Mati itu pasti sebagaimana janji Allah taala buat hamba-Nya. Tidak tercepat sesaat atau terlewat seminit.
Dalam doa kita selepas solat, kita sering memohon agar penghujung hidup kita di akhiri dengan baik, husnul khatimah dan bukan su’ul khatimah.
Perkongsian seorang bapa, Haji Afandi Abdul Samad mengenai perjalanan anak sulungnya, Iman Summayyah yang dijemput Illahi pada 4 Oktober lalu akibat kanser cukup meruntun hati. Indahnya pengakhiran anaknya itu, seindah nama dan akhlaknya.
Ads
Malah saat nyawa terpisah dari jasad, anaknya seorang hafizah ini pergi dalam keadaan mengukir senyuman saat dirinya bertanya “maya, lihat apa, syurga ya. Dan di saat itulah Malaikat menjalankan tugasnya. Melihat kepada senyuman terukir di wajahnya, barangkali anaknya sedang melihat syurga.
Jelas bapa ini, arwah Iman Summayyah diuji dengan kanser namun sepanjang sakit sedikit pun anaknya tidak pernah mengeluh dengan ujian diterima. Bahkan menerimanya dengan redha.
Ads
Memaklumkan anaknya itu menghentikan seketika pengajian di Universiti Al Azhar, Mesir kerana mendapatkan rawatan di KPJ pada Februari tahun lalu (beberapa hari sebelum Malaysia umumkan lock down). Saat dirinya anaknya itu kembali melanjutkan pendidikan di Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai.
Ads
Bacalah perkongsian ini, agak panjang namun penuh pengajaran.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Berkongsi perkembangan terkini Fatin Amirah, menurut kakaknya, Fatin Amalina, 29, adiknya kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital di Shah Alam, Selangor untuk pemantauan lanjut selepas tiba di tanah air, Sabtu lalu.
“Keadaannya masih sama (koma). Tiada respons apabila kita bercakap. Hanya mata sahaja berkelip.
“Menurut prognosis doktor di Makkah dan Malaysia, Fatin Amirah akan terbaring sahaja sepanjang hayat,” katanya.
Menurutnya, mereka sekeluarga reda dengan ujian menimpa selain mengharapkan keajaiban buat adiknya itu.
“Kami belum ada sebarang perancangan, segalanya bergantung kepada keputusan doktor.
“Apapun kami reda dengan ujian Allah beri ini dan mengharapkan yang terbaik untuk Fatin Amirah,” tambahnya.
Katanya, Fatin Amirah, 26, dan bapa mereka, Rosli Nawi, 56, pulang ke tanah air dengan menggunakan penerbangan khas dari Jeddah ke Subang, Sabtu lalu, selepas mendapat kebenaran doktor di King Abdullah Medical City.
“Alhamdulillah, mereka selamat tiba Malaysia dengan hasil sumbangan rakyat Malaysia yang berjaya dikutip dalam tempoh 24 jam selepas kisah Fatin Amirah disiarkan di Harian Metro.
“Kami berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan menghulurkan pelbagai bantuan sejak Fatin Amirah dirawat di Makkah lagi.
“Hanya Allah dapat membalas budi kalian semua,” katanya.
Fatin Amirah tidak sedarkan diri akibat terjatuh di tandas bilik hotel, Makkah, 29 Disember lalu.
Sebelum insiden itu, Fatin Amirah menunaikan umrah bersama bapanya serta dua adik lelakinya sejak 20 Disember lalu dengan misinya mahu menunaikan nazar arwah ibu mereka yang meninggal dunia, Julai tahun lalu.
Ramai pasagan bercinta hari ini yang terpaksa tangguhkan sementara majlis dek kerana kekangan bajet.
Apatah lagi ketika ini harga barangan semua naik dan menyebabkan persiapan ke arah majlis perkahwinan perlu ditangguhkan sementara.
Namun begitu, pasangan yang mahu berkahwin masih boleh merealisasikan majlis perkahwinan dengan bajet sederhana.
Seperti perkongsian wanita ini Syazliah Fateha di laman sosial Facebook yang mengadakan majlis perkahwinan empat tahun lalu hanya dengan kos serendah RM4,000 sahaja.
Ayuh kita lihat apa yang dilakukannya hingga menjadikan majlis perkahwinan tetap meriah dan jadi sangat bermakna.
Hari ni Sya nak share beberapa tips kahwin bajet tapi meletopp khas untuk kawan-kawan yang nak mendirikan rumah tangga.
Sebab ramai yang nak tahu berapa kos keseluruhan majlis Sya baru-baru ni.
Mana la tau kan, kot-kot boleh membantu korang
Sumpah aku excited gila bila tengok pelamin sendiri ni. Aku nak mini pelamin yang colour dia boleh match dengan semua colour baju.
Alhamdulillah. Akhirnya jumpa juga bridal yang mampu realisasikan impian aku ni.
Jangan terkejut kalau jumpa pemilik bridal ni, orangnya muda remaja lagi. Cantik pulak tu. Service tip top
Boleh jenguk FB : FarahAina Bridal
HARGA : RM 600
Aku pilih design simple, tak padat sangat. Cantik. Harga bergantung pada design jugak. Macam corak yang aku pilih ni harga dia murah je.
Nak berinai boleh jenguk Fb : Cahaya Hidayah
5 bintang
HARGA : RM70
*tak termasuk caj perjalanan
Cincin suami aku beli dekat kedai silver terus. Serik sikit beli kat kedai emas.
Cincin tunang 2 tahun lepas aku beli Rm300 kat kedai emas, silver jugak. Lepas tu aku survey kat kedai silver, harga jauh lebih murah.
Plan nak ambil permata yang colour hijau gitu sebab masa tunang beli colour biru. Tapi jari si dia tu susah bebenor nak cari saiz. Saiz 8.
Terpaksa ambil yang colour biru juga. Sebab yang tu jer ready stock and saiz 8. Nak beli cincin kat dia senang je. Sebab saiz jari kitorang sama je
HARGA : RM 150
Canopy aku ambil yang biasa jer, memang bajet RM200 je. Janji tak kena panas dan hujan.
Plan tak nak renda-renda tu awalnya. Rezeki, jiran sebelan rumah nak sponsor lagi RM 50 untuk tambah renda-renda tu. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak
HARGA : RM200 (khemah biasa)
Katering pula, aku ambil dengan orang sekampung yang memang semua orang tau makanan yang dia masak super sedappp.
Mula-aku bajet nak tempah untuk 150 orang makan je, sebab aku tak jemput ramai orang. Jemput jiran sebelah rumah dan kawan-kawan terdekat je.
Sebelum kita rasa sakit kepala sebab nak kena fikir kos bayar katering beribu-riban, set kat kepala dahulu. Berapa orang kita nak jemput.
Macam kes aku, family aku kecil. Lepas tu mak cik-mak cik, nenek semua tak larat nak masak, memang kena ambil katering.
Terus terang, dalam banyak perkara pasal majlis kahwin, katering paling aku risau, dok fikir mana nak cari duit wei. Ribu-ribu. Setakat makeup, pelamin semua tu aku tak risau, sebab aku pernah cakap kat suami.
Takpe takda pelamin, takpe tak mekap, takpe takda baju cantik-cantik. Fikir nak cari duit makan je sekarang ni. Ada duit lebih boleh la tempah yang lain-lain tu.
Alhamdulillah, rezeki. Akak katering bagi Rm10 jer untuk 1 pax, harga asal belas-belas ringgit. Dia tolong. Alhamdulillah, rezeki lagi.
Nenek cakap tempah untuk 200 orang makan, kalau 150 je, nanti kang tak cukup. Dia kata baik lebih dari kurang. Aku setuju, so aku tempah untuk 200 orang makan.
Duit aku, bajet aku ada banyak tu je. Aku tak mampu nak jemput orang ramai-ramai. Buat yang termampu.
HARGA : RM10 x 200 pax = RM2000
(Gambar kat atas ni sekadar hiasan sebab tak jumpa cari mana gambar barang hantaran)
Untuk barang hantaran, aku cakap kat suami nak cari barang sendiri. Dia cari barang dia.
Aku beli barang masa tengah sale. Pasal barang hantaran ni sebenarnya bergantung pada individu. Kalau bajet besar, boleh la beli barang-barang branded.
Macam aku, adalah ‘seketul’ dua barang branded yang aku beli. Tapi aku akan cover balik benda-benda tu semua dengan barang yang lagi murah.
Set mandian aku beli Rm15 je. Dapat body lotion, scrub dan mandian. Boleh la cover harga handbag idaman
Macam buah-buahan, pulut kuning sepupu dan jiran sponsor. Jimat dah kan hehe. Alhamdulillah.
Untuk goodies. Aku just beli surah yaasin 100 pcs, dapat harga 30 sen je satu. Sepanjang aku dok survey, tu paling murah dan cantik yang aku jumpa.
Gula-gula makanan ringan sepupu aku sponsor. Tu pun tak sampai RM 100 pun.
TOTAL ANGGARAN KASAR : RM 500
Dari awal-awal lagi memang aku dah set dalam kepala tak nak sewa baju. Bagi aku, baik beli sendiri, habis beratus pun baju tu tetap jadi milik kita.
Takpe la baju tak grand, janji raya haji nanti aku boleh recycle balik pakai baju ni. Jimat bukan
Bila orang tanya tema majlis aku semua colour apa. Serius aku takda jawapan.
Masa cari baju pun aku tak tau nak colour apa. Sampai kedai, mana yang aku nampak cantik, ada saiz aku ambil je. Suami aku pun jenis tak kisah jugak.
Nampak baju biru cair ni, tengok saiz 36. Ok cun! Aku try, suami pun cakap cantik. So aku terus beli. Jadi tema wedding aku biru cair.
Baju ni, aku pakai untuk akad nikah sekali dengan sanding. Sengaja tak nak colour putih, takut nanti tak terpakai pulak. Kang pakai pergi jalan-jalan orang kata pengantin sesat mana ni
Baju suami beli kat Gene Martino, Rm100 je. Nasib baik jumpa cari baju yang colour sebijik macam baju aku. Sebab kat situ ada 100 cod color baju.
Tudung yang aku pakai tu aku beli murah je, sandal pulak beli kat Vincci. Selesa la jugak even 3,4x aku jatuh
Baju : RM 229 Tudung : RM 7.90 Sandal : RM 109
Part ni aku suka. Siapa tak suka wei bila tengok muka sendiri lepas make up. Cantik Sorry terperasan.
Makeup ni yang cantik sebenarnya hehe. Muka aku rasa tak pakai apa-apa, ringan dan tak melekit. Syok wei, rasa nak suruh akak MUA makeup kan lagi hehe.
Aku tak guna sebarang span atau tisu untuk lap peluh even akak MUA pesan suruh dap-dap kan muka dengan span basah bila peluh. Aku dah test dok tengah panas, make up langsung tak cair, terbaik sangat make up dengan akak comey lote ni.
Aku minta MUA makeup kan aku untuk sanding terus. Sebab aku nikah pukul 11.00 pagi, kira lepas tu terus sanding.
Jimat masa, jimat kos, jimat segala-galanya.
Boleh jenguk FB : Eyla D’touch
HARGA : RM250
*tak termasuk caj perjalanan
TOTAL : RM 345.90
Majlis sambut menantu lepas Asar. Boleh dikatakan semua benda settle dalam masa 1 hari. Untung kahwin dengan orang dekat ni
Baju majlis ni, aku pinjam baju sepupu. Tudung dan veil pun aku pakai tudung yang sama. Pukul 4.00 petang aku cuci makeup, solat zohor and makeup siap-siap sementara tunggu azan Asar.
Makeup kali ni, mohon jangan kecam. Sebab aku makeup sendiri Dah namanya penjual Bc Cream. Takkan tak nak promote kan? Meh laa beli dyxy dengan kita
Aku just calit-calit jer bc cream, guna brush ratakan. Lipstick yang aku pakai pon set dyxy cod Sexy Nude. Aku letak blusher Rm10 sikit kat pipi kasi pinkish-pinkish gitu.
Ok tak? So untuk majlis sambut menantu aku tak perlu keluarkan duit 1 sen pun huhuhu.
Ingat. Setiap perkara yang baik-baik, insya Allah, segalanya akan dipermudahkan.
Aku bertunang selama 2 tahun. Duit tak pernah cukup. Setiap kali orang tanya bila nak kahwin, jawapan aku ‘takda duit macam mana nak kahwin’.
Mac 2017, aku pakat dengan suami. Kahwin tahun ni. 22 Julai. Sama tarikh dengan hari lahir aku. Pasal duit tolak tepi. Kita dah pasang niat nak buat masa tu, hari tu, DIA akan tolong.
Syukur. Semuanya berjalan lancar. Tips last aku nak bagi.
1. Set dalam kepala jangan ikut atau dengar cakap orang. Even kau buat majlis grand kat hotel pun pasti orang mengata juga. Pilih ikut kemampuan!
2. Jangan berhutang. Lepas kahwin banyak lagi duit yang nak diguna. Duit banyak tu, takat tu je la majlis kita. Sekali lagi, ABAIKAN CAKAP ORANG.
3. 3-4 bulan sebelum tarikh kahwin dah boleh beli barang-barang kahwin. Beli awal tak rasa duit tu keluar laju macam air paip.
4. Bila kau down, tengok duit makan tinggal seringgit sebab beli barang-barang kahwin. Pejam mata. Tenangkan hati. Takpe, Allah SWT tolong. Aku selalu pujuk hati macam tu.
3 kali aku ulang ‘abaikan mulut orang’. Kenapa? Sebab kalau kau jenis hati tisu memang lambat la majlis nak berlangsung. Kecuali duit memang dah kepok-kepok.
Last sekali. Terima kasih sudi baca post aku kali ni. Tersilap terkurang maafkan aku. Niat aku satu je. Nak tolong kawan-kawan kat luar sana yang nak kahwin, tapi bajet tak pernah cukup.
Doakan kebahagiaan aku dan suami. Terima kasih
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Baru-baru ini Pejabat Mufti Negeri Selangor menerusi Mufti Negeri Selangor, Dato Dr Haji Anhar Haji Opir ada mengeluarkan satu kenyataan terbaru mengenai keadah pengurusan jenazah pesakit Covid-19 bertarikh 11 Ogos 2021.
Dalam kenyataan tersebut, Mufti Selangor ini memaklumkan berdasarkan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Pertama Tahun 2021 yang bersidang pada 28 Zulhijjah 1442H bersamaan 7 Ogos 2021 setelah diperkenan oleh D.Y.M.M Sultan Selangor pada 11 Ogos 2021 memutuskan bahawa:-
Hukum asal pengurusan jenazah muslim termasuk jenazah pesakit Covid-19 hendaklah diuruskan dengan sempurna melalui kaedah pengurusan jenazah dengan dimandi, dikafan, disembahyang dan dikebumikan dalam tempoh masa seminimum mungkin mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.Sekiranya terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa pengurusan jenazah berisiko dijangkiti dengan penggunaan air maka hendaklah digantikan dengan tayammum pada anggota badan jenazah dengan mengambil kira Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Walau bagaimana pun sekiranya terdapat halangan atau dibimbangi boleh membawa kepada penyebaran penyakit maka gugur kewajiban memandikan, tayammum ke atas jenazah dan memadai dikafan, disembahyang dan dikebumikan.
Dalam melaksanakan keputusan ini, pihak hospital dan pihak berkuasa agama, perlu menyediakan tenaga kerja. Segala kelengkapan dan keperluan yang mencukupi dalam pengurusan jenazah Covid-19.
Keputusan ini sedang dalam proses kewartaan namun perlaksanaan ini berkuat kuasa pada perkenan D.Y.M.M Sultan Selangor.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.