Bagi orang dewasa, kita mungkin memahami kenapa kita perlu sentiasa berdoa untuk kesejahteraan bumi Palestin dan apa itu Masjid Al-Asqa yang menjadi perebutan antara Zionis Yahudi dan warga Palestin. Menjadi kiblat pertama umat Islam, tidak hairanlah Masjid Al-Aqsa wajib dipertahankan oleh semua umat Islam dan bukannya warga Palestin sahaja.
Tapi bagaimana nak memberitahu anak-anak tentang sejarah bumi Palestin dari sudut yang paling mudah untuk anak-anak faham?
Pengacara Irma Hasmie dalam satu perkongsian di IGnya @irmahasmie berkongsi apa yang perlu ibu ayah ajarkan dan tanamkan dalam jiwa anak-anak kenapa kita harus memberi perhatian kepada isu Palestin dan selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis?
Ternyata ianya sangat baik untuk anak-anak memahami sejarah negara ini.
Apabila anak kita bertanya,
“Mengapa kita memberikan perhatian kepada PALESTIN dan selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis?”
Ads
Apa jawapan kita?
Ceritakan kepada anak kita:
Wahai anakku, sesungguhnya PALESTIN adalah tempat tinggal para Nabi.
Nabi kita Ibrahim عليه السلام hijrah ke PALESTIN.
Ads
Nabi Lut عليه السلام diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi PALESTIN.
Nabi Daud عليه السلام tinggal di PALESTIN dan membangun mihrabnya.
Dan Nabi Sulaiman عليه السلام memerintah seluruh dunia dari PALESTIN, kisahnya yang popular berkaitan semut yangg berkata, “Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.” Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di PALESTIN dekat (‘Athqalan).
Ads
Di PALESTIN juga, terdapat mihrab Zakaria عليه السلام, sebagaimana Musa عليه السلام meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi.
Demikian juga ketika Rasulullah ﷺ melakukan Isra’, baginda pergi ke Baitul Maqdis sebelum Mi’raj ke langit. Inilah terminal pertama baginda berhenti setelah berangkat dari Mekah sebelum menuju ke langit, dan baginda menjadi imam solat para Nabi.
Banyak mukjizat yang terjadi di dalamnya, di antaranya kelahiran Nabi ‘Isa عليه السلام dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya.
Di PALESTIN, Maryam menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita.
Termasuk tanda-tanda akhir zaman di PALESTIN, Nabi ‘Isa عليه السلام akan turun di menara putih Syria, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod PALESTIN, serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di PALESTIN, di antaranya kisah Talut dan Jalut.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Tiada insan sempurna di dunia ini. Ke tepikan permulaan cerita yang dilalui kerana yang didambakan akhirnya adalah pengakhiran sempurna.
Seperti pemuda ini, Muhammad Syafiq Yunus. Anak bongsu daripada empat orang adik beradik, kesemuanya lelaki. Siapa sangka, pemuda berusia 23 tahun ini dahulunya pernah melalui episod kehidupan kelam. Dia yang dulu bukanlah yang sekarang.
Berasal dari Kuala Lumpur, pemuda ini berpindah ke kampung di Alor Gajah, Melaka sejak usianya 10 tahun. Arwah ayahnya mendapat sebuah rumah mesra rakyat di sana. Dalam usia itu jugalah dia telah kehilangan kasih sayang seorang insan bergelar ayah akibat penyakit jantung berlubang. Maka tinggallah dia bersama arwah ibunya di kampung.
Kisah bermula apabila dia terjebak dengan kawan-kawan di ibu kota seawal usianya 14 tahun (2009). Dalam usia yang terlalu muda, dia sudah bertindik dikening, dalam hidung, lidah dan bibir. Disebabkan terjebak bertindik, dia bergaduh dengan adik beradiknya. Kemuncak drama pergaduhan itu, dia keluar dari rumah meninggalkan arwah ibunya kerana adik beradik yang dianggap mengongkong. Lokasi yang ditujunya ialah Kuala Lumpur.
INI PERKONGSIAN MUHAMMAD SYAFIQ YUNUS. MOGA KISAH PEMUDA INI DAPAT DIJADIKAN INSPIRASI UNTUK KITA TERUS ISTIQOMAH MENJADI LEBIH BAIK
Semasa sampai di Kuala Lumpur, saya tidur di tepi tangga, makan bundle (makan sisa-sisa makanan orang). Dalam seminggu saya di sini, saya melihat budak-budak busking dekat depan bangunan Maybank lama di Bukit Bintang. Habis busking, budak-budak busking tersebut menegur saya dan mereka menawarkan saya ke rumah mereka (rumah bujang) di Hang Tuah, flat Sri Sarawak.
Dari situlah bermula kehidupan saya menjadi manusia yang rasanya hina. Setiap hari sarapan saya air arak, tengahari dadah sampailah ke malam. Selepas dua bulan, saya mendapat kerja di Sungai Wang di salah sebuah butik pakaian.
Dapat gaji, pergi buat tatu. Kerja pun tak menentu. Kejap kerja, kejap tidak disebabkan minum arak dan ambil dadah. Setiap hari Sabtu, keluar dengan kawan-kawan pergi enjoy, mabuk, pergi samun bangla. Sampailah umur saya 18 tahun, saya mula berhijrah (2013).
MACAM MANA BOLEH BERUBAH
Satu hari tu arwah mak saya call, tanya khabar dan tanya saya, “Bila nak balik kampung. Mak rindu Syafiq”. Lima tahun saya tak menangis disebabkan manusia, tiba tiba arwah mak saya call dan kata begitu, Allah jentik hati saya jadi sebak menangis tak henti-henti. Lepas arwah mak saya call, selang beberapa hari saya balik ke kampung.
Sampai je di kampung, ketuk pintu rumah, arwah mak buka pintu dan saya terus peluk arwah mak dan memohon ampun darinya. Arwah mak saya kata sambil menangis “Mak dah maafkan kau nak. Lima tahun dah mak dah maafkan.” Saya menangis dan terus menangis sampai tiada air mata.
Sejak balik kampung, saya buka buku baru, niat nak berubah kerana Allah. Start dari situ, saya cari kerja di kampung dan alhamdulillah Allah bagi saya kerja. Saya dapat tawaran kerja di sebuah kilang di simpang empat berdekatan dengan rumah.
Selepas sebulan saya bekerja di kilang tersebut, masa saya baru balik kerja dan mandi, saya terdengar suara laungan azan. Suara azan itu (jam 10.00 malam) sangat-sangat merdu sampai saya terkaku, terpegun mendengarnya.
Pada mulanya saya ingat mungkin khayalan saya sebab ye lah balik kerja tentulah penatkan. Saya cuba bersangka yang baik-baik. Pada keesokan harinya saya balik kerja jam 10.00 malam, balik kerja saya mandi dan saya terdengar suara yang sama, laungan azan tersebut di dalam bilik air. Saya tanya arwah mak, tapi arwah mak tak dengar apa-apa.
Dari situ saya tertanya-tanya kenapa saya sorang je yang dengar suara azan. Saya cuba dan cuba cari jawapan sampai satu hari tu saya ke masjid berdekatan dengan rumah, saya tanya seorang imam. “Kenapa saya dengar suara laungan azan di dalam bilik air? Dia hanya kata “Kamu sudah berapa lama tak solat? Saya kata pada imam tersebut “Lima tahun dah saya tak solat, jangan katakan solat mengaji pun tidak.” Imam tu pesan pada saya “Solatlah walaupun kita bukan orang baik, dan katanya lagi “Cuba solat, pasti Allah bagi jawapan.”
Selang dua hari selepas jumpa imam tersebut saya cuba buat solat taubat dan hajat. Saya menangis sampai tidak terkata. Saya menangis sebab saya banyak buat salah pada Allah. Dan paling saya suka masa tu sebab bila saya solat, saya rasa ‘tenang’. Tenang sangat-sangat dan seumur hidup, saya tak pernah rasa tenang sebegitu.
Lama-kelamaan saya belajar balik solat. Belajar perlahan-lahan mengaji walaupun merangkak, Alhamdulillah Allah mudahkan urusan saya. Dan baru saya sedar, Allah bagi hidayah tanpa saya sedar. Kawan-kawan banyak bagi semangat pada saya dan arwah mak.
PERNAH TAK RASA KESAL DENGAN KEHIDUPAN MASA LALU
Kesal sangat. Kalaulah boleh putarkan masa, saya nak balik dilahirkan semula.
NASIHAT KEPADA GOLONGAN MUDA-MUDI YANG INGIN BERUBAH
Kita hidup jangan harapkan Allah je bagi hidayah. Sebenarnya hidayah Allah tu kita sendiri yang kena cari, barulah Allah akan bantu. Dalam hidup kita, kena pegang LIMA perkara :-
*Usaha
*Tawakal
*Doa
*Reda
*Ikhlas
In sha Allah bila kita belajar lima perkara tersebut, kita akan berjaya. Bila nak berubah tu, orang-orang sekeliling akan berkata pada kita macam-macam, tapi jangan mengalah. Teruskan melangkah mencari hidayah Allah dan istiqomah. Niat dalam hati, kita hidup bukan nak puaskan hati manusia. Kita hidup nak kenal diri kita, ingin kenal Allah dan cari reda Allah bukan reda manusia.
SEMOGA KISAH SYAFIQ YUNUS INI MENJADI TELADAN BUAT SEMUA.
Sumber kredit: Dai’e Syafiq Yunus
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Setiap kali melihat iklan ditayangkan dalam satu program di kaca televisyen, hati tertanya-tanya siapakah pemilik jenama susu ini. Popularitinya menjadi semakin naik sejak menjadi penaja bagi rancangan berkenaan.
Malah dalam satu segmen, jenama susu terkenal ini juga turut berkongsi rezeki dengan insan yang lebih memerlukan.
Ternyata biarpun sudah popular dan menempa kejayaan berganda, tetapi jenama susu ini tidak lokek untuk berkongsi rezeki bersama orang lain.
Menyingkap sejarah pembabitan jenama susu ini, rupanya ada kisah di sebalik kenapa mereka tidak lokek untuk berkongsi rezeki.
Dikenali dengan panggil ‘Bos Susu’, Encik Azmi Zainal yan juga merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO) berkongsi kenapa mereka bermurah hati menyumbang sejumlah wang kepada insan lain yang memerlukan.
Menurutnya sebelum jenama ini mendapat pengiktiran senagai jenama no 1 susu segar di Malaysia, syarikat ini juga pernah diduga dengan pelbagai kepahitan.
Memulakan syarikat dengan kecil-kecilan dan mendaki tangga sedikit demi sedikit sebelum berada di tahap sekarang.
Tambahnya ketika mahu memperkenalkan jenama ini kepada pengguna mereka mengunakan medium menjual di pasar malam dan pasar tani terlebih dahulu.
Malah menghantar stok susu berkenaan dengan menggunakan khidmat bas ekspres memandangkan tiada pengangkutan lori yang besar.
Bukan itu sahaja, mereka juga turut disindir oleh pesaing melihat kegigihan untuk memasarkan produk ini di pasaraya besar.
Namun lali dengan cemuhan, mereka terus berusaha dan kekal berdoa agar jenama susu akan dikenali dan menjadi produk nombor 1 di Malaysia satu hari nanti.
Buktinya kini, produk jenama susu mereka iaitu Farm Fresh begitu digemari ramai. Oleh sebab tahu asal usul zaman keperitan sebelum ini menyebabkan mereka terpanggil untuk membantu orang lain yang dalam kesusahan bersama projek CSR ini.
Ramai mengenali kami dgn jenama kami Farm Fresh… jenama no 1 susu segar d malaysia… jualan ratusan juta setahun… ada beribu ekar ladang d Malaysian dan Australia, punya kilang tercantik, tercanggih dan terakhir ini menaja GEGAR VAGANZA dgn jutaan ringgit dan bagi sumbangan RM 10 000 pada artis yg kurang bernasib baik
maruah juga di injak2kami tidak pernah kenal erti tewas… ramai yg mentertawakan kami… malah kompetitor kami kata pada buyer supermaket…”biar lah itu company kecik… kita x payah usik… nanti dia sendiri mati maaaa”… kami simpan itu sebagai semangat dan dgn dendam kesumat… bila nak cari promoter pulak, ramai promoter2 yg ketawakan brader…”betul ke kau blh byr gaji ni… kau pun pakai selipar je”… kami telan semua itu… kami terus berusaha dan berdoa….
Tunggukan artis CSR kita mlm ni… kasi surprise sikit… ramai yg merinduinya, dan jangan luoa juga tunggu apa brader nak cakap mlm ni.. sekarang ni d tangga eskalator pun orang ajak selfie… kita jumpa mlm Astro Ria 104 jam 9mlm.
“Bukan seorang, tapi 120 orang.’ Bawa staf tunai umrah, majikan kena mampu bukan sekadar marketing semata-mata kerana berita ini mendapat perhatian seluruh negara.
Kemurahan hati pengasas ini wajib dipuji dan ternyata dia mampu untuk menaja kesemua stafnya serta bukan sekadar omong kosong.
Mampukah syarikat kita payung semua pekerja buat umrah?
Baru-baru ini, kecoh pasangan influencer yang jual produk kosmetik belanja semua staff pergi umrah. Bukan seorang, bukan dua orang, tapi kesemuanya 120 orang!
Even yang kerja tak sampai sebulan pun layak!
Kagum jugak sebab tahu both of them umur masih muda (below 30) boleh bawa seramai itu memang sesuatu mengujakan.
Macam biasalah, saya ini kan pembeli SSM tegar, jadi belilah SSM syarikat mereka, just nak validate saja adakah ini marketing semata-mata sehingga buatkan company boleh bungkus ataupun memang company mereka layak dan mampu lakukan.
Anggapan saya ada 2 indikator kena lepas
1) Revenue mesti 7 juta setahun
+ 120 x RM6k sama dengan RM720k kos
+ Mereka jual kosmetik, margin besar jadi maybe ambil 10 peratus daripada nilai jualan untuk tujuan ini
+ 10 peratus daripada jualan mesti tak kurang daripada 7 juta
2) Retained earning mesti lebih 700k
+ Nak company sustain, retain earning juga mestilah lebih daripada 720k sebab ambil semua buat belanja pergi umrah nak rolling macam mana kan?
So benda ini terbukti company mereka layak memberi pakej umrah ini sebab 2 indikator tadi lepas (Revenue 12 juta, retained earning 900k)
Actually tak adalah perlu lepas pun, sudah company mereka, ikut suka hati merekalah nak belanja macam mana kan? Cuma saya kongsi as indikator kalau kita nak buat benda sama kepada syarikat kita boleh tengok dua faktor ni
Kelebihan?
Actually kita nampak saja company mereka spend banyak ini tapi kelebihan yang akan dapat sebenarnya lagi banyak. Antaranya
1) Tarik talent nak kerja dengan company mereka
Sekarang talent susah nak dapat. Bagi insentif macam ini for sure beratur orang nak kerja dengan mereka.
2) Marketing
Ini for surelah free marketing mereka akan dapat. Media for sure akan cover story mereka. Kalau tengok facebook mereka video tu sudah cecah 500k view dah. Ini akan menaikkan jualan secara langsung kepada mereka
3) Imej company
Saya ada jugak follow si suami dekat TikTok, memang suka dengan vibes positive dibawa. Daripada buat kontroversi entah apa-apa yang spend banyak juga duit, baiklah buat marketing cara ini yang jauh lagi baik dan akan memberi imej baik kepada company.
Keburukan?
Tak nampak keburukan cuma team account mereka kena get readylah sebab bila sudah dapat perhatian masyarakat awam ni lembaga yang suka kenakan cukai semua ni akan selalu intai-intai
Good luck!
Kashoorga : Semoga kita dikurniakan bos yang baik hati dan pemurah. Insyallah.
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...