Hati merupakan salah satu anggota tubuh yang sangat sensitif. Keadaan hati sangat mudah berubah, sesuai dengan apa yang telah dialami. Apabila sesuatu perkara itu perbuatan yang baik tentunya akan dapat menenangkan hati. Namun apabila ia melibatkan sesuatu yang di luar jangkaan maka hati yang bersih akan merasakan kerisauan atau hati tidak tenang.
Dari berbagai masalah yang dialami, sesetengah orang memilih cara tersendiri untuk mencari ketenangan jiwa. Antara aktiviti yang dilakukan ialah seperti bersiar-siar di taman, membaca buku, lepak di kafe dan sebagainya. Selain itu, ketenangan jiwa juga boleh dicari dengan cara mendekatkan diri kepada Allah seperti membaca al-Quran, solat dan sebagainya.
Ads
Cara terbaik untuk menenangkan hati ialah dengan cara berzikir atau dengan mengingati Allah. Hal ini juga telah disampaikan dalam al-Quran Surah Ar-Ra’d Ayat 28. Sesungguhnya tidak ada cara lain untuk kita mendapatkan ketenangan hati kecuali hanya dengan mengingat Allah.
Ads
Ads
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Pengacara, pelakon dan usahawan, Neelofa terkejut doa yang dikongsikan menerusi program Naura Shares baru-baru ini menjadi tular di laman sosial.
Neelofa berkata, dia berasa terharu dan berharap agar perkongsiannya itu dapat menjadi manfaat serta dimasukkan sebagai sebahagian rutin doa harian dalam kalangan peminatnya.
“Sejujurnya, saya tidak sangka apa yang saya kongsikan tempoh hari menjadi viral di laman sosial.
“Apa pun, saya berharap agar perkongsian doa tersebut dapat digunakan oleh orang ramai pada hari yang mendatang,” katanya.
Terdahulu, rakaman perkongsian doa yang dilafazkan oleh Neelofa viral di Twitter.
Mungkin anda pernah merasakan hubungan anda dan pasangan suam-suam kuku. Apakah anda pernah merasakan pasangan anda kurang memberi perhatian kepada anda? Ya, situasi ini bukanlah janggal berlaku kerana setiap pasangan memiliki rasa bosan dalam hubungan cinta mereka.
Lalu, bagaimana cara agar si dia dan anda selalu saling rindu merindu dan selalu ingat antara satu sama lain meskipun berada jauh antara satu sama lain? Mudah saja. Hanya dengan kekuatan doa maka kita mampu membuatkan pasangan selalu mengingati kita walau di mana jua kita berada.
Doa ini boleh diamalkan agar pasangan selalu merindukan anda. Pasangan yang selalu merindu akan selalu ingin bertemu dan di situlah rasa cinta kasih semakin erat terjalin.
Doa ini mudah anda amalkan setiap hari. Cukup melafazkan doa agar si dia ingat kepada kita. Anda akan dapat merasakan manfaat/barakah dari doa ini.
Lafaz Doa Agar Si Dia Ingat Kepada Kita
(WALQOYTU ALAYKA MAHABBATAM MANNA WALITUSNA A’ ALA AIN)
Maksudnya: “Aku limpahkan kepadamu kasih sayang yang berasal dariNya, agar engkau diasuh di bawah pengawasanNya.”
Cara Mengamalkannya:
Setelah mengetahui lazaf doa agar si dia selalu teringat kepada kita, ketahui tata cara mengamalkannya. Rasailah barakah daripada amalan doa tersebut.
CARA MENGAMALKAN DOA INI:
1. Selalu laksanakan solat lima waktu tepat pada waktunya.
2. Setelah solat, bacalah doa agar si dia ingat kita terus sebanyak 33 kali sebagai wirid doa.
3. Niatkan dalam hati agar pasangan anda selalu setia, selalu rindu dan selalu mengingati anda di mana saja dia berada.
4. Mintalah yang terbaik semoga pasangan anda saat ini adalah jodoh terbaik bagi anda.
Apabila anda mengamalkan doa ini secara rutin dan istiqamah maka Insya Allah anda akan dapat merasakan hikmahnya yang begitu besar.
Pasangan akan selalu ingat, selalu rindu dan tak mampu jauh dari anda.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Berzikir merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Allah. Hal ini kerana zikir tidak terbatas pada ruang dan waktu kerana ia boleh dilakukan pada bila-bila masa pun. Jika mahu rezeki murah dan lancar maka berzikirlah.
Ketahuilah bahawa zikir juga merupakan medium untuk kita mengingati Allah setiap masa. Lebih afdhal jika zikir itu difahami maksudnya.
Zikir yang terbaik adalah yang mengagungkan Allah seperti Asmaul Husna. Ada 99 nama yang dimiliki Allah yang mengagungkan dan memberi kebesaran namaNya.
Salah satu Asmaul Husna yang boleh diamalkan adalah Ya Fattah Ya Razzaq.
Al Fattah
Erti dari Asmaul Husna ini adalah pembuka. Jika diamalkan secara rutin boleh membuka rezeki, membuka jodoh, membuka jalan usaha, membuka fikiran yang tertutup, membuka langit, membuka ampunan. Apa sahaja yang terasa tertutup dan kita ingin membukanya dengan izin Allah maka zikir mengulang-ulang nama Allah Ya Fattah boleh dilakukan.
Bagi yang belum bertemu jodoh, boleh amalkan zikir ini agar segera dipertemukan jodoh. Zikir ini juga sesuai untuk diamalkan oleh pasangan suami isteri yang ingin memiliki zuriat. Mereka yang dalam proses mencari pekerjaan juga boleh mengamalkan doa ini.
Zikir ini juga sesuai untuk diamalkan oleh mereka yang ingin bertaubat di atas dosa-dosa yang dilakukan, memohon agar pintu keampunan Allah dibukakan untuknya. Jika ada masalah, boleh amalkan zikir ini agar diberikan petunjuka jalan penyelesaian. Dan bagi yang sedang sakit, boleh amalkan zikir ini untuk memperoleh kesembuhan.
Ar Razzaq
Ya Razzaq adalah Maha Pemberi rezeki. Jika diamalkan secara rutin maka rezeki In sha Allah akan terus mengalir dan datang dari tempat yang tak disangka-sangka, dibebaskan dari masalah kewangan dan sebagainya.
Ibu bapa juga boleh mengamalkan zikir ini untuk mendidik anak-anak agar menjadi anak yang soleh dan solehah. Zikir ini juga sesuai diamalkan oleh suami isteri untuk kerukunan rumah tangga.
Bagi yang sedang berusaha dan ingin usahanya terus membawa rezeki, amalan zikir ini boleh diamalkan.
Buat mereka yang berhajat naik haji dan umrah, jadikan bacaan zikir ini sebagai rutin agar dimudahkan rezeki menuju ke sana.
CARA MENGAMALKAN ZIKIR YA FATTAH YA RAZZAQ
Ramai yang menyarankan agar membacanya sebanyak 111 kali setiap hari, 99 kali, 66 kali ataupun 33 kali. Jika mampu boleh baca hingga 300 atau 1000 kali. Semakin banyak jumlahnya semakin baik. Zikir ini boleh diamalkan di mana sahaja dan bila-bila masa dan tidak semestinya selepas selesai solat fardhu sahaja.
Dianjurkan untuk membaca zikir ini di samping membaca tasbih, tahmid dan takbi. Boleh juga membacanya setelah selesai solat sunat Dhuha dan solat sunat Tahajud. Di samping membacanya, teruskan berusaha seperti biasa.
Yakinlah bahawa Allah akan mengabulkan hajat kita, membuka apa yang tertutup dan melancarkan apa yang ‘tersekat’ termasuk rezeki kita.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?