Beratnya ujian Allah. ‘20 tahun kahwin, ada 8 anak, tetapi timbul perasaan cinta suami pada wanita lain.’ Masyallah hanya wanita yang hebat saja mampu melalui ujian berat ini.

Tidak semudah kata disuruh sabar kerana orang yang kuat imannya sekalipun kecundang dengan ujian sebegini. Suami mempunyai perasaan pada wanita lain memang tak mudah diterima.

Rasa sedih, kecewa dan rasa diri tak dihargai bersilih ganti, malah jika diikutkan hati pasti segala sumpah seranah akan keluar. Begitulah beratnya ujian rumah tangga seperti mana yang dikongsikan Ustazah Asma’ Harun ini.

Artikel Berkaitan: Ya Allah Berat Dugaan Saya, Tergamaknya Mereka Kecewa Sahabat Baik Rampas Suami Sendiri, Wanita Ini Beri Pesanan Menakutkan

Beratnya Ujian Allah

Ujian rumah tangga bermula saat sah sebuah ikatan suami isteri sehingga ke akhir hayat kerana ia tidak bermusim tetapi sentiasa ada. Mungkin berpunca daripada pasangan, anak, ibu bapa, mertua dan lain-lain.

Apa yang dilalui oleh sahabat ini amat menguji hati, namun beliau seorang yang kuat kerana mampu bertahan dan memilih untuk mencari hikmah di sebalik ujian hebat ini.

Lagi-lagi ketika usia perkahwinan sudah pun 20 tahun, mempunyai lapan cahaya mata, mereka saling menyayangi tetapi timbul perasaan suami cinta terhadap wanita lain.

Sebenarnya wanita ini berjaya mengawal situasi dan emosi, memberi pertimbangan kepada suami dalam membuat keputusan dan melihat ujian ini sebagai hikmah yang disediakan oleh Allah SWT kepada beliau sekeluarga, suatu tindakan yang wajar dicontohi.

Beratnya Ujian Allah. ‘20 Tahun Kahwin, Ada 8 Anak, Tetapi Timbul Perasaan Cinta Suami Pada Wanita Lain.’
.

20 Tahun Kahwin

Benarlah kata beliau, kita manusia biasa, pasti akan bersedih dan kecewa apabila diuji dengan insan tersayang.

Ujian ini bertujuan menguatkan hambanya dengan dua perkara:
i) Mengingatkan hamba-Nya agar sentiasa meletakkan pergantungan yang tinggi hanya kepada Allah.
ii) Ikhtiar seseorang hamba dalam kembali berdoa kepadaNya bagi setiap masalah.

IKLAN

Firman Allah SWT:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka): “Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.

Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka peroleh kejayaan.”- (Surah al-Baqarah: 186)

Ada 8 Anak

Tuan puan,
Dalam pm inbox ramai yang berkongsi, terpaksa lalui cabaran yang sukar daripada keluarga. Kes curang yang pelik-pelik suami atau isteri, sumbang mahram, dera, cerai, dadah, pornografi dan lain-lain. Allahuakbar! Ampuni dosa-dosa kami dan bantulah kami ya Allah.

Kerap kali perkara begini berlaku di belakang pasangan sama ada di tempat kerja, ketika sedang berurusan, tidak menjaga pandangan, terlalu bebas batas pergaulan.

Bermula dengan bual kosong, kemudian saling berkongsi cerita lalu timbul rasa selesa, maka berakhir dengan malapetaka seperti yang dilarang agama.

IKLAN

Baca Di Sini:

‘Niat Kongsi Duit Gaji Pertama Dengan Mak, Rupanya Tersalah Transfer’. Menangis, Bila Pemilik Akaun Suruh Sedekah!

Ya Allah, Beratnya Dugaan Ainul Mardhiah Dan Ibu Bapanya, Moga Allah Beri Kekuatan Kepada Keluarga Ini

Tetapi Timbul Perasaan Cinta

Jika benar cinta, ia bukan pada ketika kamu suka dan bahagia sahaja, tetapi tetap sama walau sedang dalam ujian, derita dan terluka. Siang berganti malam, hujan berganti panas, cinta juga boleh berganti benci, saat hati sedang dilanda badai yang tak bertepi.

Ramai pasangan bahagia dan setia itu bukan kerana banyak melalui detik bahagia dan gembira, tetapi kerana berjaya menempuh satu demi satu ujian dan derita.

Subhanallah, dia sedar bahawa semuanya bersifat sementara, masa akan berjalan, berubah bersamanya segala rasa. Sebab itulah lidah sangat penting dijaga, walau pelbagai ayat yang terbuku ingin dihemburkan, namun tetap ditahan, itulah satu kemenangan.

Firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوْهُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ ۚ فَاِنْ كَرِهْتُمُوْهُنَّ فَعَسٰٓى اَنْ تَكْرَهُوْا شَيْـًٔا وَّيَجْعَلَ اللّٰهُ فِيْهِ خَيْرًا كَثِيْرًا

IKLAN

Maksudnya:
“Dan bergaullah dengan mereka (pasangan) dengan baik. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” – (Surah An-Nisa’: 19)

Suami Pada Wanita Lain

Pesanan kasih sayang buat semua pasangan, usaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan apa jua masalah rumah tangga dengan cara terbaik dan penuh kasih sayang.

Tidak semua orang sekeliling bersimpati dengan nasib yang menimpa, ada yang turut merasa hiba, ada juga yang turut menambah racun perasa.

Saya sentiasa mendoakan sesiapa sahaja yang diuji dengan badai rumah tangga dipilih Allah untuk disatukan kembali hati.

Walau peritnya ujian menimpa diri, tiada dendam tersimpan di hati, suami bangkit berusaha memperbaiki hubungan dan menjadi pemimpin sejati, si isteri pula menjadi seorang yang bijak membuat pertimbangan diri dan emosi. Ingatlah ada amanah anak-anak yang sentiasa perlu kita ingati.

Moga semua terus kuat dan bahagia sampai Syurga

Asma’ binti Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat

Kashoorga : Usaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan apa jua masalah rumah tangga dengan cara terbaik tanpa menyakiti hati sesiapa pun.

Sumber : Ustazah Asma’ Harun

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI