Sebagai manusia kita dingatkan supaya jangan menilai seseorang itu hanya dari luaran sahaja. Apa yang kita lihat kadang-kadang tidak seperti yang disangkakan.
Malah mungkin ada sisi baik yang kita tidak nampak sehinggalah betul-betul berpengalaman bersama dengannya.
Seperti perkongsian Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail yang juga merupakan seorang penceramah bebas di laman sosial Instagramnya.
Dalam satu postingnya, dia menyatakan kekaguman seorang pelakon, Hafidz Roshdi yang disifatkan sebagai seorang Muslim Sejati.
Ads
Ini berdasarkan pengalaman ketika berlakon di sampingnya, dan PU Riz juga turut keliru siapa agaknya menjadi PU jika dibandingkan dengan kedua-duanya.
HAPPY BIRTHDAY @hafidz.roshdi
Kadang kadang aku keliru aku ke dia yg PU
apa apa pun
Kita doa supaya Allah mengistiqomahkan apa yg ada pada dirimu dan inn sha Allah
Hang akan terus maju lagi kedepan
Korang tnggu lagu kita nnti
Oh lupa nak oyak scene last tu hafidz nak bunuh dirii sebab tertekan so kita la wak yg memujuknnya
Menurut PU Riz dia yang sering ditanya soalan berkaitan agama, tetapi berlainan dengan pelakon bernama Hafizd Roshdi.
Ads
Menurutnya Hafidz Roshdi juga turut berkongsi kebaikan membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat berbanding surah Yasin.
Turut menyatakan kekagumannya melihat pelakon lelaki ini yang begitu berminat dan ingin mengetahui lebih mendalam mengenai ilmu agama.
Malah bukan itu sahaja, dia yang sebillk dengan Hafidz Rosdhi turut terkejut melihat pelakon lelaki ini tidak tinggal dalam melakukan solat dhuha 12 rakaat, apatah lagi solat fadhu yang wajib.
Ads
Bukan itu sahaja, malah alarm pada telefonnya juga turut dipasang untuk mengejutkan bangun bersolat subuh pada setiap pagi.
Hutang seberapa kecil pun tetap wajib dibayar meskipun pemilik hutang itu seorang jutawan yang kaya raya. Islam ialah agama yang menjunjung keadilan dan sangat menghormati hak milik seseorang. Tiada siapa yang boleh mengambil milik orang lain tanpa kerelaan hati daripadanya.
Nabi SAW selalu berdoa agar dihindarkan daripada hutang. Siti Aisyah berkata: “Doa yang selalu dibaca Nabi SAW dalam solat adalah: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang.”
Islam melihat hutang sebagai sesuatu yang berat. Oleh itu umat Islam dianjurkan untuk menghindari hutang sedaya mungkin. Berusahalah untuk melangsaikan hutang apatahlagi jika berhutang dengan ahli keluarga sendiri.
Ikuti perkongsian lelaki ini. tentang soal hutang.
Dulu aku pernah berhutang dengan mak aku sebanyak RM2,400 untuk jalani perniagaan sebab time tu aku pokai, bisnes down. Aku try another business.
Then mak aku setuju untuk bagi aku pinjam wang, aku bagitau aku akan bayar tapi tak tahu bila sebab aku tak boleh bagi jangkamasa. Mak aku siap offer nak bagi pinjam lebih tapi aku hanya perlukan sebanyak RM2,400 untuk topup bisnes.
Aku memang niat dari awal duit tu untuk aku run business, bukan untuk berlagak beli itu ini, bukan untuk downpayment kereta, bukan untuk beli handset, bukan untuk kepentingan lain.
Lepas je pinjam aku pun run perniagaan adalah untung sikit, masa tu rasa sayang pulak nak bayar walaupun aku mampu bayar RM2,400.
Sebab dalam fikiran aku time tu eleh takpe duit mak aku bukan duit orang lain pun. Lagipun mak aku tak mintak lagi. Masa tu aku ni langsung tak fikir tentang adik beradik aku yang lain yang berhak atas duit tu, aku langsung tak fikir macam mana hidup mak aku. Apa jenis anaklah aku ni. (marah diri sendiri).
Sampailah aku dengar kuliah tentang hutang. Banyak hadis yang dibentangkan penceramah antaranya siapa yang sengaja lengahkan bayar hutang adalah 1 kezaliman, siapa yang berhutang kemudian niat tak nak bayar maka dia akan hadap Allah sebagai seorang pencuri, dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutang, nabi tidak solat jenazah yang ada hutang.
Walau berhutang dengan adik beradik, dengan mak bapak wajib kena bayar sebab nanti akan jadi harta pusaka.
Aku time tu mula takut, resah dan gelisah, patutlah aku rasa lain macam, duit asyik tak cukup je time tu, cepat masuk cepat je keluar duit tanpa sedar.
Lepas tu aku terus call mak aku, aku tanya mak aku pasal duit yang aku pinjam tu ? Kira pinjam ke? Mak aku kata aah. Mak ingat nak mintak tapi fikir biarlah dulu.
Siap detail mak aku tanda dalam buku, bagitau tarikh aku ambik, jumlah aku ambik walaupun dah lama berlalu.
Sebenarnya bukan soal berapa RM aku pinjam tapi soal dah deal dari awal atas dasar pinjam, kalau nak kira lebih dari tu mak bapak habis besarkan kita.
Aku terus bayar kat mak aku RM2,400 sebab aku takut dengan ancaman yang terjadi pada diri aku melalui hadis Nabi salallahualaihiwassalam.
Lepas saat tu aku tak pernah lagi mintak pinjam dengan mak aku, apatah lagi nak mintak free duit dari mak aku cukuplah dah banyak mak aku susah payah besarkan aku. Dengan orang luar memang aku tak pernah mintak pinjam duit.
Nasihat aku, bayarlah hutang walaupun hutang tu RM1. Walau kau berhutang dengan mak bapak kau sendiri. Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut. Lagi teruk bila mak bapak mati harta tu akan jadi harta pusaka.
Jangan jadi macam aku yang lepas, tu pun nasib baik terhantuk terdengar kuliah terbuka hati, kalau tak kesian mak aku sampai sekarang, nak mintak tak sampai hati, jadilah aku sebagai penzalim kepada mak aku sendiri.
Lagi bertambah kesian, kalau kau pinjam duit dari bapak kau, bapak kau meninggal dunia tapi mak kau masih ada, sepatutnya harta peninggalan ada bahagian mak kau tapi disebabkan kau tamak, kau fikir tu harta bapak kau then kau buat diam bahagian mak kau. Mak kau dah takde apa2 lagi, untuk teruskan hidup.
Jangan kau jadi perompak harta mak bapak kau sendiri. Tak berkat kau hidup. Kau tak caya cuba kau tengok hidup kau sekarang macam mana ? Mesti hati sentiasa berdebar, rezeki tu tersekat, duit masuk senang je keluar.
Lihat hasil dari mana kau dapat untuk bisnes, dari hutang ke ? Dari curi ke ? Dari judi ke ? Dari melacurkan diri ke ? Semua ni penting sebab akan jadi darah daging dan punca rezeki kau terbit.
Mulakan sesuatu dari hasil yang halal walaupun kau terpaksa berpeluh, kau terpaksa bersusah asalkan Allah redha.
Kredit: Muhammad Ezral
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Maksudnya: “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.” (Surah al-Zariyaat: 49)
Dari istilah syarak, nikah ialah suatu akad yang menghalalkan istimta’ (bersetubuh atau berseronok-seronok) di antara suami isteri dengan cara yang dibenarkan oleh syarak. Masyarakat arab menggunakan perkataan nikah dengan makna akad yang juga mambawa maksud persetubuhan serta berseronok-seronok.
Setiap manusia yang sudah dewasa dan sihat dari sudut fizikal dan rohaninya sudah semestinya merasakan keinginan untuk berkahwin yang sangat tinggi disebabkan fitrah untuk saling memerlukan. Perkataan “zawaj” yang digunakan di dalam Al-Quran bermaksud berpasangan dan mengikut konteks penggunaanya ia mambawa maksud perkahwinan. Allah SWT menjadikan perkahwinan untuk menghalalkan perhubungan dan mengelakkan penzinaan kerana manusia itu fitrahnya ingin berpasangan.
Oleh sebab itu, adalah dituntut kepada manusia yang sudah berkemampuan untuk segera melaksanakan sunnah yang dituntut ini, ini juga berdasarkan hadis nabi :
Maksudnya: “Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.” Riwayat Muslim (3386)
HUKUM PERKAHWINAN
Jumhur ulamaK telah bersepakat bahawa hukum asal pernikahan adalah sunnah bukannya wajib. Walau bagaimanapun, sebahagian ulamaK telah mambahagikan hukum nikah kepada 5 hukum mengikut kedudukan pelakunya:
Harus: Kepada orang yang tidak ada kepadanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
Wajib: Sekiranya orang tersebut mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjerumuskannya kepada kemaksiatan sedangkan dia merupakan seorang yang berkemampuan.
Sunat: Bagi orang yang mampu namun masih mampu untuk mengawal nafusnya.
Makruh: Kepada orang yang tidak berkemampuan dari sudut nafkah batin dan juga zahir tetapi tidak mendatangkan kemudharatan kepada pasagannya tesebut.
Haram: Orang yang juga tidak berkemampuan memberi nafkah zahir dan batin serta tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin atau dia mempunyai niat yang buruk sehingga mampu membawa kemudharatan kepada pasangannya.
Oleh hal yang demikian, jika dilihat hukumnya bergantung kepada individu terbabit, sekiranya dia mampu untuk menahan dirinya dan dia tidak terburu-terburu untuk berkahwin maka hendaklah dia mengerjakan haji terlebih dahulu.
Maksudnya: “Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (Surah Ali Imran: 97)
Maksudnya: “Islam dibangun di atas lima perkara: bersaksi tidak ada sembahan yang berhak disembah selain Allah dan mengaku Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berhaji dan berpuasa di bulan Ramadhan.”
Walaubagaimanapun, sekiranya dia khuatir tidak mampu untuk menahan dirinya daripada melakukan kemaksiatan maka hendaklah dia mendahulukan perkahwinan bagi mengelakkan kemudharatan yang lebih besar.
PENDAPAT ULAMAK
Syeikh Ibn Qudamah Rahimulllah telah berkata: “Jika dia perlu kepada pernikahan dan dikhuatiri dirinya menghadapi kesulitan (kerana belum bernikah), maka hendaklah dia mendahulukan perkahwinan terlebih dahulu. Hal ini kerana ia (pernikahan itu) wajib kepadanya sekiranya dia mampu untuk memberi nafkah dan sekiranya dia tidak khuatir tentang perkara tersebut maka hendaklah dia mendahulukan menunaikan haji. Hal ini disebabkan (ketika itu) pernikahan adalah sunnah, maka tidak perlu didahulukan daripada haji yang hukum asalnya adalah wajib”. (Rujuk al-Mughni, 5/12)
Syeikh Ibn Uthaiman Rahimullah berkata: “Tidak dapat diragukan lagi bahawa pernikahan adalah diutamakan daipada haji sekiranya seseorang itu telah memiliki dorongan syahwat yang sangat kuat, maka perkahwinan ketika itu padanya adalah merupakan keharusan kepada kehidupannya, dan sekiranya dia mempunyai keinginan untuk berkahwin yang tinggi maka hendaklah dia mendahulukan pernikahan daripada haji. Hal ini disebabkan Allah SWT telah mensyariatkan kewajipan menunaikan haji bagi orang yang “berkemampuan’.
Maksudnya: “Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup berjalan menuju ke Baitullah.” (Surah Ali Imran: 97)
Walaupun orang yang masih remaja, dan masih belum mempunyai keinginan untuk bernikah pada tahun ini atau selepasnya, maka hendaklah dia mendahulukan haji. Hal ini kerana dia tidak berada di dalam keadaan terdesak untuk mendahulukan haji daripada pernikahan.
KESIMPULAN
Haji dan perkahwinan merupakan suatu perkara yang sangat dituntut di dalam agama. Walau bagaimanapun haji merupakan suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan bagi golongan yang berkemampuan. Dan sekiranya dia tidak berada di dalam keadaan yang terdesak untuk berkahwin dan tidak mempunyai masalah untuk berkahwin sesudah itu, maka hendaklah dia melaksanakan kewajipan haji terlebih dahulu.
Sesungguhnya Allah akan memberikan ganjaran kebaikan sebagai gantinya kerana haji merupakan suatu seruan dan suruhan Allah yang agung kepada manusia.
Sumber Kredit: Mufti Wilayah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Setiap dari kita pastinya melalui dan merasai zaman persekolahan yang sangat manis dan terindah setiap memori untuk dikenang.
Waktu itulah kita mula mengenal dan menghabiskan masa bersama rakan-rakan yang sebaya.
Hubungan yang terjalin tidak lebih dari sebuah persahabatan dalam berkongsi ilmu sepanang menuntut ilmu. Jika ada pun sekadar cinta monyet yang hanya sekadar memori manis untuk dikenang.
Namun segala urusan jodoh dan rezeki itu terletak di tangan Allah. Siapa sangka jodoh bersama seseorang yang dulunya sekadar digelar cinta monyet.
Majlis penuh gemilang ini berjalan lancar dengan diserikan kehadiran sanak saudara serta ahli keluarga di Jitra Kedah.
KASHOORGA: Semua yang berlaku itu sudah ditentukan perjalanannya oleh Allah SWT. Jagalah perhubungan yang cukup indah ini dengan baik dan mungkin dialah jodoh terbaik buat diri kita. Apa yang penting warnailah rumahtangga dibina dengan baik dan hiduplah berkasih sayang berlandaskan Al-Quran serta hadis dan sunnah Rasulullah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.