Walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun semangat untuk menyambut Ramadan tetap membara.
Bukan sahaja untuk merebut pahala dengan melakukan pelbagai amal ibadah lain selai berpuasa, tetapi juga mahu menikmati suasana berbuka yang lain sekali situasinya berbanding bulan lain.
Dan pastinya juadah istimewa untuk berbuka nanti adalah menyediakan air minuman. Paling popular setiap kali ramadan jika berkesempatan membeli di bazar seperti tahun sebelumnya adalah air katira.
Oleh kerana tahun ini tiada bazar Ramadan, apa kata kita membuat sendiri air katira asli yang dikongsi resipi oleh seorang pengguna laman sosial Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Menurutnya air katira ini asli dari Johor dan sangat popular di sana sepanjang bulan puasa.
Air katira popular sepanjang Ramadan di Johor.
PKP ni terasa seperti bulan Ramadan pula. Di Johor, minuman yang sentiasa popular di bazaar Ramadan adalah Air Katira. Ramai peniaga jual, tapi sebahagian besar guna resepi tangkap muat. Hari ni kita buat resepi asli Johor.
*untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500ml
Cara-cara penyediaan boleh lihat di kapsyen setiap gambar. Jom lihat resepi #DapurKAN kali ni!
Ini katira. Ia juga dipanggil sebagai getah anggur/gond katira/gum tragacanth. Benda ni lah yang memberi nama kepada minuman itu. Jika peniaga jual air katira tapi tiada benda ni, maka peniaga tak jujur.
Katira ni boleh di beli di pasaraya(kawasan jual rempah ratus), kedai tabib cina atau kedai jual peralatan hindu. Saya beli online (Shopee/Lazada) je.
Minuman ni berasal dari timur tengah(tak pasti negara mana) dan di bawa ke Tanah Melayu oleh para pedagang. Johor naturalisasikan minuman ini menjadi minuman tempatan.
Orang Johor buat perubahan sedikit dari segi bahannya. Orang timur tengah gunakan air mawar untuk mendapatkan aroma segar, tapi di Johor ia diganti dengan pandan.
Ads
Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.
Macam ni. Semua bahan ni akan mengembang. Jika dah kembang, kira dah boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.
Sementara tu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan tu saya carik halus, sekadar untuk hiasan.
Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.
Ads
OK bahan-bahan rendam tadi dah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.
Air Katira Abu Bakar yang merupakan salah satu jenama popular minuman ini, telah menambah bahan moden dalam ramuan mereka iaitu air berkarbonat aiskrim soda. Itu kira versi moden.
OK sekarang kita dah boleh satukan semua bahan yang kita dah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos tau. Jangan kau tuang terus dalam susu tu. Cair susu tu karang. Jangan lupa masukkan badam.
Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tak perlu tambah gula. Nanti manis sangat. Hiperglikemia karang!
Itu dia! Kita punya air katira Johor dah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.
OK kita close up sikit Air Katira Johor kita. Lihat warnanya. Hijau lembut sahaja, kan?
Doa untuk pengantin biasanya dibacakan setelah majlis akad nikah dilangsungkan. Mungkin hal ini jarang kita lakukan apabila menghadiri majlis pernikahan dan perkahwinan tetapi adalah afdal jika kita membacakan doa ini agar kehidupan mempelai dirahmati. Malah ia juga sebagai satu keberkatan dalam mengharungi alam rumahtangga.
Rasulullah SAW turut menganjurkan doa boleh dibaca. Ia bertujuan agar perkahwinan yang baru dibina diberkati dan diharungi sebaiknya oleh kedua pengantin dalam keadaan suka dan duka.
Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam apabila mengucapkan tahniah kepada pengantin, baginda akan menyebut:-
Semoga Allah memberkatimu, mengurniakan keberkatan kepadamu, dan mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan. [Jami’ at-Tirmizi, Kitab an-Nikah, hadis no: 1091, hasan sahih]
Semaikanlah di atas kedua pengantin perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan berlapang dada. Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. Kurniakanlah Ya Allah! kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah! Keduanya nikmat yang berkat. Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredhaan Mu Ya Allah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bercinta sepasang kekasih boleh mendorong kepada perlakuan tidak manis dipandang mata. Ini kerana perbezaan antara cinta dan nafsu itu hanyalah senipis kulit bawang.
Memiliki perasaan untuk dicintai dan mencintai adalah lumrah alam. Semua orang memiliki perasaan tersebut.
Teringat akan si dia, terkenang bicara manisnya, terbayang-bayang perlakuan romantiknya. Namun ingatlah, usahlah kita menyemai cinta dan disulami dengan dosa.
Dosa kala bercinta ialah apabila kita asyik teringatkan si dia sehingga disulami dengan perasaan syahwat. Hal ini membawa kepada perkara negatif dan berdosa. Kita dilarang membayangkan yang bukan-bukan.
Selain itu, seseorang juga boleh berdosa dengan cinta apabila jalan berpegang tangan atau duduk berdua-duaan di lokasi yang tersorok. Jangan sesekali berbuat demikian kerana ianya boleh menghampiri zina.
Semailah cinta anda dengan sebaik-baiknya tanpa disulami dengan dosa. Cinta itu tidak salah. Yang membuatkan cinta itu berubah menjadi dosa ialah apabila kita mencampur-adukkan dengan perkara yang haram di sisi agama dari segi pergaulan.
MENGEHADKAN PERTEMUAN
Bertemu dengan kekasih boleh mengundang rasa gembira. Namun sebenarnya hal ini tidak elok dilakukan kecuali jika pertemuan itu disertai oleh orang tua atau ahli keluarga. Janganlah asyik bertemu dengan kekasih misalnya berdua-duaan berjalan di di pusat beli-belah, menonton wayang atau keluar bersantai.
Untuk mengelakkan dosa, hadkanlah waktu anda bertemu dengan si dia. Biarlah perasaan cinta itu disemai dari jarak jauh asalkan tidak membawa kepada dosa. Untuk bertemu, dapatkan persetujuan daripada kedua-dua belah ibu bapa. Jangan bertemu sorok-sorok kerana hal itu boleh mengundang akibat yang buruk.
USAH MELAMPAUI BATAS
Dalam soal perhubungan, ada banyak cara untuk seseorang itu berhubung dengan individu lain. Penggunaan aplikasi di telefon bimbit merupakan salah satu cara yang sangat popular. Hanya dengan ada nombor telefon dan talian Internet, anda sudah boleh berhubung.
Justeru, apabila berkomunikasi dengan kekasih di telefon bimbit, biarlah berpada-pada. Usahlah melampaui batas dengan bermesej yang bukan-bukan menyatakan rindu-rinduan sehingga menaikkan syahwat.
Hal seperti ini jika dilakukan sekalipun tiada sesiapa yang tahu. Ini kerana telefon bimbit merupakan milik peribadi. Justeru segala dosa yang anda lakukan itu terlindung daripada pengetahuan sesiapa pun. Elakkanlah hal ini daripada berlaku kerana walaupun tiada sesiapa yang tahu perbuatan anda itu, Allah telah tahu kerana Dia Maha Mengetahui.
DEKATI AGAMA
Cubalah menjadi individu yang baik yang menuntun kekasihnya ke jalan yang lebih baik. Janganlah mengarahkan kekasih anda itu ke jalan yang mungkar. Bukankah lebih baik sama-sama belajar menjadi manusia yang lebih berkualiti demi meraih cinta Allah.
Lebih baik anda berdua sama-sama memupuk ilmu agama kerana bakal menjadi suami isteri. Pastinya anda mahu keluarga yang bakal dibina nanti merupakan keluarga yang dilimpahi rahmat Allah. Jadi, elakkan dosa kala bercinta, nikmati rahmat Allah bersama-sama.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap hari tanpa jemu duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kita akan mencuba resipi baru untuk disajikan kepada ahli keluarga.
Tidak kiralah sama ada sajian berat ataupun sekadar dessert. Banyak pahala jika kita ikhlas masak sendiri dengan air tangan kepada suami serta anak-anak.
Resipi yang dicuba tidak susah untuk membutanya dan bahan-bahannya juga senang untuk disediakan. Misalnya resipi membuat Kek Batik Viral yang sangat melting ini.
Perkongsian di laman sosial Facebook Tuan Adriana Arissa yang mana dia turut menjual kek batik viral ini dan wanita ini juga menghalalkan resipi ini dikongsi bersama.
Ayuh, kita lihat bahan dan cara membuatnya.
Alhamdulillah nampaknya dah ramai yg mencuba kek batik melting viral saya. Saya pon hari² order 7@8 biji sehari. Sampai tak menang tangan nak buat. Terpaksa tolak sbb byk lagi makanan lain nak buat. Video cara saya potong dan sy angkat kek dari loyang ada di fb saya.
Ok ni resepi sekali lagi saya share mana yang baru nak buat or terlepas post sebelum ni.
Resepi Kek Batik Melting versi Biskut Lembut macam kek
Bahan kek batik
600g bskt marie (patah2kan)
200g butter
1 cawan milo
1 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan air masak
2 biji telur
Esen vanila
Bahan2 topping@ganache
100g milk compound
100g dark compound
(sis guna beryls)
200ml whipping cream
1 sdb butter
1 sudu besar golden syrup (optional)
1sdk hazelnut paste (tips nak bagi choc sedap mcm cadbury)
– Double boil semua bahan topping atau nak senang masukkan dalam microwave. Ketepikan. Biarkan sejuk sekejap.
1. Masak butter smp cair, masak kek batik guna api kecik je ek. kemudian terus masukkan susu pekat. Kacau rata.
2. Masukkan pula milo dan serbuk koko. Kacau cepat2 tkt berketul.
3. Next masukkan telur, kacau dl bg rata dan baru masukkan air. Kacau sebati biar sekata.
4. Last skali masukkan biskut. Kacau rata bg smua bskt bersalut coklat.
Boleh tutup api.
5. Terus masukkan smua ke dalam loyang saiz 10inci (alas plastik bg bskt x melekat dan seng tarik keluar) dan tekan2 padat.
6. Tuang choc ganache melting dan simpan chiller selama 4jam atau lebih sebelum di potong.
7. Keluarkan kek dan biarkan suhu bilik sekejap bagi kek lembut sebelum senang untuk dipotong.
***Tips nak bagi potongan cantik. Pisau yang nak guna utk potong kek batik hendaklah dicelup air panas atau lap dengan tisu setiap kali nak potong. Barulah potongan cantik dan kemas. Tak comot. Nak makan pon sedap je kan
– Silakan share dan berniaga dengan resepi ni. InsyaAllah customer akan suka, manis pon just sweet. Tak minta banyak, doakan semoga kami dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan agar dapat membesarkan anak2 dgn sempurna. Amin
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bayar Deposit Beli Barang Tapi Tak Jadi Ambil, Duit Pendahuluan Ini Hak Pembeli Atau Penjual?Dalam urusan jual beli hari ini, bayaran pendahuluan atau deposit...