Hari ini dilaporkan sebanyak 3631 kes positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan mereka dijangkiti di negara ini adalah seramai 165, 371 kes secara keseluruhan. Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi seramai 1199 orang dari keseluruhan kes dilaporkan hari ini. Malah sebanyak 14 kematian dilaporkan termasuk 2 bukan warganegara hari ini menjadikan jumlah kematian COVID-19 di Malaysia kini seramai 619 orang.
COVID-19 yang sudah hidup dalam komuniti masyarakat sejak kebelakangan ini sudah tidak mengenal mangsa. Malah kita sentiasa disarankan mengamalkan penjarakan fizikal, basuh tangan, memakai pelitup muka selain menggunakan hand sanitizer.
Terkini, BERNAMA melaporkan Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) di sini yang qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif COVID-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
Ads
Menurutnya, ahli keluarga beliau yang turut positif virus terbabit dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Ads
Dalam perkongsian menerusi sesi siaran langsung Instagram bersama selebriti dan aktivis kemanusiaan, Nur Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah semalam, imam itu berkata, beliau menjalani ujian saringan selepas seorang rakan yang ditemuinya disahkan positif jangkitan terbabit.
Katanya, antara gejala yang dialaminya sebelum disahkan positif COVID-19 ialah sukar bernafas selain batuk yang kering.
Ads
Sehubungan itu, beliau menasihati umat Islam agar tidak mengambil mudah penularan pandemik berkenaan serta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selain mengingati Allah SWT dengan berzikir.
Perkongsian beliau mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HAL EHWAL AGAMA), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mendoakan Abdul Karim segera sembuh dan sihat daripada COVID-19, melalui video yang dimuat naik menerusi Instagram beliau hari ini. – Sumber gambar : IG AbdulKarimalmakki
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) Surah al-Isra’, 17:32
Berkata Ibn Kathir dalam Tafsir-nya bahawa Allah melarang para hamba-Nya daripada melakukan zina dan juga perkara yang membawa dekat kepada zina seperti sebab-sebab dan seruan-seruannya. Rujuk Tafsir al-Azim (5/72).
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya.”Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Dalam satu hadis sahih riwayat Thobarani, Rasulullah SAW memberitahu bahawa individu yang melakukan zina akan menerima balasan dari Allah ketika penzina masih hidup lagi di dunia.
Sabda Rasulullah SAW: Wahai kaum Muslimin! Jauhilah perbuatan zina karena padanya ada enam macam bahaya akan menimpa mereka yang melakukan zina. Tiga akan berlaku di dunia dan tiga lagi akan diadili di akhirat.
Ada pun bahaya yang akan menimpa penzina di dunia ialah:- 1. Lenyapnya cahaya dari mukanya, 2. Memendekkan umur, dan 3. Mengekalkan kemiskinan
Ada pun bahaya yang bakal menimpa di akhirat kelak ialah: 1. Kemurkaan Allah Ta’ala, 2. Hisab (perhitungan) yang buruk, dan 3. Siksaan di neraka (HR. Baihaqi)
Hal zina ini diperjelaskan lagi Baginda Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW, “Berhati-hatilah kamu tentang zina. Sesungguhnya pada zina itu ada enam. Di dunia, mereka yang melakukan zina, rezekinya akan berkurangan, dirinya hilang keberkatan dalam hidup dan terakhir, rohnya akan keluar dari badan dalam keadaan terlindung dari Allah Ta’ala. Allah tidak akan melihat kepada ruhnya.
Adapun nasib yang akan menimpanya di akhirat ialah:
1. Allah akan melihat kepadanya dengan pandangan kemurkaan, yang menyebabkan mukanya akan menjadi hitam. 2. Dia akan ditarik mukanya dengan rantai ke neraka (api) yang paling besar. 3. Kiraan amalannya akan dilakukan dengan teliti dan ketat.
Selain dari balasan dunia dan juga siksaan di akhirat, ada juga hukuman azab ketika berada didalam kubur bagi mereka yang berzina ketika di dunia.
Rasulullah SAW bersabda “Barang siapa yang memenuhkan (menggunakan) matanya kepada yang haram, Allah akan memenuhkan matanya dengan bara api neraka Jahanam. Barang siapa yang berzina dengan wanita yang haram baginya, Allah akan meletakkannya di dalam kubur dengan penuh kehausan menangis dan sedih.
Bukan itu saja, wajahnya akan dihitamkan seperti gelap gulita, di tengkuknya akan digantung dengan ikatan rantai dari neraka. Penzina juga akan dipakaikan dengan baju dari api neraka pada tubuhnya.
Lebih teruk, Allah tidak akan berbicara dengannya pada hari kiamat. Dia juga tidak akan disucikan (dimuliakan) dan bagi mereka azab yang amat pedih.
Maka, jauhilah zina kerana ia lebih banyak membawa keburukan dan kejahatan. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat selagi berpeluang melakukannya. Jangan ulangi perbuatan ini lagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ada orang sanggup memperjudikan diri dalam dunia pekerjaan. Ada yang tak segan silu mengambil rasuah dan membuka pintu sempadan negara kerana terpedaya dengan nafsu untuk hidup senang. Isu seperti kartel daging adalah contoh yang cukup jelas. Begitu juga kemasukan beramai-ramai orang asing dan terus tidak keluar dari negara juga membuktikan jika tidak amanah, negara pun sanggup kita gadaikan.
Namun bukan semua terpedaya dengan nilai duit, kesenangan atau kemasyhuran sebaliknya berpegang teguh pada pendirian demi agama. Baru ini tular di luar negara, seorang juruterbang dari syarikat penerbangan Emirates yang dipecat kerana tidak mahu melakukan penerbangan ke kota Tel Aviv yang dunia tahu sering menindas Palestin.
Dalam kejadian dilaporkan oleh Public Maroko, juruterbang Mun’em Shahib Tabik telah berkongsi luahan hati di blog yang kemudian di kongsikan ke fbnya mengenai dirinya yang tidak lagi menjadi juruterbang selepas menolak menerbangkan pesawat ke Tel Aviv pada 12 Januari lalu.
Juruterbang berasal dari Tunisia itu kemudian terus menutup akaun facebooknya selepas menulis status “Allah saja yang memeliharaku.. saya tidak menyesal.”
Umum tahu, UAE baru saja menandatangan kepekatan perdamaian dengan Israel. Diikuti dunia Arab lain seperti Bahrain, Sudan dan Morocco. Sebelum ini bekas Presiden Amerika, Donald Trump menekan kesepakatan antara Israel- UAE pada 13 Ogos lalu. Ia merupakan kesepakatan normalisasi / perdamaian pertama antara negara Teluk dengan Israel dan ketiga dengan negara Arab selepas kesepakatan perdamaian Israel dengan Mesir pada tahun 1979 dan Jordon pada 1994.
Sumber : Palinfo / Gambar Pesawat Emirate mendarat di Tel Aviv oleh Memo.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tidak dinafikan, kekuasaan Allah taala dapat dilihat dengan jelas melalui alam semulajadi. Terdapat banyak fenomena alam terjadi di seluruh dunia sama ada kita sedar mahu pun tidak. Malah setiap kali muncul hal-hal dilihat seakan misteri di dada langit, kita mengaitkannya dengan perkara-perkara mistik atau aspek lain.
Pada hal Al-Quran yang diturunkan sejak 1400 tahun dahulu, sudah menceritakan segala-galanya mengenai langit dan bumi.
Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
Tahukah, beriman dengan dengan perkara ghaib antara ayat yang banyak disebut di dalam al-Quran, malah ia juga terkandung dalam Rukun Iman.
Dalam perkongsian Sinar Harian, pendakwah, Ustaz Hanafiah Abd Malek berkata, ia penting kerana banyak perkara ghaib telah dibuktikan oleh sains yang menunjukkan kekuasaan dan keesaan ALLAH SWT.
Jelas Ustaz Hanafi, antara contoh perkara ghaib itu adalah ALLAH SWT, syurga dan neraka serta iman yang semuanya tidak boleh dilihat.
"Begitu juga dalam Rukun Iman iaitu percaya kepada ALLAH, malaikat, qada dan qadar serta hari kiamat (semuanya perkara ghaib), kecuali percaya kepada kitab (al-Quran) yang nyata. Begitu juga Rasul, ia perkara nyata," jelas beliau.
Jika kita seorang yang beriman, kita tentu mempercayai apa saja perkara-perkara yang ditunjukkan oleh Allah taala dan bukan mengaitkannya dengan perkara mistik atau tahyul.
Begitu jugalah, kemunculan pembentukan awan aneh yang berlaku membentuk Pheonix di di Fuzhou, Fujian, China awal tahun ini sebanyak dua kali. Malah bukan di Fuzhou saja, banyak pembentukan awan aneh terjadi di seluruh dunia. Pernah berlaku pPembentukan awan aneh yang disebut sebagai awan lentikular di mana awan kelihatan berbentuk kanta atau piring. Fenomena ini biasanya berlaku di puncak gunung. Begitu juga pernah berlaku awan seri pagi di Teluk Carpentaria di Australia yang bentuknya seakan menari-nari. Pembentukan awan aneh ini biasanya berlaku akibat udara laut dari dua arah bertemu dan membentuk kesan silinder berpusing.
Jadi tentunya pembentukan awan berbentuk burung Pheonix ini pastinya adalah fenomena biasa. Namun burung ini pastinya agak istimewa kerana banyak negara menjadikan lambang burung ini sebagai jata negara mereka terutama Indonesia dan beberapa buah negara lain.
Lagenda Burung Pheonix
Kisah burung Phoenix ini disebut juga sebagai Garuda menjadi antara misteri yang membingungkan lantaran tercetus persoalan sama ada burung raksasa itu benar-benar wujud pada zaman dulu tetapi sudah pupus pada hari ini atau ia sekadar mitos khayalan yang kekal meniti sejarah.
Sekiranya cerita Phoenix atau panggilan nama lain hanya sekadar mitos, persoalan mengenai hakikat kewujudannya menjadi semakin pelik lantaran mitos burung raksasa berkuasa mistik itu dipercayai dalam banyak budaya masyarakat berlainan negara, malah berasingan benua.
Selain Malaysia, kepercayaan terhadap Garuda turut dipercayai di India, Indonesia, Mongolia dan Thailand.
Burung raksasa mistik itu juga turut dipercayai masyarakat Jepun, Russia, China serta negara Barat tetapi dikenali dengan nama lain, antaranya Pheonix, Karura, Khangarid dan Firebird.
Simbol negara
Malah, ada kerajaan tertentu menjadikan burung raksasa itu sebagai simbol atau jata negara, antaranya Indonesia, Thailand dan Mongolia, seolah-olah makhluk itu memang pernah wujud di dunia ini dan dipercayai turun-temurun dalam budaya penduduk negara berkenaan.
Sejarah kepercayaan terhadap Garuda di Tanah Melayu dipercayai berasal daripada kisah yang diceritakan dalam manuskrip purba Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah.
Mengikut cerita, pada masa dulu, Garuda bersarang di Pulau Langkapuri (kini Langkawi).
Apa pun kepercayaan kita, ingatlah Allah lebih mengetahui segala-galanya. Paling penting, setiap tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi ini dihuni oleh makhluk ciptaan Allah sama ada kita nampak atau pun tidak. #SinarUntukMalaysia
Saksikan video di bawah awan berbentuk burung Pheonix
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...