Hukum buat gambaran masuk syurga menggunakan teknologi artificial intelligence (AI), adakah dibolehkan?
Sebelum ini tular tentang satu video dari negara seberang yang membuat gambaran memasuki neraka. Perkara ini mengundang reaksi dan juga kecaman.
Terbaru di negara kita, terdapat pula yang menghasilkan visual menggunakan AI gambaran penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang meninggal dunia akibat kemalangan bas baru-baru ini memasuki pintu cahaya yang dilihat seperti syurga.
Persoalan hukum tentang perkara ini ditanyakan oleh netizen dalam satu soal jawab di portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Ini kerana perkara tersebut adalah termasuk daripada perkara yang tidak dapat diketahui secara pasti oleh kita sebagai manusia.
Ads
Penentuan bagi sesiapa yang masuk ke dalam syurga adalah semata-mata milik Allah SWT dan kita tidak boleh menyebut secara pasti seseorang akan masuk syurga kecuali dinyatakan oleh Allah SWT dan rasulNya seperti sepuluh sahabat yang dijanjikan syurga.
Namun untuk selain yang dijanjikan Allah SWT tersebut, kita mengharapkan dan mendoakan kepada semuanya mendapatkan ganjaran syurga di hari Akhirat kelak.
Imam al-Tahawi menyebutkan bahawa:
Ads
ونرجو للمحسنين من المؤمنين أن يعفو عنهم، ويدخلهم الجنّة برحمته، ولا نأمن عليهم ولا نشهد لهم بالجنّة، ونستغفر لمسئهم، ونخاف عليهم ولا نقنِّطهم.
Maksudnya: Kami mengharapkan orang yang berbuat baik dalam kalangan orang yang beriman agar diampunkan dosa mereka dan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatNya.
Namun kita tidak memberikan jaminan aman dan memberikan penyaksian bahawa mereka pasti akan masuk ke dalam syurga. Kami memohon keampunan bagi orang yang melakukan dosa. Kami tetap merasa bimbang terhadap mereka, namun kita tidak menjadikan mereka putus asa (dengan rahmatNya).[2]
Ads
Justeru itu, tindakan terbaik buat kita adalah menyedekahkan pahala dan mendoakan mereka supaya ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh dan dimasukkan ke dalam syurga pada hari Akhirat kelak.
Berlakon berpelukan dalam drama atau filem memang menjadi antara aksi wajib dalam mana-mana penerbitan. Dari dahulu sehingga hari ini, drama seperti ini mempunyai pengikutnya tersendiri.
Lakonan mantap penuh penghayatan menjadikan aksi mereka sangat real; bertengkar, bergaduh, lafaz cerai malah berpelukan antara pelakon lelaki dan perempuan bukan mahram.
Ramai suka tonton aksi ini, namun, adakah lakonan ini dibenarkan dalam Islam tambahan pula pelakon pun mencari rezeki atas lakonan itu?
Apa yang jelas, Islam tidak membenarkan kita menghalalkan perkara yang diharamkan. Kita dapatkan penjelasan ustaz Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil
Assalamualaikum ustaz. Maaf ganggu sebab saya ada kemusykilan berkenaan sebuah drama (stesyen televisyen swasta) yang di dalamnya terdapat adegan pelakon wanita peluk pelakon lelaki padahal pelakon wanita itu sudah berkahwin dan ada anak. Saya ada berbual dengan kawan.
Saya cakap teruklah perempuan ini, dah kahwin oun boleh peluk lelaki lain. Kawan saya cakap tak salah pun, itu karier dia…dia kena professional.
Saya tetap pertahankan benda itu salah dan dia juga tetap dengan pendapat dia bahawa perbuatan itu tak salah sebab cari rezeki. Lagipun suami dia izinkan.
Soalan saya, apakah hukum menghalalkan yang haram akan jatuh kufur?
Jawapan:
Perbuatan wanita peluk lelaki yang bukan suami dan bukan mahram jelas hukumnya haram dan berdosa besar. Ini kerana perbuatan ini dikategorikan sebagai perbuatan yang menghampiri zina.
Perbuatan lebih teruk kecamannya menurut syarak kerana ia dipamerkan di hadapan umum dan dibanggakan. Perkara ini jelas disabdakan oleh Rasulullah ﷺ dalam sepotong hadis:
كل أمتي معافى إلا المجاهرين وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا ثم يصبح وقد ستره الله عليه فيقول يا فلان عملت البارحة كذا وكذا وقد بات يستره ربه ويصبح يكشف ستر الله عنه. متفق عليه
Maksudnya: “Setiap umatku akan mendapat pengampunan kecuali mujahirin (orang terang-terangan berbuat dosa) Dan termasuklah mereka yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang melakukannya (dosa) pada malam, kemudian pada pagi dia menceritakannya, padahal Allah SWT menutupi perbuatan itu.
Dia berkata: “Hai fulan, malam tadi aku melakukan begini dan begitu.’ Sebenarnya pada malam hari Tuhannya melindungi (aib) perbuatannya itu tetapi pada paginya dia sendiri menyingkap perbuatan (dosanya sendiri) yang ditutupi oleh Allah SWT.” (HR Bukhari & Muslim)
Sebagai seorang muslim wajib taat segala yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala larangan. Sebagai seorang muslim juga dia wajib mengharamkan apa yang Allah haramkan dan menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah Ta’ala.
Seseorang yang meyakini bahawa sesuatu perkara yang haram itu halal sedangkan perkara itu tiada khilaf dalam kalangan ulama maka boleh jatuh kepada kekufuran.
Perkara ini dinyatakan oleh Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisi di dalam karyanya “al-Mughni”:
Maksudnya: “Sesiapa yang beriktiqad(menyakini) halal sesuatu diharamkan secara ijmak ulama dan jelas hukumnya di antara umat Islam serta hilang syubhah(keraguan) padanya mengenai nas-nas yang wujud mengenainya seperti daging babi, zina dan seumpamanya yang mana ia tiada khilaf (di antara ulama) maka di jatuh kafir.”
Berdasarkan kenyataan Imam Ibn Qudamah di atas, seseorang itu boleh jatuh kufur bila menghalalkan perkara yang diharamkan dan sebaliknya jika menepati syarat-syarat di bawah ini:
i- Mesti diyakini tanpa berbelah bahagi perkara haram itu halal di sisinya
ii- Haram itu mesti sepakati oleh para ulama iaitu tiada khilaf
iii- Perkara itu diketahui haram oleh umat Islam pada pelbagai peringkat (المعلوممنالدينبالضرورة). Contohnya bila sebut sahaja arak memang semua tahu ianya haram.
iv- Hukum haram perkara itu berdasarkan nas atau dalil yang secara jelas menunjuk perkara itu haram tanpa boleh ditakwil, seperti dalil haramnya arak, zina, babi, meninggalkan solat fardu dan lain-lain lagi.
Namun menjatuh hukum kafir bukan perkara yang mudah dan amat berat hukum dan pernilaiannnya.
Malah menjatuhkan hukum kafir kepada seseorang tidak layak dilakukan secara individu malah tugasan ini dijalankan oleh pihak berautoriti untuk menyiasat secara terperinci seperti Jabatan Agama Islam Negeri.
Jika siasatan telah dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh syariat barulah pihak berautoriti membuat keputusan samaada seseorang itu murtad atau tidak.
Berbalik kepada soalan di atas, rakan si penanya tidak boleh dihukum kafir kerana masih tidak jelas dia menghalalkan perkara yang diharamkan.
Ini kerana kata-katanya masih bole ditakwil yang mana mungkin ‘tidak salah’ baginya disebabkan darurat menurut kejahilannya atau mungkin dia menganggap ia hanya dosa kecil.
Tambahan pula kita tidak dapat menilai isi hatinya adakah dia benar-benar meyakini di dalam hatinya bahawa perkara haram itu halal?
Walaubagaimana pun kata-kata rakan si penanya itu dikira sebagai dosa kerana memandang baik dan elok pada perbuatan maksiat.
Namun perbuatan dosa besar sekali pun tidak semestinya menjadikan seseorang itu kafir atau murtad.
Seperti yang sedia maklum, matlamat sama sekali tidak menghalalkan cara. Tidak sepatutnya seseorang sanggup melakukan perbuatan mungkar demi kerjayanya.
Meskipun niatnya baik untuk mencari rezeki namun Islam tidak menghalalkan perbuatan haram dengan alasan apa sekalipun.
Maksudnya perbuatan berpelukan antara lelaki dan perempuan tidak sepatutnya berlaku, banyak cara lain untuk menghidupkan sesuatu scene yang menarik tanpa memerlukan perbuatan maksiat.
Pendek kata “Tak mati lah” kalau buat drama tanpa adegan yang menghairahkan.
Suami bertanggungjawab mendidik isteri ke jalan yang benar. Tidak sepatutnya seorang suami membiarkan (mengizinkan) isteri berpelukan dengan lelaki lain.
Ini amat memalukan bagi seorang lelaki pembimbing isteri tetapi hakikatnya dia berperanan mencabul maruah diri dan isterinya.
Ingat! Suami seperti ini dilabel sebagai “DAYUS” dan hukuman bagi ketua keluarga seperti ini amat-amat berat hukumannya di akhirat kelak, seperti yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah ﷺ:
ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang telah Allah haramkan syurga untuknya: orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan ‘Dayus’ yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya” (HR Imam Ahmad & Nasa’ie)
Wallahu A’lam
Kashoorga: Semoga penjelasan ini dapat difahami. Jangan sewenang-wenangnya membuat tafsiran sendiri untuk menghalalkan yang haram atas kapasiti mencari rezeki. Dan jangan sewenang-wenangnya juga menjatuhkan hukum kafir kepada orang lain.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Salah cara membalas jasa ibu oleh anak adalah dengan cara memberi nafkah dalam bentuk wang kepada mereka terutama sewaktu keduanya sudah tua dan tidak mampu lagi menyara kehidupan.
Namun timbul persoalan tentang keperluan anak perempuan memberi ibu bapa nafkah wang ini. Daripada sudut agama, adakah perkara ini benar-benar menjadi satu kewajipan?
Dalam pada itu adakah jatuh berdosa buat seorang anak perempuan jika gagal menyediakan keperluan ini kerana tidak bekerja.
Menjawab persoalan itu, pendakwah bebas dikenali sebagai ustaz Nasrullah menjelaskan bahawa tiada dosa jika anak perempuan tidak berbuat demikian.
Hal ini kerana ia bukan tanggungjawab yang wajib ke atas mereka.
Menurutnya, jika seseorang wanita itu tidak mempunyai keperluan mendesak seperti membayar hutang pendidikan atau terikat dengan kontrak biasiswa, maka lebih baik mereka tidak bekerja.
Namun dalam keadaan tertentu, wanita boleh bekerja dari rumah sekiranya perlu.
Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pernah mengulas isu yang hampir sama menerusi portal Inarah.
Beliau menjelaskan bahawa tindakan seorang isteri berhenti kerja dan tidak menyumbang kepada perbelanjaan keluarga bukanlah satu kesalahan atau dosa.
Walau bagaimanapun, wanita yang memilih untuk bekerja bagi membantu meringankan beban suami dalam menanggung nafkah keluarga dianggap melakukan satu usaha yang baik.
Namun secara asasnya, tanggungjawab mencari nafkah terletak di bahu suami dan bukan isteri.
Kini sudah memasuki bulan Syawal. Malah sudah ada yang mula berpuasa kerana tidak mahu bertangguh ibadah yang dituntut ini. Persoalannya, bila berpuasa enam, adakah perlu berpuasa berturut-turut atau boleh dipisahkan asal cukup enam hari. Ini penjelasan dari Mufti.
Jawapan:-
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Antara amalan sunat yang boleh dilakukan apabila tibanya Syawal adalah dengan melakukan ibadah puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Ianya thabit dari perbuatan Nabi SAW yang mana di dalam hadith ada menyebutkan mengenai kelebihan berpuasa 6 hari di bulan Syawal iaitu bersamaan pahalanya dengan berpuasa sepanjang tahun. Ini berdasarkan sebuah hadith iwayat Muslim daripada Abu Ayub al-Ansari RA yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya:Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun. Riwayat Muslim (1164)
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah ketika mensyarahkan hadith di atas menyebut bahawa hadith ini menjadi dalil bagi mazhab Syafi’e, Hanbali dan juga Daud (al-Zahiri) bahawa disunatkan untuk berpuasa enam pada bulan Syawal manakala fadhilat seumpama berpuasa sepanjang tahun adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang lain yang mana menyebutkan bahawa setiap kebaikan itu dibalas dengan 10 kali ganda (أَنَّ الْحَسَنَةَ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا )[1].
Adakah Puasa 6 Perlu Dilakukan Secara Berturutan?
Setelah mengetahui akan pensyariatan puasa sunat enam Syawal beserta fadhilatnya, timbul juga persoalan mengenai adakah puasa yang enam itu perlu dilakukan secara berturutan ataupun boleh dilakukan secara berasingan.
Mengenai persoalan di atas, al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam al-Majmu’ ada menyebutkan: “…dan disunatkan untuk berpuasa secara berturutan di awal Syawal. Sekiranya dipisahkan (tidak berpuasa 6 hari secara berturutan) ataupun diakhirkan puasa tersebut di dalam bulan Syawal, maka ianya dibolehkan…”[2]
Al-Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya al-Mughni menyebutkan mengenai permasalahan ini seperti berikut: “…tidak ada bezanya (menjadikan puasa tersebut) dilakukan secara berturutan ataupun dipisahkan samaada di awal Syawal ataupun diakhirnya kerana hadith menyebutkannya secara mutlaq tanpa dikaitkan dengan sesuatu yang lain…”[3]
Kesimpulan:-
Berdasarkan pendapat-pendapat yang terdapat di dalam isu ini, kami katakan bahawa isu ini ada fleksibilitinya yang tersendiri iaitu puasa 6 boleh dilakukan secara berturutan ataupun dipisahkan. Diawalkan ataupun dilewatkan selagi mana masih berada di dalam bulan Syawal. Ianya tidak menjadi masalah.
Di dalam kemeriahan kita menyambut Syawal, sudah pasti akan ada jemputan dari sanak saudara juga rakan taulan untuk menghadiri rumah terbuka, kenduri dan sebagainya. Maka ianya tidak menjadi masalah serta penghalang untuk menunaikan puasa 6 Syawal kerana terdapat fleksibiliti di dalam kaifiat menunaikannya. Alangkah baiknya jika kita dapat menghimpunkan dua kebaikan dalam bulan Syawal ini, satunya dengan berpuasa enam dan keduanya dengan menghubungkan silaturrahim sesama kita. Wallahu a’lam. Sekian, wassalam.
Sumber :-
[1]Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim. Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, (8/56). Adapun pahala berpuasa sepanjang tahun diiktibarkan seperti berikut: Setiap amalan kebaikan digandakan dengan 10 dan ini bermakna 30 hari x 10 = 300 dan puasa sunat 6 x 10 = 60. Ini menjadikan jumlahnya 360 dan daripada perkiraan inilah dikatakan seumpama bepuasa sepanjang tahun (mengikut kiraan hijriyyah). Wallahu a’lam.
[2]Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab. Dar al-Fikr, (6/379)