Golongan yang suka belanja orang lain makan memang murah rezeki mereka. Makin banyak bersedekah makin banyak dan berganda rezeki dan pahala yang mereka akan dapat.  Sikap pemurah untuk memberi kawan makan minum dan seumpamanya adalah sikap yang mulia dan dituntut Islam. Sikap pemurah lawannya kedekut. Pemurah menjadikan seseorang itu dikasihi dan dimuliakan.

Bukan semua orang mempunyai sahsiah sebagai seorang pemurah. Pemurah dalam Islam bukan sahaja dari aspek wang ringgit tetapi juga dari aspek ilmu pengetahuan, senyuman dan bantuan kudrat seseorang kepada orang lain yang berada di sekitarnya.

IKLAN

Melalui perkongsian Prof Madya Dato Dr Mohd Izhar Ariff di laman Facebooknya, beliau berkongsi perlu menjauhi sifat kedekut belanja orang lain makan.

Jangan terlampau kedekut untuk belanja orang makan

جَابِرُ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ ، يَقُولُ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” طَعَامُ الْوَاحِدِ يَكْفِي الِاثْنَيْنِ ، وَطَعَامُ الِاثْنَيْنِ يَكْفِي الْأَرْبَعَةَ ، وَطَعَامُ الْأَرْبَعَةِ يَكْفِي الثَّمَانِيَةَ “

Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Makanan untuk seorang cukup untuk dua orang, makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang, dan makanan untuk empat orang cukup untuk lapan orang.
[Sahih Muslim ]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” أَفْشُوا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَاضْرِبُوا الْهَامَ تُورَثُوا الْجِنَانَ “

Abu Hurairah r.a meriwayatkan nabi s.a.w bersabda: Sebarkanlah salam, berikanlah makan, nescaya kalian akan mewarisi syurga.
[Sunan at-Tirmizi ]

IKLAN

Prof Madya Dato Dr Mohd Izhar Ariff : Jangan Kedekut untuk belanja orang makan..

Jangan terlampau kedekut untuk belanja orang makanجَابِرُ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ ، يَقُولُ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” طَعَامُ الْوَاحِدِ يَكْفِي الِاثْنَيْنِ ، وَطَعَامُ الِاثْنَيْنِ يَكْفِي الْأَرْبَعَةَ ، وَطَعَامُ الْأَرْبَعَةِ يَكْفِي الثَّمَانِيَةَ “Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Makanan untuk seorang cukup untuk dua orang, makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang, dan makanan untuk empat orang cukup untuk lapan orang.[Sahih Muslim ]عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” أَفْشُوا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَاضْرِبُوا الْهَامَ تُورَثُوا الْجِنَانَ “Abu Hurairah r.a meriwayatkan nabi s.a.w bersabda: Sebarkanlah salam, berikanlah makan, nescaya kalian akan mewarisi syurga.[Sunan at-Tirmizi ]

Posted by Prof.Madya Dato' Dr Mohd Izhar Ariff on Sunday, 18 August 2019

INILAH PAHALA DAN KEUTAMAAN MEMBERI MAKAN ORANG LAIN

1) Nabi bersabda, “Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan”. (HR. Ibnu Sa’ad, Al-Hakim, Ath-Thobroni)

2) Diriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Raslulullah, “Perbuatan apa yang terbaik di dalam agama Islam? Maka Rasulullah menjawab, iaitu kamu memberi makan kepada orang lain, dan kamu mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.” (HR. Bukhari: 12 dan Muslim: 39)

3) Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sesungguhnya di syurga terdapat kamar-kamar yang mana bahagian luarnya terlihat dari bahagian dalam dan bahagian dalamnya terlihat dari baghaian luarnya.” Lantas seorang arab Baduwi berdiri sambil berkata, “Bagi siapakah kamar-kamar itu diperuntukkan wahai Rasulullah?” Nabi menjawab, “Untuk orang yang berkata benar, yang memberi makan, dan yang sentiasa berpuasa dan solat pada malam hari di waktu manusia pada tidur.” (HR. Tirmidzi: 1984)

4) Nabi bersabda, “Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim, solatlah di waktu malam ketika orang-orang tertidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.” (HR. Tirmidzi, ad-Darimi, Ibnu Majah, al-Hakim, Ahmad dan Ibnu Abi Syaibah).

5) Nabi bersabda, “Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin sehingga dapat mengenyangkannya dari kelaparan maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain kecuali oleh orang-orang sepertinya.” (HR. Thabrani)

6) Nabi bersabda, “Ada seorang wanita penzina melihat seekor anjing di hari yang panasnya begitu terik. Anjing itu mengelilingi sebuah perigi sambil menjulurkan lidahnya kerana kehausan. Lalu wanita itu melepas sepatunya (lalu menimba air dengannya). Ia pun diampuni kerana amalannya tersebut.” (HR. Muslim: 2245)

Imam Ibnu Hajar mengatakan, “Jika dengan memberikan minum pada anjing boleh mendapatkan pengampunan dosa maka memberi minum pada manusia tentu pula akan mendapatkan pahala yang besar.” (Fathul Bari Syarh Shahih Bukhari 5: 42)

Sumber: Prof Madya Dato Dr Mohd Izhar Ariff dan dakwah.net

VIDEO KASHOORGA: