Setiap hari duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pastinya ada sahaja resipi baru yang mahu dicuba.
Salah satunya adalah pemanis mulut atau dessert yang pasti membuka selera di petang hari iaitu, Sagu Gula Melaka.
Viral perkongsian di laman sosial oleh Nur Aqilah Jufri yang memberitahu cara memasaknya dan tip untuk memastikan sagu yang dimasak jadi sebiji-sebiji, tidak berketul dan melekat.
Ayuh, kita kongsikan resipi mudah ini.
Resepi Sagu Gula Melaka
Bahan -bahan :-
Sagu
Pewarna
1 tin susu cair (pakai santan boleh, pakai susu segar pun boleh cume rasa lain-lain )
2 sudu gula Melaka
Ads
1 ketul gula merah
1 helai daun pandan (tak ada pun tak apa)
Secubit garam
1/2 air
Isi jagung (tak ada pun tak apa)
Ads
Dah siap. Cantik warna. Lagi sedap makan semasa sejuk tau.
Cara – cara :-
– Masak sagu sehingga kembang (jadi clear).
– Cuci sagu dan letak pewarna & biarkan selama 20 minit & selepas tu cuci lalu bawah air paip je supaya susu tidak bewarna.
– Untuk kuah, masukkan susu cair, air (saya sukat pakai tin susu cair tu juga), gula merah, gula Melaka, daun pandan, jagung & garam. >Biarkan masak seketika.
– Akhir sekali campurkan kuah susu & sagu tu.
Ads
*TIPS SAGU*
-Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang.
-Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur.
-Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.
-Cuci sagu pada air paip & masukkan ke dalam bekas berisi air paip supaya tidak melekat.
-Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak bewarna.
-Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu, kalau tidak nanti sagu melekat dekat penapis.
Ni bukan telur ikan Salmon tau. Ni la sagu selepas betul-betul kembang. Cantik jee. Macam kristal.
Seringkali kita mendengar nama Imam Bukhari di sebut atau membaca namanya tatkala ada penjelasan hal-hal tertentu memerlukan dalil Sunnah Rasulullah SAW.
Beliau merupakan cendekiawan Islam yang memiliki kebijaksanaan luar biasa dan mengingati lebih 200,000 hadis dan telah mengumpulkan hadis-hadis sahih dalam kitab Hadis al-Bukhari.
Beliau mempunyai pengaruh besar dalam penyebaran agama Islam dan telah meninggal dunia pada 1 Syawal 256 iaitu ketika berumur 62 tahun.
Sesungguhnya kematian insan hebat dan beramal soleh ini telah dimuliakan Allah, apabila makamnya menjadi tarikan orang ramai.
Setelah jasadnya dikebumikan di kota Samarkand, tiba tiba keluarlah bau harum dari kubur beliau. Semerbak bau harum tersebut berlangsung berhari hari dan dicium oleh ramai orang.
Orang ramai kemudian merasa hairan sekaligus takjub melihat fenomena itu, maka mereka pun silih berganti menziarahi kubur Imam Bukhari dan membawa sedikit dari tanah tersebut tabarukan atau mengambil berkat dengan keberkatan Imam Bukhari r.a.
Kerana khuatir akan kubur beliau disalahgunakan oleh orang ramai, maka pihak pengurusan makam telah menambah kembali kubur tersebut dengan tanah yang baharu di atasnya. Walaupun banyak tanah digunakan, tanah tersebut tetap mengeluarkan bau harum.
Berikutan itu, tiada pilihan lain bagi mengatasi haruman kubur Imam Bukhari, maka pihak pemakaman terpaksa membina seakan jalinan kayu yang kuat.
Suatu malam, seorang sahabat Imam Bukhari bermimpi berjumpa dengan Imam Bukhari, kemudian bertanya, “apa rahsia dari bau yang semerbak harum ini?”, Imam Bukhari kemudian menjawab,
“بكثرة الصيام و عدم الوقيعة في الناس” “Dengan banyak berpuasa dan menjaga diri dari mencela dan merendahkan orang lain”.
Dan sesungguhnya tidak dinafikan bahawa Imam Bukhari sangat jarang berbicara atau mengeluarkan pendapat yang menjurus ke dalam celaan atau hinaan kepada seseorang, bahkan dalam penilaian Jarh kepada seorang rawi, sehingga lafaz terberat yang mungkin dilontarkannya ketika menjarh adalah “فيهنظر“..
Semoga kita dapat mencontohinya dalam menjaga hati dan lisan dari mencela, mencaci, merendahkan dan menghina seseorang, walaupun itu dalam keadaan ingin menasihati.
Ringkasan Latar belakang: Kita memang sudah biasa dengan nama Imam Bukhari kerana seringkali kita mendengar namanya disebut dan membaca namanya apabila ada hadis-hadis sahih diriwayatkan oleh beliau.
Nama penuh Imam Bukhari ialah Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Al-Bukhari. Dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah dan meninggal dunia pada 1 Syawal 256 Hijrah. Beliau terkenal sebagai pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam Sahih Bukhari, yang dianggap oleh Ahli Sunah Waljamaah sebagai hadis sahih daripada Nabi Muhammad SAW.
Beliau dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri Uzbekistan. Bapanya meninggal dunia semasa beliau masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau. Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah.
Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis Rasulullah SAW. Beliau meninggal dalam buangan dan dimakamkan di Samarkand, Uzbekistan.
Kashoorga: Sebagai satu contoh teladan mulia dan baik buat kita menjalani hidup dalam dunia fitnah hari ini. Kurangkan lah bercakap perkara-perkara yang tidak elok atau kurang penting. Lagi banyak kita bercakap, maka akan banyaklah nanti luahan kata-kata yang tidak sepatutnya dituturkan.
Beberapa hari ini trending tentang majis perkahwinan Neelofa dan Haris Ismail atau mesra disapa PU Riz.
Kemeriahan majlis akad nikah ditambah rekaan pelamin cukup indah ilham dari Bukit Jabal Rahmah, penyatuan dua jiwa iaitu Nabi Adam dan Hawa, kedua pasangan pengantin baru ini kelihatan bahagia.
Ternyata kebahagiaan kedua pasangan pengantin baru ini dilihat semakin bertambah apabila Neelofa sempat mengusik suaminya ketika menghidangkan sarapan pagi buat PU Riz apabila menulis di Instagram lofa.page “Tikus Makmal Pertama??? Ha ha ha Lofa Lofa. Sian Encik Suami”.
Dalam pada itu ibunya Datin Kartini turut dilihat merakamkan momen indah itu dan dari video dikongsikan jelas Haris dilihat tersenyum seakan malu-malu.
Dalam pada itu, dalam satu saluran video You Tube milik Nur Atisha Khan, dalam satu ucapan dibuat selepas keduanya bergelar suami isteri, Pu Riz berharap berharap perkahwinan yang dibina dengan isteri tercinta, Neelofa bakal dikurniakan zuriat mujtahid (ilmuan berlandaskan Islam).
Jelasnya, lagi, dia mengharapkan, dari perkahwinan ini adalah apa saja yang bakal kami harungi akan membawa kami ke syurga. Selain itu, saya juga mendoakan agar dikurniakan zuriat-zuriat yang akan jadi mujtahid di akhir zaman.
“Tiada apa yang saya harapkan lagi selain akan terapkan sunnah dalam keluarga. “Semoga Allah membimbing dan memberkati saya menjadi seorang isteri solehah dan taat kepada suami. Saya berharap dengan ikatan ini memberi saya peluang ke syurga nanti,” katanya dalam video berkenaan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kita selalu merasakan kita betul. Justeru itu adakalanya kita susah menerima pendapat orang lain. Demi mengelak wabak COVID-19 merebak lebih ramai dijangkiti, kerajaan mengeluarkan larangan ziarah raya ketika Syawal baru ini dan tentunya berita ini mengecewakan jutaan anak-anak di perantauan yang sudah dua tahun tidak bertemu ibu bapa. Namun di sebalik larangan itu, masih ada individu yang mementingkan diri dengan melakukan ziarah raya secara bersembunyi-sembunyi.
Namun perbuatan ini ternyata membawa padah apabila ia mencetuskan kluster terbesar COVID-19 di Hulu Terengganu apabila Kluster Kg Matang telah merebak ke tiga (3) buah kampung iaitu Felcra Bukit Kepah, Kg Tengkawang dan Kg Pulau Kudat dan ianya masih aktif.
Hasil siasatan menunjukkan adanya rentas negeri sebelum raya. Ada pula ziarah raya dan kunjung mengunjung melibatkan keluarga besar. Bayangkan 19 dikesan positif dari hanya 2 buah keluarga. Habis raya yang bekerja masuk kerja. Tanpa sedar menjangkiti rakan sekerja pula. Lebih risau sudah ada jemaah masjid dijangkiti. Akhirnya jangkitan bersambung sambung dan anda boleh sambung sendiri cerita ini…
Inilah kesalan diluahkan oleh Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus di fbnya berikutan Kluster Matang ini merupakan kluster terbesar di Hulu Terengganu kini. Dalam perkongsianya, jelas Dr Nor Azimi yang menzahirkan rasa kesal dan marah dengan sikap mementingkan diri ini mengakui, kita rasa tak apa lagi kalau jangkitan dalam famili sahaja sebab pematuhan SOP dalam famili diakui sangat sukar. Namun jika melibatkan beberapa famili, jiran tetangga dan pejabat2 akhirnya merebak hingga ke beberapa buah Kg. Rasa kesal dan nak marah sangat sebenarnya….
Seramai 127 kes positif dikesan dari Kluster ini yang telah merebak hingga ke generasi ke 5. Kontak rapat sahaja seramai 725 orang. Tidak termasuk saringan bersasar yang melibatkan beberapa buah kampung tadi. Masih ada 975 sample sedang menunggu keputusan.
Jika keadaan begini berterusan dan kluster baru tumbuh bagai cendawan bila masa kita boleh kawal semua kluster tu serentak? Jika keadaan begini berterusan mampu ke kita landaikan lekuk epid dalam masa 2 minggu ini?
Kisah kisah begini sering saya ceritakan untuk memberi iktibar kepada masyarakat bahawa jika PEMATUHAN SOP dipandang ringan dan berterusan dilanggar ini akibat yang akan kita tanggung. Jika nak buat sesuatu FIKIR ORANG LAIN. JAGA ORANG LAIN. JANGAN FIKIR DIRI KITA SAHAJA,” kongsinya.
Pagi semalam turun ke HT bermesyuarat dan meninjau aktiviti saringan bersasar yang dibuat di Felcra Bukit Kepah yang sebahagian Kluster Kg Matang.
Baru 10.30 pagi tapi panas sudah membahang. Ceruk Kg begini mana ada dewan beraircond. Petugas kesihatan berpeluh dengan muka merah merang dengan pakaian PPE. Penduduk pun sama juga peluh rejak bawah kanopi. Kanak kanak menangis dicalit hidung.
TOLONG fahami kesusahan KITA SEMUA jika pandemik COVID 19 berterusan begini. JANGAN PENTING DIRI SENDIRI akibatnya orang lain yang terkena mudaratnya.
KAWALAN KENDIRI sangat penting. Jika kita kekal DUDUK RUMAH kecuali ada urusan penting maka kita tidak akan dijangkiti atau menjangkiti orang lain. InsyaAllah. Pencegahan itu sangat lebih baik dari merawat. TOLONG dengar nasihat kami,tulisnyA.
Surah Al- Araf ayat 56 larang kita lakukan kerosakan di muka bumi
Islam mengajar hambanya melakukan perbuatan berbahaya dan memberi kemudaratan kepada orang lain khususnya kepada persekitarannya, keluarga, masyarakat mahu pun negara tanpa mengira perbezaan agama.
Malah dalam surah Al-Alaq ayat 56 menekankan manusia berbuat kerosakan di muka bumi atau mencetuskan kemudaratan kepada orang lain.
“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya.” (Al-A’raf: 56) Malah larangan ini turut disebut dalam hadis yang diriwayatkan Sa’ad Ibnu Sinan al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidak boleh melakukan perbuatan yang mudarat dan dan tidak boleh memudaratkan orang lain. (HR Ibnu Majah).
Jadi sikap mementingkan diri dengan melakukan ziarah raya semata-mata untuk keserokan diri amat dikesali sama sekali.