Kisah Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi perempuan berusia lapan bulan yang mengalami ketumbuhan di bahagian mulut ternyata meruntun hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Bayi itu merupakan anak sulung Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24 yang dilahirkan secara pramatang pada usia kandungan tujuh bulan, di Hospital Melaka pada 13 Ogos 2018.

Menurut bapa muda ini, dia dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, 24, sentiasa mengharapkan anak sulung mereka itu sembuh. Ainul Mardhiah lahir dengan keadaan sudah diserang kanser berkenaan.

Catatan Ahmad Safiuddin di laman facebooknya menjentik jiwa ramai yang begitu simpati dengan keadaan Ainul Mardhiah. Catatan ini ditulis pada 10 April 2019.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada ketika dan saat ini saya menulis untuk menjelaskan keadaan yang sebenar sebab dari pagi tidak henti orang hubungi saya termasuk beratus whatapp masuk.

Pertama sekali, saya mahu perkenalkan diri. Saya Ahmad Safiuddin, Bapa kepada Ainul Mardhiah yang kuat.

Sebelum saya teruskan, saya mahu mohon maaf jika ada panggilan yang tidak dapat saya jawab dan whatsapp yang saya tidak respon. Kuasa viral hari ini betul-betul membuatkan telephone saya tidak berhenti berbunyi.

Ya Allah, Beratnya Dugaan Ainul Mardhiah Dan Ibu Bapanya, Moga Allah Beri Kekuatan Kepada Keluarga Ini

Saya akan ceritakan kisah Ainul dan apa yang Ainul telah lalui selama 8 bulan. Sebelum itu, sedekahkan Al fatihah buat jiwanya supaya dia terus bersemangat untuk melawan segala penyakitnya.

Baik. Ini kisah Ainul.

Ainul Mardhiah nama diberi, secantik orangnya, sekuat-kuat manusia. Ainul lahir pada 13 Ogos 2018, Hari isnin, 3:15ptg di GH Melaka. Ainul lahir tidak cukup bulan, Dia pramatang. Lahir melihat dunia ketika usia kandungan isteri 31 minggu.

Pada saat dia sedang dikeluarkan, Doktor dan kami baru tahu bahawa ada ketumbuhan yang terkeluar dari mulutnya. Ainul terus dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Doktor memberitahu keadaan Ainul terlalu kritikal. Dia ada dua masalah iaitu; Pramatang dan ketumbuhan.

Beberapa minit selepas ainul keluar dari perut, doktor mengatakan nadi dia berhenti. Tapi alhamdulillah, dengan ilmu dan kesungguhan doktor, Ainul berjaya diselamatkan dengan cara bypass pernafasan. Doktor beritahu, dia tidak dapat bernafas kerana ketumbuhan itu telah menutupi mulut dan hidungnya.

Selesai bab itu.

Pada usianya 9 hari, Ainul telah di transfer ke Pediatrik HKL, Hari Khamis, 23.8.2018 menaiki ambulan. Sesampai sahaka Ainul di sana, Doktor Pakar Bedah menemui saya dan memaklumkan yg Ainul perlu segera dibedah dan pembedahan itu akan dilakukan esok pagi ( Hari jumaat ).

Ya Allah, Beratnya Dugaan Ainul Mardhiah Dan Ibu Bapanya, Moga Allah Beri Kekuatan Kepada Keluarga Ini

Seusia 10 hari, dengan berat badan 1.3kg, Ainul telah masuk dewan bedah. Kuatnya Ainul!

Alhamdulillah, syukur saya ucapkan dan saya sangat menghargai usaha Dr Pakar Bedah tersebut dengan izinNya ketumbuhan itu telah berjaya dibuang.

IKLAN

Saya fikirkan ianya terhenti disitu, tetapi apabila ainul selesai dari pembedahan, Doktor Pakar Bedah memaklumkan bahawa ada dua berita iaitu berita baik dan berita yang kurang baik.

Berita baiknya, Ketumbuhan itu telah berjaya dikeluarkan tanpa tinggal sesisa pun. Berita tidak baiknya, Ainul didapati tidak memiliki lelangit ( Cleft Palate ). Doktor beritahu, operation untuk lelangit kena tunggu Ainul besar sikit, atau erti kata lain kena tunggu berat badan dia naik sebab tidak mungkin Ainul sekecil itu akan bertahan jika buat dalam masa terdekat.

KETUMBUHAN KELUAR SEMULA 

Saya pendekkan cerita, selesai sahaja urusan rawatan Ainul di HKL, Ainul di pindahkan semula ke melaka.

Ujian Allah buat saya sekeluarga apabila ketumbuhan keluar lagi kali kedua sebulan selepas dia operation.

Allah sahaja tahu apa perasaan kami ketika itu. Kami yang sedang bergembira mahu menyambut ainul pulang ke rumah selama 3 bulan dia di hospital, akhirnya dapat berita seperti itu. Hanya Air mata sahaja menjadi perbualan saya dan isteri ketika mulut sudah tidak mampu berkata apa-apa.

Saya rasa ketika itu saya jatuh ke dalam gaung dan dihempap lagi dengam batu!

Selepas terima berita itu, Ainul perlu jalani rawatan chemotherapy sebab Doktor kata ianya adalah Kanser.

Dengan usia Ainul 4 bulan, berat badannya 2.2kg, Ainul akan terima rawatan chemotherapy. Doktor maklumkan bahawa ainul adalah baby pertama yg chemo dengan berat badan sebegitu.

Saya akur walaupun saya takut! Tapi pada mulanya saya tidak bersetuju kerana saya tidak yakin Ainul boleh bertahan dengan organ organnya yang masih kecil! Tapi apakan daya, saya tiada pilihan. Saya beri Ainul peluang untuk terima rawatan chemo tu.

TAK SANGGUP AMBIL RISIKO

IKLAN

Doktor sudah menetapkan ainul akan jalani 6 sesi chemotherapy. Tapi saya hanya buat dua kali. Kerana, saya tidak sanggup tengok anak kecil saya itu menderita akibat kesan chemotherapy.

Tapi Ainul sangat kuat, dia berjaya jalani dua kali sesi dengan jayanya.

Dan Allah swt masih tidak mengizinkan Ainul sembuh apabila ubat chemo pun tidak berkesan buatnya. Doktor sarankan untuk tukar ubat lain, dan ubat itu adalah ubat terakhir yang boleh doktor cuba, jika tidak berhasil, maka TIADA LAGI RAWATAN DI HOSPITAL BUAT ANAK SYURGA SAYA.

Saya minta maaf kepada Ainul sebab saya dan isteri tidak sanggup ambil risiko itu dan kami membuat keputusan itu tidak teruskan chemoteraphy yang ketiga merangkap ubat yang last doktor boleh usahakan.

Ya Allah, Beratnya Dugaan Ainul Mardhiah Dan Ibu Bapanya, Moga Allah Beri Kekuatan Kepada Keluarga Ini

Ainul tidak boleh dioperate kerana lokasi ketumbuhan itu adalah tempat yang banyak salur darah dan saraf. Dalam CT scan, report mengatakan ketumbuhannya telah berada di belakang tengkorak hidung dan mata.

Kuatkan Ainul?

Jadi, tujuan saya menulis ini untuk anda tahu bahawa Ainul insan terpilih yang Allah kirimkan kepada saya dan isteri, Dia Ainul Mardhiah kami yang kuat dan cekal!

Di dalam post ini, saya ingin menjelaskan bahawa pihak hospital telah melakukan banyak usaha untuk pastikan Ainul sihat dan terima kasih saya ucapkan tanda penghargaan kepada Doktor yang merawat Ainul.

Doakan Ainul diberikan kekuatan dan kecekalan.

IKLAN

Saya, Bapa Ainul Mardhiah ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang tak henti henti mendoakan dan yang memberi sumbangan kepada Ainul.

Saya doakan anda semua diberkati, dilindungi, dipermudahkan segala urusan olehNya. Semoga anda semua sentiasa dalam rahmatNya.

Ketika saya menulis ini, saya sedang berada di wad kecemasan, Tiub pemakanan Ainul longgar dan keluar air.

Begini lah saya dan isteri, tidak kira siang dan malam, kami selalu berulang-alik ke hospital.

Akhir kalam, bukan wang dan ringgit yang kami harapkan, tetapi doa kalian. Siapa tahu ada di antara kita yang doanya diangkat Tuhan. Doakan Ainul Mardhiah ye.

Doa sahaja sudah memadai kerana pada saat dan ketika ini, doa adalah senjata utama.

KASHOORGA:

Para hamba Allah SWT yang soleh diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai musibah. Ada juga yang diuji dengan harta benda dan ada juga yang diuji dengan akalnya sehingga akalnya hilang dan dia menjadi bodoh. Ada juga yang diuji pada tubuhnya, sehingga sebahagian daripada anggota tubuh dan pancainderanya tidak berfungsi.

Ada juga yang diuji dengan anaknya, yang diculik oleh orang atau meninggal atau pergi menghilang dan tidak kembali. Ada juga yang diuji dengan harga dirinya, lalu dia dituduh dengan satu tuduhan yang dia sebenarnya bebas darinya, sebenarnya tuduhan itu tidak layak untuknya dan dia tidak layak untuk itu, tetapi dia bersabar dan berharap pahala hanya daripada Allah SWT. Apabila hal ini sudah diketahui, sesungguhnya Allah SWT telah menceritakan kisah orang-orang yang sabar dan hanya mengharapkan pahala daripada Allah SWT juga telah memuji mereka.

Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan sembahyang sebagai penolongmu sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (Surah al-Baqarah: 153)

Sumber kredit: Ahmad Safiuddin dan Mufti Wilayah, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

VIDEO KASHOORGA:

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI