Melalui  memuat naik satu status, Nasrul Mohamed berkongsi kisah mengenai anak saudaranya yang meninggal dunia disebabkan kemalangan. Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Razin Sapri telah menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Namun apa yang cuba disampaikan oleh Nasrul Mohamed ialah tentang sikap arwah anak saudaranya yang begitu menyayangi kucing terbiar. Malah sehingga ke hujung nafasnya pemuda itu sangat ‘memuliakan’ haiwan kesayangan Rasulullah SAW ini.

Berikut catatan Nasrul Mohamed

Saya ada seorang anak sepupu, beliau amat menyayangi kucing terbiar. Hampir setiap hari pagi atau petang beliau akan bersama-sama ayahnya yang baik hati memberi makanan kepada kucing-kucing terbiar di sekitar Bachok.

Makanan kucing tersebut dibeli oleh beliau setiap hari, dan jika beliau tiba kucing-kucing terbiar akan terus mengelilingi beliau sebab sudah kenal.

Betul-betul Pencinta Kucing Yang Sejati, Bakti Pemuda Ini Hingga Ke Hujung Nafas

Beliau bercita-cita menyambung pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir dan sekarang belajar di Maahad Yaakubiah, Nipah.

KHIDMAT TERAKHIR

IKLAN

Pagi tadi beliau meminta kebenaran ayah beliau untuk berseorangan pergi memberi makan kucing-kucing terbiar yang amat beliau kasihi.

Betul-betul Pencinta Kucing Yang Sejati, Bakti Pemuda Ini Hingga Ke Hujung Nafas

Itulah khidmat dan bakti terakhir beliau.

Beliau terbabit dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kucing-kucing tersebut dan mengalami kecederaan parah.

Saya sempat melawat beliau di HUSM semalam selepas tiba dari KL.

IKLAN

CEDERA PARAH

Beliau koma, mengalami pendarahan dalam otak, patah tangan dan juga kaki, keadaan beliau tidak stabil dan ayah beliau mengharapkan keajaiban daripada Allah Taala.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Betul-betul Pencinta Kucing Yang Sejati, Bakti Pemuda Ini Hingga Ke Hujung Nafas

IKLAN

Pada pukul 3.00 pagi tadi beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Semoga Allah Taala mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Sesungguhnya Allah Taala amat menyayangi hambaNya yang berbuat baik kepada makhluk kesayangan Nabi Muhammad SAW.

Sumber kredit: Nasrul Mohamed

KASHOORGA: Takziah buat keluarga Allahyarham Ahmad Razin Sapri. Moga rohnya dicucuri rahmat. Pastinya ‘kehadiran’ arwah amat dirindui oleh kucing-kucing jalanan yang sering diberikan makanan oleh arwah.

VIDEO KASHOORGA:

https://www.youtube.com/watch?v=mOzwGsmECGQ&t=125s

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI