Isu perkahwinan melibatkan Illi Najwa Saddique dan ketua pasukan hoki India, Manpreet Singh Pawar terus mendapat perhatian. Jika sebelum ini Sultan Johor, Sultan Ibrahim meminta majlis agama menyiasat secara menyeluruh selain meminta umat Islam tidak membuat spekulasi memandangkan Illi Najwa masih berada di India.
Terkini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta semua pihak agar tidak mempolitikkan isu-isu sensitif berkaitan agama kerana ia tindakan tidak matang dan langsung tidak menguntungkan agama.
Masa yang sama, Menteri ini turut menasihat umat Islam agar mengelak perkara syubahah seperti sangkaan yang tidak baik kepada orang ramai, maka sewajarnya dielakkan. "Dalam hal ini, wanita berkenaan serta ahli keluarganya jauh lebih mengetahui situasi sebenar apa yang berlaku, termasuk status agamanya dan pasangannya.
Ads
"Di Malaysia, seseorang yang ingin masuk Islam hendaklah mengucap dua kalimah syahadah dan mendaftarkan pengislaman itu hadapan Pendaftar Mualaf atau mana-mana pegawai yang menguruskan pengislaman saudara baharu.
"Saya dimaklumkan, hal ini sedang dalam siasatan pihak berkuasa agama Johor," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Ads
Menurutnya, Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan individu berbangsa Melayu adalah beragama Islam.
"Oleh itu, tidak semudah-mudahnya menghukum seseorang yang berbangsa Melayu itu berdasarkan khabar yang belum dipastikan kesahihannya.
Ads
"Bagi perkahwinan Muslim yang dibuat di luar negara, permohonan itu perlu dikemukakan kepada Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul Malaysia di negara itu dan didaftarkan selepas pulang ke Malaysia.
"Adapun perkahwinan silang agama tidak dibenarkan dalam perundangan Malaysia," katanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Isu suami berkahwin lebih dari satu sering kali menjerut hati ramai wanita khususnya di pihak isteri pertama. Walau ada perkongsian melibatkan bahagia hidup bermadu tapi lebih ramai wanita yang menderita.
Terbaru, satu pertubuhan bukan kerajaan telah berjaya membongkar sindiket pemalsuan tandatangan palsu isteri pertama bagi membolehkan suami bernikah lagi atas bantuan orang dalam jabatan agama di sebuah negeri di utara.
KASHOORGA mendapat keizinkan dari usahawan ternama, Puan Mona Din yang bersama sekumpulan rakan serta ahli profosional terdiri dari peguam syarie yang menubuhkan Ngo bagi membanterasa #poligamiscam selepas seorang rakan baiknya menjadi mangsa.
Ini kerana tanda menurunkan sebarang tandatangan, tetapi pada borang poligami itu tertera tandatangan “palsunya” yang dibuat dengan bantuan orang dalam sebuah jabatan agama di utara termasuk menukar alamat pada kad pengenalan bagi memudahkan urusan pernikahan dibuat.
Dan ternyata usaha membanterasa #poligamiscam ini membuahkan hasil apabila pertemuan bersama YAA Dato' Dr. Setia Hj Mohd Naim bin Hj Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Msia / Ketua Pengarah JKSM yang mengakui wujudnya “masalah” ini.
Bacalah catatan dari Puan Mona Din dalam usaha dirinya dan sekumpulan rakan-rakan membantu wanita-wanita di Malaysia yang mungkin pernah teraniaya dalam isu poligami ini untuk sama-sama tampil ke depan.
Ini catatan dari FB Puan Mona Din.
Selepas posting terakhir Part 8 pd 9/12/20, sangat ramai yang menantikn episod 9 dan seterusnya.
Dan pada posting fb saya bertarikh 10 Disember, saya tlh maklumkan saya kini sedang bergerak di dalam satu kumpulan, sedang berjuang bersama beberapa yg lain, atas tujuan mahu menumpaskan #poligamiscam ini.
Maka pada hari ini, Selasa 22/12/20, telah mencatat sejarah LANGKAH PERTAMA BERKUMPULAN, untuk kami mara ke depan bersama demi menghapuskan #poligamiscam.
Seawal 7.40 pagi tadi, saya telah berada di hadapan bangunan Jabatan Kementerian Kehakiman Malaysia ( JKSM), sedang menunggu ketibaan 9 lagi ahli-ahli team saya yang lain. Untuk makluman semua, pihak saya telahpun membuat permohonan rasmi untuk berjumpa dgn pihak JKSM dan YAA Dato' Dr. Setia Hj Mohd Naim bin Hj Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Msia / Ketua Pengarah JKSM.
Objektif Pertemuan Dengan YAA Dato Hj Naim & JKSM adalah : 1. Pihak kami ingin memperkenalkan diri ; sebagai sebuah NGO baru, menggabungkan beberapa pihak iaitu org awam seperti saya, pihak guaman sivil & syariah, profesor2 aktivis masyarakat, pensyarah undang-undnag, wakil media serta beberapa mangsa #poligamiscam ( pnikahan bpoligami secara pemalsuan dokumen dan pernyataan tidak benar secara bertulis).
2. Pihak kami memohon JKSM serta lain2 agensi terbabit, unt mbantu dan mberikn bkerjasama dlm usaha mngatasi masalah #poligamiscam yg bleluasa blaku di msia sekarang, di mana dirasakan, langkah penyelesaian terhadap masalah ini kurang diberi perhatian, dan kurang di jalankan.
3. Pihak kami mahu mengemukakan ‘aduan & lapuran’ secara rasmi tentang blakunya #poligamiscam di Malaysia, yg mana di dlm siasatan pihak kami, di dapati ada penglibatan segelintir pjawat awam di bidang agama dan kehakiman di malaysia.
4. Pihak kami ingin mngemukakn bukti2 yg telah berjaya kami kumpulkan, mngenai kmungkinan ujudnya ‘dalang’ dlm bberapa kes poligamiscam.
5. Pihak kami juga mahu bkongsi pengalaman tentang laluan2 sukar yg kami percaya sengaja di lakukan oleh pihak2 tertentu, bagi tujuan menghalang siasatan kes dari di teruskan.
6. Pihak kami ‘mnuntut’ agar pihak JKSM selaku bdn utama hal-hal pentadbiran jabatan kehakiman di msia, agar mlakukan perkara2 ‘wajar’ dalam mngatasi masalah ini.
7. Dalam usaha mnumpaskan #poligamiscam ini, pihak kami mahu mengambilkira pelan dan tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh pihak JKSM
8. Pihak kami juga mahu mmaklumkn kpd JKSM bberapa pelan tindakan kami, yg akan kami lakukn mnurut saluran undang2, bagi mbantu mngatasi masalah #poligamiscam di Malaysia terutama dalam membela hak2 wanita yg tlh teraniaya.
9. Pihak kami mrngharapkn satu jalan penyelesaian dicari dan dibuat, bagi mngatasi ‘ketidakadilan’ yg terjadi akibat #poligamiscam, yg kbyknnya tlh mbawa nasib yg buruk bukan sahaja kpd wanita, tetapi juga kpd anak2, dan akhirnya dlm kbanyakan kes di bawah penilaian kami, #poligamiscam ini tlh berupaya mhancurkn seluruh institusi keluarga.
10. Pihak kami juga memaklumkn akan bjumpa dengan lain2 badan / individu yg relevan, selain JKSM, bagi mnyuarakan semua perkara di atas.
11. Akhir sekali, pihak kami ingin mengetahui, apakah tindakan dan hasil, oleh pihak JKSM, berkenaan isu pemalsuan dokumen serta sekatan dokumen oleh pendaftar mahkamah syariah, yg telah saya viralkan di fb, sehingga mendapat tindakbalas awal press release oleh JKSM pada 8/12/20 yang berjanji untuk mnyiasat kes viral tersebut. . Alhamdulillah, tepat jam 8.30 pagi tadi, seramai 10 orang dr team saya, dan 5 dari pihak JKSM yang di ketuai oleh YAA Dato' Dr. Setia Hj Mohd Naim bin Hj Mokhtar, Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah JKSM bersama YA Tuan Haji Nassir Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM, memulakan meeting bsama kami secara rasmi.
Alhamdulillah, pertemuan bdepan buat pertamakali, beliau yg sbelum ini, tidak pernah saya dengar namanya, takpernah saya kenal raut wajahnya, tak pernah saya dengar suaranya, tapi hanya pabila tulisan fb saya viral dan pihaknya JKSM btindak bersuara, barulah saya mula mngenali siapa dirinya…Dan for the first time bermesyuarat bersamanya, amati dgn penuh khusyuk setiap bait kata yg keluar dr mulut sesusuk tubuh itu, seorang pemimpin ttinggi badan kehakiman syariah Malaysia, betapa kata2nya konsisten dgn tonasi suara yg rendah, tetapi penuh tegas, penuh tersusun, penuh bhemah, penuh ilmu, penuh fakta, penuh positif, penuh bersulam ayat2 Quran & Hadis.
Sungguh, mungkin ini kali pertama dlm hidup, saya bertemu dan mnyaksikan, sesaorang yg di dlm seluruh bicaranya, lebih separuh dr perkataan2 yg dituturkn, adalah dengan memetik ayat2 Quran & Hadis serta terjemahannya. Lebih dr separuh ! MashaAllah.
Dan di dlm kes viral saya, ini kata2 & keputusan Dato Naim mewakili pihak JKSM :
Maksudnya: “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.” [Riwayat Muslim (78)] Alhamdulillah, di seluruh ptemuan itu, Dato Naim bagi pihak JKSM telah bberapa kali mngucapkn tkasih kpd saya & team, di atas pjuangan ikhlas fardhu kifayah kami ini, dan beliau secara tbuka mnyatakan sokongan, dan mahu bkerjasama sepenuhnya, mngikut peraturan Allah, negara & moral, bagi bsama2 mbendung dan menghentikan #poligamiscam, yg sedang berleluasa di Msia.
Dan di akhir penutup majlis, sepertimana yg kami pinta di Objektif No 11, Dato Naim telah meminta seorang pegawai JKSM untuk membentangkan secara terbuka dan terperinci, fail lapuran berbelas mukasurat, hasil siasatan oleh JKSM terhadap tulisan viral fb saya.
Rupa2nya pihak JKSM telah menghantar 2 officer untuk ke utara, bertemu & mngambil keterangan terus dr mangsa ( kawan saya ) & anaknya, serta mnyiasat setiap 7 pertuduhan yang telah saya tulis di Part 2 fb saya. Terlopong saya & team mendengar cara mereka turun padang mnyiasat, betapa bersungguh2 mereka menjadi detektif demi mencari bukti, bertemu bual orang ramai, masuk kampung keluar kampung dan akhirnya hasil siasatan diperolehi, apa yang saya tulis ternyata benar, alamat-alamat pemastautin dan alamat IC baru yang ditukar, adalah palsu.
Siasatan mereka juga, berjaya menemukan 2 individu yang dipercayai menjadi penggerak utama di dlm kerja memalsukn alamat yang diguna. Sedih saya pabila mengetahui, salah seorang darinya mpunyai ptalian darah paling rapat, dgn bekas suami rakan saya. Dan satu perkara yang paling mbuat saya sgt terharu, juga bsyukur, di mesyuarat pagi tadi, saya akhirnya menerima serahan secara rasmi, sbg tuan fb yg mviralkn kisah ini, juga sbg wakil sahabat saya yg nun jauh di utara, apabila Dato Naim sendiri yg mnyerahkn envelope putih btulis Urusan Seri Paduka Baginda, yang di dalamnya mengandungi ‘Dokumen Misteri’ yang saya tulis dalam Part 5, yg cuba di halang beri oleh pendaftar mahkamah syariah tempohari.Akhirnya…!
Tkasih kpd Dato Naim & JKSM, Dokumen itu akhirnya telah berjaya diperolehi. Alhamdulillah. Dan petang tadi, sebaik tiba di rumah, saya screenshot dah hantarkn kpd sahabat saya, untuk beliau mlihat sendiri dlm dokumen tersebut, ‘tandatangan nya’ yg tidak pernah dia tandatangani..!
Dan seperti yg telah dijangka, TANDATANGAN TERSEBUT BUKAN OLEHNYA. TANDATANGAN TERSEBUT ADALAH PALSU !!!
Begitulah berakhir peristiwa hari ini. Peristiwa yg sangat bermakna dan manis sekali, sebagai permulaan langkah sebuah perjuangan team saya, untuk membela nasib wanita2 teraniaya oleh #poligamiscam.
Sesungguhnya bak kata Dato Naim ; Perjuangan ini baru bermula. Perjuangan ini masih jauh likunya. Kita tidak tahu akn berjaya atau tewaskah kita dlm menghadapi mereka-mereka yang sanggup melakukan apa sahaja demi melindungi perbuatan mereka. Namun kata Dato Naim, sesungguhnya Allah itu ada. Dan Allah bukan hanya menilai hasilnya, tetapi Allah akan mnilai setiap niat dan setiap usaha yang kita lakukan, dalam mcegah perkara yang mungkar.
Semoga redha dan izin Allah mngiringi perjuangan kami. Semoga doa sahabat2 semua mengiringi perjuangan ini. Tkasih kpd seluruh team saya, kita bjuang & bsahabat kerana Allah. Betapa sangat pelik, Allah temukan dan cantumkan hati-hati kita, untuk sama2 berjuang, walhal setiap kita, sebelum ini tidak pernah kenal one another..,!
Betapa Allah lah Yang Mengaturnya. Pasti ada sebab mengapa kita yg di pilihNya, hanya Dia Yang Maha Tahu..Tkasih dr hati saya, buat Dato Hj Naim & JKSM, buat rakan2 pejuang aktivis masyarakat, kepada mangsa2 yg mpercayai kami, juga buat Tuan Muhamad Akmal Arif bin Shamsul Kahar (Akmal SK) daripada Tetuan Akmal Shamsul Kahar & Co.dan Tuan Ahmad Shaher bin Mohd Fuad daripada Zahid Ahmad & Associates. yang sanggup teguh berdiri bersama2, membantu kami pejuang2 wanita..
Banyak isu orang muda menjauhi masjid kerana kesibukan masa selain pelbagai alasan. Tapi perubahan demi perubahan dibuat bagi mendekatkan kembali anak muda ke masjid. Usaha ini ternnyata berbeza kerana abang sado dilantik menjadi ahli jawatankuasa tambahan bagi mengajak anak muda ke masjid.
Jika sebelum ini, kebiasaan ahli jawatankuasa masjid (AJK) terdiri daripada golongan yang sudah berusia, namun lain pula di Masjid Arraudah Taman Rasa Sayang, di sini, yang melantik 'geng abang sado' sebagai AJK tambahan.
Inisiatif itu antara lain bertujuan menarik minat golongan muda untuk mendekatkan diri dengan masjid.
Pengerusi Kariah Masjid Arraudah Taman Rasa Sayang, Zulkifli Muhamad berkata, geng abang sado atau dikategorikan sebagai kluster sado merupakan antara lima kluster AJK tambahan masjid yang diwujudkan dalam usaha memperluaskan jalinan kerjasama.
"Sebelum ini kita ada kluster bukan Islam dan sekarang kita tambah lagi kluster lain iaitu kluster sado.
"Pada tahun depan kita bercadang menambah tiga lagi kluster iaitu penghantar makanan, kluster penjaja burger dan kluster bisnes online," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Menurutnya, dengan kepelbagaian latar belakang AJK yang dilantik, ia dapat memberi manfaat kepada masjid untuk mendapat idea yang lebih baik.
Beliau berkata, institusi masjid perlu bersikap terbuka dengan menggunakan pelbagai bentuk pendekatan supaya dapat menarik pelbagai lapisan usia masyarakat Islam untuk datang ke masjid.
"Pada mulanya kita lantik seorang AJK yang merupakan 'kaki gym' dan dari situ timbulnya idea untuk wujudkan kluster geng abang sado supaya jalinan kerjasama yang ada dapat dipertingkatkan.
"Lagipun ini ruang untuk kami menarik minat anak muda datang ke masjid sekali gus terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dianjurkan," katanya.
Zulkifli juga berpendapat, institusi masjid jangan terlalu statik atau menggunakan kaedah sama dalam mengimarahkan peranannya.
"Jangan kita fikir nak lantik AJK masjid perlu orang yang ada latar belakang agama sahaja. Bila macam itu, ia seperti kita menutup ruang.
"Sebagai contohnya dengan penubuhan kluster sado ini, salah seorang daripada mereka kita sedang latih untuk jadi bilal masjid selepas melihat kebolehannya.
"Mungkin selama ini mereka berminat, tapi tiada ruang. Sebab itu 'tagline' kita 'tadbir bersama manfaat semua'," katanya.
Masjid Arraudah Taman Rasa Sayang, Seremban melantik AJK tambahan masjid terdiri daripada kluster sado.
Sementara itu wakil kluster sado, Shahrul Ridzuan Abdul Rahman, 38, berkata, peluang menjadi sebahagian AJK masjid disifatkan sebagai peluang untuknya berubah ke arah lebih baik.
Malah beliau juga mengakui platform diberi dapat mendekatkan lebih ramai golongan muda dengan masjid sekali gus sama-sama dapat memainkan peranan.
"Rasanya tiada lagi mana-mana masjid wujudkan AJK tambahan sebegini. Sebenarnya ramai anak muda yang ingin terlibat sama menyumbang idea dan tenaga kepada masjid, tapi tiada ruang atau dorongan.
"Bila diberi kepercayaan sebegini, ia membuatkan kami rasa peranan orang muda itu diperlukan dan banyak yang kami boleh bantu terutama dalam menggerakkan aktiviti dan program masjid," katanya. Sumber : SINAR HARIAN
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sejak semalam kecoh tujuh jenama daging didedahkan oleh seorang individu di fbnya, Muhamad Mamzah dan disiarkan oleh blog-blog lain. Ia mendapat perkongsian tinggi, hampir mencecah 10k perkongsiannya di mana tujuh jenama didakwa tidak halal didedahkan.
Ternyata selepas perkongsian itu menjadi halal, semalam, sekali lagi Muhamad Mamzah memuat naik satu perkongsian mengenai isu yang hangat diperkatakan itu. Berikut adalah perkongsiannya.
MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU DAN WAJIB BAGI SETIAP MUSLIM
Negara kita bukan darurat. Hukum wajib itu jatuh ke atas setiap insan yang muslim. Kalau ada hang kata "makan je tak pe", suruh mereka fikir kembali adakah mereka itu benar-benar muslim dan menghayati perintah tersebut?
Saya tahu ramai yang dah pernah terbeli jenama terkenal tu. Nak buat macam mana. Memang jenama tu ada dalam gudang kartel yang kena serbu tu. Media sendiri lupa nak padam. Jadi saya screenshot dan cari sahaja. Bukan kita nak jatuhkan bisnes sesiapa. Saya pun tak kata semua jenama tu haram. Tapi saya kata, kartel ini licik dan campur yang halal beserta yang haram dalam gudang yang sama. Bila dah bercampur, dah jadi syak dan syubhah. Mana boleh kita kata halal mutlak dah.
Dalam pensijilan halal JAKIM pun, barang yang haram TIDAK boleh dicampur bersama barang yang halal dalam satu gudang. Kena asing untuk elakkan berlakunya salahguna kuasa dan nak elak percampuran syubhah. Sebab itu bila viral gudang kena serbu, walaupun ada jenama halal dalam tu, sebab tu semua kena sita sekali. Sebab jelas melanggar syarat JAKIM. Tu belum kira masalah rasuah, tipu muslihat, palsukan dokumen dan lain-lain lagi. Banyak agensi kena bertanggungjawab tu. Daripada penjaga pelabuhan, KASTAM, KPDNHEP, MAQIS, sampailah JAKIM dan juga Veterinar. 40 tahun tak kantoi, mungkin dulu sebab tak ada kuasa viral. Sekarang sorry bro, hang lupa padam kami kasi dedah.
Nak tunggu jabatan berkait dedah? Sampai kes senyap pun jangan harap depa mau dedah. Nak kena netizen juga buat kerja. Nah sekarang dah viral jenama terkenal ada sekali dalam gudang tu. Macam mana nak jawab kat netizen? Ha buat la kerja keras sikit lepas ni, biar benda macam ni tak berulang.
Kita masyarakat, buat sementara waktu saya nasihatkan elakkanlah makan daging-daging dipasaran baik di restoran atau beli dari mana-mana pasar. Bukan tak tau, majoriti peniaga memang pakai daging frozen pun sebab kejar benda murah, boleh untung maksima. Lagi murah harga lagi mereka beli.
Bab makan ni jangan buat main tuan-tuan. Setiap yang kita makan akan menjadi darah daging. Kalau haram sumber makanan kita, maka banyaklah masalah akhlak dan kesihatan akan kita dan generasi ini hadapi. Pentingnya makanan dari sumber halal supaya diri tidak malas beribadah, hati menjadi terang, kesihatan baik dan fikiran menjadi waras.
Saya masih ingat sekitar 2011 dahulu, seorang ulama tasauf dari Madinah pernah datang ke Malaysia. Namanya Syeikh Mahmud Marghalani. Beliau berpesan; "Jagalah pemakanan. Elakkan makan daging. Zaman sekarang kalau nak selamat, makanlah ikan kerana ikan tiada syubhah sebab tidak perlu disembelih".
Saya juga masih ingat pesan seorang lagi ulama dari Indonesia, Syeikh Abdul Rauf; "Jagalah sumber makanan mu. Jangan makan sumber yang haram. Elakkan juga memakan makanan yang diproses oleh orang yang tidak solat dan hatinya luput dari mengingat ALLAH kerana memakan makanan yang dimasak mereka akan mewarisi kemalasan beribadah tersebut." Pesanan ni sekali baca memang nampak macam terlalu over, tapi bila difikirkan balik ada benarnya.
Jika orang yang terkait dengan kartel daging ini seorang yang jaga solat, yang hatinya tidak luput dari mengingat ALLAH, korang rasa berani ke orang macam ni nak terima rasuah dan benarkan perkara bathil lagi haram ni berleluasa?? Orang macam ni takkan tunggu 40 tahun dan biarkan je ia berlaku. Sebab mereka takut dengan ALLAH. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Maka faham-faham sendirilah…
Seperkara lagi, saya juga masih ingat pesan arwah ayah saya dan juga pesan mak saya agar tidak membeli daging sejuk beku. Hatta nak beli nugget kalau teringin pun, disuruh beli nugget ikan sahaja. Ayam atau daging memang tidak dibenarkan sama sekali. Nak merasa makan ayam kat rumah orang tua saya, memang ayam kampung aje lah dan daging pula tunggu Raya Korban baru ada. Selebihnya biasa saya makan sendiri kat luar.
Selepas berpuluh tahun, barulah nampak pesanan itu relevan. Barulah terbukti dan terbongkar apa yang berlaku selama ini. Itulah hikmahnya pesanan orang tua kita "jangan beli daging sejuk beku import sebab kita tak nampak apa yang berlaku di luar sana." Hari ini anda semua lihat apa sudah jadi pada industri makanan halal di negara ini. Satu tamparan hebat buat JAKIM dan pihak-pihak lain yang terlibat… Sama-samalah kita fikirkan…
Sekian. -Muhammad Mamzah 25 Disember 2020
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...