Ramai dalam kalangan lelaki yang memilih untuk berambut panjang. Tiada masalah tentang hal ini namun perlu diingat ketika solat rambut tersebut sebaiknya dilepaskan dan tidak diingat.
Ini kerana mengikat rambut ketika solat hukumnya adalah makruh.
Hal ini adalah sebagaimana dinyatakan dalam al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah bahawa para fuqaha telah bersepakat akan kemakruhan mendirikan solat dalam keadaan rambut terikat bagi lelaki.
Mengikat rambut di sini maksudnya menjalinkan rambut di sekitar kepala sebagaimana yang dilakukan oleh para wanita atau mengumpulkan rambut dan mengikatkannya di belakang kepala.
Solat dalam keadaan ini dihukumkan sebagai makruh tanzih. Namun, jika dia tetap juga solat dalam keadaan demikian, solatnya adalah sah. (Lihat al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 26/109).
Para ulama berhujah mengenai kemakruhan tersebut berdasarkan kepada riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma bahawa:
Maksudnya: “Beliau melihat Abdullah bin al-Harith solat dalam keadaan rambutnya diikat di belakang. Beliau (Ibn Abbas) lantas bangkit dan melepaskan ikatan tersebut. Apabila dia selesai (solat), lantas dia menghadap Ibn Abbas dan bertanya: ‘Mengapa kamu lakukan pada rambutku demikian?’ Lalu Ibn Abbas menjawab: ‘Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan orang ini (yang solat dengan mengikat rambutnya) seperti orang yang solat sedangkan kedua tangannya diikat ke belakang.’” Riwayat Muslim (1129)
Namun demikian larangan ini hanya dikhususkan kepada kaum lelaki dan tidak kepada kaum perempuan.
Dalam pada itu perkara yang perlu diberi perhatian juga dalam permasalahan lelaki mengikat rambut adalah hendaklah dipastikan pengikatan rambut itu jauh daripada sifat/tahap tasyabbuh (penyerupaan) kepada wanita.
Ini kerana terdapat larangan yang keras bagi lelaki untuk menyerupai perempuan dan begitulah juga sebaliknya. Jika dikhuatiri ia ada unsur penyerupaan dengan perempuan, maka seeloknya hendaklah ditinggalkan.
Dalam satu hadis, Muaz bin Jabal bersama-sama Nabi SAW dalam satu perjalanan.
Pada satu pagi, beliau berada dekat dengan Baginda dan bertanya: “Wahai Rasulullah, khabarkanlah kepadaku amalan yang akan memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku dari neraka?”
Baginda menjawab: “Demi sesungguhnya kamu bertanyakan kepadaku sesuatu yang agung padahal sungguh ia adalah perkara mudah bagi orang yang Allah jadikan mudah baginya iaitu: Kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apa pun, kamu mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan berhaji ke Baitullah.”
Jika mahu kita kena bijak dan pintar – dengan izinNya – dalam mengatur kehidupan siang dan malam. Ahli syurga sangat bijaksana di dalam mengatur amal ibadatnya. Jika sibuk di waktu siang, perbanyakkanlah amalan di waktu malam.
Jika tidak biasa maka bermulalah ketika masih ada tenaga dan sisa waktu. Allah .. Ya Allah … rasailah nikmatnya yang tidak terperi. Namun bangun malam sering terdapat halangan. Hadis sahih Muslim (Jilid 2) ada mencatatkan,
Abu Hurairah r.a. berkata yang Nabi SAW bersabda: “Syaitan membuhul ujung rambutmu tiga buhul. Apabila kamu tidur dengan ketiga buhul itu maka kamu akan tertidur sepanjang malam.”
Jika kamu terbangun lalu kamu menyebut nama Allah, maka terurailah satu buhul. Bila dia berwuduk, terurailah buhul kedua, dan bila dia solat terurailah semua ikatan lalu dia merasa segar dan bersemangat.
Iblis dan syaitan ada mengganggu. Namun mereka tidak pernah berkuasa. Berapa ramai yang tidak mahu begitu walaupun ketika berumrah dan berziarah? Kita lebih suka memilih untuk diikat olehnya.
Bacalah doa ini di kala menjelang subuh agar Allah permudahkan kita beribadah. Setelah selesai tunaikan solat tahajud dan mahu menanti azan subuh, sudah tentu kita akan bertasbih, berzikir, tahmid, bermunajat dan tidak lupa berdoa.
Doa yang dipohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan kehidupan harian dan memohon pertolongan agar sentiasa sihat dan kuat untuk beribadah kepadaNya.
Dalam kitab Al-Riqqoh wa Al-Buka’, Ibnu Abi Al-Dunya menyebutkan bahawa di antara munajat dan doa para salafus soleh saat menjelang terbit fajar agar mereka selalu mendapat kemudahan dan pertolongan untuk senantiasa senang beribadah kepada Allah adalah sebagai berikut;
Mawlaaya, ‘abduka yuhibbul ittishoola bithoo’atika fa a’inhu ‘alaiha bi taufiiqika ayyuhal mannan. Mawlaaya, ‘abduka yuhibbu ijtinaaba sakhothika fa a’inhu ‘alaa dzaalika bi mannika ‘alaihi ayyuhal mannaan. Mawlaaya, ‘abduka ‘azhiimur rojaa-i li khoirika falaa taqthoo’ rojaa-ahuu yawma yafrohul faa-izuun.
Wahai Tuhanku, hambaMu senang menyatu dengan taat kepadaMu, maka bantulah dia dengan pertolonganMu, wahai zat Pemberi Nikmat. Wahai Tuhanku, hambaMu senang menjauhi murkaMu, maka bantulah dia atas itu dengan anugerahMu padanya, wahai zat Pemberi Nikmat. Wahai Tuhanku, hambaMu sangat mengharap kebaikanMu, maka jangan putus harapannya pada hari di mana orang-orang beruntung mendapat kebahagiaan.
Kashoorga: Amalan berdoa merupakan salah satu cara kita mendekatkan diri dengan Tuhan. Memohon pertolongan melalui doa boleh sahaja dilakukan ketika di atas sejadah usai solat fardhu dan sunat atau walau di mana kita berada dan bila-bila masa sekalipun.
Bangunlah untuk bersolat tahajud kemudian berdoa lah merendahkan diri kepada Allah. kita memohon apa sahaja yang diinginkan atau diharapkan.
Malaikat yang turut sama bertahajud akan mengangkat doa-doa kita agar diterima Allah SWT. InsyaAllah agar segalanya dimakbulkanNya.
Terdapat beberapa amalan yang mudah, tetapi dijamin syurga oleh Allah SWT dan Rasul SAW. Berikut adalah di antaranya yang mana terdapat dalam hadis sahih.
Perkara ini dikongsikan oleh Dr. Ahmad Sanusi Azmi yang juga Timbalan Dekan di Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia dalam satu hantaran di media sosial beliau.
Rasulullah pernah bersabda: “Barangsiapa yang mengambil wuduk, dan kemudian dia membaca:
أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلَّ الله، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
” Maka Allah akan membuka baginya lapan pintu syurga dan dia boleh memilih untuk memasukinya dari mana-mana pintu yang dia kehendaki. ” (Hadis Riiwayat Muslim)
Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulullah mengajar kepada para sahabat lafaz yang perlu dijawab ketika azan dilaungkan oleh muazzin.
Kemudian, dihujung hadis tersebut, Rasulullah menjelaskan bahawa sesiapa yang melakukan sedemikian:
وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ
“Maka telah pasti ke atas dirinya syurga” (Hadis Riiwayat al-Nasa i)
Rasulullah menjelaskan bahawa sesiapa yang membaca ayat kursi selepas selesai solat, akan dijamin syurga:
” Barangsiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selesai dari solat, maka tidak ada perkara yang akan menghalangnya untuk masuk ke syurga melainkan kematian. ” (Hadis Riiwayat al-Nasai)
Terdapat tiga golongan yang dijamin oleh Allah sekiranya dia hidup, dia akan diberikan rezeki dan kecukupan, dan sekiranya dia meninggal, Allah akan memasukkan dia ke dalam syurga. Yang pertama: Sesiapa yang memasuki rumah dan memberi salam kepada ahli keluarganya, maka Allah memberi jaminan baginya… ” (Hadis Riiwayat Ibn Hibban)
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.