Hukum Isteri Desak Suami Jatuhkan Talak Ketika Bergaduh
Suami isteri mana yang tidak bertelingkah atau berkonflik. Boleh jadi juga dalam pertelingkahan yang serius terkeluar perkataan yang mendesak atau mencabar suami untuk melafazkan talak.
Dalam situasi ini apakah hukum isteri yang berbuat demikian. Penjelasan isu ini diberikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Melalui penjelasan dalam IRSYAD HUKUM SIRI KE-912: HUKUM ISTERI MENCABAR SUAMI LAFAZKAN TALAK KETIKA BERLAKU PERGADUHAN mencabar suami untuk bercerai ketika bergaduh akan menyebabkan suami melafazkan talak dalam keadaan marah.
Lebih dirisaukan apabila isteri dengan mudah meminta diceraikan sedangkan suami tidak melakukan perbuatan yang bercanggah dengan hukum syarak.
Hal ini kerana Rasulullah SAW melarang seorang isteri meminta suami menceraikannya tanpa alasan yang kukuh dan dibenarkan syarak, sebagaimana sabda Baginda SAW:
Maksudnya: “Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa alasan yang munasabah maka haram baginya bau syurga.” (Riwayat Abu Daud)
Selain itu, dikhuatiri isteri yang mencabar suami untuk bercerai boleh dianggap nusyuz. Walaupun suami tidak boleh sewenang-wenangnya menggelarkan isteri nusyuz, namun dengan situasi seperti ini berkemungkinan suami boleh memfailkan kes nusyuz di mahkamah sehingga menyebabkan banyak kesan negatif yang lain bakal menyusul.
Oleh yang demikian, apabila berlaku keadaan cabar-mencabar seperti ini, sabar dan diam itu lebih baik daripada berbalas kata sehingga terlafaz talak kerana terlampau mengikut perasaan tercabar dan marah.
Ads
Kaunseling Keluarga dan Khidmat Sulh
Selain itu, perbincangan secara damai antara kedua-dua belah pihak sangat digalakkan apabila berlaku pertikaian dalam urusan rumah tangga. Pasangan suami isteri boleh mendapatkan bantuan orang tengah atau mediator sekiranya pertelingkahan yang berlaku tidak mampu diselesaikan berdua sahaja.
Memohon Khuluk atau Fasakh
Walau bagaimanapun, terdapat situasi isteri boleh meminta perceraian sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah SWT berikut:
Maksudnya: “Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa – mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu).” (Surah al-Baqarah : 229)
Ads
Berdasarkan ayat al-Quran di atas, isteri mempunyai hak untuk memohon khuluk iaitu menebus talak dengan sesuatu gantian di mahkamah syariah.
Begitu juga isteri boleh membuat permohonan fasakh jika masalah antara suami isteri dilihat tidak boleh lagi diperbaiki lagi malah akan ada kemudaratan yang lebih besar sekiranya perkahwinan diteruskan.
Pasti ramai mengikuti live di media sosial mengenai konsep niaga percedok. Di mana peniaga akan mengambil seberapa banyak yang dapat dalam satu cedokan dan pembeli hanya membeli pada jumlah rendah sahaja.
Ia menjadi kegilaan ramai masa kini di mana ada mengatakan bayar RM79 tapi dapat barang lebih mahal iaitu RM500. Di mana kata mereka sangat menguntungkan bagi pembeli. Dan kerana murahnya barangan itulah, ramai mengikutinya tanpa sedar hukum berjual beli begini.
Masih belum terlambat untuk bersama-sama menuntut ilmu dan kalau masih beli membelinya konsep jualan begini, jauhinya kerana ada unsur gharar dan didiharamkan.
Baca perkongsian dari Ahmad Sufyan Che Abdullah dari muamalat.my mengenai hal ini.
Assalamualaikum, saya nak bertanya soalan berkenaan dengan jual beli masa kini.
Saya ada tengok yang orang jual guna kaedah cedok cedok secara live dekat tiktok/ig story. Apakah hukumnya ya? adakah sah jual beli tersebut?
Kiranya pembeli tak boleh pilih. penjual akan jual contohnya 1 cedok barang makeup RM 80. Pembeli pun decide nak beli 1 cedok. Jadi penjual akan cedokkan secara live 1 cedok tersebut. Barang yang akan pembeli dapat nanti random apa yang dicedokkan oleh penjual tu.
Jawapan:-
Menjual dengan cara ini adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi SAW. Ia sama bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang diharamkan kerana unsur gharar fahisy yang jelas.
Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih Bukhari dan Muslim).
Menurut Imam Nawawi, al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan seperti baju yang mana disentuh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual. Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan, tanpa melihat secara terperinci, maka dikira jual. Dan tidak boleh lagi ada pilihan.
Jual beli sebegini, menurut Ibn Hajar al-Asqalani sebagai bentuk jual beli jahiliah.
Imam Nawawi menyifatkan jual beli sebegini adalah batil, tak sah kerana mengandungi unsur gharar.
Rasulullah SAW melarang keras bentuk jual beli gharar (Sahih Muslim). Gharar ialah jual beli yang mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi (mastur al-aqibah).
Bahkan bentuk dan struktur jual beli tersebut sudah dicipta untuk mewujudkan unsur ketidakpastian.
Gharar ada dua keadaan, sama ada gharar wujud, yang mana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak.
Keduanya gharar al-siffah, iaitu ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi.
Cedoh-cedok adalah sama sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar. Ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi.
Hati-hatilah sama ada penjual atau pembeli, kedua-duanya diharamkan terlibat dalam aktiviti seperti ini. Ia adalah amalan jahiliah yang tidak wajar dijadikan bisnes mahupun sengaja nak buat konten.
Mungkin ada orang kata, ala, setakat jual RM5 ringgit gula-gula saja. Oleh kerana by structure ia adalah gharar maka ia tetap haram.
والله أعلم Ahmad Sufyan Che Abdullah muamalat.my
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sering kali kita melihat golongan perawat lelaki menyentuh sekurang-kurangnya bahagian kepala wanita yang di ruqyahnya. Dalam pada itu timbul pertanyaan, bolehkah hal itu dibenarkan kerana jelas dan terang pesakit wanita bukan muhrimnya. Namun kebanyakan dari pesakit beranggapan, disebabkan ia berlapik hal itu dibenarkan dalam islam. Ikuti kupasan dari Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, hasil penulisannya yang dikongsi dalam e-book Maktabah Al Bakri.
Bolehkah perawat lelaki yang melakukan ruqyah syar’iyyah menyentuh pesakit wanita dengan berlapik?
JAWAPAN
Hukum bersentuhan kulit antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram adalah haram. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ma’qil bin Yasar R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Sekiranya dicucuk kepala salah seorang daripada kamu dengan jarum daripada besi, nescaya itu lebih baik buatnya berbanding dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya (bukan mahram).[1]
Walaupun zahir hadis menunjukkan pengharaman ke atas lelaki, akan tetapi hukum tersebut tetap terpakai sebaliknya sebagaimana yang dijelaskan oleh Mulla ‘Ali al-Qari:
Maksudnya: “Sesuatu khitab (ayat atau kenyataan) apabila terdapat padanya lafaz orang lelaki, maka ia juga adalah khitab kepada orang perempuan dalam masa yang sama, melainkan pada keadaan-keadaan yang tertentu.”[2]
Saya teringat kepada kisah Syeikh Hasan Habannakah tatkala seorang perempuan hendak bersalam dengannya lantas beliau tidak mengizinkannya. Kemudian dikatakan bahawa boleh jadi Syeikh dalam keadaan wudhu’ maka Syeikh menjawab : “Tidak. Tetapi sebenarnya Rasulullah SAW tidak menyentuh tangan mana-mana perempuan yang bukan mahram!”
Hal ini adalah berdasarkan hadith daripada Saidatina A’ishah radhiyallahu ‘ana:
Maksudnya: “Demi Allah! Tangan Rasullullah SAW tidak pernah disentuh oleh wanita (bukan mahram) sekali pun dalam baia’h (perjanjian, Mereka hanya membaia’h dengan ucapan sahaja.”[3]
Justeru, alangkah eloknya jika tidak disentuh dan hanya membaca doa kepada seseorang pesakit tersebut jika sekiranya perawat lelaki dan pesakit perempuan yang bukan mahram. Apa yang utama adalah bacaan, dan bukan sentuhan. Wallahu a’lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kita sering mendengar perkataan solehah disebut dan ia banyak dikaitkan dengan ketaatan isteri pada suaminya selain menjaga agamanya. Adakah solehah ini hanya diperoleh oleh isteri dan bagaimana dengan mereka yang belum berumahtangga atau tidak ada jodohnya di dunia. Dan apakah maksud wanita yang solehah dan beragama sepertimana yang disebut dalam hadis Baginda Nabi SAW.
Mufti Wilayah Persekutuan menjawab persoalan berkaitan wanita solehah ini dan semoga kita tergolong sebagai wanita solehah.
Jawapan:-
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Secara umumnya tidak semestinya apabila disebut wanita solehah merujuk kepada isteri kerana dalam Nas Ilahi juga menyebut berkaitan perempuan yang menjaga maruahnya. Wanita solehah biasanya disebut seperti ini untuk menjadi satu dambaan kepada lelaki dalam membina rumahtangga. Hal ini sepertimana sabda Nabi SAW:
فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Maksudnya: “Pilihlah perempuan yang beragama nescaya beruntunglah kamu.” Riwayat al-Bukhari (4802) dan Muslim (1466)
Al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan, ungkapan “فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ” membawa maksud sewajarnya bagi seorang yang beragama dan memiliki maruah (adab) untuk menjadikan agama sebagai petunjuk dalam setiap perkara, lebih-lebih lagi dalam perkara yang dia akan berteman dan tinggal lama bersamanya (isteri). Maka Nabi SAW menyuruh agar mendapatkan seorang wanita yang memiliki agama di mana agama adalah puncak keinginan. (Lihat Fath al-Bari, 9/164)
Imam Nawawi menyebut bahawa hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa kebiasaan adat seseorang apabila ingin menikahi wanita, terdapat empat perkara yang menjadi kayu pengukur. Rasulullah SAW menyuruh agar dilihat pada agamanya kerana ianya menguntungkan seseorang di dunia dan akhirat. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 10/51-52)
Ungkapan “فَاظْفَرْ” membawa maksud cari dan berusahalah serta berlumbalah untuk mendapatkan perempuan yang baik agamanya. (Lihat Taudhih al-Ahkam min Bulugh a-Maram, 5/234)
Imam al-Son’ani menyebut, Nabi SAW memerintahkan para pemuda sekiranya mereka menjumpai perempuan yang baik agamanya, maka janganlah mereka berpaling untuk mengubah pilihan kepada perempuan lain. (Lihat Subul al-Salam, 10/4)
Pengarang al-Fiqh al-Manhaji menyebut: Hikmah pemilihan wanita yang beragama dan berakhlak adalah kerana agama akan terus kukuh bersama-sama peredaran zaman. Manakala akhlak pula akan terus mantap bersama hari-hari yang berlalu, di samping pengalaman hidup. Apabila setiap pasangan menjadikan agama dan akhlak sebagai asas pemilihan, ia lebih menjamin kelangsungan cinta dan kasih sayang yang berkekalan.
Hal ini tidak pula bermaksud bahawa manusia tidak perlu mengambil kira faktor keturunan dan kecantikan. Sebaliknya, ia bermaksud bahawa sekiranya ciri-ciri tertentu sahaja yang ada pada seseorang perempuan, maka pemilihan berdasarkan agama adalah yang paling baik. Jika kesemua ciri ini ada, maka itulah wanita yang paling baik untuk dijadikan pasangan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/519-520)
Ini kerana wanita solehah ini biasanya sudah menjadi sejarah daripada dahulu lagi akan dikahwini oleh lelaki yang sepertinya dan biasanya akan menjadi pilihan utama. Disebabkan itulah, dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr R.A, Nabi SAW pernah bersabda:
Maksudnya: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” Riwayat Muslim (715)
Imam al-Qurthubi menjelaskan makna wanita yang solehah dalam hadith di atas ialah wanita yang menggembirakan suami apabila dilihat, mentaatinya apabila disuruh, dan memelihara kehormatan suaminya apabila ketiadaannya pada diri dan juga hartanya. (Lihat al-Mufhim, 4/221).
Maksudnya: “Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.” Riwayat Abu Daud (1664)
Syeikh Syams al-Haq al-‘Azim Abadi menukilkan kenyataan Al-Qadhi ‘Iyadh yang menyebut: Ketika Rasulullah SAW menjelaskan kepada para sahabatnya bahawa mereka tidak berdosa untuk mengumpulkan harta selagimana mereka menunaikan zakat, Baginda melihat perlunya memberi khabar gembira kepada mereka dengan menganjurkan kepada apa yang lebih baik dan lebih kekal iaitu isteri yang solehah yang cantik. (Lihat ‘Aun al-Ma’bud, 5/56-57)
Justeru, wanita solehah kebanyakannya berkaitan dengan isteri, iaitu diambil dari sudut ‘اعتبار ما يكون’ (iktibar pada masa akan datang), anak-anak yang soleh dan solehah, seterusnya menjadi wanita yang solehah dan akhirnya isteri yang solehah. Apabila disebut isteri yang solehah maka ia termasuk dalam perkara kebahagiaan dalam hidup. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Umamah R.A, Nabi SAW menyebut:
Maksudnya: “Seseorang lelaki yang beriman itu tidak akan mendapat manfaat dan faedah – selepas takwanya kepada Allah SWT – lebih daripada isteri yang solehah. Jika disuruh oleh suami, dia taat, jika suaminya melihat kepadanya, dia menyenangkannya. Jika bersumpah, nescaya dia dapat membuktikannya dan jika ditinggalkan oleh suaminya, dia menjaga diri dan menjaga hartanya.” Riwayat Ibn Majah (1857)
Begitu juga Nabi SAW menyebut berkenaan empat perkara yang menjadi kebahagiaan seseorang lelaki, iaitu:
Maksudnya: “Wanita (isteri) yang solehah, tempat tinggal yang luas/lapang, jiran yang soleh dan kenderaan yang selesa.” Riwayat Ibn Hibban (4031) dan Ahmad (1448)
Justeru, itulah yang disebut sebagai pengertian wanita yang solehah sepertimana terangkum dalam nas-nas yang dinyatakan di atas.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan: 74)
Semoga Allah SWT mengurniakan taufiq dan hidayah dalam melaksanakan setiap titah perinta-Nya. Amin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam keheningan Ramadan yang sarat dengan rahmat dan keberkatan, inisiatif “Pot of Hope” oleh Nu Ideaktiv bersama Rasa tampil sebagai satu gerakan yang bukan...