Doa ialah satu situasi seorang manusia itu meminta-minta kepada Yang Maha Pencipta. ALLAH SWT menurunkan ujian kepada hamba-NYA kerana mahu mendengar rintihannya. Mintalah kepada ALLAH, mintalah apa-apa sahaja.
Justeru, misalnya anda mempunyai masalah dalam soal jodoh mahupun rumahtangga, berdoalah kepada ALLAH supaya segalanya dipermudahkan. Usahlah pernah jemu untuk berdoa kerana doa mempunyai kuasanya yang tersendiri.
PENGABDIAN
Tidaklah kita dicipta di muka bumi ini selain daripada untuk menyembah ALLAH. Justeru sebagai hamba yang lemah, apa lagi yang hendak kita lakukan selain berdoa dan berusaha memperbaiki keadaan demi kehidupan yang lebih baik.
Ads
ALLAH mendengar doa yang kita mohonkan. Terserah kepada ALLAH untuk memakbulkannya atau tidak. Jika doa kita tidak dimakbulkan pada hari ini, percayalah pasti ada sesuatu yang lebih baik untuk kita pada hari kemudian.
MENGUBAH HIDUP
Percaya kepada doa yang dipohonkan membuatkan seseorang itu menjadi lebih positif. Berdoalah dengan kepercayaan yang utuh bahawa ALLAH mendengar apa yang kita minta. Usah sesekali berpaling dan kecewa kepada doa.
Ads
Ads
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Ubah corak pemikiran anda menjadi lebih positif dan lihatlah kesannya. Memanglah tatkala sedang bersedih, kita terarah untuk menjadi seorang yang negatif. Namun, doa yang tulus ikhlas kepada ALLAH, pasti akan dapat membantu anda menjadi lebih positif.
WAKTU MUSTAJAB BERDOA
1)Ketika sahur atau sepertiga malam.
2)Ketika berbuka puasa.
3)Ketika malam lailatul qadar.
4)Ketika azan berkumandang.
5)Ketika sedang sujud dalam solat.
6)Sebelum memberi salam pada solat fardu.
7)Pada hari Jumaat (penghulu segala hari).
8)Ketika waktu hujan.
9)Pada Hari Arafah.
10)Sewaktu minum air zamzam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Perginya seorang murabbi ummah dan sebutir permata hati Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz begitu mengesankan. Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada Subuh 1 Mei 2019 bersamaan 25 Syaaban 1440H. Mulia sungguh pengakhirannya, Allahuakbar.
‘Andainya ini Ramadan Terakhir’ adalah kuliah Maghrib terakhir disampaikan ayah saya malam sebelum pemergiannya,” demikian menurut Mohamad Yusri Abu Hassan, 45, anak sulung kepada Allahyaram Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz,72.
Menurutnya, pada kebiasaan ayahnya akan bermalam di kawasan tempat ceramah, namun malam itu, Allahyarham pulang ke rumah bersama ibunya kerana pagi 1 Mei 2019 beliau perlu menghadiri satu lagi sesi ceramah di Ipoh, Perak.
UNGKAPAN TERAKHIR
‘Selepas malam ini tiada lagi soalan’ adalah ungkapan terakhir yang menjadi kenangan dalam kalangan 150 jemaah Surau An-Nur Fasa 3 Bandar Seremban Selatan.
Pada akhir kuliah itu, Allahyarham telah meminta para jemaah surau itu mengajukan soalan kepadanya dan melafazkan ungkapan itu selepas tiada lagi pertanyaan dan menutup kuliahnya dengan bacaan doa.
Setiausaha surau itu, Allaudin Shah Maidin Syed berkata, Allahyarham tiba di surau berkenaan kira-kira pukul 8 malam dan menyampaikan kuliah sehingga pukul 9.30 malam.
Katanya, Allahyarham hanya mengadu mengenai kesesakan jalan raya yang terpaksa ditempuhnya selama dua jam dari Kuala Lumpur ke sini sehingga menyebabkan beliau lewat tiba.
“Kami semua mendengar kuliahnya yang sememangnya sentiasa menarik minat kepada sesiapa pun,” katanya.
Jelasnya, tiada yang aneh mengenai kuliah Allahyarham atau semasa para jemaah menemuinya dalam jamuan makan yang dihidangkan oleh surau selepas majlis tersebut.
“Allahyarham memberitahu beliau sudah lama tidak makan nasi dan hanya makan kuih.
“Kami bersalaman dengan beliau sebelum Allahyarham menaiki kereta untuk pulang,” ujarnya.
Allaudin Shah memberitahu, para jemaah berasa terkejut dan sedih apabila mendengar berita pagi ini mengenai kematian Abu Hassan
HIDAP PARU-PARU BERAIR
Reda dengan pemergian ayahnya, Mohamad Yusri berkata, tahap kesihatan Allahyarham berada dalam keadaan kurang baik selepas doktor sahkan paru-parunya berair.
“Kalau ikut sejarah kesihatan, ayah pernah buat pintasan jantung sekitar 20 tahun lalu. Sebulan sekali ayah buat pemeriksaan kesihatan.
“Tak ada yang major… cuma itulah paru-paru berair dan doktor nasihatkan jaga makan dan minum je,” katanya.
Melihat susuk tubuh Allahyarham, ramai tidak menyangka Allahyarham kurang sihat.
Mohamad Yusri juga mengakui perkara itu apatah lagi, dengan ada masalah jantung, paru-paru berair dan terkini buah pinggang kurang berfungsi, Allahyarham masih aktif menyampaikan kuliah mahupun ceramah di serata negeri walaupun kurang sihat.
REBAH SELEPAS SOLAT SUBUH
Menceritakan detik Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya, Mohamad Yusri berkata, ketika itu Allahyarham sedang bersiap untuk ke Ipoh bagi sesi ceramah tengah hari ini.
“Masa tu lepas solat Subuh. Ayah rebah. Ibu telefon bagi tahu keadaan ayah sebab ibu pun tak tau nak buat apa.
“Saya minta dua adik saya tengokkan keadaan ayah sebab tak tinggal sekali dengan ayah sementara saya sampai.
“Pernafasan ayah lemah dan mukanya dah pucat sewaktu berada di rumah lagi.
“Ambulans datang rumah dan bawa ayah ke hospital. Masa di rumah, doktor ada buat bantuan kecemasan dan CPR. Dalam ambulans pun buat, di hospital pun buat juga.
“Sampai di ICU (unit rawatan rapi) Hospital Kuala Lumpur, doktor cuba sedaya mungkin bantu ayah.
“Kami tengok pada mesin tu… kami reda sewaktu doktor maklumkan denyutan nadi telah berhenti ketika sampai ke hospital,” katanya.
PENGAKHIRAN YANG MUDAH
Sebagai anak sulung, Mohamd Yusri turut memohon maaf kepada mana-mana pihak andai ada yang tersinggung dengan Allahyarham ayahnya.
Bekas Penasihat Agama Istana Negara ini menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.30 pagi tadi ketika bersiap untuk menghadiri program di Maahad Tahfiz di Kota Raja Ipoh, tengah hari ini.
Namun, Allahyarham dikatakan rebah sewaktu sedang bersiap dan tidak sedarkan diri sebelum mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.
Allahyarham Abu Hassan meninggalkan seorang balu, Rosbi Shabudin dan tujuh anak serta 13 cucu.
Merupakan adik kepada dua pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Dr Haron Din dan Allahyarham Ishak Din.
Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma di Arau, Perlis kemudian di Sekolah Menengah Agama Arab Alawiyah serta melanjutkan pelajaran di Mesir.
Allahyarham mula bertugas di Pusat Islam pada 1976 sebelum berkhidmat di Masjid Negara pada tahun berikutnya sehingga memangku jawatan Imam Besar.
KASHOORGA: Salam takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz.
Sumber kredit: Sinar Harian dan Utusan Online
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Apabila bercakap tentang bulan Ramadan, umat Islam tentunya paling teruja menantikan 10 malam terakhir yang disebut sebagai malam Lailatul Qadar.
Fadilat dan ganjaran yang diperolehi mereka yang menemui malam istimewa ini sangat besar, justeru tidak hairanlah ramai yang berlumba mahu melakukan ibadah.
Tetapi bagaimana pula dengan wanita yang mengalami keuzuran atau haid? Bolehkah mereka beribadat, dan bagaimana caranya?
Yang tidak boleh
Wanita haid hanya tidak dibenarkan solat, membaca dan menyentuh al-Quran serta berpuasa.
Ini bemakna, amalan lain adalah dibolehkan.
Niat dari awal
“Seeloknya, wanita berniat dari awal Ramadan untuk mencari Lailatul Qadar. Bukan sahaja niat, tetapi diiringi juga dengan aktiviti-aktiviti yang menghidupkan Ramadan, seperti solat terawih dan membaca al-Quran. Insya Allah ada ganjaran besar menanti biarpun dia tidak dapat melakukannya pada malam Lailatul Qadar.”
– Datuk Dr Abdul Basit Abdul Rahman
Perbanyakkan selawat dan zikir
“Bangun di tengah malam dan lakukan ibadah seperti berzikir, berselawat dan beristighfar.
“Wanita yang sudah bersuami, jika dia mempermudahkan urusan suaminya beribadat, dia juga akan mendapat ganjaran ibadah.
“Kalau selalunya kita solat ambil masa lima minit, tapi kerana uzur, ambillah masa lima minit itu untuk selawat dan instighfar.”
– Ustaz Azhar Idrus
Bila malam Lailatul Qadar?
“Dalam 10 malam terakhir Ramadan, ada yang menyebut pada malam ganjil iaitu 21,23, 25, 27 dan 29. Tetapi lebih afdal jika kita hidupkan keemua 10 malam.
“Malam Lailatul Qadar bukan bermakna kita perlu tunggu pada waktu tengah malam. Jika kita solat Isyak, terawih dan berdoa, kita dapat pahala Lailatul Qadar itu.”
– Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Sumber kredit: Astro Awani
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Muhammad Syazwan Mohd Basil, 25 adalah penuntut tahun akhir jurusan perubatan dan pembedahan dari Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS). Anak kedua daripada empat beradik ini menghafaz 30 juzuk al-Quran ketika menuntut di Darul Quran dan kini menjalani latihan praktikal di Hospital Putrajaya sebagai persediaan sebelum bergelar doktor perubatan.
Biarpun sibuk dengan rutin pada siang, setiap hari jadual harian sepanjang malam Ramadan terisi dengan tugasan mengimamkan solat tarawih selain membimbing qiamullail di masjid dan surau sekitar Lembah Klang termasuk memenuhi jemputan imam di Sungai Petani, Kedah.
JADI IMAM RAWATIB SEJAK 2015
Muhammad Syazwan dari Pulau Pinang berkata, kesibukan sebagai penuntut tidak menghalangnya untuk mengimbangkan dunia dan bekalan akhirat termasuk melaksanakan tugas sambilan sebagai Imam Rawatib di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.
“Sebenarnya saya akui mencabar apabila bergelar penuntut dan dalam masa sama, perlu mengimbangkan tugasan sambilan sebagai Imam Rawatib sejak 2015 di masjid itu.
“Sepanjang Ramadan, saya mengimamkan solat tarawih bergilir dengan imam lain di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah selain memenuhi jemputan imam solat tarawih dan qiamullail antaranya di Putrajaya, Puchong, Shah Alam, Klang dan Kedah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Pada masa sama, Muhammad Syazwan berkata, memandangkan siang hari sibuk dengan latihan praktikal di hospital, dia mengambil masa selepas sahur atau selepas solat Subuh untuk melakukan persediaan mengimamkan solat tarawih pada malam.
“Saya mengambil masa setengah jam untuk membaca al-Quran bagi melancarkan bacaan ketika mengimamkan solat.
“Untuk bacaan surah di dalam solat, imam baca satu juzuk bagi 20 rakaat setiap hari.
“Sebagai penuntut, saya rasa mencabar tetapi saya akan pastikan kelas habis petang untuk bersiap bagi tugasan malam sebagai imam solat tarawih,” katanya.
DUNIA DAN AKHIRAT DISEIMBANGKAN
Mengulas lanjut, Muhammad Syazwan berkata, tugasan sambilan sebagai Imam Rawatib juga membantunya memastikan 30 juzuk al-Quran yang dihafaznya sentiasa diingati dan diamalkan.
“Bagi saya, al-Quran ini adalah amalan kita setiap hari untuk bekalan akhirat dan kerjaya doktor di dunia ini diseimbangkan.
“Al-Quran bukan bebanan untuk berjaya di bidang lain kerana ia lebih memudahkan pilihan kita,” katanya.
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...