kalau ada orang jaga kita macam upah confinement lady ke, atau ada ahli keluarga dapat datang untuk jaga kita, sedap jugak kan. Ada suami dan anak-anak yang dapat membantu sebahagian kerja di rumah ini pun dah cukup bersyukur.
Kalau berpantang ‘style’ Makkah macam sebahagian mak-mak Arab ni, yang jenis semuanya hentam sajalah, payah jugak. Depan mata saya, lepas bersalin, dia mintak nurse “Ada pepsi tak?” Haaa… Pepsi? Dia kata untuk keluarkan angin… I is no comment!
Iyee… Bab makan minum ni orang Arab tak ada pantang-pantang sangat. Sejuk ke, tajam ke angin ke, makan sahaja. Kebanyakanlah… tapi kata tukang urut, ada saja yang sekarang ini pandai menjaga dan pandai panggil orang asia kita untuk mengurut.
Tengok sajalah gambar-gambar bawah ini, makanan hospital untuk orang lepas bersalin. Menu pertama saya tempoh hari Nasi Kabsah Ayam (tak ada dalam gambar) Wallahi sedap.. hehe.
Maknanya saya pun hentam sajalah kan. Masa tu perut dah lapar sangat, kalau tak makan nanti kelaparan pulak, baby dah keluar hendak susukan baby lagi.
Jadi dengan lafaz bismillah + بِسمِ اللهِ الذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرضِ وَلا فِي السّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيم tiga kali saya baca, saya makan saja. Tak mahulah susahkan suami kena hantar-hantar ‘nasi putih dan lauk pantang’ setiap kali nak makan. Rumah pun jauh dari hospital.
So… itulah petua saya. Jika ada benda-benda yang ditakuti memudaratkan saya atau baby dari pemakanan, sebelum makan memang saya baca bismillah doa makan, dan bismillahillazi itu 3 kali..
Anda semua kalau tengok makanan hospital untuk orang pantang di Makkah mesti banyak terkejut, air yang dibagi air sejuk, salad hirisan timun, carrot, tomato boleh kata setiap hidangan ada.
Nasi pula tak ada nasi putih, semua nasi arab atau nasi minyak, ayam bakar okay lagi, tapi apa pun semuanya saya ucapkan alhamdulillah atas apa yang terhidang.
Terima kasih sudi baca coretan pantang saya dari Makkah yang panjang ni. Apa yang saya pegang, pantang hanya selama 44 hari tidak menjamin kesihatan dan awet muda bila sudah meningkat usia, tapi badan, rahim, pemakanan semuanya perlu kita jaga seumur hidup kita.
Terima kasih juga buat mak-mak, makcik pakcik, semua followers yang awesome yang mendoakan dan beri peringatan pada saya ketika dalam pantang ni. Moga fatrah pantang ini berakhir dengan selamat sejahtera.
Baru dua bulan bernikah, suami dijemput Ilahi. ‘Niat untuk tinggal bersama tidak kesampaian. Luluh hati isteri ini bila suaminya pergi buat selamanya sebelum sempat dia berpindah untuk tinggal bersama suaminya di Melaka.
Al-Fatihah buat allahyarham dan semoga isterinya terus kuat meneruskan kehidupan mendatang. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Baru dua bulan melayari bahtera perkahwinan, bak kata orang baru merasa betapa manisnya berumahtangga, namun Nurul Huda Azanan, 20, terpaksa berdamai dengan takdir untuk melepaskan suami tersayang yang dijemput Ilahi, bulan lalu.
Suami Nurul Huda, Azizul Husen, 22, yang juga anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang bertugas di Kem Terendak, Sungai Udang di Melaka meninggal dunia pada 10 Disember lalu.
Allahyarham Azizul meninggal dunia dalam tidur di rumahnya di Taman Seruling Jaya, Masjid Tanah dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kuala Ketil, Kedah.
Kisah pasangan itu mendapat perhatian warganet selepas Nurul Huda berkongsi cerita di TikTok dan pengguna media sosial itu turut mendoakannya sentiasa kuat dan tabah.
Berkongsi cerita, Nurul Huda berkata, dia dan suami bernikah pada 26 Oktober tahun lalu dan mereka tinggal berasingan sementara dia menguruskan beberapa urusan sebelum berpindah ke Melaka.
Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa suami sebulan sebelum Azizul meninggal dunia ketika pulang ke kampung untuk bercuti, namun mengakui arwah suaminya itu sudah menunjukkan beberapa perubahan.
“Kali terakhir kami berjumpa ketika menghantarnya di stesen bas Sungai Petani untuk pulang ke Melaka. Sebelum naik bas, beberapa kali suami berpatah balik ke arah saya sambil meminta menjaga diri dan tengokkan ibunya jika dia tiada.
“Ketika di kampung dia juga membawa saya meronda di kubur dan selalu memeluk serta mencium ibunya tetapi arwah suami kurang bercakap serta lebih banyak termenung,” katanya yang tinggal di Kuala Ketil, Kedah.
Menurut Nurul Huda, pada hari kejadian dia berbual dengan suaminya di telefon sebelum arwah mengadu pening kepala dan mahu tidur pada jam 1.30 pagi.
“Suami juga ada tanya kenapa darah dia beku dan saya sangka dia bergurau saja dan sangkakan dia pening sebab penat berkerja, tetapi ketika itu suami seperti biasa dan ceria.
“Pada 8 pagi, mak mentua beritahu keadaan suami dan mulanya saya sangka dia hanya pengsan saja. Mak telefon sekali lagi cakap suami sudah tiada,” katanya yang bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang.
Katanya, ketika itu dia yang dalam perjalanan ke Melaka terkejut dan tidak percaya dengan berita itu sehingga pihak atasan suaminya memaklumkan Azizul sudah meninggal dunia.
“Kebetulan abang ipar ada di rumah suami (di Melaka) jadi dia yang menyedari keadaan suami sebelum menghubungi mak di Kedah.
“Suami tiada penyakit dan kesihatannya juga baik, malah beberapa hari sebelum itu dia membuat pemeriksaan kesihatan dan semuanya baik,” katanya memberitahu hasil bedah siasat juga mendapati keadaan suaminya baik dan tiada penyakit.
Nurul Huda berkata, dia reda dan menerima takdir suaminya pergi dulu, namun sedih kerana perancangan untuk tinggal bersama di Melaka tidak kesampaian dan menyifatkan arwah Azizul sebagai suami dan anak yang baik, disenangi ramai, suka membantu serta bersedekah.
“Kalau mengikut perancangan saya akan berpindah ke Melaka hujung Disember lalu kerana masih ada beberapa urusan perlu diselesaikan, malah suami sudah beria minta saya pindah cepat.
“Keterujaan menyambut Ramadan dan Aidilfitri pertama bersama juga lenyap dan sebenarnya sedih kerana peluang berbakti sebagai isteri hanya sekejap saja tapi bagi saya hampir dua bulan ini memang bahagia menjadi isterinya.
“Saya memang sudah bersedia menjadi isteri tentera kerana tugas mereka menuntut masa menjaga negara, tetapi kali ini suami saya ‘pergi’ tidak kembali lagi,” katanya.
Menurutnya, dia turut berterima kasih kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutama Kem Terendak yang banyak membantu dan memudahkan urusan pengebumian suami dari mula hingga akhir.
Kashoorga : Kehilangan orang tersayang bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditelan, namun sebagai hamba-Nya kita perlu berdamai dengan takdir. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...