Ads

Jangan Sekat Rezeki Orang Lain, Rezeki Allah Itu Luas

Baru-baru ini tular di media sosial isu membabitkan peniaga lama yang didakwa menghalau peniaga baharu daripada berniaga di tapak yang sama. Alasannya, sesiapa yang mahu berniaga di kawasan tersebut perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada persatuan peniaga di situ.

Situasi seperti ini wajar dijadikan renungan bersama, lebih-lebih lagi apabila individu yang mahu berniaga mungkin sedang berusaha keluar daripada kesusahan demi menyara keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup.

Persoalannya, mengapa perlu berasa terancam dengan kehadiran peniaga lain sedangkan rezeki yang dikurniakan Allah SWT begitu luas?

Sebagai umat Islam, kita percaya bahawa rezeki setiap insan telah ditetapkan oleh Allah SWT. Apa yang menjadi bahagian kita tidak akan tertukar menjadi milik orang lain, begitu juga sebaliknya. 

Kepercayaan terhadap qada dan qadar sepatutnya mendidik hati agar tidak mudah iri hati atau dengki melihat orang lain memperoleh rezeki.

Sebaliknya, persaingan dalam perniagaan seharusnya berlaku secara sihat. Peniaga perlu melihat kehadiran pesaing sebagai dorongan untuk memperbaiki mutu produk dan perkhidmatan, bukannya sebagai ancaman yang perlu disingkirkan.

BACA JUGA: Selagi Masih Bernyawa, Selagi Itu Pintu Rezeki Masih Terbuka

Ads

Dalam kalangan peniaga, sifat saling menyokong amat penting. Mereka yang lebih lama berniaga sepatutnya menjadi seperti ‘abang’ atau ‘kakak’ kepada peniaga baharu dengan memberikan tunjuk ajar, berkongsi pengalaman dan membantu mereka memahami selok-belok perniagaan.

Bukannya menyekat peluang mereka untuk mencari rezeki.

Apabila kita memudahkan urusan orang lain, Allah SWT akan turut memudahkan urusan kita. Membantu seseorang mencari rezeki yang halal juga merupakan satu bentuk kebaikan yang boleh membawa keberkatan dalam kehidupan.

Lihat sahaja suasana di kebanyakan medan selera. Ada kalanya beberapa gerai menjual menu yang hampir sama, namun masing-masing tetap mempunyai pelanggan tersendiri. 

Ads

Ada pelanggan yang memilih kerana rasa, harga, layanan, kebersihan atau keunikan sesuatu hidangan.Ini membuktikan bahawa persaingan tidak semestinya bermaksud seseorang akan kehilangan rezekinya.

Daripada menghabiskan tenaga untuk menghalang orang lain berniaga, lebih baik seseorang peniaga menilai dan memperbaiki perniagaannya sendiri.

Tingkatkan kualiti makanan atau produk, jaga kebersihan, berikan layanan terbaik kepada pelanggan dan cari keunikan yang membezakan perniagaan anda daripada pesaing.

Pelanggan mempunyai hak untuk memilih. Mereka akan datang semula apabila berpuas hati dengan produk dan layanan yang diterima.

Ads

Rezeki dalam perniagaan bukan sekadar bergantung kepada jumlah pelanggan, tetapi juga keberkatan daripada cara seseorang memperoleh pendapatan. Kejujuran, layanan yang baik, tidak menzalimi orang lain dan tidak menyekat peluang orang mencari rezeki adalah antara nilai yang perlu dijaga.

Sesungguhnya, perniagaan bukan hanya soal keuntungan duniawi. Ia juga berkait dengan amanah, keberkatan dan nilai kemanusiaan.

Justeru, lapangkanlah dada apabila melihat orang lain turut berusaha mencari rezeki. Jangan terlalu takut dengan persaingan sehingga sanggup menyukarkan kehidupan orang lain.

Sentiasalah berdoa agar Allah SWT melapangkan hati kita, menjauhkan sifat hasad dan dengki serta mengurniakan rezeki yang halal, luas dan penuh keberkatan.

Kerana akhirnya, rezeki tidak pernah salah alamat. Tugas kita adalah berusaha dengan cara yang baik, manakala hasilnya kita serahkan kepada Allah SWT.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Datang Ke Makkah Tapi Tak Tunaikan Umrah, Jangan Biarkan Rasa ‘Belum...

Umrah di Makkah boleh menjadi titik perubahan hidup. Jika sudah berpeluang ke Tanah Suci, jangan biarkan alasan belum bersedia menghalang ibadah.