‘Hendak kahwin pastikan keluarga suka & restu.’ Cinta hanyalah asbab, sebaiknya biarlah kerana Allah.
Sebesar mana pun sayang kita kepada bakal isteri, kalau emak dan keluarga kita tidak dapat menerima dia, lambat laun pasti akan timbul masalah juga seperti yang berlaku pada watak Salina dalam drama Rindu Kasih.
Rindu Kasih ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Izzue Islam, Ummi Nazeera, dan Amyza Aznan.
Perkahwinan Amir dan Salina tidak direstui oleh Halijah. Salina sering dilayan teruk oleh Halijah yang selalu menuduhnya kurang ajar kerana tak dapat didikan dari seorang ibu.
Setelah Salina mengetahui tentang kisah ibunya, dia nekad untuk melakukan jenayah kerana mahu dipenjara dan membuktikan kepada Halijah yang dia masih sempat untuk merasa kasih sayang seorang ibu walaupun sebagai banduan.
Ikuti perkongsian Saidila Abdul Rahman ini dan hadam baik-baik mengapa pentingnya restu daripada keluarga.
Ads
Pastikan Keluarga Suka & Restu
Dari cerita Rindu Kasih kita sepatutnya boleh belajar. Nak jadi anak mak, taat pada perintah mak itu tak salah, tapi ingat ya bila kau berani menikahi anak orang itu bermakna kau sudah berani bertanggungjawab kepada isteri.
Sedang dalam bab nafkah pun suami kena utamakan beri nafkah dahulu kepada isteri dan anak, kemudian barulah mak.
Selepas itu, bila hendak taat kepada emak itu taatlah, tapi pada perintah yang baik-baik sahaja.
Cinta Hanyalah Asbab
Tapi kalau mak kau suruh ceraikan isteri kau yang baik, itu bukan taat ya tapi bodoh dan bebal!
Adik beradik lelaki tersebut juga kena ambil tanggungjawab bersama untuk menjaga mak. Bukan semua benda kau kena hamput (letakkan) dekat anak yang serumah dengan emak engkau.
Thats why kalau hendak kahwin pastikan keluarga bukan sahaja kena suka tapi kena restu jugak. Cinta hanyalah asbab sebaiknya biarlah kerana Allah Taala.
Ads
Kalau tak macam itulah jadinya. Pasti akan bermasalah then akan ada yang makan hati. Kalau bukan mak, pasti isteri. Malah, kalau ada anak pun anak jadi mangsa kebencian.
Kashoorga: Alhamdulillah berakhir sudah drama Rindu Kasih, stres min dengan mak mentua berhati syaitan macam tu. Apa yang Salina buat tu adalah pilihan tepat, isteri bila sudah tawar hati memang tak nak dah patah balik.
‘Tak gosok badan dan hanya berendam dalam tab mandi.’ Sah atau tidak mandi wajib seseorang itu? Iyalah jika ikut hukum air dalam tab mandi mencukupi dan rata ke seluruh badan.
Kadang-kadang bila berpeluang menginap di hotel, kita tak akan lepaskan peluang untuk mandi di dalam tab mandi. Maklumlah tak semua rumah ada tab mandi. Namun begitu apa hukumnya mandi wajib atau mandi junub dalam tab mandi. Sah atau tidak.
Ikuti kemusykilan yang dikongsikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini.
Soalan
Adakah boleh mandi junub dengan sekadar berendam di dalam tab mandi?
Ringkasan Jawapan
Mandi junub atau mandi wajib yang dilakukan dengan berendam di dalam tab mandi adalah sah dan memadai sekalipun tidak menggosok tubuh badan apabila tidak terdapat sebarang kotoran yang menghalang laluan air untuk sampai ke tubuh badan.
Huraian Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Perkara yang menyebabkan seseorang itu wajib mandi ialah keluar air mani, haid, nifas dan wiladah. Para ulama telah menjelaskan bahawa fardu bagi mandi wajib ada dua perkara sahaja iaitu niat mandi wajib dan meratakan air ke seluruh badan. Hal ini seperti yang dijelaskan oleh Imam al-Nawawi bahawa:
Maksudnya:
Sekurang-kurang untuk (mandi wajib) ialah niat mengangkat hadas atau bagi memboleh ibadah yang memerlukan kepadanya atau bagi melaksanakan fardu mandi wajib yang dilakukan bersamaan dengan basuhan pertama anggota yang wajib dan meratakan air ke seluruh bulu dan badan.
[Rujuk Minhaj al-Tolibin: 1/14]
Ada disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.Anha, yang merujuk kepada meratakan air ke seluruh badan, beliau berkata:
Maksudnya: Sesungguhnya apabila Nabi SAW mandi junub, Baginda akan memulakannya dengan mencuci kedua-dua tangannya. Kemudian Baginda berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat.
Seterusnya, Baginda memasukkan jari-jari ke dalam air lalu meratakannya ke kulit rambutnya. Kemudian Baginda menyiramkan air ke atas kepala dengan kedua-dua tangannya sebanyak tiga kali, seterusnya Baginda mengalirkan air ke seluruh kulit tubuhnya.
Riwayat Bukhari
Berdasarkan penjelasan di atas mandi junub dengan cara berendam di dalam tab mandi, jika telah cukup dua rukun di atas iaitu niat dan meratai air ke seluruh badan maka ia adalah sah. Imam al-Ramli menjelaskan bahawa:
Maksudnya: Jika ada seseorang yang junub dan orang yang berhadas kecil menyelam ke dalam air yang sedikit (kurang daripada 2 kolah), kemudian berniat, maka hilang hadas dari keseluruhan anggota badan dalam permasalahan pertama (bagi orang yang junub, dan hadas hilang daripada anggota wuduk dalam permasalahan yang kedua (bagi orang berhadas).
Sementara itu, air tersebut menjadi mustakmal jika digunakan lagi oleh orang lain, bukan pada diri sendiri.
[Rujuk Nihayah al-Muhtaj: 1/73]
Seterusnya, Imam Ba ‘alawi menjelaskan bahawa jika terdapat seseorang yang junub menyelam ke dalam air yang banyak atau sedikit dan berniat, maka sah dan memadai meskipun tidak disertai dengan gosokan pada badannya.
Walau bagaimanapun, jika terdapat lilin, kotoran atau minyak pada anggota tubuh badannya sehingga menghalang air untuk sampai ke tubuhnya melainkan dengan cara menggosok, maka wajib menggosok sebagaimana dijelaskan di dalam bab wuduk.
[Rujuk Bughyah al-Mustarsyidin: 44]
Justeru, mandi junub atau mandi wajib yang dilakukan dengan berendam di dalam tab mandi adalah sah dan memadai sekalipun tidak menggosok tubuh badan apabila tidak terdapat sebarang kotoran yang menghalang laluan air untuk sampai ke tubuh badan.
Akan tetapi, jika terdapat kotoran tersebut, maka wajib menggosok dan menghilangkan kotoran tersebut seperti perbahasan di dalam bab wuduk.
Wanita kena elak post gambar, video tak menutup aurat. ‘Walaupun dalam private group, bimbang tersebar nanti sudahnya mengundang fitnah.
Tidak dinafikan ada wanita terbuka berkongsi gambar tidak menutup aurat seperti tak bertudung dalam group private dengan harapan tiada siapa yang akan sebarkan.
Kita tak tahu hati manusia kan, kadang-kadang bila berlaku perkara tak terduga dalam hubungan, akhirnya gambar atau video tersebut dijadikan modal.
Ikuti penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini,
Soalan
Bolehkah kalau post gambar tak tutup aurat dengan sempurna macam tak pakai tudung dalam kalangan ‘close friend’ perempuan dekat Instagram? Saya lihat ada kenalan yang buat macam tu. Mohon pandangan dan terima kasih.
Ringkasan Jawapan
Perbuatan memuat naik gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna di media sosial adalah perkara yang bercanggah dengan hukum dan adab sebagai seorang yang beragama Islam.
Walaupun tontonan di media sosial boleh dihadkan dan ditetapkan kepada golongan tertentu, namun terdapat kemungkinan gambar atau video itu boleh tersebar kepada orang lain atau dikhuatiri keadaannya itu diceritakan oleh orang yang melihat kepada ajnabi.
Justeru itu, bagi mengelakkan segala kemudaratan dan maksiat, menjadi satu kewajipan untuk memuat naik yang menutup aurat dengan sempurna serta tidak melanggar adab, etika dan kesopanan seorang muslim.
Huraian Jawapan
Dengan kemunculan dan pembaharuan pelbagai sistem tetapan dan ciri yang menarik di media sosial, pengguna media sosial ini perlu mengamalkan adab dan etika serta sentiasa mengawal diri daripada melakukan perkara yang membawa kesan negatif kepada diri, agama dan negara.
Bagi menjawab persoalan di atas, hukum menghantar atau memuat naik gambar gambar dengan keadaan tidak menutup aurat adalah perkara yang dilarang dalam syarak sama ada perbuatan ini dilakukan oleh lelaki mahupun wanita.
Setiap muslim perlu ada sifat malu dan berusaha menjaga auratnya sebaik mungkin dan tidak boleh mengambil mudah akan perihal aurat sehingga menjadi tontonan golongan ajnabi. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.
Surah al-Nur (30-31)
Justeru itu, membuka aurat tanpa sebarang tujuan darurat adalah haram sama ada aurat diri sendiri atau aurat orang lain.
Walaupun gambar atau video yang dimuat naik telah dihadkan tontonannya kepada hanya yang mahram atau dalam kalangan sejantina, namun masih terdapat kemungkinan gambar itu tersebar sehingga menjadi tontonan ajnabi.
Justeru itu, sebagai langkah berjaga-jaga dan menghindarkan diri daripada fitnah, setiap orang perlu menapis setiap gambar dan perbuatan yang akan dipertontonkan kepada orang ramai. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain, lalu wanita lain itu menceritakan kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat wanita yang diceritakannya.
Riwayat al-Bukhari
Berdasarkan hadis tersebut, seorang isteri dilarang menceritakan keadaan bentuk badan wanita lain kepada suaminya kerana dikhuatiri suaminya berasa tertarik dengan sifat yang disebutkan sehingga menceraikan isterinya dan mengidamkan wanita yang diceritakan sifatnya itu.
Hadis ini merupakan hujah Imam Malik dalam menentukan piawaian sadd al-zariah iaitu menghalang perbuatan harus yang boleh membawa kepada sesuatu yang haram. (Rujuk Fath al-Bari, Imam Ibn Hajar al-Asqalani, 9/338)
Oleh yang demikian, memuat naik gambar atau video yang tidak menutup aurat dengan sempurna sewajarnya dielakkan. Walaupun tontonan di media sosial boleh dihadkan dan ditetapkan kepada golongan tertentu, namun terdapat kemungkinan gambar atau video itu boleh tersebar kepada orang lain atau dikhuatiri keadaannya itu diceritakan oleh orang yang melihat kepada ajnabi.
Siapa sangka peluang menunaikan umrah bersama ibunya adalah momen terakhir mereka berdua dan pasti akan diingati sampai bila-bila.
Video pendek berdurasi 3 minit ini menceritakan bagaimana keterujaan dia sekeluarga dapat panggilan menunaikan umrah bersama abah dan mama serta seorang adik-beradiknya.
Catatan perjalanan ini amat meruntun hati kerana dilihat arwah ibunya kelihatan sihat sepanjang menunaikan umrah.
Namun, siapa sangka di hari mereka sekeluarga dijadualkan pulang ke Malaysia, Mama demam dan mengalami sesak nafas.
‘Waktu ni ingat mama akan dapat rawatan biasa dan kami sempat naik fliht Malaysia malamnya. Tapi takdir Allah, mama telah ditidurkan dan doktor cakap mama multorgan failure. Abah still terkejut dengan condition mama,’ tulisnya.
Rupanya keadaan Mamanya agak kritikal dan ketika itu doktor meminta mereka berdoa semoga ada keajaiban.
‘Akhirnya hari ke-10 di ICU, mama pergi tinggalkan kami, time ni abang dua orang dan pakcik kami baru tiba di Mekah untuk melawat mama di hospital.
‘Alhamdulillah Allah pujuk hati kami, Mama dapat disolatkan di Masjidil Haram dan dimakamkan di As-Sharaya Mekah.
‘Ujian yang berat, rasa tak tertanggung. Tapi perancangan Allah yang terbaik. Ya Allah, kami tidak tahu cara hidup tanpa Mama.
‘Tunjukkan jalan buat kami, beri ketabahan setiap hari kepada kami.’ Tambahnya.
Dalam masa yang sama, wanita ini mengucapkan terima kasih pihak Andalusia (travel agency), kerana banyak membantu keluarganya sepanjang Mama di hospital dan menguruskan jenazah dari awal hingga akhir.
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...